Final

Khilaf
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

 

Daun - daun kering yang bertaburan di atas jalan dilihat dengan pandangan sayu. Tiupan angin sepoi - sepoi bahasa yang membawa terbang daun - daun itu bagaikan menggambarkan bagaimana separuh hatinya dibawa pergi bersama kisah lalu. Rambutnya yang terbang menutupi sebahagian mata dibiarkan sahaja, sedikit pun tidak terasa mahu menyisir. Kakinya dilangkahkan perlahan - lahan ke sekitar taman yang dihiasi pokok - pokok yang sedang menggugurkan daun - daun kering. Taman itu tidak berubah sejak dulu. Sejak dia terakhir kali menjejakkan kakinya di situ.

 

Punggungnya kemudian dilabuhkan ke atas sebuah bangku yang terletak elok di bawah sebatang pokok yang rendang. Matanya mdikerlingkan ke arah tapak tangannya yang menggenggam kemas seutas rantai yang membawa banyak makna dalam hidupnya. Air matanya gugur lagi membasahi pipi. Sukar untuknya melupakan segala yang telah berlaku meskipun perkara itu sudah berlalu lebih 4 tahun. Masih segar di ingatannya kenangan bersama dia. Dipejamkan seketika matanya sambil kisah lalu bermain di mindanya bagaikan sebuah video.

 

 

 

***

 

 

Dia bergegas keluar meninggalkan bilik kuliah untuk segera kembali kerumah sewanya. Tidak sabar rasanya untuk merehatkan badan yang terasa agak penat hari itu. Tambahan pula, dia sudah tiada kelas untuk hari ini jadi, dia mempunyai banyak masa untuk tidur dengan nyenyak. "Luhan" laung seseorang dari belakang membuatkan dia menghentikan langkahnya lalu mencari gerangan yang memanggil namanya. Kelihatan seorang lelaki yang agak gelap kulitnya menghampirinya dengan nafas  yang tercungap - cungap persis atlet yang baru sahaja menamatkan larian.

 

"Kau dah kenapa? Kena sampuk hantu?" soal Luhan agak pelik dengan kelakuan Jongin yang berlari bagai tak cukup tanah.

 

"Aku panggil kau dari tadi tak dengar. Penat tau aku kejar. kau ni nak ke mana? Laju betul jalan" ujar Jongin setelah pernafasannya kembali normal.

 

"Balik ah. Penat weh. Kau cari aku apahal?" soal Luhan lagi.

 

"Aku ada benda nak bagi tahu kau ni. Mesti kau suka" Jongin tersenyum nakal.

 

"Apa benda?" Luhan jadi penasaran.

 

"Malam ni, budak kelas aku buat party kat club dan dia ajak aku sekali. Boleh tak kau teman aku?" ajak Jongin sambil tersenyum manis kepada Luhan bagaikan memujuk. Luhan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak tahu jawapan apa yang harus diberi kepada rakan baiknya itu. Dia mahu menolak ajakan itu tetapi melihat rakannya yang beria mahu dia ikut, dia jadi tidak sampai hati.

 

"Kau tahukan aku tak suka tempat macam tu" ujar Luhan lembut.

 

"Sekali ni je. Sehun pun ada tau" Jongin tersenyum mengusik rakannya yang sudah pun berubah muka. Jongin sudah sedia maklum bahawa rakan baiknya itu menyimpan perasaan terhadap Sehun, perlajar terkenal di universiti mereka.

 

"Kau ni pandai je psiko aku. Ye lah aku ikut. Kalau aku boring, aku balik tau" akhirnya Luhan bersetuju dengan ajakan Jongin. Jongin tersenyum menang sambil mengucapkan terima kasih kepada Luhan.

 

 

 

***

 

 

 

Seperti yang dijanjikan, mereka berada di sebuah kelab tepat jam 10 malam. Muzik yang begitu kuat menerobos masuk ke telinganya membuatkan Luhan berasa tidak selesa. Dia berasa janggal berada di tempat sebegitu kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki ke kelab malam. Jongin telah lama menghilangkan diri dalam kalangan manusia yang sedang menari mengikut rentak muzik. Luhan yang ditinggalkan sendirian hanya duduk di atas kerusi sambil melihat gelagat manusia di situ. Walaupun baru sekejap, tetapi dia sudah pun mulai berasa bosan berada di situ. Timbul rasa menyesal menerima ajakan rakan baiknya. Air coke yang berbaki separuh diteguk habis. Dia berkira - kira sama ada mahu terus pergi dari kelab malam itu atau memberitahu Jongin dahulu. Sedang dia berada dalam dilema, seseorang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa disedari.

 

"Hi" tegur gerangan yang baru sahaja duduk di sebelahnya. Luhan yang tidak menyedari kehadiran orang itu, tersentak seketika.

 

"Hi" dapat dirasakan jangtungnya berdegup dengan begitu pantas setelah matanya begitu yakin gerangan yang duduk di sebelahnya itu adalah Sehun. Luhan jadi tak keruan. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya tika ini.

 

"Sorang aje ke?" soal Sehun dengan senyuman manis terpamer di bibirnya. Jantung Luhan semakin pantas berdegup bagaikan mahu meletup.

 

"Ta... taklah. Sa... saya datang dengan kawan" tersekat - sekat suara Luhan dek kerana terlalu gugup berada dekat dengan orang yang sudah lama bertakhta di hatinya. Tidak pernah dia bermimpi lelaki yang paling diminati ramai di universitinya itu akan menegurnya.

 

"Mana kawan awak?"

 

"Kat situ" jari telunjuknya  menjunjukkan ke arah sekumpulan manusia yang sedang asyik menari mengikut rentak muzik rancak yang sedang berkumandang.

 

"Kenapa tak join dia dancing?" senyuman manis tidak lekang di bibir Sehun menambah lagi getar jantung Luhan.

 

"Saya tak biasa kat tempat macam ni. Saya datang sini pun sebab teman kawan. Kalau tak, memang saya tak akan datang sini"

 

"Jom. Menari dengan saya" ajak lelaki itu sambil menghulurkan tangannya. Luhan yang terkejut dengan ajakan itu, hanya diam tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan.

 

"Jomlah. Bila lagi nak enjoy?" pujuk Sehun sambil menarik tangan Luhan yang hanya tunduk memandang huluran tangannya sedari tadi. Luhan yang terkejut dengan kelakuan drastik Sehun hanya membiarkan sahaja tanggannya di dalam genggaman lelaki itu. Kalau boleh dia menjerit sekarang, pasti akan dilakukannya untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. Tak akan pernah dilupakannya saat indah ini.

 

Sehun memberhentikan langkahnya sebelum memandang Luhan dan menggerakkan badannya mengikut rentak muzik. Luhan yang bagaikan dipukau hanya mengikuti setiap gerakan lelaki itu. Agak lama mereka menari bersama tenggelam dalam muzik yang membingitkan. Perasaan yang indah mula menyelubungi diri Luhan. Bagaikan hanya mereka berdua sahaja berada di situ ketika ini. Jongin sudah lama dilupakannya. Dia berharap masa dapat dihentikan agar dia dapat bersama dengan lelaki di hadapannya itu dengan lebih lama.

 

Setelah beberapa ketika menari, Sehun mengajaknya duduk di kerusi untuk membasahkan tekak. Sehun menghulurkan kepadanya segelas air yang Luhan sendiri kurang pasti air apa.

 

"Terima kasih" ucap Luhan sambil tersenyum manis ke arah Sehun.

 

"Sama - sama" dia lantas meneguk air itu. Ditelan jua air itu meskipun rasanya agak pelik. Selang beberapa minit, Luhan bagaikan hanyut dalam dunianya sendiri. Pandangannya mula berpinar - pinar.

 

"Sehun, air apa yang awak bagi tu?"

 

"Air coke je. Kenapa?" soal Sehun dengan kerutan di wajahnya.

 

"Tak ada apalah. Saya nak balik dululah. Tak sedap badan" kata Luhan sebelum bangkit untuk beredar. Namun, dia tidak mampu berdiri dengan tegak kerana pandangannya yang berpinar. Sehun dengan pantas memaut lengan Luhan membantunya berdiri.

