SATU

CINTA BAGINYA
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]

Author; Kim_Dee

 

Chapter 01

Ros merah tak selalunya melambangkan cinta yang berapi- Ros putih tak selalunya melambangkan cinta yang suci.

[/CONTENTID1]

 

 

[CONTENTID2]

"Sayang.."

Suara garau, tapi lembut mendayu-dayu mengungkapkan kata sayang. Kalau, aku dan dia settle down secara baik dan normal, aku mesti dah cair dengar suara dia. Seketika, kenangan hari itu terimbas kembali membuatkan aku merasa pening.

Aku menutup mata, begitu takut untuk berhadapan dengan realiti menakutkan yang terjadi di dalam hidupku. Peningku juga mulai reda.

Apa yang aku boleh lihat hanyalah kegelapan. Kiri, kanan, depan dan belakang bahkan juga atas dan bawah tempat ku berbaring. Aku takut akan kegelapan, tapi semenjak aku kahwin dengan lelaki ini, ketakutan terbesar ku beralih kepadanya.

"Orang dah siap masak. Jom makan, sayang." Oh, aku lupa.

Readers, kenalkan ini suami aku, Oh Sehun dan aku isteri dia Bae-- Oh Joohyun. Aku dan dia jadi suami isteri dah hampir tiga bulan. Dan, cerita kami tidak normal macam pasangan yang lain.

Sehun mencapai tanganku dan aku mencuba untuk berdiri dari posisi berbaring. Dia membawaku ke ruangan makan. Di atas meja, pelbagai jenis lauk terhidang. Bau sedap masakan itu membuatkan aku lapar, justeru itu aku tidak membantah bila Sehun menarik kerusi dan memintaku duduk.

Setiap hari, Sehun akan memasak hidangan untuk kami berdua. Bermula dari sarapan pagi hinggalah ke hidangan makan malam, semuanya diuruskan oleh Sehun. Bukan sebab aku malas, atau masih menyimpan dendam dengan lelaki ini, tetapi, kerana aku langsung tidak tahu menahu akan sebarang kerja di dapur.

Sehun tahu akan hal ini, tapi dia tidak pernah mengeluh atau menyuruhku belajar memasak.

"Nah, hadiah untuk sayang." Lamunanku terhenti apabila Sehun mengajukan sebuah kotak sedikit besar dari telapak tanganku di hadapanku. Iphone 6s, itu yang tertera diatas permukaan kotak putih itu. Handphone baru - perkara ni aku dah jangka. Lepas dia hempas telefon aku ke dinding, dua hari lepas dia dah tak boleh call aku waktu dia masih kat pejabat. So, nak tak nak dia kena belikan aku jugak.

Aku hanya merenung kotak itu dengan wajah kosong. Tiada kata terima kasih atau cuma senyuman ringkas. Aku bahkan tidak sedar bila Seh
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet