oo1: Pro·logue

That Man; That Woman (Lelaki Itu; Perempuan Itu...) [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal nya terasa

-- Ada Cinta (Acha Septriasa & Irwansyah)

 

♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦ ♦

 

Hari yang cerah. Angin musim bunga menghembus, masih lagi terasa sejuk. Krystal membetulkan mafelanya yang berwarna merah. Pemberian dari si dia, couple item katanya. Pipi mulusnya mula merah menahan sejuk. Dia bingkas bangun dari bangku apabila ternampak bayang seseorang. Anak matanya berlegar-legar cuba mengecam wajah bayang itu. Hampa. Bukan orang ditunggunya yang muncul. Dia mengeluh kecewa. Bertaburan beberapa kelopak bunga di sekeliling taman itu apabila ditiup angin. Krystal menghela nafas panjang, berasap keluar dari mulutnya. Dia mengintai jam tangannya. Sudah 10 minit lewat. Bayangnya langsung tidak kelihatan. Dia mula risau jika ada alamat buruk berlaku. “Harap dia tak apa-apa dan hanya lewat saja,” bisik hati Krystal. Ini tak seperti selalu. Dia selalunya orang yang menepati janji, jarang terlewat. Krystal duduk semula di bangku berdekatan. Dia menggosok-gosok tangannya dek cuaca yang masih dingin. Dia tersenyum. Masih segar lagi ingatannya ketika perjumpaan mereka yang lepas. Tangannya juga masih terasa panas dari memori yang lalu. Si dia menggengam erat tanggannya pada waktu itu, melafazkan kata cinta di hadapan khalayak ramai hanya kerana ingin memujuk Krystal yang sedang merajuk. Krystal hanyut dalam memori lalu ketawa, “Si bodoh,”.

 

“Awak! Awak!” terdengar suara yang yang dikenali Krystal sayup-sayup dibawa angin. Krystal terus bangun dari tempat duduknya. Kelihatan susuk seorang lelaki 20-an melambai-lambai sambil berlari ke arah Krystal. Terlayang-layang mafela berwarna merah di leher lelaki muda itu. Krystal melambai semula, hatinya terasa lega. Lelaki muda itu berhenti di hadapan Krystal, memegang bahu wanita muda itu sambil tercungap-cungap.

 

“Sorry! Sorry sangat-sangat! Saya terlepas train tadi! Terpaksa tunggu train seterusnya.” Lelaki itu menepuk tangannya dan meminta maaf berkali-kali. “Sorry! Sorry!”.

 

Krystal mencebik, “Awak ni buat orang risau. Kenapa tak mesej?”. 

 

“Hehehe, saya ingat sempat jadi saya pun berlari dari stesen train tadi. Terlupa  langsung nak mesej awak. Sorry ye!”, lelaki muda itu tersengih-sengih sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Ah, Krystal mengaku kalah. Senyuman si dia cukup untuk buat Krystal memaafkannya. 

 

“It’s okay. Saya tak marah, cuma risau je,”. Lelaki itu tersenyum, seolah-olah tahu yang senyumannya itu mampu memujuk Krystal, “Okay, hari ni segala perbelanjaan date kita, saya tanggung! Awak tak perlu keluar sesen pun! Hari ni saya akan layan awak macam seorang butler! Sesuai untuk ‘puteri ais’ yang jelita macam awak ni!” Merah muka Krystal mendengar kata-kata dari lelaki itu.

 

“Ish, awak ni puji ke sindir saya?” Krystal mencubit pinggang lelaki itu dan lelaki tu hanya ketawa saja.

 

Kai.. adalah nama lelaki muda itu. Hanya dia sahaja yang berjaya membuat hati ais Krystal itu cair. ‘Puteri Ais’, adalah nama gelarannya di universiti. Dek kerana riak wajahnya yang selalu serius dan dia selalunya berseorangan, semua orang menganggap Krystal seorang yang dingin. Krystal tak pernah kisah dengan pandangan orang sekeliling. Sememangnya dari kecil, dia tidak punya ramai kawan. Hanya dua kawan yang dia kenal dari sekolah rendah hingga sekolah tinggi. Dia lebih selesa begitu. Bagi Krystal, cukup keluarganya dan dua sahabat karibnya itu memenuhi hidupnya. Dia tak perlu kenalan yang hanya pura-pura baik tapi di belakang mengutuknya.

