BAB 03

Ailurophobia
Please Subscribe to read the full chapter

 

Jeon Jungkook berjalan mundar-mandir di tengah ruang tamu kediaman teres dua tingkat milik ibu dan bapanya. Han Yeongja, ibu kepada remaja lelaki berumur 17 tahun itu menggeleng-geleng kepalanya berulang-kali melihatkan Jungkook yang nampak resah. Pening dia dibuatnya! Sehelai seluar berfabrik linen yang tadinya berlubang luas di bahagian punggung disuakan ke arah Jungkook yang masih mundar-mandir. Masam mencuka saja rupanya!

“Nah, eomma dah siap jahitkan. Lepas ni, nak main bola keranjang pun, hati-hati! Jangan nak terkangkang terloncat sangat sampai tak ingat dunia. Habis rabak seluar tu, sampai boleh suakan kepala dalam seluar! Pergi simpan dalam bilik kamu dulu...” Arah wanita awal 40-an itu. Jungkook menurut tanpa kata. Seluar bertukar tangan, dia tergopoh-gapah memanjat anak tangga untuk ke tingkat dua rumah itu. Pintu biliknya yang bersebelahan dengan bilik Juyeon dikuak. Seluar itu kemudian dironyok-ronyok kasar sebelum dilemparkan tepat ke atas katilnya. Sekelip mata, Jungkook kembali mundar-mandir di ruang tamu. Air mukanya semakin keruh, mula hilang sabar untuk terus menunggu.

“Hish, Jungkook! Duduk diam-diam boleh tak? Rimaslah eomma tengok. Kejap lagi baliklah Juyeon tu,” Tangan Jungkook ditarik ke arah sofa yang kosong di sebelahnya. Juyeon ni pun satu, dah tahu ada janji yang nak kena dikotakan, boleh pula dia lambat sampai rumah. Jungkook ni dahlah terlebih sensitif. Kerjanya asyik nak merajuk saja! Padanlah dengan Juyeon, entah sampai kemana pulalah dia pergi buat world tour dengan kucing-kucing tu semua hari ni...risau pula Yeongja dibuatnya. Dia tak pernah menghalang niat baik Juyeon terhadap haiwan jalanan tu semua, asalkan pandai jaga diri dan tahu batasan yang dia perlu patuhi dah cukup untuk Yeongja.

“Eommaa....” Jungkook mula merengek, berpura-pura menangis sambil kedua belah kakinya dihentak-hentak ke lantai. Kepalanya pula dilentokkan ke atas bahu si ibu. Manja.

“Hmmm...” ibunya dah dapat mengagak apa yang akan keluar dari mulut Jungkook seterusnya. Itulah perkara yang sama yang akan Jungkook leterkan apabila si kakak tidak menepati janji.

“Eomma nasihatkanlah noona tu! Dia yang beria-ia nak temankan Jungkook beli kasut sukan baru petang ni. Nak luangkan masa dengan adik tersayanglah konon! Bukannya Jungkook ajak dia temankan pun, dia sendiri yang tawarkan diri! Tapi, tengok? Dah pukul empat lebih dah ni, tak sampai-sampai rumah lagi. Mesti sibuk dengan kucing-kucing tu semua sampai lupa janji dia. Kucing jugak yang dia lebihkan dulu! Kalau Jungkook tahu noona nak mungkir janji lagi, baik Jungkook pergi dengan Jimin dan Taehyung!”

“Itulah, dah kamu tak nak benarkan dia bela kucing kat rumah ni. Kalau kamu bagi Juyeon bela kucing macam masa kamu berdua kanak-kanak dulu, tak adalah dia pergi sana sini tengokkan kucing tu semua...mengada-ngada. Nak kata ada alahan dengan kucing, tak pun! Elok je eomma tengok, apalah yang kamu pantang sangat kalau Juyeon nak bela kucing tu dalam rumah ni, Jungkook? Tu kan minat dia...biarkan je la dia dengan minat dia. Lagipun apa yang dia buat tu kan, benda baik.”

