Final

Dr. Lu

 

Pengetahuan : Ayat berwarna ungu/purple adalah bahasa Chinese.


 

       "Kami minta maaf, Encik Sehun. Adik encik menghidap kanser jantung. Tahap ketiga." 

 

Jantung Sehun mula berdegup laju. "Kanser jantung? Ia wujud?" soal Sehun. Dalam suaranya ada getaran. Dr. Byun melepaskan satu keluhan. Dia berasa simpati terhadap lelaki ini.

 

"Ya. Ianya sangat-sangat jarang dijumpai. Bagi adik encik, Cik Sejin, dia menghidap ketumbuhan dalam atrium kiri."

 

"Ketumbuhan?" suaranya sangat perlahan. Seperti tidak mahu sesiapa mendengarnya. Dr. Byun membawa pennya mengetuk muka meja. "Ya. Mengikut rekod, adik encik mengalaminya lebih dari lima tahun. Saya pun agak terkejut sebab ia tak pernah dirawat yang menyebabkan ketumbuhan itu semakin serius."

 

Sehun menggigit bibir. "Dia.. Tak pernah pun tunjuk tanda? Er, boleh saya tahu tanda-tanda dia?" Dr. Byun menyemak helaian kertas. "Hm.. Symptom.. Pitam kerap kali. Sesak nafas bila baring di tempat yang rata. Rasa seperti dicucuk-cucuk pada organ jantung--"

 

"Kejap. Apa?"

 

"Pitam--"

 

"Bukan. Kedua."

 

"Sesak nafas? Bila berbaring di tempat rata? Cik Sejin ada macam tu?" tanya Dr. Byun. Sehun kehilangan kata-kata. "Klinik cakap Sejin ada asma." sayu matanya memandang Dr. Byun. Doktor itu mengeluh. Rasanya mereka perlu menghantar doktor yang berpengalaman bekerja di klinik-klinik.

 

"Boleh dirawat lagi ke masalah ni, doktor?"

 

"Tak, maaf. Kita hanya mampu berdoa yang terbaik. Harapkan jangka hayat adik awak bertahan lama, dan ketumbuhan tu tak menjejaskan organ-organ lain." Dr. Byun berkata lemah. Mereka berdua tahu, jangka hayat Sejin tidak akan lama, Sehun akur.

 

Wajah Sehun jatuh. Hatinya terasa berat. Adik kesayangannya..

 

 

Sejin seorang saja ahli keluarganya yang dia ada. Mereka tiada ibu bapa, mahupun saudara mara. Sejak Sejin lahir lahir lagi dia menjaga adiknya itu. Dia sangat menyayangi Sejin separuh mati. Dia tak mahu kehilangan adiknya.

 

Melihatkan kesedihan Sehun, Dr. Byun terpaksa memberitahu lelaki itu. "Tapi.. Hanya satu jalan penyelesaiannya."

 

"Apa?"

 

"Pendermaan jantung."

 

  

 

"Oppa?"

 

Sehun membuka matanya. Sehun yang baru bangun itu terpisat-pisat. Terus lelaki itu meluru ke arah adiknya, membantu gadis itu bangun.

 

"Oppa? Kenapa Jin ada dekat sini? Kenapa Jin baring sini? Kenapa--"

 

"Shh, shh.. Jin okey je. Jin okey je." kepala Sejin dibenamkan ke dalam dakapannya. Mata dipejam. Jangan Sehun.. Kau tak boleh menangis.. Gigi diketap. Menahan air mata. 

 

"Pendermaan jantung."

 

Sudah tentu dia sanggup mendermakan jatungnya sendiri pada adiknya itu. Namun Sehun tidak boleh. Jika dia mendermakan jantungnya, siapa yang akan menjaga adiknya nanti?

 

Sehun bukanlah mentingkan diri sendiri. Namun mereka tiada tempat bergantung. Adiknya itu baru berumur sepuluh tahun.

 

"Oppa?" Sejin melepaskan pelukan mereka. Sehun tidak boleh bertahan lagi. Air matanya jatuh. Membulat mata Sejin melihat abangnya itu menangis di depannya.

 

"Oppa! Kenapa ni Oppa? Oppa janganlah menangis.." tangan kecil gadis itu ditekupkan pada pipi Sehun. Air mata itu dilap dengan ibu jari. Lengan Sejin dipegang. Sehun memejamkan matanya.

 

"Oppa? Tak nak bagi tahu Jin kenapa Oppa menangis? Hmm?" soal Sejin comel. Ottokkhae.. Hati Sehun sudah merintih berat.

