005
Collision | Malay |Tubuhnya direngkuh dalam pelukan Sehun, mujur sahaja Haewon tidak tersepit di antara dua tubuh dewasa yang kini sedang berpelukan. Jongin bagaikan terpaku tidak tahu ingin berbuat apa, dia akhirnya memilih untuk sekadar melekapkan tangan di belakang Sehun dan menepuk-nepuk dengan lembut. Bau alkohol yang kuat menyengat deria bau gadis itu, melihat kondisi Sehun sahaja sudah cukup untuk menyakinkannya bahawa Sehun sedang mabuk.
“Sayang, kenapa sayang tinggalkan abang?”. Ujar Sehun sejurus pelukan dilepaskan. Jongin serba-salah, nampaknya Sehun terlalu tertekan sehingga dia tidak mampu membezakan di antara Jongin dan Jonghee yang telah mati. Wajah Sehun juga dipenuhi dengan misai dan jambang halus, tidak pernah walau sekalipun Jongin melihat bakal abang ipar tak jadinya itu membiarkan rambut-rambut di sekitar wajahnya tumbuh sebegini.
“Abang, sa..sayang tak tinggalkan abang.” Semuanya terasa janggal dan asing bagi lidah Jongin. Dia merutuki diri sendiri apabila bibirnya dengan lancang sahaja membalas sebegitu rupa kepada Sehun. Apa yang dia cuba lakukan? Jongin menghulurkan Haewon kepada ayah kandungnya, bayi itu lansung tidak berkutik dari lena. Sehun mengukir senyuman lebar dan mengambil bayi lelaki tersebut di dalam kendongan. “Ni Haewon, anak kita. Muka dia saling tak tumpah macam muka abang”.
“Anak..anak kita?”. Sehun bertanya bagai tidak percaya, Jongin sekadar mengaggukkan kepala dengan lemah. Dia membuntuti Sehun apabila lelaki itu mula menapak masuk ke dalam ruang tamu sambil mengecup pipi mungil si anak.
Jongin duduk melutut di hadapan Sehun. “Abang, Jonghee dah pergi jauh. Ini peninggalan terakhir Jonghee buat abang, abang sayangilah Haewon dan beri dia kasih sayang yang selayaknya okay?”. Kali ini, dia tidak lagi berpura-pura sebagai kakak kembarnya, tapi entahlah. Dia sendiri tidak tahu tahap kewarasan Sehun untuk memahami apa yang cuba dia perkatakan.
Bagaikan tersedar dari mimpi, air mata Sehun kembali mengalir. Dia membawa Haewon ke dalam dakapannya, tapi tidak terlalu erat kerana tidak mahu menyakiti bayi yang baru berusia beberapa hari itu.
“Ayah minta maaf. Ayah akan berikan yang terbaik buat Haewon”. Tersedu-sedu Sehun menahan tangis sendiri, Jongin turut menangis bersama dan melentokkan kepala di bahu jejaka itu. Mereka berdua kehilangan Jonghee, seseorang yang amat penting dalam kehidupan mereka. Jika Sehun kehilangan kekasih dan tunangan, Jongin telah kehilangan kakak dan sahabat yang paling baik.
*********
Sehun memicit dahi yang terasa sakit, dia bukan seorang yang selalu meminum minuman keras secara umumnya. Tetapi, itulah minuman rutin baginya semenjak kematian Jonghee. Air itu mampu membuatkan dia lupa seketika penderitaan yang dia hadapi. Terasa bagaikan nyata sahaja mimpinya semalam apabila Jonghee datang dengan bayi mereka, Haweon. Di dalam mimpi itu, Jonghee meminta agar dia menyayangi Haewon dan menjaga anak mereka.
Aneh. Itulah yang dia rasakan kerana semua terlalu realistik untuk menjadi mimpi. Adakah Jonghee merasa kesal dengan apa yang telah dia lakukan kepada anak mereka? Jujur sahaja, dia memang lalai dan alpa akan tugasnya sebagai ayah. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan berbotol-botol arak yang baginya menjanjikan kebahagian sementara dari harus menghadapi realiti yang menyedihkan.
‘Mungkin dah tiba masa untuk aku berubah. Aku masih ada anak dan aku takkan sia-siakan hasil cinta kami hanya kerana sifat pentingkan diri aku’. Hati Sehun berbicara sendiri. Dia melangkah ke arah bilik mandi, memerhatikan dirinya sendiri di sebalik refleksi cermin. Wajahnya kelihatan kusam dan tidak terurus, dia sendiri tidak pasti apakah lelaki di balik cermin ini adalah dirinya? Sehun mencapai krim pencukur, dia kemudiannya melumurkan krim tersebut di bahagian dagu dan rahangnya yang tajam dan maskulin. Pisau cukur berjenama Gillete kini melusuri kulit mukanya, menebas segala rambut yang sudah lama tidak dibuang.
Mungkin dia sudah bersedia. Mungkin.
***********
Jongin merasa denyutan di payu daranya, dia mengetap gigi menahan perih. Ini baru sedikit dari pengalaman menjadi ibu yang dia rasakan. Bayangkan wanita-wanita hamil yang terpaksa menanggung sembilan bulan 10
Comments