 

"Awak okay tak? Jom saya hantar awak balik" tawar Sehun setelah melihat keadaan Luhan.

 

"Tak apa ke? Menyusahkan awak je" kata Luhan sambil memegang kepalanya yang terasa berat.

 

"Risau saya tengok awak macam ni. It's okay. Tak menyusahkan saya pun. Saya pun dah nak balik ni" Luhan sudah tidak berdaya untuk menolak ajakan lelaki di hadapannya itu memandangkan dia sendiri tidak yakin untuk pulang sendiri dengan kepalanya yang semakin kuat berdenyut. Untuk mencari Jongin di situ pun dia tidak terdaya. Luhan hanya mengikut langkah Sehun menuju ke keretanya.

 

 

 

***

 

 

 

Cahaya matahari yang menerobos masuk ke jendela menyedarkan Luhan dari lenanya. Dia memegang kepalanya yang terasa berat sebaik sahaja dia mencelikkan mata. Matanya melilau mencari telefon yang sedari tadi berbunyi minta diangkat.

 

"Hello" Luhan menjawab panggilan dengan suaranha yang masih serak tanda baru bangkit dari tidur.

 

"Luhan, kenapa tak datang class harini?" soal Jongin dengan nada yang agak risau dengan rakannya. Dari dia semalam tidak tenang kerana Luhan secara tiba - tiba sahaja hilang dari club. Puas dia mencari sahabatnya tetapi tidak berhasil. Telefon juga tidak diangkat.

 

"Class? Sekarang pukul berapa?" soal Luhan agak terkejut. Matanya terus jadi segar - bugar.

 

"Dah pukul 12. Kau baru bangun ke?"

 

"Seriously? Aku baru bangun"

 

"Kau okay tak ni? Semalam kau pergi mana, hah? Puas aku cari tak jumpa. Ada orang kata kau balik dengan Sehun. Betul ke?" soal Jongin untuk mendapatkan kepastian.

 

"Haah. Aku balik dengan dia sebab rasa tak sedap badan. Aku tak jumpa cari kau sebab tu aku terus balik" terang Luhan kepada rakannya itu.

 

"Buat risau aku je. Okaylah weh. Aku nak pergi makan ni. Bye" Luhan bingkas bangun dari katilnya setelah menamatkan panggilan. Dia bagaikan tersentak seketika apabila melihat baju dan seluar yang dipakainya semalam di atas lantai. Dia pula bagaikan baru tersedar bahawa dia tidak berbaju. Jantung luhan mula berdegup dengan begitu pantas. Apa yang berlaku malam semalam? Tidak. Tidak mungkin. Luhan cuba mengusir jauh segala perkara negatif yang mula bermain di fikirannya. Dia cuba mengingati apa yang berlaku malam seemalam.

 

Setelah Sehun menghantarnya sampai di hadapan rumah sewanya dia mengajak lelaki itu masuk seketika untuk berbual. Dia kemudiannya memasuki bilik untuk menukar baju sebelum terasa ada seseorang merangkul pinggangnya. Luhan tersentak seketika sebelum memusingkan badan menghadap Sehun yang sudah meratah badannya melalui pandangan. Sehun mula mendekatkan bibirnya ke arah bibirnya. Saat itu, Luhan mahu mengelak tetapi tubuhnya bagaikan tidak mahu berganjak.

 

Desahan nafas Sehun semakin kuat menyapa mukanya. Lama bibir mereka bertaut membuatkan Luhan semakin terbuai - buai oleh perasaan ciptaan lelaki itu. Terasa badannya ringan apabila dicempung ke atas katil oleh sehun. "I want you so bad, Luhan".

 

Luhan terduduk seketika setelah mengingati segala yang berlaku malam semalam. Air mata mula mengalir di pipinya kerana dia benar - benar tidak menyangka perkara itu telah berlaku. Dia hanya memandang kosong ke arah lantai tanpa mampu memikirkan apa - apa.

 

 

 

***

 

 

 

Sudah 3 minggu sejak malam itu terjadi. Sejak itu juga, dia sudah tidak bertemu dengan Sehun. Lelaki itu pula bagaikan menghilang setelah malam itu. Lagi pula, dia masih tidak bersedia untuk bersua muka dengan lelaki itu. Apa yang merunsingkannya ialah sudah hampir seminggu dia berasa kurang sihat. Dia sering pening kepala dan muntah - muntah pada setiap pagi. Dia takut tebakannya tepat. Tidak sanggup untuk dia menghadapi kemungkinan itu. Disebabkan itu juga, dia sekarang berada dalam bilik air menanti dengan sabar keputusannya.

 

Selang beberapa ketika, pregnancy test kit yang terletak elok di atas sinki dicapai. Luhan memejamkan matanya seketika sebelum menarik nafas yang panjang. Debaran semakin kuat terasa di dadanya. Terlepas pregnancy test kit itu dari genggamannya setelah melihat dua garis yang menandakan positif. Esakannya semakin kuat kedengaran di dalam bilik air itu. Terasa lemah lututnya ketika itu kerana begitu terkejut dan tidak menyangka perkara seperti ini akan terjadi pada dirinya.

 

Dia benar - benar tidak menyangka bahawa malam itu akan menghasilkan satu nyawa yang tidak berdosa. Satu nyawa yang begitu berharga. Pelbagai perkara yang bermain di fikirannya tatkala ini. Apa yang harus dia lakukan? Apakah dia harus memberitahu lelaki yang telah membuat dia begini? Adakah dia harus menggugurkannya? Tegakah dia melakukan itu? Dia benar - benar tidak tahu jalan terbaik yang harus dipilihnya.

 

 

 

***

 

 

 

"Luhan, kau okay tak ni? Nampak pucat je muka kau" soal Jongin ketika mereka sedang berada di dewan makan. Suasana hingar - bingar di situ menambahkan lagi pusing di kepala Luhan. Dia memicit kepalanya cuba melegakan sedikit pening.

 

"Aku okay je. Cuma tak sedap badan sikit" jawab Luhan perlahan. Dia sebolehnya tidak mahu Jongin mengesyaki sebarang perubahan pada dirinya. Dia malu untuk memberitahu rakannya itu tentang keadaan dirinya sekarang. Biarlah dia sendiri yang menanggungnya. Tidak mahu dia bebankan Jongin meskipun sekarang dia benar - benar memerlukan seseoarang.

 

"Kau nak makan apa?"

 

"Tak nak lah. Aku tak ada selera nak makan" tolak Luhan sambil menggelengkan kepalanya.

 

"Makanlah weh. Sikit pun tak apa. Macam mana nak sihat kalau kau tak makan?" ujar Jongin cuba memujuk rakannya itu. Hatinya terus dipagut kerisauan melihat sahabat baiknya yang kelihatan begitu tidak bermaya. Dia kenal benar dengan rakannya itu. Jika Luhan sakit, pasti lelaki itu tidak akan menjamah sebarang makanan langsung.

 

"Nanti kau makan ubat tau. Makin teruk pulak nanti" pesan Jongin sebelum mereka bingkas bangun untuk berlalu dari dewan makan. Jongin agak terkejut apabila Luhan tiba - tiba sahaja rebah di hadapannya. Tanpa membuang masa lagi, tubuh kecil Luhan dicempungnya untuk dibawa ke klinik.

 

 

 

***

 

 

 

Bau ubat - ubatan yang kuat menusuk masuk ke hidungnya. Lambat - lambat Luhan mencelikkan matanya. Matanya melihat segenap ruang yang begitu asing pada pandangannya. Ruangan yang dia berada sekarang ini bagaikan sebuah hospital. Luhan cuba mengingati apa yang berlaku sehingga dia boleh terbaring di atas katil ini. Ketika itu jugalah Jongin memasuki biliknya dengan muka yang tegang.

 

Jongin mendekati Luhan sebelum duduk di atas kerusi di tepi katilnya. Luhan seperti dapat melihat kemarahan Jongin yang bakal meledak bila - bila masa sahaja.

 

"Sejak bila kau tau?" soal Jongin tiba - tiba dengan suara yang bergetar bagai menahan amarah.

 

"Tahu apa ni? Jongin aku tak paham"

 

"Jangan buat - buat tak tahu, Luhan. Siapa bapak budak tu hah? Sehun? Tell me, Luhan. Tell me!" tengking Jongin menyebabkan Luhan sudah tidak mampu menahan air matanya lagi.

 

"Kenapa, weh? Kenapa kau mudah - mudah je serahkan diri kau pada dia? Sejak bila kau jadi murah macam ni hah? Ni bukan Luhan yang aku kenal" suara Jongin mula meninggi dan kedengaran begitu kecewa dengan sahabatnya itu. Hati Luhan semakin pedih apabila rakannya menuduh dia seperti itu. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa Jongkm akan menganggap dia begitu murah.

 

"Does he knows bout this?"

 

Luhan hanya diam seribu bahasa apabila dia diajukan soalan itu kerana tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Sememangnya, dia langsung tidak berniat untuk menyampaikan hal ini kepada Sehun. Dia langsung tidak mahu lelaki itu tahu tentang hal ini.

 

"Aku dah agak! Kau tak bagi tahu lagikan? Kalau kau tak boleh bagitahu, biar aku yang jumpa dia. Dia kena bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat" kata Jongin sebelum mahu berlalu keluar. Luhan dengan pantas menarik tangan Jongin menghalang lelaki itu pergi.

 

"Jongin! Please, jangan bagi tahu dia pasal ni. Please. Aku tak nak dia tahu" rayu Luhan dengan air mata yang masih galak membasahi pipinya itu. "What? Kenapa kau tak nak dia tahu? Dia berhak tahu pasal ni. Takkan kau nak tanggung benda ni sorang - sorang? Look, Luhan. Kau tak boleh tanggung benda ni sorang - sorang. Kau masih ada cita - cita untuk dicapai. Banyak benda yang kau kena buat untuk teruskan kandungan tu. Kau tu dahlah masih muda. Nak tanggung budak bukan senang Luhan. We can barely support ourselves. Bapak budak tu kena ada dengan kau. Sekurang - kurangnya Sehun ada untuk tolong kau dari segi kewangan" Jongin tidak mengerti apa yang bersarang di kepala sahabatnya itu. Seharusnya, Luhan sedar bahawa perkara ini bukan hal yang kecil.

 

"Jongin, kau tak faham. I barely know him so, what do you expect? Dia nak bertanggungjawab? Impossible, Jongin. Banyak lagi perempuan yang lebih layak dengan dia. Entah - entah dia langsung tak ingat aku" ujar Luhan sambil tertunduk memandang lantai.

 

"At least, kau kena bagi tahu benda ni kat dia. Terserahlah dia nak bertanggungjawab ke tak. Kau try dulu bincang dengan dia" nasihat Jongin sambil memegang bahu sahabatnya memberi keyakinan. Luhan mengeluh seketika sebelum memandang Jongin dan lambat - lambat menganggukkan kepalanya.

 

"Kalau kau tak bagitahu jugak minggu ni, aku sendiri yang akan jumpa Sehun"

 

 

 

***

 

 

 

Luhan melangkah keluar dari bilik kuliah sambil memfokuskan pandangannya pada telefon bimbit untuk membalas mesej yang dihantar Jongin. Tanpa disedarinya, dia terlanggar seseorang menyebabkan dia hampir terjatuh namun, sempat ditahan oleh lelaki yang dilanggarnya. Luhan memandang gerangan yang telah menyelamatkannya dari terjatuh. Jantungnya mula berubah rentak apabila menyedari wajah di hadapannya itu adalah wajah yang sering bermain di mindanya beberapa hari ini. Wajah yang ingin dia temui kebelakangan ini.

 

 

"Kau okay?" soal Sehun selepas melepaskan pinggang Luhan yang sedari tadi dalam rangkulannya.

 

"O... okay. Sorry tak perasan tadi" ujar Luhan tanpa memandang wajah lelaki di hadapannya itu.

 

"Kalau okay, aku pergi dulu" kata Sehun sebelum melangkah pergi.

 

"Se.. Sehun" panggil Luhan sebelum Sehun melangkah lebih jauh. Lelaki itu menghentikan langkahnya sebelum memusingkan  badan menghadap Luhan kembali.

 

"Boleh tak saya nak cakap something dengan awak?"

 

"Pasal apa?"

 

"Emm... pasal.... pasal.... Boleh tak kita bincang kat tempat lain?" ajak Luhan setelah dia mati kata - kata. Sehun berfikir seketika sebelum menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dan hanya mengikuti langkah Luhan. Mereka akhirnya tiba di sebuah taman di kawasan universiti mereka. Tidak ramai orang ketika itu di situ membuatkan Luhan menjadi lebih selesa untuk berbicara dengan lelaki itu.

 

"Kau nak cakap pasal apa?" mata Sehun memandang tepat pada kedua belah mata Luhan yang kelihatan gelisah ketika ini.

 

"First of all, sebelum kau cakap apa - apa, aku nak minta maaf atas apa yang dah berlaku malam tu. Aku langsung tak berniat pun nak ambil kesempatan atas kau masa kau mabuk. Aku manusia, so aku tak lari dari kesilapan. I am truly sorry. That night was a mistake. Malam tu sepatutnya tak berlaku apa - apa" Sehun melepaskan keluhan yang panjang selesai sahaja berkata  - kata. Luhan yang setia mendengarnya menjadi kurang senang duduk.

 

"So, for you that night was a mistake? Apa yang berlaku malam tu, tak beri makna apa - apa pada awak? Mungkin tak bagi awak, tapi bermakna bagi saya. Saya dah serah segala - galanya pada awak tapi awak boleh cakap itu satu kesilapan? Senangnya awak bercakap" Luhan tersenyum sinis memandang Sehun yang berada di sebelahnya.

 

"Yes. It was a mistake. Lagipun, kau bukannya sesiapa pun bagi aku. What do you expect, huh? Did you expect that I will fall in love with you after that night?" Sehun tertawa mengejek. Perasaan Luhan hancur apabila mendengar kata - kata yang meluncur keluar dari bibir Sehun. Dia mahu menangis tetapi ditahan air matanya dari keluar kerana tidak mahu menunjukkan sisi lemahnya kepada lelaki itu.

 

"Awak tahu tak apa yang awak dah buat pada saya? Awak tahu tak awak dah musnahkan masa depan saya?"

 

"Apa yang aku dah buat? Kau tak payah nak drama sangatlah. Malam tu takkan beri kesan apa - apa pun pada kau. Dah, kau lupakan je la semua angan - angan kau untuk dapatkan aku. Aku chau dulu" ujar Sehun sebelum bangkit dari bangku untuk berlalu pergi meninggalkan Luhan.

 

"I'm pregnant" perlahan sahaja suara Luhan namun cukup untuk didengari oleh Sehun. Lelako itu terdiam tidak tahu untuk memberi reaksi apa kepada Luhan.

 

"Say what?" soal Sehun meminta kepastian. Dia benar - benar terkejut dengan perkara yang menyapa telinganya sebentar tadi.

 

"I'm pregnant with your child, Oh Sehun" kali ini suaranya lebih kuat berbanding tadi. Luhan berdiri dan memandang tepat ke dalam mata Sehun. Diam antara mereka. Masing - masing tenggelam dalam perasaan. Sehun hanya memfokuskan pandangannya ke arah tanah. Otaknya kosong ketika itu.

 

Setelah beberapa ketika, Luhan mendengar satu baris ayat yang dia takuti selama ini meluncur keluar dari bibir Sehun.

 

"Gugurkan"

 

Mudah sahaja ayat yang dituturkan lelaki itu namun cukup membuatkan Luhan kecewa.

 

"No. Saya tak akan gugurkan kandungan ni. Dia tak bersalah, Sehun. Yang bersalahnya adalah kita. Kita yang cipta dia. Tergamak awak suruh saya bunuh dia?" Luhan benar - benar kecewa dengan lelaki di hadapannya itu. Sehun hanya menundukkan pandangannya sedari tadi seakan - akan tidak dapat menerima kenyataan ini.

 

"Don't be stupid, Luhan. We are too young for this. Aku ada cita  - cita yang nak kena capai and same goes to you. Aku tak nak benda ni jadi penghalang. Lagipun, kau nak aku buat apa? Kahwin dengan kau? In you dream, Luhan. Kalau kau nak teruskan jugak kandungan tu, pandai - pandailah kau settle  sendiri. Jangan nak libatkan aku. Aku tak nak kau cari aku lagi. One more thing, aku tak nak ada kena - mengena dengan budak tu. Benda ni biar jadi rahsia antara kita. Aku tak nak sesiapa pun tahu yang aku bapak budak tu. Faham?" selesai sahaja lelaki itu berkata, dia terus meninggalkan Luhan yang masih terkejut dengan reaksi Sehun. Luhan hanya mampu terduduk dan menekup mukanya. Dia menangis semahu - mahunya ketika itu. Tidak disangka begitu sekali reaksi Sehun.

 

"It's okay baby. I got you" Luhan mengusap lembut perutnya mengharapkan kekuatan untuk meneruskan hidup bersama anaknya.

 

 

 

***

 

 

 

Telefon yang bedering minta diangkat sedari tadi dibiarkan sahaja. Dia terasa ingin sendirian petang ini. Luhan mengeluh panjang lagi. Dia hanya mampu termenung mengenangkan nasibnya. Jujur, dia berasa takut dengan keputusannya untuk meneruskan kandungannya itu. Dia masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebesar itu tambah - tambah lagi dia masih belajar. Dia perlukan wang yang banyak untuk lahirkan dan besarkan anaknya. Dia bukanlah lahir dari keluarga kaya yang mampu memiliki segalanya. Dia hanyalah seorang lelaki yang telah kehilangan appanya sejak 5 tahun yang lalu. Sedari itu, dia tinggal dengan ommanya yang memiliki sebuah restoran kecil di pinggir bandar Seoul. Dia harus memberitahu ommanya mengenai keadaan dirinya sekarang. Hal ini turut membuat dia bertambah runsing. Dia takut untuk memikirkan betapa kecewanya hati ommanya sekiranya mengetahui keadaan dirinya sekarang. Tidak sanggup dia melukakan hati tua ommanya itu.

 

Telefon yang berdering buat ke sekian kalinya dicapai. Dia sudah dapat mengagak bahawa gerangan yang menelefonnya ialah Jongin.

 

"Hello" jawab Luhan dengan suara yang perlahan.

 

"Aku nak tanya pasal Sehun. Kau dah bagi tahu dia? Dia cakap apa?" Luhan sudah dapat mengagak soalan itu yang bakal meluncur keluar dari bibir Jongin. Dia mengeluh seketika apabila teringatkan reaksi Sehun sebentar tadi.

 

"Dia tak nak baby ni. Jongin, I've said before yang dia tak akan bertanggungjawab sebab tu aku malas nak bagitahu dia pasal ni. Aku dah agak dia tak nak ada kena - mengena dengan baby ni"

 

"Tak guna betul la jantan tu. Tak apa, biar aku yang jumpa dia" kedengaran begitu jelas suara Jongin yang penuh dengan perasaan amarah terhadap Sehun.

 

"Tak payah la, Jongin. Biarlah dia tak nak bertanggungjawab. Aku tak nak paksa. Lagipun, aku boleh hadapi semua ni serorang diri. Aku dah malas nak fikir pasal dia" Luhan hanya mengharapkan pengertian rakannya agar tidak mempebesarkan hal ini. Dia cukup kenal dengan Jongin yang bersikap panas baran itu. Dia takut Jongin akan mengapa - apakan Sehun. Dia tidak mahu rakannya menambah lagi masalah yang sedia ada ini.

 

"Terserah kaulah nak cakap apa pun. Aku akan tetap jumpa dia. Biar aku ajar dia tu sikit" talian terus dimatikan selesai sahaja Jongin berkata - kata.