 

Mata dibuka. Mata bulat Sejin yang jernih itu memandang matanya dalam-dalam. Sehun menghela nafas. Kepala Sejin dipegang dan diturunkan. Bibir dibawa mengucup dahi Sejin kasih. Rambut panjang gadis itu diusap lembut.

 

"Oppa.. risaukan Jin je.. Jin pengsan dari semalam tahu tak?" kata Sehun perit. Sejin tersenyum comel. "Apa lah Oppa ni.. Risaukan Jin je.." pantas pipi Sehun dikucup. 

 

 

 

 

 

 

"Jin.. Ingat tak macam mana Jin boleh pengsan?" soal Sehun sambil menyuapkan sesudu bubur ke dalam mulut Sejin. Gadis kecil itu menggaru dagunya. 

 

"Hm.. Masa tu.. Oppa pergi kelas. Jin baru balik rumah. Bila Jin nak minum air, dekat sini tiba-tiba sakit. Lepas tu Jin tak ingat apa-apa dah." terangnya sambil menunjukkan arah jantungnya. Sehun mengangguk kecil. Sejin dah kena tanda ketiga.

 

Sehun teruskan menyuap. 

 

"Oppa tahu kenapa Jin sakit sini tak?" soal Sejin. Jantung dituju lagi. Sehun memeguk liurnya sendiri. "Jin.. Jin.. Pe-Penat tu." terpaksa Sehun menipu 'hodoh' terhadap adiknya.

 

Tiba-tiba telefon Sehun berbunyi. Mangkuk bubur diletakkan di atas meja. Skrin dilihat. Tertera nama rakannya 'KimKai' memanggil. "Jin makan dulu, lepas tu minum air dengan ubat tepi tu tau." arahnya lalu membawa langkah ke luar wad Sejin.

 

"Yoboseyo?"

 

"Yah, kau dekat mana? Puas aku ketuk pintu rumah kau macam orang gila tadi. Ahjumma tu pandang aku atas bawah dah, bullfish. Kau dekat--"

 

"Aku dekat hospital." pintu wad ditutup. Tubuh dibawa bersandar pada dinding.

 

"Dekat mana?!!"

 

"Aish, bising lah kau ni. Sejin pengsan semalam." 

 

"Oh, adik kau? Kenapanya?"

 

"Hmm. Kai, datang sini boleh tak? Kita gosip sini. Aku bosan ni."

 

"OK. OK. Hospital mana?"

 

"Seoul lah. Takkan lah aku duduk Seoul cerdik pergi terbang ke hospital Jeju pulak."

 

"Tsk. Baik student Oh. Aku bawak Taemin dengan Jongdae Hyung sekali tau. Takut lah drive malam sorang-sorang."

 

"Ikut kau lah. Ayam betul, pengecut."

 

"Senyaplah kau."

 

 

 

 

 

"Serius?!"

 

Sehun mengeluh perlahan. "Sabar, Sehun." Jongdae menepuk bahu Sehun. Memberinya semangat. Sehun mengusutkan rambutnya. Wajah dibenamkan pada muka meja. "Aku betul-betul nak dermakan. ! Tapi.. Tapi.."

 

"Kami faham kau, Sehun. Yelah. Kalau kau derma, benda tu libatkan nyawa. Siapa nak jaga Sejin." kata Kai. Dia benar-benar kasihan dengan situasi kawan baiknya itu. Ianya rumit. Terlalu rumit.

 

"Oh, Encik Sehun." 

 

Sehun mengangkat wajahnya kelihatan Dr. Byun bersama Dr. Jee dengan kot putih mereka. Kai, Taemin dan Jongdae memandang pelik dua doktor itu. 

 

"Ah, awak bertiga mesti kawan Encik Sehun. Saya Dr. Byun. Doktor yang ambil alih kondisi adik Encik Sehun. Dan ini Dr. Jee, rakan setugas saya." mereka berdua membongkok 90 darjah. Sehun dan rakannya hanya mengangguk kecil.

 

"Saya minta maaf, tapi Encik Sehun ada masa? Saya ada hal penting nak beritahu encik." ujar Dr. Byun. Sehun, Kai, Taemin dan Jongdae memandang sesama sendiri.

 

"Kau orang pergi lah tengok Sejin dulu.. Wad C-C12." ujar Sehun sebelum bangun dari duduknya.

 

 

 

 

"Kami telah menghubungi doktor pakar yang terbaik di Beijing, dan dia cakap dia mungkin boleh tolong Cik Sejin." 

 

Sehun menjilat bibirnya yang kering. "Doktor.. pasti?" soal Sehun ragu-ragu. Dr. Byun tersenyum. "Dr. Lu doktor terbaik di Asia, encik jangan risau. Kita bergantung dan percaya je pada Dr. Lu."

 

"Dr. Lu.." gumam Sehun.

 

   

 

Sehun membuka pintu wad itu sambil bercakap dengan telefonnya. "Kalau boleh saya mintak sangatlah, Prof. ... Kamsahamida."

 

Elok saja talian dimatikan, pandangannya menyapa Sejin yang sedang ketawa. Dan di hadapannya ada seorang doktor, yang Sehun pasti dia lebih tinggi dari Dr. Byun. Doktor itu membelakanginya.

 

"Oh, Oppa!" makin lebar senyuman Sejin melihat abangnya di muka pintu. Pintu ditutup.  Doktor itu menoleh-- Dan Sehun pasti doktor itu adalah lelaki, berambut pendek keperangan, namun wajah doktor itu agak feminin.

 

Automatik doktor itu bangun dari katil Sejin dan berdiri menghadap Sehun. "Angyeonghaseyo. Awak pasti abang Sejin..? Saya Dr. Lu." Sehun berdehem kecil, mendekati katil Sejin. Rentak jantungnya mula tidak stabil.

 

"Sa-Saya Se-Sehun. Oh Sehun." dia membongkok 90 darjah. Dan dia rasa nak tampar mulutnya yang tergagap itu. Dr. Lu ketawa kecil, yang kedengaran seperti muzik di telinga Sehun. The heck, Oh Sehun?! Sehun cuba untuk kembali ke realiti.

 

"Oppa mianhae, Sejin-ah. Tapi Oppa nak bercakap dengan Oppa kamu sekejap, eoh?" kata Dr. Lu lembut. Sejin tanpa ragu mengangguk. Gadis kecil itu kelihatan suka dengan Dr. Lu.

 

 

 

Mereka pun keluar dari wad Sejin. "Jadi.. Encik Sehun--"

 

"Sehun je." sampuk Sehun yang agak terkejut dengan mulutnya sendiri. Pelik. Dengan Dr. Byun dia tak kisah pun.

 

"Al...right. Jadi.. Sehun. Saya dan semak semua kondisi adik awak. Saya mintak maaf tentang keadaan Sejin." Sehun menggeleng kecil dengan senyuman. Dr. Lu menjilat bibir bawah keringnya.

 

"Disebabkan jangka hayat Sejin sekarang sudah singkat, saya akan cuba cari sesiapa yang nak dermakan jantung untuk adik awak. Dan buat masa ni, saya hanya boleh beri Sejin terapi dan ubatan lah, yang mungkin juga boleh mengurangkan serangan sakit yang dialami Sejin dan kemungkinan besar memanjangkan sedikit jangka hayat dia."

 

Sehun tak mampu berkata apa. Dia hanya mengeluh. "Ia yang terbaik." bisiknya perlahan. Terasa bahu kanannya berat, Sehun menoleh. Dr. Lu menepuk bahunya perlahan. "Saya harap awak jangan putus asa. Doakan yang terbaik. Fikir positif. Beri semangat pada Sejin." 

 

Sehun mengangguk. "Kamsahamida, Dr. Lu." Dr. Lu tersenyum manis. "Ia kerja saya. So.. Saya mintak diri dulu, Sehun-sshi." dan doktor itu berlalu pergi.

 

Sehun pula dengan berat hati, melangkah masuk ke dalam wad adiknya. Kelihatan Sejin sedang meneguk air. "Ubat?" soal Sehun. Sejin mengangguk.

 

"Oppa?"

 

Sehun menutup pintu sebelum mengambil tempat di sisi katil. "Neh?" rambut gadis itu diusap perlahan. "Jin.. Tak hidup lama kan..?" tangan Sehun berhenti dari mengelus rambut Sejin. Sejin mendongak memandang abangnya itu.

 

"Si-Siapa yang cakap..?" tangan Sehun mula menggeletar. Sejin terus memegang tangan abangnya yang tidak stabil itu. "Luhan Oppa yang cakap. Geundae.." Luhan? 

 

Dr. Lu.

 

Sehun memeluk tubuh Sejin. Air mata lelaki itu gugur. "Oppa mianhae sebab tak cerita dekat Jin. Oppa.. Mianhae, Jin-ah.. O-Oppa tak nak Jin sedih, tinggalkan Oppa! Oppa nak sangat dermakan jantung Oppa dekat Jin, tapi...tapi--"

 

"Oppa.. Jin tak pernah salahkan Oppa. Gwenchana. Nanti Jin nak jumpa Omma dengan Appa dekat syurga! Geurigo.. Kalau Oppa bagi Jin jantung Oppa, Jin tak ada sesiapa dah nak jaga Jin. Bukan salah Oppa lah.." petah gadis itu berkata dalam dakapan Sehun. Lelaki itu mula teresak...

 

"Oppa mianhae, Jin-ah..!"

 

   

 

Dua bulan berlalu, keadaan Sejin tidaklah seteruk yang dulu. Cuma gadis itu semakin pucat. Ianya agak ajaib. Pesakit yang menghadapi ketumbuhan peringkat ketiga sepatutnya mengalami keguguran rambut. Namun tidak Sejin. Mungkin juga berkat usaha keras Dr. Lu merawat gadis kecil itu. Sehun bersyukur.

 

 

Sehun hanya melihat Dr. Lu memeriksa mata Sejin yang telah pengsan diberi bius. Setiap pergerakan yang dilakukan doktor itu sangat kemas dan profesional. Sehun dapat teka.

 

Dan setiap kali dia melihat Dr. Lu merawat adiknya, pandangannya seperti berbunga-bunga. Dia tidak tahu perasaan apa itu sehinggalah..

 

 

"Saya minta maaf, Sehun-sshi. Buat masa sekarang memang tiada penderma. Saya dan cuba tanya hospital lain, tapi mereka tak ada. Saya harap Sejin dapat bertahan lama. Saya akan cuba lagi." Dr. Lu mematikan lampu sinaran cahaya itu dan disimpan ke dalam poket kot putihnya dengan keluhan.

 

Doktor itu kelihatan penat.

 

 

"Doktor?"

 

Dr. Lu mengangkat wajahnya, memandang abang pesakitnya. "Kalau tak keberatan...saya belanja doktor kopi?" Dr. Lu terpana buat seketika sebelum tersenyum manis semanis madu. "Hot chocolate would be nice."

 

Seyuman doktor itu menghantar rama-rama ke dalam perut Sehun. Dan Sehun tersedar sendiri. Dia gay. .

 

   

 

"Pelajar Oh?" lamunan Sehun terhenti. Yang ada di hadapannya kini bukanlah wajah doktor lelaki yang diminatinya, tetapi wajah pensyarah lelaki muda. "N-Neh, Prof Gong. Mianhaemida." dalam hati, Sehun sudah menyumpah dirinya sendiri.

 

 

"Semenjak dua menjak ni awak selalu berangan. Hm, pelajar Oh? Boleh saya tahu apa yang awak angankan tu?" soal Prof. Gong nakal. Sehun kini sedang menyiapkan folionya yang tergendala di pejabat pensyarahnya. 

 

Sehun  menggigit bibir bawahnya. "T-Tak ada apa, Prof. Saya.. Risaukan adik saya je." tipunya. Ah, gasaklah. Takkan lah aku nak kata aku ni angaukan lelaki? Professor muda itu ketawa kecil. "Well, well.. Awak ni menariklah, pelajar Oh." ujar Prof. Gong.

 

Sehun terpanar. "N-Neh?" Prof. Gong tersenyum penuh makna. "Saya ada semak rekod pelajar semalam. Hm.. Dan saya tengok rakan-rakan awak, pelajar Kim, pelajar Lee, pelajar Park, pelajar Huang, semua ada rekod kesalahan yang kebanyakkannya berkaitan hal cinta remaja. Tetapi rekod awak bersih." Sehun membeku di kerusinya. Oh, crap. Jangan cakap yang Prof--

 

"Awak gay ke, pelajar Oh?" itu dia. Membulat mata Sehun. "N-Neh?!" professor itu melepaskan tawa. Prof. Gong dah agak. Sehun boleh dikatakan sempurna dengan tubuh dan wajahnya. Mana mungkin tiada teman wanita. Melainkan pelajar ini 'homo'.

 

Dan ya. Sehun tidak pernah ada teman wanita seumur hidupnya.

 

"Saya tembak bull-eye eh?" kening diangkat nakal. Sehun mula tak senang duduk. Dah sakit apa pensyarah ni..

 

"Jadi siapa lelaki bertuah tu? Saya teka dia bukan pelajar sini?" Okey. Sehun memang rasa nak meletup. Prof. Gong ni tukang tilik ke apa?! 

 

"Er.. Prof, saya sambung esok lah pula.. Er.. Saya nak  lawat adik saya. Saya mintak diri, Prof." tanpa lengah, barang-barang dikemas. Mahu tomato mukanya disoal Prof. Gong lagi nanti.

 

Prof. Gong ketawa kecil. Sebel Sehun membuka pintu, dia dipanggil buat kali terakhir. Sehun menoleh. "Neh?"

 

"Saya cadangkan awak luahkan perasaan awak tu cepat-cepat. Nanti risau ada sesuatu yang menghalang, awak rugi." 

 

   

 

"Oppa.."

 

Melihatkan adiknya menangis di atas katil itu menakutkan Sehun. "Jin-ah.. Kenapa ni? Hmm?" tubuh Sejin dipeluk erat. Seperti biasa, rambut Sejin dielus lembut. Gadis itu teresak di dada Sehun. "Oppa.. J-Jin mim-mimpi buruk..!" esaknya. Sehun tersenyum kecil.

 

Sejin selalu bermimpi buruk. Dan tiap kali gadis itu mengalaminya, dia akan meluru ke bilik Sehun dan tidur dengan abangnya. Sehun masih ingat.

 

"Shh.. Itu mimpi ke, Jin-ah.." pujuk si abang. Namun Sejin menggeleng laju. "Ia nampak ma-macam betul-betul! Lu-Luhan Oppa tinggalkan J-Jin..!" dan kening Sehun bertaut. Okey. Mimpi Sejin kali ini pelik. Sehun terus memujuk adiknya sehingga tertidur.

 

 

 

 

 

 

Pintu terbuka. Dan ia membuatkan Sehun terjaga dari lelapnya. Kelihatan Dr. Lu meletakkan tangannya ke dalam poket, mendekati dua beradik itu. "D-Doktor?" Sehun mengangkat kepalanya dari bersandar pada sofa.

 

"Oh, awak terjaga? Mianhae. Saya nak tengok Sejin." ujarnya. Sehun tersenyum kecil dan menggeleng. 

 

Dr. Lu berjalan mendekat Sejin, namun matanya memandang Sehun yang sedang menguap.

 

"Awak nampak penat."

 

Sehun mengerdipkan matanya sebelum merenggangkan kedua belah tangannya. "Anni.." Dr. Lu  ketawa kecil. "Awak patut berehat juga, Sehun. Awak jangan risau. Kami pihak hospital akan jaga Sejin bila awak tak ada dekat sini." kata-kata Dr. Lu yang perlahan itu melembutkan hatinya.

 

Sehun mengeluh lembut. "Awak pelajar universiti kan? Awak ambil bidang apa?" soal doktor itu sebaik saja punggungnya mendarat pada hujung katil Sejin. Sehun mengambil botol mineral dan membukanya, sebelum menjawab soalan Dr. Lu. "Perniagaan." air diteguk.

 

Kening Dr. Lu terangkat lalu mengangguk kecil. Suasana sepi seketika sebelum Sehun membuka mulutnya.

 

 

"Doktor...dah kahwin?" dan bibir bawah menjadi mangsa gigit. Dr. Lu menggeleng kecil. "Yeoja-chingu?" geleng lagi.

 

Kemudian Sehun teringat kata-kata Prof. Gong. 

 

"Saya cadangkan awak luahkan perasaan awak tu cepat-cepat. Nanti risau ada sesuatu yang menghalang, awak rugi."

 

"Macam mana dengan awak? Pelajar universiti mesti ramai yang cantik-cantik." soal Dr. Lu dengan senyuman. Sehun menggeleng. Reaksi doktor itu agak terkejut. "Wow.. Muka awak macam yeoja beratur belakang awak sampai ke China." guraunya. Sehun ketawa.

 

Sehun, ini masanya.. Dia available tu.. Cepat!

 

Baru Sehun ingin membuka mulut, hatinya berkata lagi.

 

Yah, jangan! Kalau Dr. Lu ni straight, tak ke malu?

 

Sehun menggaru belakang lehernya. Keliru dengan diri sendiri sebelum membuka mulut kembali.

 

"Er.. Doktor--" Suka saya tak? "--dah jumpa penderma?" Haish, ayam kau ni, Sehun..

 

Dr. Lu mengeluh kecil. "Belum lagi. Saya risau sangat, Sehun-sshi.. Mengikut rekod, masa Sejin memang sangat terhad. Saya--aish!" rambut dikusutkan. Terus perasaan Sehun jatuh. Dr. Lu rasa sangat tertekan. Dia tidak mahu mana-mana pesakitnya mati. Pesakit-pesakitnya tidak pernah mati selama dia menjadi doktor pakar.

 

Dia pernh bersumpah, jika pesakitnya mati walaupun sedikit kesalahan hanya dilakukan, dia gagal menjadi seorang doktor.

 

"Anni.. Saya rasa.. Saya patut terima semua ni." keluh Sehun. Dia berserah. Dr. Lu menggigit bibirnya. Dia perlu buat itu! Doktor itu meminta diri sebelum keluar dari wad itu.

 

Sehun mengeluh berat. Jin-ah..

 

    

 

"Sejin nak tahu tak? Kita yang mengatur hidup kita. Kita sendiri pilih untuk bernafas dan teruskan hidup." Sehun di hujung sofa hanya mendengar Dr. Lu bermain dan bercakap dengan Sejin sambil menyiapkan sedikit kerjanya. Atau sebenarnya, dia mencuri dengar percakapan dua makhluk itu. 

 

"Macam cinta?" tanya Sejin.

 

 

"Amboi. Pandai dah dia.." sampuk Sehun. Dr. Lu dan Sejin hanya tersengih memandang Sehun. "Ya, macam cinta." entah mengapa, jantung Sehun berdetak laju.

 

"Jadi.. Sejin kena atur hidup Sejin. Sejin pilih untuk terus bernafas dan pilih untuk percaya yang jangka hidup Sejin lebih panjang." kata Dr. Lu bermotivasi. Sejin mengangguk laju dengan senyuman comel.

 

    

 

Seminggu berlalu. Mental Sehun semakin terganggu. Sejin makin menunjukkan keadaan yang teruk. Peperiksaan semester semakin hampir. Kerjanya banyak tertangguh akibat masa yang digunakan untuk melawat adiknya. Sehun tertekan. Perasaannya terhadap Dr. Lu pula semakin berat. 

 

Hari itu, selepas tamat kelas, Sehun meluru ke hospital. Dia tidak sedap hati. Dan elok saja dia melangkah keluar dari teksi, dia pengsan. Panik pemandu teksi itu memanggil orang awam dan beberapa orang doktor yang kebetulan lalu di situ.

 

Sehun dikejarkan ke wad kecemasan. 

 

 

 

 

 

 

"Dr. Lu! Kita ada pesakit baru di wad kecemasan. Dia pengsan di depan hospital tadi!" meluru Dr. Lu turun ke wad kecemasan. 

 

 

 

 

 

 

"Dr. Lu? Doktor kenal ke pesakit ni?" soal Nurse Hwang. Doktor itu mengangguk perlahan. "Um, pesakit ni mengalami tekanan darah tinggi, doktor. Agak membahayakan situasi pesakit ni. Dr. Do cakap pesakit ni perlu disuntik bius. Tapi ianya perlu kebenaran ahli keluarga pesakit. Risau dia ada alahan." terang Nurse Hwang panjang.

 

"Awak dah ada Dr. Do, then awak panggil saya?" kata Dr. Lu sarkastik. Nurse Hwang menggaru lehernya yang tidak gatal. "Dr. Do yang panggil doktor." namun Dr. Lu hanya mengangguk kecil.

 

Dia menghela nafas berat. Nampaknya dia perlu lakukannya. Sesekali kita perlu selfish untuk kebaikan seseorang, ya.

 

"Saya.. Teman lelaki  pesakit. Dia tak ada ahli keluarga lain. Dan saya beri kebenaran untuk suntikan bius." ternganga Nurse Hwang tika itu. Doktor kacak ini gay? "A--Um.. Ta--"

 

Telefon Dr. Lu berbunyi. Tertera nama 'Baekhyun' pada skrin. Bibir dikemam. "Pesakit nama Oh Sehun. Fail peribadi dia ada dalam bilik saya kalau perlu apa-apa. Buat masa ni suntik je dulu. Saya benarkan. Saya ada hal, nurse, mintak diri."

 

Dan dia meninggalkan Nurse Hwang terlopong bersendirian di situ.

 

 

 

 

 

 

"Kita boleh tunggu yang lain, Dr. Lu." Dr. Byun mengeluh. Keputusan Dr. Lu amat mengejutkan. Dr. Lu mengetap bibirnya. "Look, Dr. Byun. Kita dah tunggu lebih empat bulan. Tak ada sesiapa yang nak dermakan jantung dekat pesakit Sejin. Dan jawapan penyelesaiannya dah ada depan mata. Jantung saya sesuai untuk didermakan." 

 

Kalau Dr. Lu dermakan jantung, bermaksud doktor gadaikan nyawa. Dan dunia ni kehilangan seorang doktor professional.

 

Dr. Byun resah. Mengapa lah ujian pemeriksaan jantung Dr. Lu berjalan dengan lancar. Doktor ini bebas dari sebarang penyakit. Dan dia sudah tekad! "Dr. Lu--"

 

"Saya dah dapat tandatangan untuk pengesahan pembedahan untuk pesakit Sejin. Dan adik saya dah tandatangan bagi pihak saya." dua helai kertas pengesahan bersama tandatangan dihulurkan pada Dr. Byun.

 

 

Kertas Sejin kelihatan terdapat tandatangan Sehun, Dr. Byun kenal yang itu adalah tandatangan asli Sehun. Namun tandatangn itu diambil secara rahsia, tempoh hari, berkata bahawa itu adalah kertas pengesahan pemberian ubat, di mana Sehun tanpa ragu memberikan tandatangannya.

 

Wajah diraup kasar. "Baiklah. Doktor ada masa dua jam sebelum pembedahan dilakukan."

 

 

 

 

 

 

Sehun membuka matanya perlahan. Pemandangannya silau dengan cahaya cerah. 

 

"Oh, encik dah sedar!"

 

Kelihatan seorang jururawat bersama kad laporan berdiri di sisi katilnya. Terasa tangan kirinya kebas, tiub IV yang bersambung pada lengannya dilihat. 

 

Apakah? 

 

Baju yang dipakai dibelek. Masih lagi kemeja dan jeans hitam.

 

"Encik Sehun?" panggil Nurse Hwang, menyedarkan Sehun dari lamunan. Sehun memandang jururawat itu. "Boleh...saya tahu? Encik ada apa ya datang ke hospital siang tadi?"

 

Mata Sehun membulat. Shoot! Dia ingin melawat Sejin! Jam dinding yang tergantung elok bertentangannya itu menunjukkan angka sepuluh. Lagi bulat matanya. "Sepuluh..?" Nurse Hwang melihat jam yang dilihat Sehun tadi. "Neh.. Sepuluh malam." katanya lalu berpusing untuk mengambil ubat untuk pesakit itu.

 

Sehun menyumpah seranah. Tiub IV dicabut kasar. Auch, Sherlock, sakit. Lalu kaki dibawa turun dari katil. Bawah katil diintai, kasutnya yang terletak kemas di bawah itu dipakai.

 

Langkah dibawa keluar dari wad.

 

 

 

 

Pintu tertulis C-C12 itu dibuka. Kosong. Katil itu kosong. Pegangan pada tombol pintu jatuh ke sisi.

 

"Oh, encik Sehun." Sehun berpaling. Kelihatan Dr. Jee bersama beberapa kad laporan didakap pada dada. "Apa yang awak buat dekat sini?" soal doktor lelaki separuh abad itu.

 

"Adik saya.." Sehun memandang pintu, kemudian wajah doktor itu. Dr. Jee berkerut. "Bukan ke adik awak sekarang si bilik bedah?" muka Sehun diserang kejutan. "N-Neh?"

 

"Dr. Byun ada cakap adik awak dah ada penderma. Pembedahan bermula dua jam yang lepas." kata-kata doktor itu mengelirukannya. "Siapa...pendermanya?

 

Dr. Jee menjongketkan bahunya. "Dr. Byun tak ada pula cakap siapa." jam tangan dikerling. "Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu?" kata doktor itu dan berlalu pergi. 

 

"Doktor!" panggilan Sehun menghentikan langkah Dr. Jee. Doktor itu berpusing. "Boleh...hantar saya ke bilik pembedahan?"

 

 

 

 

Sesampai saja Sehun di depan bilik pembedahan, kelihatan ada seorang gadis berambut melepasi pinggang yang agak-agak umurnya berdekatan dengannya duduk di bangku yang disediakan. Itu mesti ahli keluarga penderma. Fikir Sehun lalu mendekati gadis itu.

 

Namun langkahnya terhenti bila gadis itu mengangkat wajah, memandangnya. Wajahnya seperti orang yang dia kenal. Wajah gadis itu seakan-akan Dr. Lu. 99 peratus sama. Hanya rambut perbezaan mereka.

 

Mata gadis itu berair.

 

"Sehun-sshi.." sebut gadis itu lemah.

 

 

 

 

 

Pintu terbuka. Seorang doktor bertopeng keluar dengan keluhan. Sebaik saja wajah diangkat, otaknya menjadi kaku melihatkan seorang gadis dikenali bersama Sehun di sebelahnya. Air jernih tumpah dari mata Sehun. Topeng dibuka.

 

Sehun berdiri dengan lemah. "Dr. Byun.." Berdiri saja Sehun di depan doktor itu, sebuah katil dibawa keluar dari bilik pembedahan. Sejin. Wajahnya polos. Sehun hanya memerhati adiknya dibawa oleh beberapa orang jururawat. 

 

Sesaat kemudian, sebuah lagi katil yang dilitupi dengan kain putih dibawa keluar. Terus gadis bersama Sehun tadi menerpa katil itu. Dr. Byun menghela nafas berat. "Luxia-ah. Nurse tu nak bawa Lu Ge ke bilik mayat. Mari lah. Sehun? Awak ikut sekali."

 

 

 

 

 

Sebaik saja kain putih itu dibuka, Luxia menangis di sisi mayat abangnya, Luhan, Dr. Lu. Sehun berdiri kaku di sisi katil. Dr. Byun melihat kedua mereka dengan pandangan sayu.

