KACA

KACA

Langkah diatur pantas menuju ke perpustakaan, buku tebal ditangan di pegang kemas. Kalau bukan sebab hari ini, hari terakhir pemulangan buku, tidak akan dia melangkah ke perpustakaan, apatah lagi musim peperiksaan pasti ramai pelajar yang sedang mengulangkaji di perpustakaan.

Setiba di perpustakaan di terus ke kaunter, kad pelajar dan buku diserahkan. Tidak sampai sepuluh minit semuanya selesai. Kad pelajar bertukar tangan, dia melangkah keluar. Tangannya sibuk cuba membuka zip beg yang tersangkut untuk meletakkan kad pelajar di dalam beg. ‘Waktu macam nilah zip ni nak buat perangai’ ,katanya di dalam hati. Tiba tiba dia terlanggar seseorang.

“sorry sorry , tak sengaja”, ucapnya tanpa memandang orang yang dilanggar.

“ Moonbyul?”, suara gadis yang amat dikenalinya.

“ Min Ah ... Hi”, dia berkata sebaik sahaja dia mengangkat mukanya.

“kau buat apa kat library?”, Min Ah bertanya.

“pulang buku. Kau?”,

“nak study sikit”,

“ ohh .. okay la aku ada discussion ni. Jumpa lagi nanti”,

“ ohh . okay . apa apa hal nanti call tak pun message laa”, kata Min Ah.

“ sure”, dia terus berlalu pergi.

‘apa apa hal nanti call tak pun message la’. Kata kata itu berlegar legar diruang kepalanya sepanjang perjalanan pulang ke biliknya. Sebaik tiba di biliknya, dia terus menghempas badannya ke katil.

‘ apa apa hal nanti call takpun message la’- hah .. keluhan terbit dari bibirnya. Call ? message ? tiga tahun telah berlalu, tapi setiap kali berjumpa itulah yang sering dikatakan. Tapi pada akhirnya tiada siapa yang cuba menghubungi satu sama lain. Ayat itu sekadar berbasa basi baginya.

Min Ah , Moonbyul pertemuan di sekolah menengah ketika tahun pertama disitu permulaan persahabatan mereka. Semua bermula baik sehingga masuk tahun kedua semuanya mula berubah. Masing masing sibuk dengan urusan masing masing. Min Ah membuat keputusan untuk mengambil kelas tambahan selepas waktu persekolahan, manakala dia mula bekerja sambilan kerana keluarganya mengalami masaalah kewangan.

Min Ah mula rapat dengan teman temannya di kelas tambahan , manakala dia mula tertekan apabila keputusan peperiksaan dia semakin menurun. Dia lebih suka bersendirian. Hubungan mereka semakin renggang. Mereka jarang sekali keluar bersama.

“ Min Ah, jom keluar pergi makan cheesecake kat kedai baru depan shopping mall tu”,

“sorry babe, aku ada kelas hari ni”,

“okay tak pe”,

 

            “ Moon, jom teman aku gi karaoke”,

            “ karaoke ? bila?”

            “ahad.”

            “ sorry , aku kena kerja.”

 

            Sama ada setiap sebab tidak boleh keluar adalah alasan atau tidak yang dibuat oleh dirinya mahupun Min Ah tiada siapa tahu hubungan mereka semakin renggang. Tapi kembali pulih atas dasar terhutang budi.  

 

            “ Moon, sampai bila kau nak macam ni. Yang pergi tetap akan pergi. Takkan kembali”, Min Ah berkata selepas lima hari berturut dia tidak datang ke sekolah. Dia mata dipejam kan. Min Ah membuka langsir membiarkan cahaya matahari menerangi bilik. dia masih kaku di atas katil

            “ kau still ada mak kau, adik beradik kau. Kau kena ingat. Sekarang kau dengan mak yang kena jaga keluarga ni. Kalau kau lemah, apa akan jadi kat keluarga kau. Mak kau tak boleh harung semua ni sorang. Adik adik kau anggap kau sumber inspirasi, kalau kau jatuh adik adik kau pun akan jatuh. Kau rasa ayah kau akan gembira bila tengok anak sulung dia macam ni bila dia dah takde. Dia harapkan kau jaga keluarga ni”, Min Ah memegang lembut tangannya. Air mata gugur.

            “ aku tak kuat. Dia pergi tiba- tiba tinggalkan kami. Aku hilang tempat bergantung, aku hilang tempat luahkan segala perasaan aku. aku tak boleh beban kan mak aku dengan masalah aku. aku rasa nak give up”, air mata semakin laju.

            “ kau ada aku, kalau kau rasa kau nak cakap something aku sedia pinjamkan telinga aku untuk kau. Bila kau rasa kau nak jatuh, ni tangan aku. aku sedia pimpin kau bila bila masa kau perlukan aku.”, Min Ah menghulurkan tangan. Tangan itu dipandang lama. Akhirnya tangan itu dicapai.

            Ini terhutang budi yang dimaksudkannya. Disaat dia di dalam gelap , Min Ah hadir memberi cahaya. Disaat dia jatuh Min Ah hadir menghulurkan tangan. Di saat dia hampir berputus asa dengan hidupnya, Min Ah tidak berhenti memberi kata kata semangat. Mulai detik itu dia berjanji dengan dirinya, tidak akan pernah lupa pada Min Ah. Tidak akan tinggalkannya. Akan setia paling tidak sehingga mereka tamat sekolah menengah. Akhirnya dia rasa tersepit dengan janjinya sendiri.

 

            “ babe, kau rasa tak kita makin jauh”, dia bertanya sewaktu mereka sedang duduk di bumbung sekolah. Min Ah diam.

            “ aku mintak maaf kalau aku ada buat salah dekat kau. Kalau aku ada buat kau terasa”, dia meminta maaf.

            “ Moon, kadang kadang aku harap kau tak terlalu taksub untuk berjaya. Tak terlalu taksub dengan keputusan peperiksaan. Tak terlalu taksub untuk jadi no satu”, Min Ah mengeluh.

            “ kau tahu kenapa kan?”,

            “ aku tahu, lebih dari tahu. aku kenal kau dari tahun pertama ni dah masuk tahun ketiga. Aku tahu macam mana kau struggle. Aku tahu semua tu. sebab tu aku diam setiap kali kau mood swings. Sebab tu aku tak pernah balas balik. Sebab aku tahu. tapi Moon, menjadi no satu bukannya satu satunya jalan untuk berjaya”, Min Ah memandang tepat matanya.

            “ sekarang aku betul betul rasa kita makin jauh. Aku mintak maaf kalau mood swings aku buat kau tak selesa”,

            “ aku tak pernah jauh mahupun hilangkan diri, kau yang jalan ke depan tanpa lihat orang sekeliling kau. Kau terlalu kejar apa di depan. Bila kau rasa penat nanti, berhenti. Pandang ke belakang. Aku sentiasa ada kat belakang kau. Aku dah tak mampu jalan sebelah kau, sebab kau terlalu laju. Tapi aku masih ada kat belakang kau, sedia hulurkan tangan andai kata kau terjatuh.”, Min Ah terus berlalu meninggalkannya seorang diri. Dia mengeluh sendiri, Min Ah sentiasa ada dengannya tapi dia yang terlalu sibuk sampai tidak nampak keberadaan Min Ah.

 

            Selepas hari itu, dia cuba mengembalikan semula keadaan dia dan Min Ah. Mereka kembali seperti biasa. Tapi masih ada rasa tidak selesa. Kata kata Min Ah membuatkan dia terfikir adakah selama ini Min Ah rasa terbeban bersamanya. Adakah Min Ah rasa penat untuk terus memegang tangannya. Adakah dia yang patut melepaskan tangan Min Ah supaya Min Ah boleh bebas. Persoalan itu bermain di fikirannya sehingga tanpa sedar dia yang menjauhkan diri. Perbualan mereka semakin pendek, semua masalah dipendam. Pesanan ringkas dihantar bila ada perkara penting seperti tugasan sekolah, panggilan telefon tidak lagi dilakukan. Perbualan mereka hanya disekolah.

 

            Pada luaran semua nampak seperti biasa, tapi suatu hari dia sedar yang dia dah terlalu jauh kehadapan tinggalkan Min Ah dibelakang. hari itu keputusan peperiksaan jatuh merosot, dia dimarahi ibunya.

            “ Moonbyul, apa ni? Kenapa teruk sangat?”, ibunya mencampak keputusan peperiksaan ke lantai.

            “ apa nak jadi ? result teruk. Apa yang kamu buat? Nak kata buat kerja rumah, semua ibu yang buat. Dekat rumah goyang kaki, tidur je. Sebab tu result teruk macam ni. Kamu tak pernah berusaha. Semua amik mudah. Kena ingat kita bukan senang macam dulu. Ni lah jadinya bila ayah kamu selalu manjakan kamu dulu. Tak boleh nak harap. Menghabiskan duit je tahu. kalau tak nak belajar berhenti je. Jangan nak menyusahkan”, ayat yang terakhir betul betul memukul dirinya. Menyusahkan ? adakah selama ini dia menyusahkan?

            Dia melangkah ke bilik, telefon bimbit dicapai. Cuba menghubungi Min Ah tetapi panggilan masuk peti simpanan suara.

            “ Moon, sorry aku busy ni. Ada apa?”,pesanan ringkas dihantar oleh Min Ah.

            “ ada benda nak cakap. Tapi takpe lah. Nanti dah tak busy call aku”, dia membalas. Tidak mahu mengganggu.

            Selepas hampir dua jam menunggu dia mendapat panggilan dari Min Ah.

            “ Moon ... sorry tadi aku keluar dengan Yura”, Yura , kawan Min Ah sewaktu di kelas tambahan selepas sekolah.

            “ korang pergi mana?”,

            “ tengok movie, makan, karaoke. Yura tu sebenarnnya kelakar laa. Takde laa jahat sangat. Dia okay je. Kita je salah anggap pasal dia. Dia antara kawan paling baik yang aku pernah kenal. By the way tadi kau cakap ada benda nak bagi tahu. apa dia?”, lama dia diam.

“Min Ah mesti happy dapat keluar dengan Yuna. Mesti dah lama dia nak buat semua benda tu tapi tak boleh dengan aku.”, detik hatinya

            “ Moon ... Moon ... kau dengar tak?”,

            “ hah ... aku dah lupa nak cakap apa. Nanti aku dah ingat aku bagi tahu kau”,

            “ ohh. Okay. Nanti kita sembang lagi kat sekolah. Yura nak skype dengan aku kejap lagi.

            “ hmmmmm ... okay. Bye”. Panggilan ditamatkan.

            Saat itu dia sedar yang hubungan yang mungkin tak dapat dipulihkan lagi. dia dah terlalu jauh kehadapan. Kini dia sedar tiada siapa lagi akan hulurkan tangan saat dia terjatuh. Dia harus bangun sendiri. Mulai saat itu juga dia sengaja menjauhkan diri dari Min Ah dengan pelbagai alasan diciptanya. Dia dapat baca dari riak Min Ah yang dia kecewa. Dia memang sengaja.

 

            “ Moon, kau kenapa sebenarnya?”, Min Ah bertanya. Mungkin sudah tidak tahan dengan perang dingin yang dilancarkan oleh dirinya tanpa sebab.

            “kenapa apa?”, mata memandang kearah pelajar yang sedang bermain bola sepak di padang, sedikit pun tidak ditoleh kearah Min Ah.

            “ jangan buat tak tahu la. Kau dah kurang bercakap dengan aku. selalu mengelak kenapa?”,

            “ kau baru sedar sekarang? Ingat kali terakhir kita dekat rooftop cakap pasal kita dah makin jauh?. Aku rasa start tu kita dah kurang bercakap. Aku cuba kurangkan perasaan tak selesa bersama kau. tapi aku tak boleh pretend yang tak ada apa berlaku antara kita”, dia masih tidak memandang ke arah Min Ah. Min Ah hanya diam.

            “ betul la orang cakap, friendship tu macam kaca, Bila dia dah pecah. Benda tu patut dibuang. Sebab kita tak boleh betulkan balik, kita mungkin terluka dalam proses nak cantumkan balik kepingan tu, walaupun kita berjaya kaca tu tak kan sama” dia menyambung kini memandang kearah Min Ah.

            “ kau nak salahkan aku?”, Min Ah bertanya.

            “ aku tak salahkan kau. aku salahkan diri aku sendiri sebab terlalu selesa bila kau ada dengan aku. aku rasa aku satu satunya kawan kau, walau apa terjadi kau tetap akan ada untuk aku. Sampai lupa yang kau mungkin akan jumpa pengganti”, satu senyuman sinis terukir.

            “ kau ingat lagi, bila kau kata bila aku penat jalan kedepan. Aku boleh berhenti untuk toleh kebelakang sebab kau ada kat belakang aku. satu hari aku sedar yang terlalu jalan cepat kedepan, bila aku toleh kebelakang aku tengok kau berjalan dengan orang lain”, sambungnya lagi.

            “ babe, thanks for everything. Terima kasih sebab ada dengan aku up and down. Terima kasih sebab pinjamkan telinga untuk dengar semua masalah aku. terima kasih sebab hulurkan tangan bila aku jatuh. Terima kasih selalu bangkitkan semangat aku bila aku down. Sorry sebab tak mampu buat benda yang sama. Sorry sebab terlalu obses dengan kejayaan sampai lupakan kau. sorry sebab kau terpaksa layan aku. sorry aku tak mampu balas balik. Sekarang kau dah boleh lepaskan tangan aku. kau boleh pilih haluan kau sendiri, tak perlu ada kat belakang aku. dah sampai masa untuk aku bangun sendiri bila aku jatuh. Kau kawan yang terbaik untuk aku. aku tak kan pernah lupa apa yang kau pernah buat”, akhirnya semua diluahkan

            “ Moon ... aku sebenarnya speechless sekarang ni. Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah menyesal ikut kau dari belakang. Ye kadang kadang aku penat. Tapi aku tak pernah rasa itu menyusahkan. Aku dah tak tahu nak cakap apa sekarang”, Min Ah terus berlalu pergi.

 

            Selepas itu mereka masih berjumpa dan berbual tapi tidak seperti dulu tapi dia masih cuba berada disisi Min Ah semampu yang kerana itu janjinya. Selepas tamat sekolah menengah, mereka mendapat tawaran di university yang sama tapi kos yang berbeza. Mereka jarang bertemu, sesekali terserempak tetapi tidak berbual panjang kerana masing masing sibuk dengan tugasan. Dia juga sering mengelak daripada pergi kemana mana perjumpaan semula sekolah menengah. Dia lebih selesa begini.

 

            

                                                     

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 1: Thankyou author-nim for this story! Best! Memang terasa dekat hati ni. Yelah, setiap orang mesti akan ada masalah friendship masa dulu kan. Emmmm T-T tapi cerita awak ni memang top! <3