Ha, kan dah kena setempek kat muka? Setiap kali Jungkook cuba nak buat ibunya ‘berpaling tadah’ dari terus menyebelahi Juyeon, akhirnya mesti Jungkook yang akan kena ‘sembur’ balik! Jungkook membatukan diri, dia mengetap bibir memikirkan kata-kata si ibu. Mestilah dia ada sebab yang jelas kenapa Juyeon dilarang membela kucing di dalam rumah tu! Dia bukannya gila, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba tak nak benarkan Juyeon bela kucing. Ada sebabnya. Tapi, Jungkook memilih untuk mendiamkan diri. Biarlah dia pendam saja ‘alasannya’ tu. Kalau diluahkan pun, belum tentu ada yang betul-betul faham isi hatinya. Silap-silap, dia pula yang dianggap terlebih sensitif. Ibunya pula, asyik menyebelahkan Juyeon berbanding dia sendiri. Terasa macam di anaktirikan pula!

“Eomma bukan nak sebelahkan atau menangkan sesiapa...”

Jungkook tercengang. Macam tahu-tahu saja ibunya ni apa yang dirungutkan di dalam hatinya. Jangan-jangan ibunya ni ada kuasa psikik? Oh, Jeon Jungkook the drama king!

“...Jungkook tak bangga ke tengok kakak Jungkook tu bantu kucing-kucing terbuang tu semua? Mungkin, kalau tak disebabkan Juyeon...ada antara kucing-kucing tu yang dah mati kelaparan.”

“Orang lain pun suka kucing jugak, tapi tak lah macam noona tu! Tak kena tempat, pantang nampak pulak tu...” Tempelak Jungkook tanpa berfikir panjang.

Yeongja terdiam. Walaupun bagi dia sendiri, minat Juyeon terhadap kucing adalah agak berlebihan, dia tetap tidak akan menghalang. Dia tahu, Juyeon mempunyai sekeping hati yang penyayang terhadap haiwan, lebih-lebih lagi kucing. Tidak ramai manusia yang berhati semulia Juyeon, sanggup mengikat perut dan berjimat dengan duit perbelanjaan harian yang Yeongja dan suaminya berikan semata-mata kerana ingin membeli makanan untuk kucing-kucing jalanan tu. Kadang-kadang, sengaja dia dan suaminya memberikan Juyeon wang saku lebih dari biasa. Orang lain, walaupun tak semua...kebanyakannya dengan bangga mengakui yang mereka adalah pencinta kucing. Sayang dengan kucing. Tapi apabila ada kucing kotor, berkurap, kurus kering datang menghampiri, reaksi jijik dan benci yang paling cepat terbentuk di wajah. Di mana rasa sayang pada haiwan tu sebenarnya?

Samalah saja seperti mana manusia menilai manusia yang lain. Yang cantik, segak, indah di mata yang itulah yang paling mudah disanjung dan disayangi. Bagi yang buruk, hodoh, banyak celanya? Dipandang jijik bagaikan sampah! Begitu jugalah dengan kucing. Yang cantik, comel, berbaka istimewa, ditambah pula dijual dengan harga yang cukup mahal, itulah yang selalunya dijadikan pilihan. Sanggup berhabis ratusan, ribuan ringgit! Tapi yang bergelandangan di tepi-tepi jalan, warung-warung kecil, tepi longkang...dibiarkan kelaparan tanpa belas. Malah, ada juga yang tak berperikemanusiaan dan bertindak kejam.

Mujurlah Juyeon tak macam tu. Walaupun ada yang memandang jijik, Juyeon tetap dengan kasih dan sayangnya. Tak mengira rupa, tak mengira baka, tak mengira pandangan orang lain. Itulah anak gadisnya, dan Yeongja berbangga mempunyai anak gadis yang berhati mulia dan penyayang seperti Juyeon.

“Jadi, Jungkook pun nak jadi macam orang lain yang perlekehkan niat baik Juyeon tu?”

“Mana eomma tahu ada orang lain yang perlekehkan apa yang noona buat tu?”

