finale

✽Not Yours
Please Subscribe to read the full chapter

Lari. Itu sahaja yang dapat difikirkan oleh Seulgi pada waktu itu. Lelaki-lelaki yang berpakaian serba hitam itu sememangnya pantas tetapi disebabkan perasaan takut yang membuak, Seulgi masih dapat meloloskan diri. Dia bersembunyi di sebalik timbunan kotak. Keadaan sekeliling yang gelap gelita agak menakutkan namun buat masa ini, keadaan itu membantunya memyembunyikan diri. Bunyi derapan tapak kaki semakin lama semakin jelas kedengaran. Drap.. drap.. drap.. Jantung Seulgi berdegup laju. Dia menahan nafasnya. Mulutnya ditekup untuk mengelakkan sebarang bunyi keluar lalu menyebabkannya ditangkap. 

Setelah beberapa ketika, bunyi tapak kaki tersebut semakin menjauh. Seulgi memasang telinga, memastikan tiada siapa selain dia yang berada di situ. Yakin dengan derianya, dia menghembuskan lafas lega. Kotak-kotak yang menutupi badannya dialihkan. Tali kasutnya yang terlerai ikatannya dikemaskan. Tiba-tiba.. 

Pukk! 

"Tak sepandai yang aku sangka," ucap salah seorang lelaki tersebut. Mereka hanya tersenyum melihat tubuh badan Seulgi yang terbaring longlai di atas jalan raya.

 

•••

 

Misteri Kehilangan Sembilan Individu

 

"Baru-baru ini negara kita telah digemparkan dengan kehilangan seorang demi seorang lapan warga tempatan dan seorang warga Jepun yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun. Mangsa pertama dipercayai hilang tanpa jejak sejak dua minggu yang lalu dan mengikut laporan terkini, mangsa terbaru dilaporkan hilang sejak semalam.

Pihak polis masih menjalankan siasatan serius dan telah membuat kesimpulan bahawa kes ini merupakan kes penculikan bersiri. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta memberikan keterangan di mana-mana balai polis berhampiran. Berikut merupakan 9 mangsa penculikan bersiri setakat ini :

 

Kim Joonmyun @ Suho, 26 tahun

 

Byun Baekhyun, 25 tahun

 

Park Chanyeol, 25 tahun

 

Kim Jongin @ Kai, 23 tahun

 

Oh Sehun, 23 tahun

 

Kang Seulgi, 23 tahun

 

Minatozaki Sana, 21 tahun

 

Son Hwamin, 21 tahun

 

Kim Yerim @ Yeri, 18 tahun

 

Oleh itu, orang ramai diminta mengambil langkah berhati-hati apabila berada di kawasan luar rumah terutamanya kawasan terpencil. Sekian berita terkini-"

Gelap. Skrin televisyen yang memaparkan berita mengenai kehilangan individu-individu tersebut dimatikan. "Kenapa tutup? Anak kita hilang! Semua benda kita kena ambil tahun, faham tak?" amuk Puan Kang. Encik Kang hanya terdiam. Televisyen kembali dihidupkan. Iklan makanan ditayangkan. Puan Kang hanya mampu mengeluh. "Kenapa kita?" bisiknya perlahan.

Seonbin diam di dalam biliknya. Sudah seharian adik perempuannya hilang. "Yah! Baliklah cepat. Seulgi bukan antara orang yang diculik tu kan? Seulgi cuma jalan-jalan je kan?" tanyanya sambil memandang gambar mereka berdua yang berada di atas meja. Seolah-olah dia sedang bercakap dengan adiknya. Bibirnya digigit, menahan esak tangisan yang semakin kuat kedengaran.

 

•••

 

Salaca doo la menthicka boo la bibbidi-bobbidi-boo
Put 'em together and what have you got?
bibbidi-bobbidi-boo
Salaca doo la menthicka boo la bibbidi-bobbidi-boo
It'll do magic believe it or not
bibbidi-bobbidi-boo

 

Perlahan-lahan, Sehun membuka matanya. Dia mengeliat sedikit sebelum duduk di atas katilnya. Lagu itu telah dimainkan bermakna waktu untuk tidur telah berakhir. Dia bangun dan masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah selesai, dia keluar dari biliknya dan menuju ke ruang makan. "Kim Kai!" jeritnya sambil berlari ke arah Kai. Kai menoleh sekilas sebelum terus berlari. Baekhyun yang baru sahaja keluar dari biliknya tersenyum sebelum turut ikut berlari. Koridor yang di tingkat dua rumah banglo tersebut ibarat bergegar apabila mereka bertiga berlari. Suho yang memerhati dari tingkat tiga hanya menggeleng. "Byun Baekhyun!" jerit Sehun dan Kai serentak.

"Yeay! Aku sampai dulu!" jerit Baekhyun sebaik sahaja dia sampai di meja makan. Kai dan Sehun menghentikan larian mereka. Sehun berjalan lemah sambil menunduk. Mulutnya terkumat-kamit membisikkan carutan yang ditujukan kepada Baekhyun. Kai pula merah padam menahan marah. Sambil berjalan, kakinya dihentak sebagai tanda protes. "Main tipu bolehlah. Bilik dia paling dekat dengan tangga, mestilah dia sampai dulu," bangkang Kai. Sehun mengangguk. "Dia insecure lah tu kaki dia pendek. Tu yang main tipu tu," perli Sehun. Baekhyun hanya membiarkan kata-kata mereka berdua berlalu ibarat angin.

"Good morning!" jerit satu suara dengan ceria. Hwamin tersenyum lebar menuruni tangga. Di belakangnya, Yeri dan Sana berjalan beriringan mengikut langkah Hwamin. "Good morning!" sapa Baekhyun, Kai dan Sehun. Tiga gadis tersebut mengambil tempat di tempat duduk masing-masing. Riuh rendah ruang makan tersebut dengan suara mereka berenam. Suho menyertai mereka selang beberapa minit kemudian. 

Tepat jam 8 pagi, 10 orang pembantu rumah keluar dari dapur sambil menatang dulang. Di atas dulang tersebut, satu set sarapam telah disediakan. "Dia datang ke hari ni?" tanya Yeri kepada pembantu rumah yang sedang mengatur peralatan makannya. Pembantu itu hanya diam tanpa memberikan sebarang ekspreasi. Setelah selesai, pembantu-pembantu rumah tersebut kembali semula ke dapur. "Mereka ni macam robot," ujar Yeri. Suho hanya tersenyum. "Yeri tahu kan mereka memang macam tu? Kehadiran mereka dalam rumah ni pun kita susah nak nampak," Yeri hanya mengangguk mendengar kata-kata Suho. "Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh dan... Sana tak salah kira kan?" Sana mengerutkan dahinya. Takut juga dia tersalah kira memandangkan kefasihan bahasanya belum cukup memuaskan. "Tak. Memang ada sepuluh set. Tolak Chanyeol yang entah bila nak sampai, bererti dia bawa seseorang dengan dia," ulas Hwamin. Mereka semua hanya mengangguk bersetuju dengan kesimpulan tersebut.

Perbualan mereka terhenti apabila seorang lelaki berkot separas lutut bewarna hitam melangkah menuju ke arah mereka. Muka lelaki itu tegang dan bengis. Mereka terus berdiri dalam keadaan diam membisu. "Duduk," arah lelaki tersebut dengan tegas. Mereka semua akur dengan arahan itu. Seorang gadis yang mengekori lelaki itu turut duduk bersama mereka. "Kenalkan, Kang Seulgi. Dia akan tinggal di sini mulai hari ini atas alasan yang sama dengan kamu semua. Faham?" 

"Faham tuan!" serentak mereka bersuara. Bunyi derapan tapak kaki menuruni tangga menganggu tumpuan mereka. Lelaki tersebut memandang Chanyeol yang mukanya sudah berkerut apabila mata mereka bertembung. "Lambat! Kamu tak ada disiplin!" tengking lelaki tersebut. "Maaf tuan," bisik Chanyeol. Bergetar suaranya apabila ditengking begitu. Chanyeol duduk di tempat duduknya. Kepalanya tidak mampu diangkat. Lelaki itu hanya menjeling sebelum bangun dari duduknya. Dia kemudiannya mengatur langkah meninggalkan ruang makan tersebut. Sebaik sahaja lelaki itu membelakangkan mereka, Kai megacukan tangannya seperti sepucuk pistol ke arah Chanyeol. Bang! ujar Kai tanpa suara. Chanyeol memegang dadanya. "Ouch!" dia terjerit perlahan. Chanyeol terus menekup mulutnya apabila lelaki tersebut menoleh semula ke arah mereka. Dia memerhati tangan Chanyeol di dadanya.

