Jiyong

My Love G.
RaQxHu4.gif
‘Kepada semua ahli kelab pasukan sorak, sila datang ke dewan sekarang’ Pengumuman yang dibuat melalui alat pembesar suara sebanyak beberapa kali di seluruh Sekolah Tinggi Valentine telah membangunkan Sandara daripada tidur rehatnya. Tidak berapa lama selepas itu, Park Bom sudah terpacak di hadapan pintu kelas. Menguap malas, Sandara memaksa dirinya melangkah.
“Wahai ketua pasukan sorak, Sandara Park...tolong lah jangan tunjuk muka mengantuk kau tu dekat semua orang! Habis jatuh jati diri tahu tak?” tegur Bom bersungguh-sungguh.
Menjeling ke arah kirinya, Sandara membalas kecil, "Kau...maksudkan 'maruah' kan? Apa kena 'jati diri' di dalam konteks ayat kau...isk." Sambil menggosok mata, Sandara menggeliat buat kali yang kedua.
Mengecilkan anak matanya, Bom menambah, “Whatever...kau tu yang kena jaga imej seorang ketua pasukan sorak, silap haribulan nanti ahli-ahli lain dah tak hormat dekat kau padan muka!” Dengan sengaja, Bom menepuk belakang bahu Sandara.
“Oi sakitlah!” rintih Sandara hampir tersedu. Dari situ, matanya terbuka luas, segar bugar gitu.
“Misi bangunkan Sandara Park...berjaya.” Bom memimik muka victory-nya ke arah Sandara membuatkan rakannya itu sikit lagi menyepak muka bulatnya.
“Kau sengaja nak balas dendam sebab insiden terjatuh kau tu depan pusat tuisyen tempoh hari kan?" seru Sandara menudingkan harinya.
Membuat muka acuh tak acuh, Bom pantas mengubah posisi berdirinya, “Dara ah! Lihat kat depan tu! L-Lelaki…tu hah!” Jarinya dihalakan ke arah seorang pelajar lelaki yang berdiri di tengah-tengah dewan dikelilingi oleh ahli-ahli pasukan sorak lain.
"Kris!" Seperti ada lampu kecil terapung di tepi kepalanya, Bom menyeru nama lelaki tersebut semahu-mahunya. “Jangan-jangan dia yang buat pengumuman ni semata-mata nak jumpa kau tak?” bisiknya di tepi telinga Sandara.
Kalau kepala lutut tu berotak, sudah lama Park Bom menjadi arwah. Entah berapa kali Sandara berdoa di dalam hati, agar niatnya itu dikuburkan. Demi untuk tidak mengeruhkan keadaan, dia memilih untuk berdiam diri sahaja. Pada masa yang sama, anak matanya mulai tercari-carikan kelibat seseorang dalam kumpulan pelajar di situ.
Fikiran Bom yang masih melekat dengan idea ala-ala Jupiter-nya kini sudah berposisi di hadapan Kris. "Hurm, pengumuman tadi...k-kau ke yang buat?" soalnya langsung tidak teragak-agak.
Kris hanya tersenyum kecil, lalu menggangguk. "Minta perhatian semua!" Sambil menepuk tangannya beberapa kali untuk meredakan kolompok pelajar yang telah berkerumun di situ, Kris melaungkan suaranya.
Di saat itu juga, Sandara berjaya mengenalpasti orang yang dicari-carinya tadi. Jiyong, yang berada di tingkat satu sedang memerhatikan mereka semua. 'Kenapa oppa tak turun sekali?' fikir Sandara di dalam hati.
“Pada sabtu minggu hadapan, akan diadakan satu perlawanan bola keranjang di stadium Sekolah Menengah Tinggi Vesuvius...dan saya selaku pengurus pasukan sorak yang baru akan mengendalikan kelab ini untuk perlawanan tersebut!” Kris bersuara sejelas-jelasnya. Beberapa kali, pandangan matanya jatuh ke arah Sandara. Dan dia sedar, pandangan gadis itu tidak menghadapnya tetapi...