“Kalau dah adik sendiri pun tak suka tengok Juyeon buat baik pada kucing-kucing jalanan tu...orang lain, apatah lagi kan?” Balas si ibu, suaranya masih tenang dan lembut tapi cukup menikam hati Jungkook. Nah, kena lagi!

Tapi, betul ke ada yang memperlekehkan Juyeon? Jungkook tak rasa pun yang dia memperlekehkan niat baik Juyeon, dia cuma nak Juyeon tepati masa dan janji saja. Geram pula rasanya, kalaulah betul-betul ada orang yang memperlekehkan kakaknya tu, siaplah dia! Cuma Jungkook yang boleh ‘berperang’ dengan kakaknya tu! Kalau orang lain, akan Jungkook cincang lumat-lumat! Walaupun Jungkook baru 17 tahun, dia tetap akan melindungi kakaknya tu dari sesiapa saja yang cuba mempermainkan kakaknya tu. Jaga-jaga, Jeon Cenna bakal mengamuk!

Kepala yang tadinya dilentokkan manja, cepat-cepat dialih Jungkook. Bibir dimuncungkan, sudah tak ada keinginan untuk keluar pada petang tu. Jungkook lambat-lambat bangun dari duduknya. Satu keluhan berat dilepaskan.

“Merajuklah tu...” Si ibu bersuara, seakan-akan mengejek si anak. Wajah Jungkook yang sudah sedia masam kelat, bertambah-tambah keruh. Makin panjang pula muncung bibirnya tu. Jungkook mula menapak menuju ke tangga.

“Jungkook!” Suara Juyeon kedengaran tiba-tiba, muka Juyeon akhirnya menjengah ke muka pintu. Kasut sneakers dan stoking yang dipakai, dibuka dengan tergopoh-gapah. Berselerak kasut dan stoking Juyeon di muka pintu. Juyeon terus menerpa masuk ke rumah dan mendapatkan Jungkook yang sudah menaiki satu anak tangga. Lengan Jungkook dipaut, kesal dengan kelewatannya petang itu.

“Ha, dah balik pun. Ni, kenapa dengan kamu ni...Juyeon? Selekehnya! Rambut berserabai, muka comot! Eh, ni siku kamu ni...kenapa luka ni? Macam kena sagat dengan berus dawai!”

Ibunya tak henti-henti membelek tubuh anak gadis sulungnya itu dengan penuh kerisauan. Kenapa dengan Juyeon? Selalunya kalau balik lambat pun, dia kelihatan elok-elok saja. Bagaimana dia keluar di awal pagi, begitulah rupanya apabila dia pulang di sebelah petangnya. Hari ni, lain benar pula gayanya! Jungkook yang membatu, serta-merta menoleh ke arah Juyeon. Dari kepala hingga ke kaki, Jungkook perhatikan Juyeon dengan penuh teliti. Apa yang dah jadi kepada kakaknya?

Juyeon tersengih kekok, tak tahu nak jawab soalan yang mana satu.

“Juyeon okay, cuma tersungkur sikit je tadi.” Juyeon menjawab dengan tenang, sejujurnya dia sendiri tak perasan yang sikunya terluka, apabila ditegur si ibu  barulah dia mula membelek siku kirinya tu.

“Macam mana boleh tersungkur?” Soal Yeongja lagi.

“Juyeon terlepas bas tadi, nasib baik bas tu baru je bergerak...sempatlah Juyeon kejar.”

“Lepas tu, sebab nilah kamu jatuh tersungkur?”

“Taklah.”

“Habis tu?”

“Juyeon terlelap kat dalam bas tu tadi, penat la eomma kejar bas tu. Sedar-sedar je, Juyeon dah terlajak dua perhentian. Terpaksalah berlari patah balik ke rumah...” Juyeon tersengih malu, cuai!

“Hish, Juyeon...kan eomma dah pesan banyak kali. Hati-hati, jaga diri kamu tu! Kalau ya pun kelam-kabut kejar masa, keselamatan tu utamakan dulu macam mana sekalipun.”

“Juyeon minta maaf, eomma. Juyeon cuma risau terlewat, lagipun kan Juyeon dah janji nak keluar sama-sama dengan Jungkook petang ni. Tapi, terlambat jugak. Jungkook...” Jungkook yang masih kaku di situ, Juyeon pandang dengan rasa bersalah. Nampaknya, Juyeon dah mungkir janji lagi. Jungkook memandang wajah si kakak dengan perasaan yang bercampur-baur. Rasa serba salah pula dia. Nak terus merajuk ke tak nak? Kasihan pula tengok kakaknya yang sentiasa kelihatan kemas tu jadi macam tu hari ni. Berpeluh-peluh dahi dan leher Juyeon, mukanya pula seakan-akan tercalit lumpur. Tak sampai hati Jungkook nak memulakan ‘mogok’.

“Sorry, Jungkook! Noona lambat...lagi.” Juyeon bersuara perlahan, harap-harap Jungkook tak merajuklah dengan dia lagi macam sebelum ni. Jungkook ni suka lancarkan perang dingin kepada Juyeon kalau si kakak gagal mengotakan janji. Risau Juyeon dibuatnya.

Cair hati Jungkook melihat wajah kakaknya yang penuh rasa bersalah dan...peluh tu! Jemari Juyeon yang masih memaut lengannya ditepis lembut. Juyeon terkesima, sahlah Jungkook dah merajuk dengan dia lagi.

“Err..ehem...ermm...” Jungkook terkebil-kebil, cuba untuk menyedapkan hati si kakak. “Jungkook sebenarnya...err...haaa! Jungkook pun tak jadi keluar dengan noona  petang ni! Mengantuklah, nak tidur. Penat pulak dengan latihan bola keranjang kat sekolah tadi. Eomma, kejutkan Jungkook kalau makan malam dah siap tau!” Jungkook buat-buat menyuap dan mengeliat.

Ibunya tersengih lebar mendengar kata-kata Jungkook. Pandai betul Jungkook berlakon, tadi beria-ia betul dia merungut pasal Juyeon, sampai nak berkulat bercendawan telinganya mendengar. Sekarang, tiba-tiba mengantuk? Jungkook...Jungkook. Yeongja tahu, Jungkook sayang benar dengan kakaknya tu, sebab itulah dia sering saja merajuk kalau rancangan mereka dua beradik untuk meluangkan masa bersama tiba-tiba tak menjadi. Tambahan pula, Juyeon selalu sangat mengabdikan masa terluang yang dia dengan dengan kucing jalanan, dan Jungkook pula sibuk dengan aktiviti sukan di sekolah. Masa mereka untuk mengeratkan lagi persaudaraan yang terjalin sangatlah terhad.

“Baiklah. Menurut perintah, Yang Mulia!” Si ibu membalas, sekadar menyakat anak bongsunya tu. Jungkook pula buat-buat tak dengar. Kononnya, mengantuk sangatlah tu.

Juyeon menarik nafas lega! Nasib baiklah Jungkook tak merajuk hari ni, kalau tak berhari-harilah Jungkook tak nak bertegur sapa dengannya. “Oh, noona janji! Lepas ni noona takkan lewat lagi, sorry Jungkook!” Tubuh Jungkook yang jauh lebih tinggi dan padat darinya tu dipeluk mesra. Lega betul Juyeon!

“Ewww, apa ni peluk-peluk! Busuklah, dah la comot!” Jungkook cuba meleraikan rangkulan Juyeon tapi makin melekat pula Juyeon pada tubuhnya. Jungkook merengus, lubang hidungnya ditekup dengan tapak tangan. “Ishh...dah, dah! Pergilah mandi, busuk tau tak! Dengan peluh, lumpur semua cukup! Habis kotor baju ni...” Juyeon cepat-cepat melepaskan rangkulan. Dia tersengih lebar memerhatikan tingkah Jungkook yang mengibas-ngibas t-shirt oversized berona royal blue yang dipakai, mulutnya pula terkumat-kamit; merungut tak habis-habis. Padahal bukannya betul-betul kotor pun. Selesai mengibas, Jungkook mengerling Juyeon yang masih tersengih-sengih kelegaan. “Dah, orang nak tidur. Jangan kacau! Pergi mandi, badan tu dah bau macam tempe basi...”

