BAB 04

Ailurophobia
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Hish! Mana pula Yoongi hyung ni? Semalam beria sangat dia pesan jangan lambat. Tengoklah, sekarang siapa yang lambat?!”

“Entah-entah dia absent lagi?” Namjoon menyerkap jarang. Seperti kebiasaannya, mereka berbual santai di kafeteria sebelum sesi pembelajaran bermula. Hoseok yang asyik mundar-mandir sejak dia menjejakkan kaki di kafeteria tu 15 minit lepas mula merungut tanpa henti.

“Takkanlah, kot? Semalam kan dia sihat je, lagipun kau tengok dia ada tanda-tanda alergi lagi ke? Kejap lagi sampailah tu!” Seokjin menyangkal dengan nada malas. Skrin telefon bimbit yang menjadi tumpuan sedari tadi dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. “Ada apa hal Yoongi nak jumpa kau? Dia ada bagitahu tak?” Seokjin menyambung, bola matanya tepat terarah kepada Hoseok yang mencebikkan bibirnya.

“Hmm, pasal Jeon Juyeon.”

“Jeon Juyeon?!” Namjoon dan Seokjin menempelak serentak seraya bertukar pandangan.

“Jeon Juyeon.” Balas Hoseok sambil mengangguk laju. Dia pun tertanya-tanya, pesan apakah yang Yoongi nak dia sampaikan kepada pelajar perempuan yang seorang tu. Tak pasal-pasal, Hoseok terpaksa menjadi posmen tak bergaji. “Korang tahu tak semalam-” Bunyi deringan telefon yang tidak semena-mena membantutkan tutur Hoseok yang baru sahaja mula teruja untuk bercerita. Skrin telefon dikerling pantas seraya nama si pemanggil jelas terpapar pada gadjet itu.

“Hello? Apa khabar Eommoni?” Panggilan disambut dengan nada sopan.

Eommoni?

Dengan ibu siapa pula Hoseok bercakap? Seokjin dan Namjoon saling berpandangan.

“Yoongi hyung? Tak ada pun! Dia belum sampai kot?” Hoseok menjawab berhati-hati, cuba untuk kedengaran sesopan yang boleh. Seketika, Hoseok kelihatan terangguk-angguk menyambut butir-bicara dari si pemanggil. Hampir 15 saat kemudian, panggilan ditamatkan.

“Yoongi hyung, hilang!” Hoseok mula terkinja-kinja kecemasan, membuatkan Seokjin dan Namjoon serentak berdiri, mata masing-masing sudah terbeliak mendengar berita yang tidak dijangka itu.

Hilang?!

 

 

 

Min Yoongi meregangkan tubuhnya seraya cuba untuk membebaskan diri dari gumpalan selimut tebal yang menjadi peneman lenanya setiap malam namun tebantut dek rasa mengantuk dan kemalasan yang mula menyerang, ala-ala ikan piranha yang kelaparan. Matanya terpisat-pisat, cuba melawan rasa mengantuk yang masih kuat terasa. Bunyi jam loceng yang membingitkan telinga sedaya-upaya Yoongi cuba matikan. Sebelah tangannya digapai keluar dari selimut, cuba untuk mencapai jam loceng yang diletakkan betul-betul di atas meja kecil bersebelahan katilnya. Yoongi mula menyumpah dalam hati, selalunya sekali gapai saja dah melekap di tangan, hari ni susah pula! Masih berselubung di bawah selimut, Yoongi tergaru-garu kemiangan. Maklumlah, mandi pun belum!

“Erghhh!” Yoongi terjerit kecil, terasa pedih permukaan tubuhnya seolah-olah dicucuk objek tajam!

Matanya sedikit terbuka dek kesakitan yang tidak dijangka. Tangan yang ligat menggaru tadi segera dilayangkan di depan mata. Mata Yoongi serta-merta terbuntang luas. Tangan yang diselaputi bulu, berbuku tajam dan runcing...dan mempunyai lekukan tapak yang kecil berwarna coklat kemerah-merahan muncul di pandangan.

“Eh, sejak bila tangan aku berbulu macam ni? Setahu aku, kalau berbulu-bulu macam ni...” Yoongi berjeda dalam hati, “kucing!” Yoongi bertempik panik lalu meloncat keluar dari selimut. Aneh! Tubuhnya terasa ringan, lompatannya pula melonjak tinggi! Apa yang sedang terjadi pada dirinya? Yoongi mula naik gila! Lompatannya tepat mendarat di atas meja kecil yang be

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
TaeNi97 #1
Chapter 5: Yayyy akhirnya akak update! Am i the only one after Assirankim? Tahun lepas komen dia ni
AssiraNKim #2
Chapter 4: Kelakar lah Jhope
b2stFanz
#3
Chapter 2: Chapter ni serious lawak.. Best gile
AssiraNKim #4
Chapter 3: Semoga bertabah ya kak, and tahniah nanti dah nak kahwin! Mimpi akak tu sweetlah, mak akak mmg tepat memilih warna baju sbb putih significant dgn something pure and happiness
Btw bila agaknya diorang nak face to face communicate?
qthobi
#5
Chapter 2: aaaaa, kak min!!! you never disappoint la, kak min kata tak pandai tulis comedy tapi elok je terbahak saya gelak sambil duk membaca cerita ni.
walaupun yoongi main character tapi saya suka sangat sangat character seokjin and hoseok; hyungline comel gilaaa!!! and the yoonjin and namseok moments yayyy my brotps <3
and as always, tulisan kak min memang on point. bahasa semua cantiklah. layout pun kemas je. you are my idol in writing lah kak, setiap kali saya baca tulisan akak confirm saya jatuh cinta!
okie saya tak sabar tunggu update tapi takpa, it's okay. take your time. saya menanti di sini! ^^
AssiraNKim #6
Chapter 2: Adik Jeon Jeongguk ke? dah tgk short clip bts kat 3rdmuster? Terharu gila sedih pun ada, Taehyung nangis cerita pasal nenek dia, penuh twitter saya pasal tu je
AssiraNKim #7
Chapter 1: Saya faham apa yg Yonggi lalui, saya pun alergik dgn kucing kawan2 dkt universiti awal2 tu semua tuduh saya cat's hater but the truth is mata saya boleh bengkak kalau sentuh kucing tu
bigbangtanboys
#8
Chapter 1: hahaha...lawaklaa...hoseok mcm sye sbb suka tanya kwn pegi skola ke tak xD...memang teruk kalau ada penyakit mcm suga...hurm...actually sye pun sama mcm suga sbb kalau pegang kucing,tangan start gatal2...tp sye still degil nak jaga and pegang kucing (kucing tu comel sgt >o<)
tak pe kak...sye rasa chapter ni dah okey dah...lama2 nanti akak dah terbiasa tulis cerita bergenre mcm ni...Fighting kak!