"Doktor! Lakukan pemeriksaan ke atas pesakit 03-92," seorang doktor muncul bersama dua lelaki bertubuh sasa setelah dipanggil. Chanyeol dibawa mereka masuk ke dalam makmal di tingkat bawah tanah.

"Silly oppa. Tak reti kawal suara dia," bisik Yeri. Seulgi yang masih tidak mengerti memandang mereka semua. "Sepatah a u c h yang keluar dari mulut kita, pemeriksaan kesihatan penuh akan dijalankan. Kononnya nak elakkan sebarang masalah kesihatan pada badan kita," jelas Suho. Seulgi hanya mengangguk.

"Seulgi unnie! Kita ada banyak benda nak kena cerita lepas makan nanti," Sana tersenyum riang. Dengan itu, mereka meneruskan sarapan pagi sebelum jam menunjukkan jam 8:45 pagi kerana pada waktu itu, pembantu rumah akan mula mengemas meja makan tanpa mengambil kira mereka yang masih menjamu selera. Disiplin.

 

•••

 

"Unnie, kenapa unnie kat sini?" tanya Hwamin sewaktu mereka semua sedang duduk di ruang rehat. Drama yang ditayangkan di kaca televisyen tidak diendahkan. Mereka lebih tertarik untuk mengetahui latar belakang Seulgi yang baru sahaja menyertai mereka. "Kenapa? Maksudnya?" tanya Seulgi. Baekhyun tergelak. "Reaksi Seulgi sama dengan aku masa aku masuk sini dulu. Apa yang Hwamin maksudkan ialah apa yang sebabkan Seulgi masuk sini? Lelaki tu mesti ada cerita sebab kenapa Seulgi kat sini kan?" terang Baekhyun.

"Oh. Dia cuma cakap yang Seulgi cuba bunuh diri tapi tak berjaya dan sebabkan kemalangan tu, Seulgi hilang ingatan. Maklumat diri tak dapat disahkan kecuali nama Seulgi sebab tu je yang Seulgi ingat masa Seulgi bangun. So, untuk sementara waktu Seulgi akan tinggal kat sini sampai sembuh," jawab Seulgi. Mereka hanya mengangguk tanda faham. "Lagi okey daripada Yeri rasanya," celah Yeri. Seulgi mengangkat keningnya. "Yeri ada dekat sini sebab dia disahkan ada masalah kecelaruan mental. Parents dia buang dia dan hantar dia ke rumah ni. Actually, Yeri okey je sejak dia masuk sini. Nothing happened cuma pada pandangan orang luar dia dilabel gila. Sometimes, dia akan duduk dalam dunia dia sendiri, that's why setiap masa at least seorang mesti bercakap dengan dia bila dia takda kerja untuk dibuat," Sana tersenyum. "Tapi orang paling ceria kat sini ialah Yeri!" Hwamin berdehem memotong kata-kata Sana. "dan Hwamin. Of course," Seulgi ketawa kecil. 

"Aku terlepas apa-apa ke?" tanya Chanyeol yang baru sahaja muncul. "Haah. Kau terlepas sebab kenapa Seulgi ada dekat sini," ujar Baekhyun. Chanyeol hanya mengangguk. Bukan masalah besar, dia boleh bertanyakan hal itu melalui yang lain. "Macam mana pemeriksaan tu?" tanya Suho. "Macam biasa. Takda apa pun. Normal lah keselamatan dalam rumah ni ketat habis. Korang boraklah lagi. Aku nak masuk bilik. Penat sebab pemeriksaan tadi," Chanyeol terus naik ke tingkat tiga di mana terletak biliknya.

"Apa je kita akan buat dalam rumah ni?" tanya Seulgi. Sehun dan Kai terus duduk dalam keadaan tegak. "Biar kami terangkan. Sebab kami dua orang pertama dalam rumah ni jadi semua tempat kami tahu," jawab Kai. 