“Yalah, nak mandilah ni.” Juyeon membalas, seraya cuba menapak ke tangga menuruti langkah Jungkook.

“Ha, lagi satu!” Jungkook yang tiba-tiba berhenti melangkah mendaki anak tangga, bersuara serius.

Risau pula Juyeon kalau Jungkook tiba-tiba berubah fikiran dan lancarkan perang dingin! Jungkook kelihatan teragak-agak untuk menyambung kata, “err...lepas mandi, jangan lupa cuci luka tu...sapu ubat, letak plaster!” Tanpa menoleh lagi, Jungkook cepat-cepat berlari ke bilik tidurnya usai memesan. Kekok betul rasanya nak cakap macam tu. Dia benar-benar peduli dan ambil berat terhadap Juyeon, walaupun pada kebiasaanya dia selalu bersikap seolah-olah dia tak kisah. jauh di sudut hati kecilnya, dia betul-betul sayang dan ambil berat tentang Juyeon.

Tapi, cuma Juyeon saja yang terang-terang mencuba untuk memenangi hati Jungkook. Jungkook pula lebih selesa menyelindungkan isi hati sebenarnya tu.

Ego!

Entah kenapa, ada masanya Juyeon terasa seperti Jungkook cuba untuk mencipta ‘tembok’ di antara mereka. Kadang-kadang, Jungkook macam nak meluahkan sesuatu kepada Juyeon, tapi tak sampai seminit dia cepat-cepat ubah fikiran! Cepat betul Jungkook berubah sikap. Sekejap macam ni, sekejap macam tu, dah macam sesumpah!

Ada sesuatu yang Jungkook pendamkan, Juyeon pasti tentang tu.

“Dah, Juyeon...pergilah mandi, sapu ubat macam yang Jungkook pesan tu.” Komen si ibu sambil menggelengkan kepala, terhibur pula hati kecilnya dengan tingkah-laku dua beradik tu. Juyeon mengangguk sebelum dia pun berlalu ke biliknya.

 

 

 

 

Yoongi meraup wajahnya berkali-kali sebelum dia mula bangun dari pembaringannya. Matanya yang masih tertutup rapat dibuka perlahan-lahan, keadaan bilik tidurnya yang kemas teratur menjengah ke pancainderanya. Lesu terasa di seluruh tubuh badannya, terasa macam dia baru saja selesai melakukan sesuatu yang berat dan memenatkan. Tapi, apa yang memenatkan sangat? Oh ya, mungkin disebabkan pecutan mendadak Yoongi selepas pekikan rawak terhadap Juyeon beberapa jam yang lalu, yang membuatkan Yoongi terasa lesu dan kepenatan.

Pulang saja ke rumah petang tadi, kelibat ibunya dicari tapi langsung tak kelihatan. Ruang dapur rumah itu dihampiri sebelum Yoongi melangkah ke arah peti sejuk dan mengeluarkan sebotol air mineral yang dingin dan meneguknya gelojoh. Ketika itu jugalah, Yoongi terjumpa akan nota kecil yang dilekatkan betul-betul di bahagian paling atas pintu peti sejuk. Nota yang ditinggalkan ibunya, sekadar memaklumkan akan keberadaannya di dewan orang ramai kawasan perumahan itu, turut serta dalam aktiviti rukun tetangga yang kerap kali diadakan. Jadi, tanpa berfikir panjang Yoongi terus menapak ke bilik tidur, membersihkan dirinya dan terlena! Sehinggalah beberapa jam kemudian, dia terjaga dari tidur petangnya itu. Dari dalam biliknya, Yoongi dapat mendengar suara ibunya yang kedengaran sedang berbual-bual dengan bapanya. Walaupun Yoongi sendiri kurang jelas dengan butir bicara yang dibualkan, itu sudah cukup meyakinkan Yoongi yang kedua ibu bapanya sudahpun berada di rumah. Lagipun, jam sudah menunjukkan pukul 7:15 malam. Yoongi tersedak air liur sendiri menyedari yang dia tidur lebih lama dari yang dijangkakan. Silap-silap, boleh terlajak tidur sampai pagi esok!

Jari-jemarinya digawangkan di wajah, cuba untuk meneliti sekiranya dia dihinggapi alahan baru dari insiden petang tadi. Yoongi menarik nafas lega, tidak ada ruam atau bintik-bintik merah baru yang kelihatan. Apa yang ada cumalah kesan alahan minggu lepas yang semakin pudar dari permukaan kulitnya. Nasib baiklah dia bertindak cepat tadi, kalau tak mesti dah bertambah-tambah masalah alahannya tu. Spontan, bayangan wajah Juyeon yang kelihatan ceria melayan kucing-kucing liar di taman permainan itu menjengah ke minda. Yoongi betul-betul nak tahu sama ada Juyeon dapat mendengar dengan jelas atau tak? Tapi, dari apa yang Yoongi lihat Juyeon macam tidak dengar langsung apa yang ditempikkannya tu. Ah, biarlah! Esok masih ada. Jung Hoseok akan menjadi postmen tidak bergaji yang bakal menyampaikan pesan darinya dengan lebih jelas!

Yoongi sudah berkira-kira untuk keluar dari bilik tetapi langkahnya terbantut apabila bunyi deringan yang datang dari telefon bimbitnya kedengaran. Panggilan dari Hoseok! Yoongi tersenyum sinis, tepat pada masanya Jung Hoseok!

“Hyung!”

Suara nyaring Hoseok terus menyapa telinga Yoongi sebaik sahaja panggilan dijawab. Yoongi cepat-cepat menjauhkan telefonnya dari telinga, boleh pekak dibuatnya! Selang beberapa saat kemudian, barulah Yoongi kembali menekup gadjet itu ke telinganya. Pa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
TaeNi97 #1
Chapter 5: Yayyy akhirnya akak update! Am i the only one after Assirankim? Tahun lepas komen dia ni
AssiraNKim #2
Chapter 4: Kelakar lah Jhope
b2stFanz
#3
Chapter 2: Chapter ni serious lawak.. Best gile
AssiraNKim #4
Chapter 3: Semoga bertabah ya kak, and tahniah nanti dah nak kahwin! Mimpi akak tu sweetlah, mak akak mmg tepat memilih warna baju sbb putih significant dgn something pure and happiness
Btw bila agaknya diorang nak face to face communicate?
qthobi
#5
Chapter 2: aaaaa, kak min!!! you never disappoint la, kak min kata tak pandai tulis comedy tapi elok je terbahak saya gelak sambil duk membaca cerita ni.
walaupun yoongi main character tapi saya suka sangat sangat character seokjin and hoseok; hyungline comel gilaaa!!! and the yoonjin and namseok moments yayyy my brotps <3
and as always, tulisan kak min memang on point. bahasa semua cantiklah. layout pun kemas je. you are my idol in writing lah kak, setiap kali saya baca tulisan akak confirm saya jatuh cinta!
okie saya tak sabar tunggu update tapi takpa, it's okay. take your time. saya menanti di sini! ^^
AssiraNKim #6
Chapter 2: Adik Jeon Jeongguk ke? dah tgk short clip bts kat 3rdmuster? Terharu gila sedih pun ada, Taehyung nangis cerita pasal nenek dia, penuh twitter saya pasal tu je
AssiraNKim #7
Chapter 1: Saya faham apa yg Yonggi lalui, saya pun alergik dgn kucing kawan2 dkt universiti awal2 tu semua tuduh saya cat's hater but the truth is mata saya boleh bengkak kalau sentuh kucing tu
bigbangtanboys
#8
Chapter 1: hahaha...lawaklaa...hoseok mcm sye sbb suka tanya kwn pegi skola ke tak xD...memang teruk kalau ada penyakit mcm suga...hurm...actually sye pun sama mcm suga sbb kalau pegang kucing,tangan start gatal2...tp sye still degil nak jaga and pegang kucing (kucing tu comel sgt >o<)
tak pe kak...sye rasa chapter ni dah okey dah...lama2 nanti akak dah terbiasa tulis cerita bergenre mcm ni...Fighting kak!