 

Luxia mengesat air matanya sebelum menurunkan wajah, mencium pipi abangnya seperti yang biasa dilakukan sebaik saja mereka berjumpa.

 

 

"Gege.. Baba bangga dengan Gege.. kami pun bangga dengan Gege. Gege pergi lah dengan tenang." kata Luxia perlahan dengan esakan kecil. Dia sudah menerima kepergian abang kesayangannya.

 

Sehun tidak bergerak dari tempatnya, namun air matanya mengalir. Dia tidak percaya. Dr. Lu yang diminati dan dicintainya dalam diam kini sudah tidak bernyawa. Berbaring di atas jatil hospital. Di bilik mayat. Menjadi mayat. Wajahnya tenang, pucat, dan.. mati.

 

Dia patut gembira kerana adiknya sudah mendapat jantung yang baru dan sihat. Adiknya sudah bebas dari kanser jantung. Adiknya sudah boleh melakukan rutin harian tanpa sakit lagi.

 

Namun. Jantung yang dipindahkan ke dalam jantung adiknya itu adalah milik Dr. Lu. 

 

Tubuhnya longlai, jatuh melutut di depan katil mayat Dr. Lu yang disaksikan oleh Luxia dan Dr. Byun. Luxia menghadap Sehun dan mencangkung.

 

 

"Sehun-sshi.. Saya ada pesanan dari Luhan Gege." kata Luxia, membuatkan Sehun memandang mata gadis itu dengan matanya yang berair.

 

Tangan dibawa memeluk lelaki itu. Dr. Byun mengambil itu tanda dia patut beredar. Tubuh kaku Dr. Lu dilihat buat kali terakhir sebelum diselimutkan dengan kain putih sepenuhnya. Langkah dibawa keluar dari bilik sejuk itu.

 

Sehun menangis. Menangis dalam dakapan adik kepada orang yang dicintainya. Luxia menepuk belakang Sehun, memberi semangat. Dia dapat rasakan yang abangnya merupakan orang penting dalam hidup lelaki ini. Tidak hairan mereka terjebak dalam dunia 'gay'.

 

Luxia berpesan perlahan. "Luhan Gege cakap.. Jaga Sejin elok-elok. Geurigo.. Jaga diri awak, jangan lupa rehat secukupnya, makan jangan pernah skip. Dan.. Gege cakap.. Wo ai ni."

 

Tanpa sedar, Sehun membalas pelukan Luxia. Bahu gadis itu dibasahi dengan air matanya.

 

     

 

"Dalam sesetengah keadaan, kita harus tahu. Kita boleh memiliki seseorang itu dalam hati kita, tidak dalam kehidupan."

 

     

TAMAT


Author note : Phew ~ Cramp otak cari idea, lol. Saya tahu tak best T.T I redha kalau tak dapat nombor dalam kontes sebab peserta yang lain mesti lagi gempak dari saya, haih.. Sebarang typo, saya minta maaf sangat-sangat.. But, but! Hope reader suka. Sila komen! ❤

 

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 1: Hi! I just want to say DAEBAK!!!!! best ff awk ni!! hopefully there will be next ff ..im waiting for ur next ff! *big claps* for u..
apple_me
#2
Chapter 1: Waaaaa. I'm speechless. Sedih waaa T.T Luhan sungguh baik gahh *hembus hingus* the best, authornim, even your first . Arh, love it! Nak baca lagi! *excited*
tripleH
#3
Chapter 1: *big clap* even ini ur first , i give double thum up! This is soooooo good. And sad. And beautiful ❤ god job authornim
vanilachoc
#4
Chapter 1: *duduk kat corner bilik* *nangis* ㅠㅠㅠㅠ
Anyway, suka dengan storyline awak :'))))
aquariusxpisces
#5
Chapter 1: sedihnyaaaaaaaaa (;´༎ຶД༎ຶ`) berair mata saya baca ff ni....
rasa menyesal sebab tak confess awal-awal, kan?
namjinxed
#6
Chapter 1: wow utk someone yg first time tulis this is not so bad. dari penulisan awk pun mcm nmpak awkward tu skit2 ^^' but no worries practice makes perfect. btw kalau boleh elakkan tambah () dan letakkan information yg x penting utk storyline. mcm maksud luxia tu. it kinda throws off the readers and turns off the interest. sorry kalau saya bnyk membebel ^^' hope this advice helps :D and good luck with the contest
haseungwon
#7
Good luck juga awak! Thanks for your support. Kita sama2 usaha okey*wink*
namjinxed
#8
good luck with your first attempt writing :)