"Pertama sekali, bila lagu The Bibbidi-Bobbidi-Boo dimainkan, kita semua mesti bangun. Untuk waktu tidur, lagu Lavender's Blue akan dimainkan. Kalau ada yang langgar rules ni, semua akan dihukum. Setiap pagi, semua pakaian kita akan siap tersedia. Yang penting, semua orang mesti ada di meja makan tepat pada waktunya. 8 pagi ; sarapan, 12 tengah hari ; makan tengah hari, 5 petang ; minum petang, 7 malam ; makan malam dan ingat, 45 minit sahaja waktu makan. Lebih daripada tu, hidangan kita akan dikemas, tak kira lah kita belum habis makan. Disiplin," 

"Selainnya-" Tting! Bunyi loceng memenuhi isi rumah. Mereka melepaskan keluhan berat. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. "Masa makan ubat," bisik Kai. Mereka semua bangun dan berjalan menuju ke makmal. Yeri menarik tangan Seulgi untuk menunjukkan jalan ke makmal. Sekali lagi, derapan tapak kaki dapat didengari. Pasti Chanyeol yang sedang berlari menuruni tangga.

Tiba di makmal, mereka duduk di kerusi yang sudah dilabel dengan nama masing-masing. Sebaik sahaja mereka duduk, sembilan orang jururawat mengambil tempat di sebelah kanan mereka. Tangan mereka disuntik dengan sejenis cecair jernih. Kemudian, mereka diberikan beberapa biji pil dan kapsul untuk dimakan. Seulgi memerhati keadaan di sekeliling makmal. Setiap seorang daripada mereka akan diawasi oleh lelaki atau wanita yang berjubah putih. Mungkin mereka merupakan pakar untuk setiap penyakit yang dihidapi mereka bersembilan.

Sebaik sahaja mereka habis mengambil ubat-ubat tersebut, mereka dibenarkan keluar dari makmal tersebut. "Ada lagi beberapa jam sebelum pukul 12 tengah hari. Oh ya, Seulgi. Selepas pukul 1 petang semua orang akan ada aktiviti sendiri sehingga pukul 3 petang. Pukul 3 petang, semua mesti berkumpul dalam bilik nombor 0000," Seulgi hanya mengangguk tanda faham akan kata-kata Suho. 

"05-94, sila ikut saya. Kamu yang lain sila ikut jadual kamu seperti biasa," panggil seorang wanita yang memakai pakaian serba putih. "05-94?" tanya Seulgi. "Pergi unnie. Dalam rumah ni mereka panggil kita dengan kod tertentu. Kita ibarat takda nama," terang Yeri. Seulgi hanya diam namun kakinya tetap melangkah mengikuti wanita tersebut. 

Mereka tiba di sebuah bilik besar. Seulgi ternganga melihat barang-barang perhiasan yang terdapat di dalam bilik tersebut. "Ambil ni. Pakai sekarang," seutas choker hitam diberikan kepadanya. "Sepanjang kamu tinggal di sini, kamu kena belajar berhias. Kalau kamu gagal untuk menghias diri, kamu akan dikenakan denda berat. Faham?" "Faham puan," wanita itu hanya mengangguk. "Setelah kamu mahir, kamu akan sertai yang lain untuk kelas kemahiran. Setiap seorang daripada kamu akan belajar kemahiran tertentu," Seulgi hanya diam sebagai tanda faham. Wanita itu mula menyolek mukanya. Kulitnya disolek sehingga menjadi putih pucat. Tiada warna kemerahan dapat dilihat di kulitnya. Bibirnya dioleskan dengan lipstick berwarna merah jambu kemerahan. Kelopak matanya diwarnakan pink lembut. Rambutnya diluruskan sebelum diikat satu. Kemudian, dia diberikan sehelai gaun putih tanpa corak. Di pergelangan tangannya terdapat seutas gelang silver. Kakinya tersarung kasut tumit tinggi bewarna putih. "Ini pakaian kamu mulai sekarang. Di dalam almari kamu, kamu akan jumpa beberapa helai gaun yang sama, kasut yang sama dan alat solek yang sama," 

 

•••

 

Seperti yang dikatakan wanita tersebut, beberapa helai gaun yang sama tergantung di dalam almari tersebut bersama beberapa pasang kasut yang sama. Di atas meja soleknya, alat solek yang masih baru sudah lengkap bersusun. "Macam robot. Disiplin," komen Seulgi. Sehari suntuk dia diajarkan bermacam-macam perkara. Cara berjalan, cara makan malah posisi tidur. Kini, dia sedar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah ini, mereka akan dilayan seperti robot. Disiplin. Itu pegangan yang diterapkan di dalam diri mereka. Dia mengeluh perlahan. Hari ini masanya tidak dapat dihabiskan bersama Suho, Baekhyun, Sehun, Kai, Chanyeol, Hwamin, Sana dan Yeri. Dia hanya berjumpa mereka ketika waktu minum petang dan makan malam sebelum menyambung semula aktivitinya.

 

Lavender's blue, dilly dilly,
Lavender's green
When you are king, dilly dilly,
I shall be queen

Who told you so, dilly dilly,
Who told you so?
'Twas my own heart, dilly dilly,
That told me so

 

Sebaik sahaja lagu tersebut mula berkumandang, Seulgi terus mendekati katilnya. Masa tidur telah tiba. Dia baring dalam posisi tegak dan membetulkan selimutnya sebelum menutup mata. Posisi tersebut agak tidak selesa namun dia yakin, lama-kelamaan dia akan terbiasa. Lagu itu bagaikan magis, tidak sampai lima minit, Seulgi telah terlena.

 

•••

 

Seminggu telah berlalu sejak Seulgi dilaporkan hilang. Seonbin bagaikan hilang arah untuk terus hidup. Adik kesayangannya hilang tanpa jejak dan dibiarkan berseorangan di dalam rumah tersebut. Ibu bapanya sibuk bekerja dan meneruskan pencarian adiknya. Seonbin murung. Dia kesunyian kerana tiada teman untuk dia meluangkan masa. Sudah beberapa hari dia tidak keluar dari biliknya. Puan Kang amat risau. Setiap kali waktu makan, hidangan akan diletakkan di depan pintu bilik Seonbin. Jika dia lapar, dia akan menghabiskan makanan tersebut. Jika tidak, hidangan itu dibiarkan sejuk di situ.

Puan Kang mengeluh perlahan sambil mengemas dulang berisi makanan yang telah sejuk dan tidak berusik. "Seulgi sayang, pulanglah cepat," bisiknya perlahan.

 

•••

 

"Takziah, Encik Byun. Saya harap encik dapat bertahan," ucap Encik Park. "Terima kasih, Encik Park. Kalau ada apa-apa maklumat daripada pihak polis, saya harap Encik Park dapat hubungi saya," Encik Byun tersenyum pahit. "Mestilah. Anak saya pun turut hilang encik. Saya akan buat apa sahaja untuk cari mereka," Encik Park menepuk lembut baju Encik Byun. "Saya harap anak kita selamat di luar sana," 

Baekbeom mengeluarkan dompetnya setelah mendengar perbualan Encik Byun dan Encik Park. "Yah! Baekhyun, Chanyeol. Bila korang balik nanti, tunggulah. Hyung akan belasah korang sebab buat ayah kita risau. Apapun Baek, mama dah takda. Kesihatan dia makin teruk lepas kau hilang. Hyung harap Baek selamat," air mata yang mengalir diseka. Dia tersenyum pahit sebelum menyimpan semula gambarnya bersama Baekhyun dan Chanyeol.

*Korang berdua kan troublemakers. Selalu buat hal berdua tak kira apa jadi. So, carilah jalan supaya korang boleh balik rumah dengan selamat,* bisik hati Baekbeom.

 

•••

 

Sehun membuka matanya. Anak rambutnya basah akibat peluh yang menitik di dahinya. Jam dipandang. 2 pagi. Dia tidak pernah bangun pada tengah-tengah waktu tidurnya. Klik. Dia menutup matanya apabila dia terdengar pintu biliknya dibuka dari luar. Dia kaku dan cuba untuk berpura-pura tidur agar tidak tertangkap. "Oh Sehun. Tahap kesihatan dia semakin memberansangkan. Dalam masa seminggu ke dua minggu, kita boleh jalankan pembedahan. Rancangan kita akan berjaya sayang," wanita itu ketawa perlahan. Walaupun perlahan, Sehun dapat merasakan perasaan negatif mula bersarang di dalam dirinya.

Keesokkan paginya, Sehun meneruskan rutin hariannya. Baju putih disarungkan ke tubuh badannya. Setelah selesai bersiap, dia keluar dari biliknya. Langkahnya lemah dan kepalanya ditundukkan. Kai yang baru sahaja hendak menjerit nama Sehun terus membatalkan niatnya. Dia tidak pernah melihat Sehun dalam keadaan begitu. Sehun kebiasaannya hyper dan suka berlari. Kai tahu, sesuatu yang tidak baik akan mereka ketahui. Dia hanya diam dan menuruti langkah Sehun dari belakang sehingga mereka tiba di meja makan. "Kenapa senyap je ni?" tanya Chanyeol. Sehun hanya mengeluh. "Mulut kau kena gam ke?" Baek berseloroh namun Sehun tetap membisu. "Kau tak nak share dengan hyung ke?" pujuk Suho. "Okey. Kejap lagi kita cerita but make sure, seorang pun pekerja di rumah ni takkan dengar," bisik Sehun. Mereka hanya mengangguk tanda faham.