“Maksud kau…kau akan menggantikan tempat Jiyong oppa sebagai pengurus pasukan kami yang baru?” soal Bom. Kris terus mengangguk mengiyakan pernyataan si Bom tadi.
“Kwon Jiyong akan berpindah ke Bandar Axis, jadi saya yang akan…” Kata-kata Kris sedikit tenggelam apabila dia menyaksikan wajah sayu Sandara tatkala mendengar pengumumannya itu. "...menggantikan tempat dia..." Seusai kata, Kris segera mengalihkan pandangannya ke tingkat atas, yang mana Jiyong sedang berdiri memerhatikan mereka.
Jiyong, sedar yang dirinya diperhatikan gadis bernama Sandara Park itu, mengambil masa yang agak lama sebelum membalas pandangannya. Dia berikrar di dalam hati, genggam erat tangannya ketika itu tidak harus diketahui oleh sesiapapun, lebih-lebih lagi Sandara.
***
Lontar lah apa pun alasan kepada Sandara, pandangan mata gadis itu masih tidak berubah merenung ke arah Jiyong. Buat Sandara, Jiyong memiliki 1/4 ruangan hatinya. Dan bukan perkara yang mudah tuk menerima pemergian jejaka yang dianggap sebagai abang keduanya itu. Kalau Luhan ialah putera bencana yang senantiasa memporak-perandakan kehidupannya, manakala Jiyong pula berperanan sebaliknya.
"Santoki..." Jiyong mengujar lembut nama sandaran Dara yang membawa maksud 'arnab' itu. Hanya dia seorang yang dibenarkan memanggil Dara menggunakan nama tersebut—walaupun sebenarnya itu lah limitnya.
Setelah membisu hampir setengah jam di dalam bilik esklusif pasukan bola keranjang itu, akhirnya Dara bangkit dari tempat duduknya. Dengan langkah kecil dan perlahan, jendela yang terletak di penjuru kanan bilik tersebut menjadi destinasinya.
Sambil membuka tingkap, Dara meluahkan apa yang terbuku di dalam hati, "Selama ni setiap kali mak bekerja di luar negeri dan suruh Dara ikut sekali, Dara selalu bantah keras-keras...kerana kalau Dara pergi, Dara harus tinggalkan Jiyong oppa..." Seiring baris kata-katanya yang terakhir, Dara memalingkan wajah menghadap Jiyong. "Sekarang oppa bagitau yang ayah oppa nak oppa ikut dia ke luar negeri...dan kalau itu yang oppa nak, Dara hanya boleh mendoakan yang terbaik buat oppa..." sambungnya perlahan lalu melontarkan pandangan ke luar jendela.
Seperti selalu, Jiyong hanya mampu menyembunyikan genggaman tangannya di belakang—petanda yang apa juga keadaan sekalipun, Dara tidak harus tahu perasaan romatik dirinya. Kata-kata Luhan terhadapnya dahulu tidak pernah berhenti menghantuinya, walaupun sesaat.
"Kwon Jiyong, sebelum kau confess dekat Dara yang kau suka dia...aku pasti berita tentang ayah kau sebagai punca kepada ibu bapa Dara bercerai akan menjadi satu-satunya perkara yang dia ingat tentang kau!"
Kerna menerima doa daripada Dara sebagai seorang kawan adalah lebih kurang sakitnya daripada menjadi seseorang yang dibenci oleh gadis itu. Meskipun jasad berjauhan, Jiyong sentiasa berdoa agar biar bukan dirinya, Luhan pun selama-lamanya tidak akan memiliki hati Sandara Park.
FpXgQAe.gif
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bookaholic #1
Chapter 11: aaaah, best betul cerita ni. lama sangat dah tak baca fanfic melayu, nostalgik pula. >_< curious juga nak tahu apa akan jadi nanti. mesti berkait semuanya, haha. itulah yang buat sebuah cerita itu menarik. ^_^
fighting, author-nim! take your time to update! :)
kuchens
#2
Chapter 8: gosh saya memang suka gler cara penulisan awak!
you're my favourite author seriously