Buta

Cerita waktu BLACKOUT

" Akhirnya, awak akan jalani pembedahan esok.  Tahniah sebab awak akhirnya akan ada peluang untuk kembali boleh melihat,  Taemin.  Inilah peluang yang awak nantikan selama ni " , Doktor Kim berkata sambil tersenyum.  Taemin tersenyum riang,  tak dapat digambarkan perasaan gembiranya ketika itu.  Ibu Taemin yang berada di sebelahnya berlinangan air mata kerana terlalu gembira.  

" Terima kasih doktor.  " 

--------------------------------------------

" Macam mana dengan keadaan pesakit bernama Jung Taekwoon?  " , tanya Doktor Kim sambil melihat pada Taekwoon ataupun dikenali sebagai Leo pada zaman normalnya.  

" Tak banyak perubahan Doktor.  Dia cuma baring di atas katil tanpa bergerak ke mana-mana.  Makanan juga tak disentuh. Rasanya dia betul-betul trauma dengan kemalangan yang menyebabkan kematian seluruh keluarganya.  "

" I see...  Jung Taekwoon..  Ataupun Dr. Leo merupakan salah seorang doktor pakar di hospital ini.  Kemalangan itu sudah berlaku sebulan lepas.  Hanya dia yang terselamat itupun baru tersedar dari koma beberapa hari yang lepas.  Matanya buta sebelah menyebabkan dia  mungkin akan dibuang daripada bekerja disini.  " 

" Semua itu ujian tuhan.  Saya pergi dulu ya doktor. "

" Baik.  " 

Doktor Kim berasa simpati dengan kejadian yang menimpa rakan sekerjanya itu.  Dia tahu yang semua ini terlalu berat untuk dihadapi Leo.  Dia meraut wajahnya yang penuh kesedihan dan menanggalkan kot putihnya tanda sudah bersedia mahu pulang setelah shiftnya tamat. Hari juga makin gelap setelah matahari tidur diganti bulan.  

----------------------------------

3.12 am.  

Taekwoon berdiri di sebelah katil Taemin yang akan menjalani pembedahan esok.  Dia tahu yang budak lelaki di hadapannya ini akan dapat melihat kembali setelah menjalani pembedahan berdasarkan percakapan jururawat dan orang di sekitarnya. Dia mengetap bibirnya dengan perasaan marah.  Tidak adil.  Dia disini hampir dibuang kerja kerana matanya yang buta sebelah.  Keluarganya juga tiada.  Tetapi dihadapannya ini seorang lelaki yang akan menemui sinar harapan baru.  Tidak adil sungguh dunia ini. Lampu yang malap dan wad di sekitar taemin Agak lengang dan banyak katil tidak berpenghuni memudahkan urusan Taekwoon pada malam ini.  

Taekwoon menyuntik ubat bius pada Taemin perlahan-lahan menggunakan pengetahuannya sebagai bekas doktor dan ingatannya yang masih tahu di mana terletaknya ubat-ubat.  Dia menarik benang baju yang sudah diikat bersama jarum jahit dan mula menjahit mulut Taemin untuk mengelakkannya daripada bersuara seandainya dia tersedar dari bius. Dimatikan ikatannya dan terbit sebuah senyuman di bibir Taekwoon.  Dari mulut,  dia beralih kepada bahagian penting,  mata.  Dia membuka mata Taemin seluas-luasnya sebelum memasukkan jari telunjuknya ke dalam soket mata Taemin,  menuju ke arah belakang bebola mata dan diikuti jarinya yang lain.  Dia menarik bebola mata Taemin dari soket matanya dan digunting urat saraf yang menyelaputi bebola mata Taemin.  Darah mula membasahi tangan Taekwoon dan dia terus menyambung perbuatannya itu ke mata yang seterusnya..

----------------------------------------

Ibu Taemin berjalan menuju ke katil anaknya selepas melepaskan hajat yang besar dan agak lama kerana sembelit.  Dia melihat terdapat seorang lelaki sedang bermain bola namun bola tersebut kelihatan Agak kecil seperti bola ping-pong.  Dia kemudiannya menjerit ketakutan apabila melihat lelaki tersebut berlumuran darah dan bola yang dimainnya bukannya bola ping pong tetapi ialah bebola mata anaknya!  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: Perh, tak sangka pasal pembedahan mata pun Leo boleh gila XD
bigbangtanboys
#2
Chapter 2: Huwahhhh!Leo gila!! Nasib hensem xD
*Thumb up* update lagi awak! Cerita awak best! Saya suka.
sunshine_blue
#3
Chapter 2: hola...wuhh sehh hebat cara awak !!! chap 1 tak faham sangat tapi bila baca balik,dah faham dah-**- maksudnya,bukan bae suzy yang bunuh diorang kan?ahhh jinjja!! keep updating authornim sebab orang kat sini sentiasa tunggu*••*,