Selepas bersarapan mereka semua duduk di taman buatan yang terletak di tingkat paling atas rumah, tempat mereka menikmati minum petang. Tempat tersebut merupakan satu-satunya tempat tanpa kehadiran pembantu rumah. Walaupun begitu, mereka tahu mereka diperhatikan setiap masa walau dimana pun keberadaan mereka. "Apa yang penting sangat sampai kena sembunyi-sembunyi ni?" tanya Chanyeol. Sehun hanya menunduk. "Masa kita masuk sini, mereka cuma beritahu setiap seorang daripada kita ada masalah kesihatan tapi aku tak rasa masalah kesihatan kita sampai kita kena baring atas meja pembedahan," Sehun memulakan bicara. "Maksud kau?" Baekhyun mengerutkan dahi. Kurang jelas dengan kata-kata Sehun.

"Semalam, aku terjaga. Aku terdengar perbualan mereka. Mereka akan bedah kita. Selama ni, kita diberi ubat, makanan yang cukup dan cara hidup kita sihat. Kita tak pernah keluar rumah pun. Aku tak tahu kenapa mereka akan bedah kita tapi apa yang aku pasti, ada sesuatu tak kena. Aku tak rasa mereka orang baik," jelas Sehun. Chanyeol berdehem. Semua perhatian dialihkan ke Chanyeol. "Sebenarnya, lepas seminggu aku masuk rumah ni, aku ada sedar sesuatu yang pelik," 

" Choker yang kita pakai, choker ni locked. Kau tak boleh buka. Aku jumpa something dekat pergelangan tangan aku. Tattoo ni ada tapi susah nak nampak sebab kecil sangat. 6th May 1992. Aku try ingat ni tarikh apa tapi aku tak tahu. Tarikh ni bukan tarikh lahir aku," ujar Chanyeol. Baekhyun terus berdiri dari duduknya. Lengan bajunya diselak. "27th November 1992," Baekhyun dan Chanyeol berpandangan. "Tarikh tu, tarikh lahir aku," Baekhyun berkata membuatkan mereka semakin keliru. "Maknanya, memang ada sesuatu yang mereka sembunyikan daripada kita. Kita kena selalu hati-hati," Suho membuat kesimpulan. 

"Sejak masuk sini, semua rasa incomplete," keluh Yeri. Mereka hanya mengangguk tanda setuju. "Tapi at least Yeri jumpa silly oppas and unnies," mereka hanya ketawa mendengar kata-kata Yeri. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang baik berlaku. "So Baek dan Chanyeol, please try ingat apa-apa tentang hubungan korang berdua. Itu mungkin boleh tolong kita," ucap Sana. Baekhyun dan Chanyeol mengangguk. 

 

••• 

 

"Yah, Park Chanyeol!" jerit Baekhyun dari jauh. Dia tersenyum lebar sambil berlari mendekati Chanyeol. Chanyeol yang melihat Baekhyun mula berlari terus ikut berlari. Sengaja menyakat Baekhyun. Seketika kemudian, dia berhenti berlari setelah mendengar carutan Baekhyun. Byun Baekhyun bukanlah seorang yang menggunakan kata-kata carutan kecuali ketika sedang marah. Setelah dapat menyaingi langkah Chanyeol, Baekhyun berjalan sambil tercungap-cungap. "Tak guna," marahnya. "Exercise la sikit," gurau Chanyeol. Baekhyun hanya menjelingnya. "Nak apa? Jerit-jerit lagi jauh. Jumpa dekat rumah kan boleh. Rumah kita bertentangan je," Chanyeol bertanya.

"Kau tanya aku nak apa? Kau lupa ke hari ni hari apa?" merah padam muka Baekhyun. Pertanyaan Chanyeol hanya memarakkan api kemarahannya. "Err, hari jerit sedunia?" teka Chanyeol. "Bu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 2: Uishh seramm..... Seulgi pun dah tersampuk ke? I think so. Kalau orang yang lemah semangat kan nanti terikut-ikut XD