 

Apabila Krystal masuk universiti, dia kembali keseorangan. Dua kawan karibnya melanjutkan pelajaran di universiti yang lain. Pada awalnya, ramai pelajar yang cuba untuk berkawan dengan Krystal, baik lelaki dan perempuan. Kecantikkan Krystal menjadi buah mulut para pelajar di universiti itu. Pelajar perempuan ingin berkawan dengannya dengan harapan mereka akan jadi popular juga. Pelajar lelaki pula macam biasa, seperti serigala mencari mangsa. Dengan menghambat hati Krystal, mereka akan dikenali sebagai sang Arjuna yang perkasa. Namun situasi ini tidak berlarutan. Setelah beberapa lama, mereka yang sebelum ini yang terhegeh-hegeh untuk menyelitkan diri di samping Krystal mula menjauhkan diri. Krystal tahu orang-orang yang cuba dekat dia bukan ikhlas nak berkawan dengannya. Masing-masing punya motif sendiri. Krystal malas ambil peduli apabila mereka cuba berbicara dengannya terutama sekali dengan pelajar lelaki.  Dengan pelajar perempuan, Krystal sekadar tegur-menegur sekali sekali dengan beberapa rakan kuliahnya. Tidak pernah sekali pun Krystal keluar bersama rakan-rakan kuliahnya samada pergi karaoke, kelab hiburan malahan makan sekali. Buang masa, fikir Krystal. Apabila dingin sekali layanan Krystal dengan orang sekelilingnya, dia mula digelar 'Puteri Ais'.  Ramai yang mencemuh kata sesuai sekali gelaran itu dengan Krystal yang tidak punya reaksi muka, selalu keras macam ais. Mereka menempelak lagi, bukan sahaja muka tapi hatinya pun keras, sekeras bongkah ais di kutub.

 

Krystal tahu semua orang mula menjauhkan diri darinya. Sesungguhnya dia tahu kenapa. Jauh di sudut hatinya, dia juga ingin berubah. Namun seperti buah yang ditanam tak boleh makan dalam masa sehari, begitu juga dia tidak dapat bertukar sekelip mata sahaja. Sejak kecil lagi, dia dan kakaknya telah diajar oleh ibu bapa mereka untuk menjadi serius. Mereka dilarang bermain dan berhibur seperti kanak-kanak sebaya mereka. Di saat kanak-kanak lain seronok bermain, mereka telah dipaksa untuk belajar dan pergi ke kelas tambahan. Ibu bapa mereka masing-masing adalah professor di universiti terkemuka dan mereka mahu anak-anak mereka ikut jejak langkah mereka.  Pernah sekali, ketika usianya 9 tahun, Krystal senyap-senyap ponteng kelas tambahan hanya nak bermain anak patung Barbie dengan rakan sekelasnya. Tiba saja dia di rumah, satu pukulan rotan hinggap di betisnya. Krystal menangis ketakutan, memeluk kaki mamanya meminta maaf. Kakaknya, Jessica cuba memujuk mama dan papanya untuk maafkan Krystal. Zapp, satu pukulan rotan melekat di tangan Jessica pula. Krystal menangis kuat lagi, tersedu-sedu suaranya memohon mamanya berhenti pukul kakaknya.  Dia berjanji untuk dengar cakap mamanya selepas itu.

 

Itu antara salah satu memori pahit berkenaan zaman kanak-kanaknya. Dari situ, dia mula membesar menjadi anak yang mama dan papanya mahu. Bila kawan-kawannya ajak keluar bermain, dia terpaksa berkata tidak. Di saat dia terdengar suara jiran-jiran yang sebayanya sedang ketawa gembira bermain bersama, Krystal menangis sendiri. Kakaknya yang tua 5 tahun darinya itu berasa simpati. Sesekali mereka curi-curi membaca komik bersama apabila mereka 'dikurung' di dalam bilik untuk belajar. Jessica pula suka menelaah majalah remaja dan fesyen yang dipinjam dari kawan sekelasnya.

 

"Dah besar nanti, kakak nak jadi fashion designer!" bulat mata Jessica memandang helaian tengah majalah fesyen itu. "Kakak akan belajar menjahit, belajar nak buat lakaran baju-baju macam dalam malajah ni!"

 

"Eh, boleh ke? Bukan mama dan papa nak kakak jadi pensyarah macam diaorang jugak?"

 

Jessica memicit hidung adiknya, "Ini rahsia kita berdua! Janji jangan bagitahu mama dengan papa," Krystal mengangguk. "Promise?" Jessica menghulurkan jari kelingkingnya. "Promise," jawab Krystal. Jari kecil mereka bertaut. "Siapa yang bocor rahsia kena telan seribu paku!"

 

Kai memetik jari di hadapan muka Krystal. "Hello, Earth to Krystal, hello

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Terima kasih sudi baca FF nie. Harap dapat tinggalkan komen anda sekali ye! ^^

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet