Hilangnya Si Bintang Hati

Hilangnya Si Bintang Hati

Aku ingat lagi masa aku berumur sepuluh tahun.Masa tu,aku tengah bermain kejar-kejar dengan hyung di halaman rumah.

 

"Haha..tak dapat-dapat." Aku menjelirkan lidah pada hyungku yang sedang memeluk lututnya sambil tercungap-cungap mengambil nafas.

 

"Youngie...jomlah kita berehat. Hyung penatlah.." Rungut Jimin hyung sambil memandang aku yang sudah buat muka tak puas hati.

"Baru main sekejap dah letih.Tak bestlah main dengan hyung ni..."Aku memuncungkan mulutnya sedepa macam mulut itik sambil memeluk tubuh.Aku pusingkan badan membelakanginya.Okeylah,jom kita main lagiJangan merajuk eh?"Jimin hyung memujukku sambil mempamerkan segaris senyuman di wajahnya.Aku tersengih memandang hyungku yang lebih tua 2 tahun daripadaku.

 

Kami pun terus bermain sehinggalah tiba-tiba hidung hyung berdarah dan pengsan disitu.Omma yang sedang berjalan kearah kami dengan menatang dulang berisi jus oren terus meletakkan dulang itu di atas meja disitu dan meluru ke arah hyung yang sudah tidak sedarkan diri.

 

"Jimin-ah!Jimin-ah!" Air mata omma mengalir laju. Aku sudah teresak-esak di sebelah omma.Omma memandang aku dengan wajah yang marah.

"Kamu ni tak faham cakap omma ke?!Omma dah kata jangan bawak abang kamu main kat luar.Sekarang tengok apa dah jadi?Kalau apa-apa jadi pada abang kamu..semua ni salah kamu

 

Omma terus menelefon appa dan tak lama lepas tu,appa pulang sambil tergesa-gesa membawa hyung ke hospital.Aku tidak dibenarkan mengikut omma dan dijaga oleh seorang maid aku yang aku panggil kak Jinhye.

 

"Kak Jinhye..kenapa dengan hyung?Dia akan baik-baik saja kan?" Tanyaku sambil menitiskan air mata.

"Ya..dia takkan apa-apa.Jin Young jangan risau ya?" Kak Jinhye mengusap kepalaku dengan lembut.Aku berharap agar hyung tidak apa-apa.

 

 

Malam tu..aku tidur disofa setelah puas menunggu omma dan appa yang masih belum pulang dari hospital.Kak Jinhye mengejutkan aku supaya tidur di dalam bilik tapi aku menolak.Tiba-tiba,pintu dikuak dari luar dan wajah appa yang tampak keletihan segera aku dekati.

 

"Appa,macamana dengan keadaan hyung? Dia okey kan?Omma mana?"Aku menyoal appa bertubi-tubi.

" Hyung okey. Omma jaga hyung kat hospital.Dua hari lagi..hyung baliklah."

 

"Kenapa hyung kena duduk kat hospital?Hyung tak boleh balik lagi ke?"

"Hyung kena demam panas..tu yang dia kena duduk sehari dua kat hospital."

 

"Ouhh.."Aku hanya mengangguk faham.

" Okeylah Jin Young..appa nak tidur dulu.Jin Young pergi tidur.Esok kan nak sekolah."

"Baik,appa.." Aku pun terus menapak ke arah bilik yang dikongsi bersama hyung.

Aku merenung katil abangku dan mengeluh perlahan.

 

"Hyung,hyung okey kan?Aku rindu kau hyung.Cepat balik okey?"

 

Aku pun membaringkan badanku diatas katil yang dihiasi cadar spiderman dan menyelimutkan badanku.Aku menutup mata dan terlena.

 

 

 

 

Aku ingat lagi berapa gembiranya aku melihat hyung balik.Aku memeluk dia erat.Walaupun wajahnya pucat dan tidak bermaya tapi dia tetap menghadiahkan senyuman pada aku.

 

Dan..aku masih ingat semasa aku berusia 13 tahun. Masa tu,aku sanggup tunggu omma dan appa balik rumah walaupun jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.Omma dan appa sentiasa sibuk dengan urusan pejabat mereka.Tugas appa dan omma sebagai seorang peguam memang membuatkan mereka sibuk dan selalu pulang lewat.

 

"Korang tak tidur lagi?" Kak Jinhye masuk kedalam bilik kami sambil tersenyum manis.

"Kitaorang nak tunggu omma dan appa balik.Kalau kak Jinhye nak balik.. baliklah..kitaorang okey je."kata Jimin hyung sambil tersenyum.

 

" Ouhh..kalau macam tu,kak Jinhye balik dululah.Jumpa esok."Kak Jinhye melambaikan tangan pada kami berdua sebelum menutup pintu bilik kami semula.

 

 

"Lambatnya omma dan appa balik...Jinyoung dah mengantuklah hyung."

"Kalau macam tu..kita tunjuk esok jelah kat omma dan appa.Jin Young pun nak sekolahkan esok?"

"Hyung..kenapa hyung tak sekolah?Kenapa hyung belajar dirumah je.Kan bagus kalau kita boleh pergi sekolah sama-sama."

"Entahlah.. Omma dan appa tak bagi hyung sekolah.Diaorang cakap hyung tak sesuai belajar di sekolah.Hyung sesuai belajar di rumah je."

"Pelik betullah omma dan appa tu.Hyung mesti nak rasa macamana duduk kat sekolahkan?"

"Takpelah.. Hyung dah biasa dah pun.Kan dah 3 tahun hyung belajar kat rumah..Dulu pun hyung masuk sekolah jugak.Dahlah..jomlah tidur..esok lambat bangun kena marah dengan omma pulak baru tahu."

 

"Baiklah hyungku yang tercinta." Selorohku sebelum kami ketawa bersama kerana ayat yang dituturkan aku itu.

 

 

Keesokkan harinya,aku bergegas turun dengan uniform sekolah yang lengkap untuk menunjukkan keputusan peperiksaan aku yang baru aku dapat semalam.

'Omma dan appa mesti bangga sebab aku dapat no.1 dalam tingkatan!'Aku tersenyum sampai ke telinga.

 

"Appa,omma..tengoklah ni..Jimin dapat no. 1 dalam tingkatan."

 

Tapi kata-kata aku mati melihat omma sedang tersenyum sambil mengusap kepala hyung yang sedang makan.Appa pula menyuapkan makanan pada hyung dan membuatkan hyung ketawa kerana dia sudah dewasa untuk disuap tetapi dibalas gelengan oleh appa,membuatkan mereka ketawa.Mereka nampak seperti sebuah keluarga yang bahagia.Omma dan appa tak pernah buat macam tu pada aku.Berapa beruntungnya hyung.

Jimin hyung tersenyum bangga dan mengalihkan pandangan pada aku yang sejak tadi tercegat disitu tanpa bersuara.

 

" Oh,selamat pagi Youngie.."sapa hyung dengan ramah sambil tersenyum.

"Selamat pagi hyung."balasku dengan senyuman nipis.

 

" Omma,appa...tengoklah ni...-"Aku baru mahu menghulurkan buku rekod kecemerlangan pada omma dan appa.

 

"Yeobo,kita dah lambat dah ni nak jumpa client pasal kes haritu." Kata omma seraya berdiri dan menolak kerusi kedalam meja.

 

"Hurmm..betul tu..nanti jam pulak kalau terlambat pergi ni."balas appa sebelum menghabiskan air tehnya yang masih berbaki sedikit.

 

" Jin young.. Kita bincang nanti ye?Appa dan omma dah lewat nak ke tempat kerja.Jimin..appa dan omma pergi dulu.Jaga diri baik-baik ya?"kata appa pada Jimin hyung.Appa..tak pernah cakap macamtu pada aku walaupun tiap-tiap hari aku jalan kaki ke sekolah.Appa dan omma tak pernah fikir pun pasal aku.Tanpa sedar,senyuman aku memudar dan aku simpan buku rekod aku yang sepatutnya ditandatangani oleh appa masuk ke dalam beg.

 

"Hyung..aku pergi sekolah dulu."

 

Aku melangkah pergi dari situ ke pintu utama.

"Youngie..taknak sarapan dulu ke?"Tanya Jimin hyung pada aku yang memang sudah tak ada mood masa itu.

 

" Takpelah.. aku tak lapar.Hyung makan jelah."Aku pun terus berjalan pergi setelah memakai kasut sekolah.Aku berhenti di kedai serbaneka berdekatan rumahku dan membeli sebuku roti dan air milo dalam tin dan menghabiskannya sebelum ke sekolah.

 

                              *       *       *

 

"Okey,class..cikgu nak kamu hantar buku rekod kecemerlangan yang cikgu bagi hari semalam.Ibubapa kamu dah tandatangan kan?"

"Ya,cikgu!"

 

Mereka pun menghantar buku itu ke Puan Song.Jin Young adalah orang yang terakhir menghantar buku itu.Puan Song memeriksa buku rekod Jin Young.

 

"Jin Young, kenapa ibubapa awak tak tandatangan lagi?Kan cikgu suruh bagi pada ibubapa awak."

 

"Ibubapa saya tak ada masa untuk melihat ini cikgu.Mereka terlalu sibuk.Maafkan saya cikgu." Jin Young berlalu dari situ selepas tersenyum sinis mendengar ayat yang dituturkannya.Puan Song hanya memandang Jin young yang sedang mengeluarkan buku teks dari begnya dan menyusun buku rekod tersebut dengan keluhan.

 

 

Aku masih ingat semasa aku menerima anugerah atas pencapaian aku yang cemerlang itu,tiada siapa yang datang untuk tersenyum dan menepuk tangan dengan gembira bila aku berada di atas pentas untuk menerima hadiah.Mengucapkan tahniah kepada aku dan memeluk aku dengan penuh kasih sayang.Baik omma dan appa..tiada yang berada disamping aku.Berapa sakit dan pedihnya hati aku melihat kawan-kawan aku bercerita tentang kehadiran Mak dan ayah mereka yang sanggup datang demi memberikan sokongan walaupun keputusan mereka tak secemerlang aku.Betapa beruntungnya mereka sedangkan aku macam dilayan seperti anak pungut,walaupun aku memang 100℅ anak mereka.Mungkin dari titik itulah..kebencian pada hyung mula tumbuh perlahan-lahan.

 

 

Aku masih ingat pada hari lahir omma sewaktu aku berumur 17 tahun.Betapa gembiranya omma apabila dihadiahkan sebuah lukisan oleh Jimin hyung.Ya,Jimin hyung memang berbakat dalam melukis...dan omma sangat gembira dengan itu...anni..omma  akan tersenyum gembira walaupun apapun yang hyung buat.

 

 

Aku berlatih hari-hari selama seminggu sebelum hari lahir omma.Aku nak omma dengar lagu 'Happy Birthday' yang aku nak nyanyi pada omma.Setiap hari,aku pasti akan pulang lewat semata-mata nak berlatih main piano sambil nyanyi lagu tu.Sampai Lay hyung pernah cakap yang dia give up nak ajar aku main piano sebab aku ni memang buta gile pasal main alat muzik ni.Tapi..aku tak putus asa.Setiap hari..aku berlatih dan berlatih sehinggalah tangan aku ni rasa nak krem je sebab tekan bende alah tu.

Aku cuma nak bahagiakan omma dan dengar omma puji aku sebab omma memang suka dengar orang main piano..sampaikan lelaki idaman dia dulu kena pandai main piano but unlucky omma kerana appa memang tak pandai main piano.Aku tergelak apabila dengar cerita zaman omma dulu daripada Makcik Jung In,kakak kepada omma.So,aku decide untuk belajar piano even aku rasa macam nak pengsan menghafal not-not itu dengan betul supaya tidaklah aku tersalah main nanti.

 

And tibalah pada birthday omma..Aku dah siap-siap nak nyanyi pada omma tapi macam apa yang aku cakap..omma sangat gembira menerima lukisan wajahnya dari hyung sampai dah tak pedulikan aku yang dah duduk di depan piano yang tersergam indah(?)di ruang tamu itu.

 

Betapa remuknya hati aku ni bila melihat omma dan appa terlalu khusyuk merenung lukisan Jimin hyung yang dirasakan lebih penting dari aku dan from that moment,I hate the one that name Park Jimin.Aku naik ke atas nak campak semua trofi yang pernah aku dapat daripada akademik,masa aku menang pertandingan nyanyian disekolah,masa aku dapat tempat kedua dalam koir..semuanya aku campak Hyung yang membuka pintu bilik kami itu terkejut  melihat trofi dan medal berterabur diatas lantai.

 

"Youngie...apa yang dah jadi ni?"

"Keluar dari sini!Keluar!" Aku menjerit sekuat hati pada hyung yang memandang aku dengan risau.

 

"Youngie..kenapa ni?Kau sakit ke?"Hyung cuba mendekati aku

 

" Aku benci kau hyung!Aku benci kau!"

 

"Youngie.. Kenapa ni?Apa yang hyung dah buat?"

 

"Apa yang kau dah buat?Kau rampas perhatian omma dan appa,kau rampas kasih sayang omma dan appa,kau rampas kebahagian aku!Sekarang kau dah tshu apa yang kau dah buat sampai aku benci pada kau kan?"

"Youngie.. hyung sayang kau.Hyung takde niat pun nak buat macam tu.."

"Sayang?Kau ingat aku akan percaya ke dengan penipuan kau tu?Kau tak payahlah nak tunjuk baik depan aku.Kau tu..cuma perampas kebahagiaan aku.Kau tahu tsk kewujudan kau tu bawak sial dalam hidup aku?Sebab apa? Sebab omma Dan appa pinggirkan aku dari hidup mereka sebab adanya kau."

 

"Youngie-ah..semua tu tak benar.Hyung sayang kau.Hyung betul-betul sayangkan kau.Kau adik hyung yang paling hyung sayang."

Jimin menitiskan air mata sambil memandang tepat pada mata Jin Young.

"Kau ingat kalau kau menangis depan aku,Aku akan percaya dengan penipuan kau?Aku dah terlalu bodoh sebab percaya kau sayangkan aku selama ni..padahal kaulah yang buat aku menderita selama ni."

"Youngie..."

"Stop calling me that!I hate that name!"jeritku pada hyung tanpa rasa bersalah melihat dia menangis teresak-esak.Heh!

" Kan aku suruh kau keluar? Apasal kau tak keluar lagi?"Aku memandang tajam ke arahnya.

"Jinyoung...maafkan hyung...Kalaulah hyung tahu..hyunglah penyebab Jin Young sedih, hyung pasti takkan buat macam tu.Maafkan hyung sebab buat Jin young dipinggirkan.Kalau lah ada sesuatu yang boleh hyung buat untuk tebus kesalahan tu..hyung sanggup buat."

 

"Aku nak kau lenyap dari hidup aku selama-selamanya."

 

Aku ternampak hyung tersentak..aku tahu dia sedih mendengar kata-kata aku tapi..dia masih boleh tersenyum pada aku.

 

"Baiklah,kalau itu yang adik nak."

 

Aku terpana mendengar perkataan 'adik' itu.Aku tahu hyung terasa kerana dia tidak pernah memanggil aku adik.Tapi..setelah apa yang dia buat,dia memang layak mendapat layanan buruk itu.

 

Jimin hyung berlalu keluar dari bilik itu.Tiba-tiba aku lihat bada hyung terketar-ketar sebelum dia jatuh dihadapan pintu.Aku terkejut melihat keadaan hyung.Omma dan appa yang kebetulan naik ke atas setelah mendengar bunyi sesuatu jatuh terus menerpa ke arah hyung.

"Apa yang kamu dah buat pada abang kamu?!" Marah omma pada ku.

"Kenapa omma selalu salahkan Jin young kalau ada apa-apa yang terjadi pada dia?Kenapa omma hanya pedulikan hyung?Jin young ni bukan anak omma ke?"

 

"Jin young-ah..." Panggil omma dengan lembut.

"For the first time ,omma panggil Jin young macam tu.But you know what?I hate it!I hate you,Ihate appa and I really hate hyung!"

 

Pakk!

Aku ingat lagi betapa sakitnya tamparan appa dan betapa sakitnya hati aku masa tu.

Aku memandang ke arah appa dengan senyuman sinis.Appa dan omma terus memapah hyung dan membawanya ke hospital.Kak Jinhye yang melihat segalanya berjalan ke arahku.

"Kamu tak patut cakap macam tu Jin Young.Mereka kan keluarga kamu."

"Kak,kakak tahukan apa yang saya tempuhi selama ni?Saya rasa macam saya ni anak pungut.Saya ni memang anak pungut ke sampai mereka tak pernah pedulikan saya?"

"Bukan mereka tak pedulikan kamu...cuma..kamu tak tahu hal yang sebenar."

"Walau apapun yang kakak cakap,ia takkan merubah apa-apa."Aku terus masuk kedalam bilik dan mengunci diri aku.

 

Kini..sudah dua minggu aku tidak berjumpa Jimin hyung.Aku dengar hyung  terpaksa tinggal di hospital untuk beberapa minggu.Omma pun selalu mengambil cuti untuk menjaga hyung di hospital.

Aku pulak akan mengelak dari omma dn appa setiap kali mereka ada dirumah.Aku akan menguncikan diri di dalam bilik dan keluar bila perlu sahaja...sehinggalah suatu hari,appa diikuti omma masuk ke dalam bilik aku semasa aku tengah merenung syiling bilik aku yang berwarna putih itu.

Aku buat tak tahu walaupun appa dan omma tercegat dihadapanku.

" Jin Young.."

"....."

"Kamu masih marah pada appa dan omma lagi?"

Aku terus berdiri menghadap appa.

"Kalau appa tahu apa yang Jin Young lalui...appa takkan tanya macam tu."

"Appa tahu..appa dan omma tak pernah peduli pasal kamu...Kami tahu kamu rasa dipinggirkan...Tapi kami buat semua itu bersebab."

"Sebab apa?Sebab Jinyoung ni memang anak pungut kan?"

 

"Tidak Jinyoung.Kamu anak omma.Omma lahirkan kamu."

"Baru sekarang omma nak mengaku Jinyoung anak omma?Bukan Jimin hyung jeke anak omma selama ni?"bidas aku dengan senyuman sinis.

" Maafkan omma..omma tahu..omma selalu marah kamu dan tsk pernah pedulikan kamu.Omma risau dengan penyakit abang kamu."

"Hyung ada penyakit?"

"Ya,leukimia limfosit B..Leukimia ni tak seperti leukimia akut yang boleh membunuh dalam masa beberapa hari atau minggu.Leukimia ini merebak sedikit demi sedikit."

"Sebab tulah omma larang kamu bermain dengannya diluar rumah sebab akan menyebabkan dia pengsan kerana terlalu penat.Omma taknak keadaan dia makin memburuk."

"Jadi,sebab tulah hyung terpaksa tinggal di hospital..kerana penyakit dia?"

"Omma..cuma nak bahagiakan dia selama dia masih ada dengan kita, Jin young."Omma sudah menangis teresak-esak disitu.Appa memeluk omma dari tepi untuk menenangkannya.

" Kenapa omma dan appa tak pernah beritahu Jinyoung perkara ni?"

"Sebab abang kamu taknak kamu sedih.Dia terlalu sayangkan kamu Jin Young." Appa pula menitiskan air mata.

Air mata aku turun dengan laju.

"Bawak Jinyoung jumpa hyung.Jinyoung nak jumpa hyung."

"Baiklah..mari kita jumpa hyung."

 

Mereka pun pergi ke hospital dibahagian forensik.Mereka berhenti disebuah bilik.

"Appa..kenapa kita datang sini?Jinyoung nak jumpa hyung."

"Hyung ada didalam bilik ni."

"Hyung..dalam bilik..ni..?"

 

Jinyoung melangkah ke dalam bilik itu dengan langkah perlahan.Dia melihat jasad seseorang terbaring kaku dihadapannya ditutupi kain putih.Dia menyelak sedikit kain itu dengan tangan yang terketar-ketar.

"Hyung..." Air matanya mengalir laju melihat wajah abangnya yang pucat lesi itu.

"Hyung-ah..ireona...(bangun)..hyung..kenapa hyung tidur disini?hyung...aku datang ni...hyung,bangun hyung.Jangan buat aku macam ni..chebal...!"

Jinyoung memeluk kaki Jimin yang sejuk itu sambil menangis teresak-esak.Kata-katanya terulang-ulang secara sendiri.

"Aku nak ..kau lenyap dari hidup aku selama-lamanya."

"Hyung..aku salah hyung..maafkan aku hyung..Jimin hyung.."

 

Encik Park menarik Jinyoung daripada memeluk mayat Jimin.

"Sudahlah Jinyoung..Jimin hyung dah tiada."

 

Jinyoung menangis disitu sambil dipeluk oleh omma dan appanya.

 

 

 

Jinyoung tidak hadir ke majlis pengebumian Jimin.Dia menguncikan diri didalam bilik.Puas Encik Park dan Puan Park memanggilnya,namun tiada sahutan.Mereka pun meninggalkan Jinyoung sendirian untuk dia menenangkan diri.

 

Jinyoung melihat barang-barang abangnya.Dia menarik laci meja yang pertama dan menjumpai satu set pensel warna.

 

"Ini..."

 

Flashback..semasa Jinyoung berumur 7 tahun.

 

"Omma..nak pensel warna tu.Bolehlah..bolehlah.." Jinyoung menarik hujung lengan baju ommanya supaya membelikannya satu set pensel warna idamannya.

"Tak boleh!Kamu dah beli patung Doraemon jadi tak boleh beli benda lain."

"Ala omma..satu ni je..bolehlah.." Pujuk Jinyoung lagi.

"Tak boleh.Abang kamu nak beli jugak.Omma tertinggal duit dirumah jadi boleh beli satu je seorang.Jimin-ah, kamu nak beli apa?"

"Jimin nak beli pensel warna tu." Jimin menunjuk ke arah pensel warna yang menjadi idaman Jinyoung itu.

"Okey."

Setelah itu, mereka pun balik ke rumah.

"Jinyoung..kamu nak tak pensel warna tu?"

"Taknaklah...Jinyoung kan dah beli Doreamon ni.Hyung pakai jelah."

"Takpe..hyung bagi  Jinyoung."

"Taknaklah...nanti omma marah Jinyoung pulak.Tukan,hyung punya."

Jimin hanya memandang adik nya dengan sedih.

Flashback off.

Dia membuka pensel warna itu..Masih kelihatan baru dan tajam.

"Hyung tak pernah guna pensel warna ni?Sebab hyung nak bagi Jinyoung kan?"

 

Dia pun membuka laci yang ditengah.Terdapat satu surat dan lukisan diletakkan disitu.Dia membaca surat tersebut.

 

Jinyoung,adikku yang paling aku sayangi.Hyung minta maaf sebab menjadi penyebab kesedihan mu adik.Sebab tulah..hyung tunaikan permintaan kau.Hyung harap lepas ni..kau akan bahgia tanpa hyung.Hyung cuma nak kau jaga omma dan appa dengan baik.Walaupun,kau benci mereka,mereka tetap ibubapa kau.Hyung jugak nak kau kejar impian kau.Hyung tahu..kau nak jadi penyanyi kan?Kau kena capai impian kau tu okey?Hyung akan sentiasa doakan kebahagiaan kau walaupun dimana hyung berada.Hyung pasti kamu akan jadi penyanyi yang baik suatu hari nanti..sebab kau kan adik hyung.Hyung nak minta maaf sebab tak dapat nak sambut birthday Jinyoung lagi.Hyung kena pergi.Jaga diri tau, adik.Abang sayang kau sangat-sangat.."

 

Jinyoung menangis tatkala membaca surat itu.

"Kau salah hyung..aku tak boleh bahagiakan tanpa kau."

Jinyoung mengerling ke arah lukisan yang dilukis Jimin.Dia memeluk lukisan itu dengan erat sambil menangis tersedu-sedan.

 

Kalaulah aku boleh undur masa bersama hyung,aku takkan biarkan hyung bersedih.Aku akan bahagiakan hyung sampai nafas hyung yang terakhir..supaya hyung boleh pergi dengan senyuman..hyung..kalaulah aku tahu masa aku dengan kau singkat macam ni..aku takkan bencikan kau hyung.

Sekarang aku tahu betapa peritnya menanggung kekesalan dalam hati.Hyung..aku bagaikan bulan yang bersinar tetapi tidak terlalu indah kerana kehilangan si bintang hati.Kaulah bintang hati aku hyung.

Hyung..andai kita berjumpa lagi pada kelahiran berikutnya,aku akan bahagiakan kau sedaya upaya aku.Kau jangan bencikan aku tau?

 

Aku sayangkan kau hyung.Semoga kau tenang disana.Kau jangan risau..aku akan hidup seperti apa yang kau nak.Selamat tinggal hyung..

 

Jinyoung mengalirkan air mata untuk yang ke berapa kali.Jaebum yang berada disebelah menegur.

"Wei,asal kau nangis ni Jinyoung?Kau okey tak?"

Jinyoung mengesat air mata.

"Aku okeylah Bum.Kau tak payah risaulah."

"Esok kita ada concert kat Jepun kan?aku tak pack lagi barang aku." Bambam memuncungkan mulutnya macam itik pada Youngjae..

"Hyung..tolong aku pack barang eh?" Bambam buat muka comel pada Youngjae.

"Sorry..hyung pun tak kemas barang lagi."

"Ala..baru nak minta hyung tolong.."

"Takpe..aku tolong kau."Yugeom berkata sambil tersenyum pada Bambam.

 

" That's why I love you Yugeom."Bambam buat bentuk hati dengan tangan untuk Yugeom.

"Kau campak jelah cinta kau tu kat lautan pasifik cause i'm not to going to receive your love."

"Whatever, janji kau tolong."

 

Jinyoung tersenyum ke arah mereka.

 

'Hyung..seperti yang kau minta,aku dah jadi seorang penyanyi dalam group GOT7.Aku harap kau bangga dengan aku hyung..Hyung,aku sayang kau...dan sampai bila-bila pun sayangkan kau.Hyung..terima kasih sebab sentiasa perhatikan aku...dan sayang aku ..Hyung..terima kasih untuk segalanya.'

 

Jinyoung memandang ke arah bintang-bintang yang berkelipan indah dilangit sambil tersenyum manis.

 

 

                                     -TAMAT-

 

 

A/N:Sorry sebab lambat update.busy plus penyakit M datang..Hope korang suka dengan storyline ni.Thanks for support this ff.Love you guys^^

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 1: Betul lah orang tua-tua selalu kata 'air yang dicincang takkan putus' kan?Mak ayah mana yang tak sayangkan anak-anaknya cuma kita sebagai anak yang kena memahami mereka.Story yang memberi satu pengajaran.Always think positive!
nursyukriyah #2
update please~hehe
i really am anticipating this story
well since im one of angst trash lately
nursyukriyah #3
update please~hehe
i really am anticipating this story
well since im one of angst trash lately
Heart_love
#4
Authornim.cepat update..tak sabar nak baca
^.^