Final

Being His First Friend
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sehun hanya duduk diam di kerusi cuba untuk tidak mempedulikan suasana riuh - rendah dengan suara rakan sekelasnya yang menggamatkan. Dia kemudiannya menjeling jam dinding yang terletak di hadapan kelas. 10 minit lagi waktu rehat akan tamat jadi kebanyakan rakan sekelasnya mengambil kesempatan untuk berbual-bual sesama mereka. Sehun pula masih di tempatnya, khusyuk membaca komik di tangan sebelum mengangkat muka apabila terasa ada tangan seseorang yang menyentuh bahunya.

“Kau baca apa?” tanya Haru sambil tangannya cuba merampas komik dari tangan Sehun.

“Tak ada apa-apa la. Komik biasa je pun” Sehun terus menyimpan komiknya ke dalam beg sebelum sempat jatuh ke tangan gadis yang sedang berdiri di hadapannya. Haru terus membuat muka tidak puas hati sebelum dia kembali ke tempatnya.

Sehun meliarkan matanya melihat ke sekeliling kelas yang sedang gamat bagaikan di sebuah konsert. Suasana dalam kelas kelihatan begitu kelam-kabut. Itu yang dapat disimpulkan apabila matanya melihat keadaan kelas. Matanya mendarat pula pada seorang pelajar yang berada di penjuru belakang kelas. Lelaki itu kelihatan sedang menulis sesuatu di dalam sebuah buku. Luhan, pelajar baru kelasnya yang baru berpindah ke sekolahnya 3 bulan lepas. Tidak pernah sekalipun, Sehun melihat lelaki itu berbual dengan rakan sekelasnya termasuk dirinya sendiri. Lelaki itu bersifat begitu pendiam dan pemalu. Itu anggapan Sehun terhadap lelaki itu.  Sehun terus melihat lelaki itu sebelum lamunannya terhenti apabila Miss Jenny, guru Bahasa Inggerisnya melangkah masuk ke dalam kelas memandangkan waktu rehat sudah 5 minit tamat.

Sehun mengeluh panjang memandangkan dia tidak berapa gemar akan subjek itu termasuk guru yang mengajarnya. Dapat dirasakan waktu akan berlalu dengan begitu lambat untuk subjek Bahasa Inggeris. Dia mula menguap tanda sudah mulai bosan walaupun baru beberapa minit kelas bermula. Sehun kembali menjeling Luhan di belakang kelas. Lelaki yang bercermin mata tebal itu kelihatan begitu memberi tumpuan terhadap segala yang disampaikan Miss Jenny.

 

 

***

 

 

“Sehun, turun makan. Nanti lambat pulak sampai sekolah” jerit ibunya dari dapur semasa dia sedang bersiap – siap di dalam bilik.

“Okay” ringkas sahaja jawapannya.

Sehun dengan pantas menyambar beg galasnya sebelum berlari turun tangga menuju ke ruang makan. Kelihatan ibunya sedang menyapu jem di atas sekeping roti. Segaris senyuman dihadiahkan buat ibunya.

“Morning, omma” seperti biasa, itulah ucapan buat ibunya pada setiap pagi.

“Nah, makan” kata ibunya sambil menghulurkan sekeping roti kepada Sehun. Tangan kanannya menyuap roti itu masuk ke mulut manakala tangan kirinya ligat membalas mesej daripada Jongin. “Appa mana? Tak turun lagi ke?” soal Sehun setelah menyedari ayahnya tiada di meja makan. Biasanya, ayahnya sudah ada di meja makan menikmati sarapan pagi ketika dia turun ke ruang makan.

“Appa ada meeting penting pagi ini. Dia sarapan di luar katanya”

Sehun hanya menganggukkan kepalanya setelah mendengar penjelasan ibunya. Kemudian, dia meneguk susu yang sudah agak suam sehingga habis. “Omma, Sehun gerak dulu” laung Sehun ketika dia sedang memakai kasut di pintu rumah. Dia mula berjalan kaki ke sekolah yang terletak hanya 200 meter dari rumahnya.

Sampai sahaja di kelas, dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Masih ada 15 minit sebelum kelas bermula. Dia mula meletakkan kepalanya di atas meja. Lengannya dijadikan alas kepala bagi melelapkan seketika matanya.

“Hai, Luhan. Buat apa tu? Tolong buat homework aku ni. Aku lupalah nak buat semalam” kedengaran suara Jongin di belakang kelas yang mengganggu lena Sehun. Dia cuba untuk tidak menghiraukan suara rakannya itu.

“Kenapa saya pulak kena buat? Itukan homework awak” perlahan sahaja suara Luhan menjawab. Jelas kedengaran nada ketakutan dalam suara lelaki yang mempunyai kulit putih susu itu.

“Sejak bila kau pandai melawan aku ni? Dah memang tugas kau untuk buat homework aku. Jangan nak banyak bunyi. Buat jelah untuk aku” kedengaran bengang suara Jongin ketika itu. Dia terus mencampakkan buku tulisnya ke atas meja Luhan. “Aku nak kau siapkan homework aku ni before cikgu masuk. Faham?!” tengking Jongin.

 

 

***

 

 

Sehun sedang berjalan menuju ke kantin untuk membeli makanan memandangkan perutnya sudah berbunyi sedari tadi. Dia berjalan sambil membaca komik di tangannya. Tanpa disedari, dia terlanggar seseorang di hadapannya kerana terlalu asyik membaca. Pelajar yang dilanggarnya itu kelihatan sudah hilang keseimbangan sehingga hampir jatuh namun, tangannya sempat memeluk pinggang pelajar itu. Sehun cuba memandang wajah pelajar yang dilanggarnya yang sedang menundukkan wajahnya. Pelajar itu kemudian mengangkat mukanya dan memandang kedua-dua belah mata Sehun. Kedudukan mereka ketika itu begitu hampir sehinggakan jarak antara wajah mereka hanyalah beberapa inci.

“Sorry, Luhan” ucap Sehun setelah melepaskan rangkulan di pinggang lelaki itu.

Luhan hanya tersenyum manis kepada Sehun sebagai tanda bahawa dia tidak apa-apa. Itu merupakan kali pertama Sehun melihat senyuman lelaki itu. Tidak dinafikan jantungnya berdegup pantas saat dia melihat senyuman manis Luhan yang dilemparkan kepadanya. Seakan ada satu perasaan halus yang menyelinap dalam dirinya saat dia melihat senyuman itu. Senyuman itu pasti mampu mencairkan mana – mana perempuan atau lelaki yang melihatnya.

“Saya balik kelas dulu” kata Luhan tanpa memandang wajahnya dan berlalu pergi.

Sehun memegang dadanya. Degupan jantungnya masih begitu pantas seperti tadi, ketika dia melihat senyuman manis lelaki itu. Timbul perasaan ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Luhan. Sehun tekad di dalam hati untuk mendekati Luhan.

 

 

***

 

 

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat untuk hari ini. Beberapa orang pelajar lelaki kelasnya bersorak kegembiraan apabila terdengar bunyi loceng tersebut. Semua pelajar berlari - lari keluar dari kelas bagaikan kanak-kanak kerana teruja untuk pulang ke rumah. Sehun merenung ke luar lewat jendela di kelasnya. Hujan masih turun dengan lebatnya dan kelihatan seperti tiada tanda-tanda untuk berhenti. Sehun melepaskan keluhan panjang untuk kesekian kalinya. Dia membuat keputusan untuk menunggu sehingga hujan berhenti memandangkan dia malas untuk bermandi hujan.

Komik dikeluarkan dari beg sekolahnya untuk dibaca. Sehun begitu khusyuk mebaca komik sebelum terdengar bunyi pensil jatuh ke atas lantai dari arah belakang yang mengejutkannya. ‘Ada lagi ke yang tak balik?’ soal Sehun dalam hati. Dia terus memusingkan badannya untuk melihat siapa yang masih berada di kelas bersamanya. Luhan? Kenapa dia tak balik lagi?

“Kau tak balik lagi ke?” soal Sehun kepada Luhan yang sedang mengambil pensilnya di bawah meja.

Luhan hanya menggelengkan kepalanya tanpa memandang Sehun. Dia kemudiannya terus membuat kerja sekolah tanpa menghiraukan Sehun yang sedang merenung ke arahnya. Entah mengapa, Sehun merasa tertarik terhadap Luhan. Keinginan untuk mendekati lelaki itu semakin kuat. Sehun bingkas bangun lalu mendekati Luhan. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan lelaki itu. Sehun mengamati wajah Luhan dengan lebih dekat.

“Awak nak apa?” soal Luhan setelah dia berasa agak tidak selesa ditenung lelaki itu.

“Tak ada apa-apa. Kau buat jelah kerja kau” jawab Sehun lembut. Dia menongkatkan dagunya di atas meja Luhan. ‘Boleh tahan jugak dia ni. Comel je dengan cermin mata tebal dia’ bisik hati Sehun. Eh jap! Comel? Kau mengarut apa ni Sehun? Sejak bila Luhan ni comel pulak? Sehun menggeleng - gelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju dengan kata hatinya.

“Kenapa awak geleng kepala?” tanya Luhan yang sedari tadi pelik melihat gelagat lelaki di hadapannya itu.

“Hah? Geleng kepala? Tak ada apa - apalah. Hehehe” dia hanya tersenyum nipis cuba menutup malu.

“Bila awak nak balik?” soal Luhan setelah beberapa ketika masing - masing mendiamkan diri.

“Aku? Kau pulak?”

“I’m asking you first so you should answer my question instead of questioned me back” ucap Luhan sambil membetulkan kedudukan kaca matanya.

“Kau ni banyak cakap jugak eh? Tak sangka pulak aku” kata Sehun sambil tersenyum sinis.

Luhan mengangkat mukanya dan merenung kedua-dua belah mata Sehun sebelum mula mengemas barang-barangnya di atas meja ke dalam beg. Sehun yang melihat tingkah-laku Luhan mengerutkan dahinya.

“Kau nak balik dah ke?”

Luhan hanya membiarkan soalan lelaki itu berlalu begitu sahaja. Payung di dalam almari belakang kelas diambil sebelum mahu melangkah keluar dari kelas. “Luhan. Bo… boleh tak aku nak balik sekali dengan kau? Aku tak bawak payung. Hujan pun lebat lagi” kata Sehun sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

Lama Luhan mendiamkan diri memikirkan baik buruk permintaan lelaki di hadapannya sebelum lambat-lambat menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Sehun tersenyum lega apabila Luhan bersetuju. Lantas, dia menggapai beg galasnya sebelum berjalan beriringan dengan Luhan ke pagar sekolah.

“Awak duduk mana?” soal Luhan ketika mereka baru melangkah keluar dari pagar sekolah.

“Saya tinggal dekat-dekat sini je” jawab Sehun tanpa memandang wajah lelaki di sebelahnya itu.

Masing-masing hanya mendiamkan diri selesa melayan perasaan masing-masing. Sekali-sekala Sehun mencuri pandang wajah lelaki di sebelahnya yang hanya memfokuskan pandangan ke hadapan. Sehun mengambil kesempatan untuk mengamati sekali lagi wajah Luhan. Dari dahinya yang tidak terlalu luas jatuh pada matanya yang kelihatan begitu sempurna terselindung di balik cermin mata tebalnya. Kemudian, hidungnya yang tidaklah terlalu mancung dan akhirnya bibir merah jambu milik Luhan. Semuanya kelihatan sempurna di mata Sehun. Rasanya tidak puas menatap wajah putih bersih itu.

“Luhan, boleh aku tanya something tak pada kau?”

Luhan hanya memandang wajah Sehun tanpa memberi reaksi apa-apa menunggu soalan yang bakal keluar dari mulut lelaki itu.

“Errr… kenapa kau senyap je dalam kelas? Tak tegur sesiapa pun? Dari hari pertama kau kat sini lagi aku perasan yang kau tak ada kawan pun” senada sahaja suara Sehun. Luhan tersentak seketika dengan soalan lelaki itu. Dia kemudiannya menundukkan pandangannya.

“Kalau kau tak nak jawab tak apa. It’s okay. Sorry kalau soalan aku itu buat kau tersinggung” ujar Sehun setelah melihat lelaki di sebelahnya hanya mendiamkan diri.

“Haaaa… inilah rumah aku. Terima kasih sebab dah tumpangkan payung kau”

Luhan hanya tersenyum nipis sebelum mahu melangkah pergi untuk pulang ke rumahnya. Namun, baru beberapa langkah, Sehun menarik lengannya menyebabkan pergerakannya terhenti. Luhan memusingkan badannya menghadap Sehun kembali sebelum menarik semula lengannya yang digenggam lelaki itu.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kpop_lol #1
Chapter 1: Mmm...best!!