FZ 01 ( Welcome to Friendzone)

FriendZone
Please Subscribe to read the full chapter

 

Seorang gadis dengan bibir menjuih berlari meninggalkan Min Gyu yang tersengih bangga. Hari ini , untuk kali kelima dia baru men'friendzonekan seorang lagi rakan sekolahnya. 

Kenapa friendzone?. 

Sebab dia tak kejam. Berbanding menolak cinta mentah -mentah ,dia lebih suka untuk menjadikan si pencinta dia sebagai kawan. 

Motif ?.

Sebab dia suka beri orang harapan palsu. Hahahagagaga.. 

Rambut hitam pekat likat macam kopi baru dibrunya itu disisir ke belakang dengan penuh seksi. Dia kemudiannya menggerak langkah menuju kembali ke kelasnya sebelum bertembung dengan gadis pujaan hatinya . 

Ji Hye.... Chu~~~~

 "Oh,Min Gyu. Dah kenyang?"soal Ji Hye apabila bertembung dengan rakan sekelasnya itu. Memandangkan masa rehat sudah tamat ,apa salahnya tanya soalan prihatin. 

Min Gyu terus tersenyum. Mana boleh masam -masam depan crush ye dok?. 

 "Uhmm.. Tengok kau terus kenyang aku"balas Mingyu tak lepas dari ayat pickupline-nya. 

Hey, hanya Ji Hye sahaja yang dapat. 

Ji Hye yang sudah biasa sekadar tertawa besar sebelum diam serta merta. "Kau nak cakap aku gemuk macam donut ke ?"balasnya membuatkan Mingyu terus gelabah. 

Tanpa mengendahkan lelaki itu,Ji hye terus masuk kedalam kelasnya dan duduk di tempatnya. Meninggalkan Mingyu yang gagal lagi...

°°°°°

Aiskrim kacang merah itu disumbat ke dalam mulut dan Mingyu berjalan masuk kedalam biliknya . Telefon pintarnya dicapai dan dia duduk bersandar di kepala katil bujangnya. 

Media sosialnya dibuka dan berpuluh mesej sudah berada di inbox-nya. Kebanyakkannya daripada para peminat-nya yang tak jemu -jemu cuba menarik perhatiannya. 

Hey,dia kepunyaan Ji Hye lah..

Dengan laju,jari jemarinya menaip pada keyboard,membalas setiap mesej yang ada. Jadilah seperti Mingyu, Mingyu tak sombong . 

Selesai,matanya tertera pada nama Ji Hye yang menjadi salah seorang friendlist di media sosialnya ,LINE (Tidak disponsor). Gadis itu tak..tak pernah walaupun sekali menghantar mesej kepadanya. Malah, membalas mesej-nya pun tidak walaupun online. 

Nampak tak kesedihannya di situ. 

Online tapi tak reply..huhuhu

Mingyu meludahkan batang aiskrimnya hingga jatuh bergolek keatas lantai bilik yang bersimen. Hidup bujang.

Dia terdiam sejenak memikirkan tentang gadis pujaannya itu. Sudah genap 3 tahun dia menaruh perasaan terhadap gadis itu. Sejak masuk ke sekolah tinggi Pledis lagi. Dan sekarang mereka sudah berada di tahun akhir sekolah bermakna peluang terakhir untuk dia mendapatkan gadis itu.

Uuhh ,tekanan.

Kakinya yang melunjur ditarik duduk bersila. Matanya dijulingkan keatas macam Halimah Juling ( tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah mati). Mengira peratus luahannya akan ditolak. 

 "Kosong peratus"bisiknya seorang diri.

Dengan keyakinan melebihi 210% ,kotak perbualan antara dirinya dan Ji Hye dibuka. Peluang baik. Gadis itu sedang online. 

Dengan hembusan nafas panjang mengeluarkan segala gas yang ada (tiada kaitan dengan kes biologi) ,jari jemarinya mula menaip . 

Hye 😊

Mingyu menunggu dengan sabar. Bagaimana jika gadis itu tak membalas seperti sebelumnya???? (Banyak tanda soal abang oii??)

Tidak lama kemudian,bunyi cececit LINE kedengaran menandakan ada mesej masuk ,cepat -cepat Mingyu memandang semula ke skrim telefon pintarnya

Hi

Buat pertama kalinya ,Ji Hye telah membalas. Mingyu mula merasakan dia terapung di awangan. Jantungnya mula terasa dipenuhi dengan taman bunga yang mekar . Salur darahnya mula bertukar menjadi gelongsor di taman permainan.

Apa ke peliknya organ dia ?

Mingyu menjerit keterujaan,dia terus menelefon kawan baiknya yang hampir menjadikan dirinya gay, Won Woo. 

 "Uhm?"

 "Ji Hye balas chat aku doh!"

 "So?"

 "First time ,bro!"

 "............ Yeah~~"

Mingyu mencebik mendengar sorakan tak ikhlas dari rakannya itu. Won Woo memang selalu begitu. 

 "Aku rasa aku akan berjaya"

 "Ouh...okay.."

 "Macam mana kalau dia kata tak?"

 "............ Padan muka"

 "Wonwooo!!!!"

Tamat perbualan dengan Won Woo yang langsung tak membantu,Mingyu kembali menumpukan perhatiannya kepada luahannya. 

Aku ada benda nak cakap dengan kau

()()()loading

Okay. Apa dia ?

()()()

Apa yang kau rasa pada aku?

()()()

()()()

Masam

()()()

Eh??? Apa maksudnya tu?

()()()

Rasa cuma terhad pada 4 jenis; masam,masin,manis dan tawar

()()()

Tak! .Bukan itu maksud aku..haha<==ketawa tak ikhlas

()()()

Okay

Mingyu menghela berat. Ji Hye dan Won Woo sama sahaja. Barangkali kedua mereka ini adik beradik.

()()()

Ji Hye, apa kata kita jadi lebih dari kawan

()()()

Apa?. Kawan baik?

()()()

Bukan!. Lebih dari itu..

()()()

Oh, Mega bestfriend.... Kuasa 3 atau 4

 

Badan Mingyu terus membeku ,begitu juga otaknya. Dia memandang mesej yang dibalas Ji Hye. 

Dang..dang..dang.....

Ianya adalah kuasa dinding friendzone 

°°°°°

Mata sepet Won Woo terus membulat melihat keadaan rakan karibnya pagi itu. Mingyu kelihatan seperti baru selamat melarikan diri dari para zombie yang kelaparan.

Rambut lelaki itu yang biasanya dimandikan dengan Pomade kini kelihatan serabut macam daun pada nenas. Wajah yang biasanya putih bersih macam baru salut dengan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jelly_Warrior
#1
Chapter 2: Fall in love dengan cerita ni. Seriusly ! Boleh bayangkan every scene dlm cerita ni :)
Tak sabar utk baca next update. Fighting^^
sunshine_blue
#2
siamang tu spesis monyet kan?
lilylunalove
#3
Chapter 1: Hahahahaha saya suka saya suka! First, sbb main charac gp fav saya 17teen and then plot tu kelakar! Haih penat saya tahan gelak tau ╮(╯▽╰)╭