 

 

 

***

 

 

 

Matanya meliar di kawasan taman itu mencari Sehun. Dadanya  berombak turun naik menahan amarah yang bakal meledak bila - bila sahaja apabila terkenangkan lelaki durjana yang telah merosakkan sahabat baiknya. Dia tidak akan memaafkan lelaki itu. Matanya terhenti pada gerangan yang sedang duduk di bangku sambil termenung. Jongin pantas mempercepatkan langkahnya menuju ke arah lelaki itu sebelum menarik kolar baju sehun.

 

"Apa yang kau dah buat pada Luhan, ah?" tengking Jongin tepat ke arah muka Sehun yang sedang terpinga - pinga memandangnya.

 

"Kau dah rosakkan dia and sekarang kau nak lepas dia macam tu je? Kau ni memang tak ada perasaan ke, ah? Be a man, bro. Pandai buat, pandai la tanggung" senyuman sinis diberikan kepada Sehun tanda mengejek.

 

"Bro, aku tak kenal siapa kau pun dan aku tak nak tahu siapa pun kau because both of you and your friend got nothing to do with me. One more thing, aku dah cakap suruh gugurkan tapi dia tak nak. Pandai - pandai la dia settle sendiri"

 

"Senangnya kau bercakap. Yang tanggung tu dia. Kau ingat Luhan nak bunuh anak dia sendiri ke? Kau sebagai penyebab benda ni berlaku patut support dia. Bukan suggest benda tak matang macam tu. Come on, man. Jangan jadi pengecut la"

 

"Kenapa  kau pulak yang over ni? Kau ada apa - apa ke dengan dia? Kau boyfriend dia? Have you ed him? He's really good on bed, right?" selamba sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut Sehun. Jongin yang mendengarnya menjadi semakin panas. Tanpa disedarinya, satu tumbukan dihayunkan tepat ke pipi lelaki di hadapannya itu. Sehun yang langsung tidak menyangkakan serangan mengejut itu, tidak sempat mengelak lalu jatuh terduduk sambil memegang tepi bibirnya yang berdarah.

 

"Luhan tak semurah itu. Dia bukan macam kau yang selalu bersama dengan macam - macam perempuan. Kau orang pertama yang dia serahkan tubuh dia. Aku tak nak kau dekat dengan dia lagi. Aku tak nak kau ganggu dia pun. Ni amaran aku untuk kau" Jongin melangkah pergi selesai sahaja dia memberi amaran kepada Sehun. Dia jadi panas hati kerana Sehun hanya menganggap Luhan tidak ubah seperti perempuan - perempuan lain yang pernah dilayaninya.. Dia tahu rakannya tidak seperti itu. Tapi mengapa begitu mudah Luhan menyerahkan segala - galanya? Betul kata orang, cinta itu buta. Luhan telah dibutakan dengan cinta sehingga sanggup menyerahkan dirinya sendiri kepada lelaki durjana itu.

 

Apa yang tiada pada dia yang ada pada Sehun? Apa kekurangan dia? Mengapa Luhan tidak pernah memandang dia selama ini? Mereka sudah bersahabat baik buat sekian lama. Mustahil lelaki itu tidak sedar perasaan yang telah lama hadir dalam hatinya khas buat Luhan. Jongin mengeluh panjang. Benar. Memang sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Luhan, lelaki yang sudah mencuri hatinya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kpop_lol #1
Chapter 1: Insaf... Sedihnya sehun mati...sidih..
kissuexo614
#2
Chapter 1: Tak sangka Luhan kahwin jugak dgn Jongin.. Sedih sebab Sehun mati :'(
AhnXion #3
Mcm tajuk lagu tomok hihi
Chiko_Miari #4
Chapter 1: Aloo..sehun!! Sedihnya!!
Saya suka sgt..air mata pun x habis lap lagi..haha..
Daebak authournim!!
mpreggoland
#5
Chapter 1: daebak one shot ni! *thumbs up*
sy nangis di penghujungnya...sedih + gembira...terharu sgguh
xoxowolfxoxo
#6
Chapter 1: Wuah ^O^ Best ff ni, saya suka endingnya. Daebak!
chimot #7
Chapter 1: sedihnyaa cerita ni,kuatnya seorang luhan bila kehilangan sehun.Teruskan update cerita2 best camni,hope ada sequel author-nim.Fighting!:)