004

Collision | Malay |
Please Subscribe to read the full chapter

Jongin menatap sendu ke arah bayi di dalam dukungannya, dia telah menjadi yatim sejurus dilahirkan. Sehun lansung tidak mahu memandang anaknya itu, entah apa dosa si kecil ini Jongin sendiri tidak tahu. Lelaki itu tidak seharusnya menghukum si kecil Haewon atas kepergian Jonghee, ini semua merupakan suratan takdir yang sudah tertulis dari azali.

Bayi itu tiba-tiba menangis, Jongin segera menepuk-nepuk perlahan belakang punggungnya untuk mendodoikan semula bayi yang baru berusia sembilan hari itu. Ini bermakna sudah lebih dari seminggu Jonghee meninggalkan mereka semua.

“Shuhh sayang ibu, ibu kat sini”. Jongin berkata lembut dan tersenyum kecil apabila Haewon menutup semula matanya.

Taeyeon menjengahkan badan di pintu bilik Jongin. Dia melihat anak gadisnya dan melepaskan keluhan kecil dibalik dua butir bibir merahnya. Gadis itu baru sahaja pulang dari Itali tidak kurang dari dua minggu, tetapi macam-macam telah berlaku dalam masa yang singkat. Dia tahu pemergian Jonghee bagaikan badai yang amat dasyat dalam hidup anak daranya yang satu ini. Kini, dia terbebani dengan tugas menjaga Haewon pula kerana Sehun seperti membenci anaknya sendiri dan menolak walaupun untuk bersua muka dengan si kecil tersebut.

“Jongin, pergilah makan dulu. Biar ibu pula jagakan Haewon.”

“Takpa ibu, nanti Jongin makan. Haewon baru tidur, tak sampai hati Jongin nak tinggalkan dia”.

“Sayang, ibu taknak kamu sakit. Kamu jarang makan, kalau makan pun sikit je. Makan ye nak?”. Taeyeon masih lagi cuba untuk memujuk, namun hampa apabila Jongin sekadar menggelengkan kepala.

“Ibu, Jongin nak minta restu ibu”. Jongin berpaling menghadap ibunya, dia menggapai jemari Taeyeon dan dibawa di dalam tangannya sendiri. “Jongin nak susukan Haewon. Esok, Jongin nak pergi jumpa doktor untuk dapatkan suntikan induced lactation bagi meransang susu badan. Jongin tak percaya dengan susu formula, takut tumbesaran Haewon jadi perlahan”. Rendah sahaja suara Jongin berkata kerana takut ibunya mengherdik.

“Jongin, kamu tak kahwin lagi. Ibu tahu kamu rasa bertanggungjawab ke atas Haewon tapi tak perlu sampai macam ni”.

“Ibu, Haewon anak Jongin. Tolonglah ibu, benarkan Jongin”.

“Ibu tak boleh nak bagi kata putus, kamu tanyalah ayah kamu”.

Jongin mengangguk paham setelah mendengar penjelasan ibunya. Ya, dia tahu dia masih belum berkahwin dan jujur sahaja dia sendiri tidak pasti apakah keputusannya ini betul. Tetapi, sepanjang seminggu menjaga Haewon, dia telah memikirkan segala kemungkinan dan membuat kajian mengenai penghasilan susu badan. Dia sudah agak lambat untuk membuat secara manual dengan menggunakan cara pengambilan pil hormon. Suntikan lebih cepat dan mudah, setelah seminggu urutan peransang pengeluaran susu boleh dilakukan.

“Baiklah, nanti Jongin tanya Ayah”.

*********

Sehun menuang minuman keras untuk yang ke berapa gelas. Dia sendiri tidak pasti dan tak peduli jika nanti dia mati kerana terlebih minum. Biarlah, dia telah kehilangan insan yang paling dia cintai di dunia ini. Tiada guna dia hidup jika Jonghee tiada di sisi untuk menemaninya menjalani hari-hari hadapan. Matanya yang memang sepet menjadi sembab, akal warasnya juga gagal berfungsi dengan baik kerana terlalu mabuk.

“Sehun, stop this nonsense”. Krystal menarik pergi gelas yang diteguk Sehun. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan kesal.

“You jangan sibuk hal I lah”. Sehun merengus marah dan cuba mengambil gelasnya semula dari tangan Krystal. Namun gadis itu lebih pantas dan membawa jauh gelas tersebut dari gapaian Sehun. Sehun hampir sahaja melayangkan tangannya di muka Krystal, mujurlah pengunjung bar yang duduk bersebelahan Sehun pantas menahannya.

“You dengar sini Sehun. You kena masuk office balik, dah seminggu you ambil cuti”. Krystal memberi pesanan terakhir sebelum berlalu pergi dengan mengepal genggaman dengan kuat. ‘Sial, kau dah mati pun masih lagi menyusahkan orang’. Umpatnya di dalam hati. Dia mengeluarkan telefon pintar berjenama iPhone kepunyaannya, membuat sebuah panggilan kepada perkhidmatan Uber.

“Helo, tolong jemputkan kawan saya di Bar Black Pearl di bawah nama Oh Sehun. Alamatnya nanti saya hantarkan melalui Whatsapp”. Setelah menghantar pesanan kepada Uber, Krystal menyibak rambut panjangnya ke belakang. Dia mendengus kecil sebelum melangkah ke arah kerete BMW hitam miliknya yang diparkir di lot parkir bawah tanah. Sejurus menduduki tempat pemandu, Krystal menghentak stereng kereta dengan kuat. Dia geram mengenangkan Sehun. ‘Kenapa kau tak pernah nak pandang aku?’.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeKaiStalker
Mungkin saja, Akan bercinta . wait and see

Comments

You must be logged in to comment
kissuexo614
#1
Sedihnya little Haewon mati :'(
Mcm mana ending utk Chanyeol & Baekhee? Sy mengharapkan Baekhee sembuh dr sakit mental & happy ending dgn chanyeol mcm sehun & jongin..
NoorKyra
#2
Chapter 24: Errrr..... There's a lot of stories that I've read that's having an intense ual scenes (basically a with a little bit of story)
Hehehehehehehehe....
But in malays.....x pernah baca la...

Hmmmm.... Just wait for the story to comes up.... At least, maybe I'm bleeding to death..

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....!!!!

Depends on you author nim...

^~^
NoorKyra
#3
Chapter 23: Awwwww.... That's so cute. Cuma... Harap sangat Sehun dan Jongin ada 'buah hati' baru selepas kehilangan Haewonnie...
Ohsehuncomehere #4
Boleh tak ada sambungan lagi pleaseeee
NoorKyra
#5
Chapter 22: Haewonnie........??????!!!!!!

Nuuuuuuuuuuuu.......!!!!!!




TT~TT...





My heart breaks so much....!!!!!
hanna_elf
#6
Chapter 22: Noooooooo Haewoooon TT
yoooonbae #7
Chapter 21: OMG I DIDN'T SEE THIS PLOT TWIST!!! and the fact that luhan love sehun, more plot twist
NoorKyra
#8
Chapter 21: Luhan.....????!!!!!!! Hah......???!!!!!!

O.O......?????!!!!!!!!!!


He's the masterminds......????!!!!!!!


Oh no..........!!!!!! Sehun ppalli.....

Save Jonginnie and Haewonnie....!!!!!
yoooonbae #9
Chapter 20: Must be the same person who kidnap haewon
NoorKyra
#10
Chapter 20: Oh.. it's her.... Krystal..??!!