Kembar

My Love G.
RaQxHu4.gif
“Tiara Ai, kamu pergi mana sekarang baru balik?” Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, yang mana bunyi tutupan pintu belum pun sempurna, suatu suara terlebih dahulu telah menegur Tiara dari belakang. 
'Not again,' rintih Tiara disertai keluhan kecil di hujung bibir.
Menarik nafas dalam, Tiara memusingkan tubuhnya yang lemah gemalai agar berhadapan dengan wajah kusam seorang lelaki berusia 40-an yang berpakaian tuxedo, oh...tidak lupa juga 'pipe' lagendanya.
“Cantiknya pakaian ayah hari ni, going somewhere?” Tiara pantas melontar soalan sambil mencapai salah sebuah bantal di sofa ruang tamu sebelum melabuhkan punggung di situ.
Seraya menggeleng-gelengkan kepala, lelaki yang digelar ayah oleh Tiara itu tadi membalas: “Ayah nak menghadiri majlis perasmian cawangan syarikat ayah mertua kamu..." ujarnya, masih tidak berganjak dari tempat berdirinya tadi. Sang mata setia memerhatikan setiap satu perlakuan anak gadisnya itu.
Air muka Tiara sedikit berubah apabila topik ayah mertua secara tidak langsung telah menjadi menu perbualan mereka. Genggaman pada bantal di tangannya menjadi erat namun Tiara mencuba agar pergolakan emosinya itu tidak dikesan oleh ayahnya.
Encik Park berdehem lalu meneruskan kata-katanya: "Tuan Kim memang hebat kerana berjaya membuka cawangannya yang ke-6 di bandar ini meskipun baru sahaja berpindah ke sini…" Mengambil langkah kecil ke arah sofa, Encik Park mengujar lagi, "Memang tak rugi Ai bertunang dengan anaknya!”
Anak mata Tiara yang dipejam rapat lantas terbuka luas di saat kata-kata ayahnya itu terserap ke dalam sel-sel otaknya. Tanpa sedar, bibirnya ganti berbicara, “Ai pasti akan membantu ayah lepas habis belajar nanti! Dengan tu, ayah pun tak perlu lagi bergantung terhadap modal daripada ayah Taehyung oppa...”
“Ai tak boleh cakap begitu…" Encik Park mengujar. Kedua anak matanya mengecil melihat ke arah Ai. "Tak lama lagi, kita akan bergelar sekeluarga juga lepas korang kahwin…” Segaris senyuman penuh keyakinan terukir pada bibir Encik Park yang ketika itu mengangguk puas.
'Aku takde pun perasaan macam tu dengan dia...' bisik Ai kecil.
“Baik. Ayah pergi dulu.” Nada suara Encik Park melonjak minta diberi perhatian apabila menyedari wajah kusam anak perempuannya itu. Sebagai ayah, sedikit sebanyak dia mengerti apa yang menjalar di dalam kotak pemikiran anak gadisnya, namun kalau lah dunia ini beroperasi menerusi perasaan emosi, maka tidak wujud lah empayar bisnesnya.
Di saat dahinya dikucup lembut, Ai sempat memegang hujung baju lengan si ayah. "A-Ayah, A-Ai nak tanya sesuatu..." serunya separuh jerit. Membulat anak mata si ayah memandang ke arahnya semula.
Kening kanan Encik Park terjongket ke atas, “Ya, sayang?” soalnya.
Menelan liur pahit yang seakan menjajah anak tekaknya, Ai menggosok-gosok tepi lengan dengan sebelah tangannya. Meskipun teragak-agak, dia kumpulkan sepenuh khudrat menanyakan soalan yang telah lama bersarang di dalam hatinya, "A-Adakah Ai a-ada s-seorang ka-kakak atau a-adik?”
Ibarat terpukul dengan realiti, tubuh Encik Park spontan terundur satu langkah ke belakang. Air mukanya turut berubah. “A-Apa yang A-Ai merepek lagi ni?" Senyuman kelat terbentuk di hujung bibir si ayah itu. Siapapun yang melihatnya, tahu betapa reaksi dan jawapan yang si ayah pamerkan itu kelihatan terlalu bercanggah.
'Dan jawapan ayah tak pernah berubah daripada dulu...' bicara Ai sendiri dari dalam hatinya yang masih tidak mengenal erti berputus asa bertanyakan soalan sama sejak dahulu.
Sambil maju mendekati anaknya, kedua tangannya mencapai bahu gadis tersebut. "Tiara Ai, dengar ni. Kamu lah satu-satunya anak kandung ayah, mana ada…”
Menyampuk seraya mengundur setapak ke belakang agar sentuhan si ayah bercerai dengannya, Ai bersuara, “Ai lebih rela kalau ayah tak cakap apa-apa pun..." kepalanya tertunduk ke bawah. Genggaman tangan di sisi dieratkan. "Daripada tipu dengan Ai..." Seusai kata, tubuh Ai berpaling meninggalkan si ayah keseorangan masih terpinga-pinga di ruang tamu.
Tangan Encik Park yang kekal statik di udara rebah longlai ke sisinya setelah beberapa minit Ai beredar pergi dari situ. "Ayah cuma nak melindungi kamu daripada terluka dengan memori yang lepas." Ujarnya perlahan. Ketika itu, wajahnya memandang kosong ke arah kaki. Pelbagai cebisan kenangan yang lalu kembali menaungi lautan ingatannya. Genggaman tangan semakin erat di sisi.
"Kalau kamu tahu apa yang ayah telah lakukan...berkahwin semula setelah bercerai dengan mak kamu, malah memisahkan kamu daripada Sandara...pasti dalam seumur hidup ini, kamu takkan maafkan ayah. Kalau kamu pun tinggalkan ayah...pasti ayah akan keseorangan..." Hakikatnya, biarpun melafazkan semua itu sedikit pun tidak melegakan hati si ayah.
***
Dari tadi, Ai menyaksikan wajah sendiri di hadapan cermin meja soleknya. Pandangan matanya tertancap ke arah rantai kunci yang tergantung atas lehernya. Jauh dari dalam memori, dia yakin ianya adalah antara peninggalan seseorang yang amat disayanginya pada suatu masa dahulu. Seseorang yang telah dilupai dari memorinya lima tahun lepas.
Kemalangan parah yang menimpa ke atas dirinya lima tahun lalu, entah berapa kali pembedahan yang harus ditempuhinya sebelum kembali bernafas, dan berdiri dengan kaki sendiri. Namun, di hujung mimpi buruk itu, ada lagi sebuah mimpi paling dashyat yang tersembunyi—iaitu melupakan seseorang yang memiliki wajah iras dengannya. Yang juga punya rantai kunci sama sepertinya.
Sambil menggenggam erat rantai, Ai memandang kosong ke arah wajahnya sendiri di sebalik cermin tersebut. "Betul ke...orang tu tak wujud?" Dan, apabila menutup mata, setitis air mata mengalir perlahan dari tepi kelopak mata Tiara.
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously