Hilang 2

Hilang

Hilang Part 2

 

 

“aik? Mana Shindong?”tanya Baro sebelum duduk di kerusi. Segera mencapai segelas kopi panas yang baru dia tuang tadi.

 

Taehyung yang baru keluar dari biliknya terus ke meja makan. “Shindong? Entah lah. Selalunya semua makanan dekat meja ni dah habis dikebas dia,”

 

“kemungkinan dia keluar?”fikir Myungsoo sambil memasak bebola daging di dalam kualinya. “dah masak ni. Taehyung! Pinggan!”

 

Taehyung segera memberikan pinggan bersih pada Myungsoo. Myungsoo mengambil dan meletakkan bebola daging di atas pinggan. Lalu dia letakkan diatas meja. Muka Taehyung dan Baro bersinar-sinar dengan bebola daging buatan Myungsoo yang sungguh lazat ini. Tanpa Myungsoo, makan luar lah nampaknya.

 

“kau dapat dari mana daging ni? Sedap betul bebola daging ni!”puji Baro yang mencucuk bebola daging yang panas dan bergolek-golek di pinggan.

 

“entah. Tiba-tiba ada daging dekat dalam peti sejuk,”kata Myungsoo. Mungkin Shindong yang beli daging ni semalam.

 

Selepas sarapan pagi dengan bebola daging dan telur separuh masak, mereka bertiga membuat hal masing-masing, sebab hari ni hari cuti. Duduk rumah tanpa bebelan Shindong semestinya bosan. Baro pergi keluar beli bahan masak, Taehyung dan Myungsoo pula main game LOL. Permainan ini agak mencabar kerana menguji strategi untuk mengalahkan musuh.

 

“kalau aku menang, kau kena masak hari ni!”kata Myungsoo sambil menumpukan perhatian pada skrin laptopnya.

 

Taehyung mengangguk. “kalau aku menang, kau kena buat apa yang aku suruh sepanjang hari ni,”Taehyung tersenyum misteri dan matanya mula merah. Myungsoo tidak menyedari hal tersebut.

 

Tidak lama kemudian, persaingan sengit berlaku diantara mereka. Lawan, lawan dan lawan. Taehyung yang menang. Dia menjerit bersama tangannya di atas. Myungsoo menggeleng tidak percaya. Dia dah kalah. Terpaksa menjadi hamba Taehyung seharian.

 

“mana adil!!”teriak Myungsoo kerana kalah ditangan Taehyung. Selalunya dia menang kalau main permainan ni.

 

YES!! Menang!!”Taehyung mengangkat tangannya dengan gembira.

 

“apa arahan kau?”tanya Myungsoo.

 

 

“mati..,”jawab Taehyung sambil bersandar di sofa. “aku nak kau mati....,

 

 

“hah? Mati? Kau dah gila ke?”tanya Myungsoo yang hampir tergelak pernyataan Taehyung. “sudah-sudah lah tu. Kau nak apa Taehyung??”malas nak layan si Taehyung ni.

 

Mata Taehyung berubah merah. Dia tersenyum sinis. “aku nak mata kau...,”dia mengeluarkan sesuatu dari kocek belakang seluarnya. Dengan tenungan tajam, dia terus baling sebilah pisau tepat di mata kiri Myungsoo.

 

Darah memancut-mancut keluar dari matanya. Myungsoo meraung-raung kesakitan. Taehyung gila! Gila!! Itulah yang keluar dari fikirannya.

 

“UARRGH!! TAEHYUNG!! TAK GUNA!!!”teriaknya kesakitan. Badannya rebah dan jatuh ke lantai. Menggeletar dan menyakitkan. Dia menarik keluar pisau yang tertusuk di matanya. “Uaarrghhh!!!!”

 

Taehyung melompat ke atas Myungsoo. Langsung tidak memberikan kesempatan pada Myungsoo untuk melarikan diri. Dia mengambil pisau dari tangan Myungsoo dan menikam semula mata kiri Myungsoo lalu mengorek keluar bebola mata tersebut. Jeritan Myungsoo semakin kuat. Dia meraung dan menggigil kerana kesakitan tidak terhingga. Kepalanya seperti dikelar beberapa kali.

 

 

sakit tak? Nak aku ubatkan?”tanya Taehyung. Matanya berwarna merah menjadi lebih pekat. Dia merenung wajah Myungsoo lebih rapat.

 

 

“KAU! Kau bukan Taehyung!!! Kau siapa?!!!”teriak Myungsoo yang tidak dapat bergerak kerana Taehyung masih duduk dan menahan badannya daripada melepaskan diri.

 

aku?”Taehyung menanya balik pada dirinya sendiri. Dia tersenyum gembira. “kawan kau!”

 

 

“Diamlah!! Kau bukan kawan aku!!!! Pulangkan dia balik!!”teriaknya sekuat hati. Dia cuba menendang, memukul Taehyung, tetapi tidak terdaya. Kehilangan darah yang banyak melemahkan Myungsoo untuk terus melawan dan mempertahankan dirinya dari Taehyung ‘lain’. “Lepaskan aku!! Gila!!”

 

 

tak nak~”Taehyung tersenyum lalu mengeluarkan sebilah pisau sebelum dia menusuk ke mata kanan Myungsoo tanpa belas kasihan.

 

 

“ArRgGhHhHhH!!!”

 

 

 

Baro yang baru sampai dihadapan rumah, segera mengetuk pintu beberapa kali. Dia menunggu dan akhirnya Taehyung membuka pintu tersebut.

 

“asal lama sangat kau beli barang?”tanya Taehyung dengan senyuman lebar.

 

“orang ramai lah dekat pasaraya. Yang kau pula dah kenapa? Tersengih tak habis-habis depan aku ni?”Baro hairan tengok Taehyung kelihatan ‘periang’.

 

“tak ada apa-apalah. Cuma ada benda best berlaku dekat rumah petang tadi,”jelas Taehyung dan Baro tidak mengerti disebalik kata-kata Taehyung.

 

“benda best? Apa benda kau buat petang tadi?”tanya Baro lalu dia pun meletakkan beg plastik yang dipenuhi barang ditepi pintu sementara berbual dengan Taehyung.

 

“main permainan maut!”kata Taehyung dengan nada ceria.

 

Baro terkejut. Permainan maut? Mungkin permainan dalam laptop miliknya. “permainan apa lagi kau main huh? Tak ada benda lain nak main ke?”

 

tak ada,”muka Taehyung berubah dan ni membuatkan Baro rasa tidak sedap hati. Hari ni Taehyung lain daripada yang lain.

 

“er...m-macam tu..,”Baro hanya mengangguk faham. Taehyung ni membuatkan dia berasa takut untuk meneruskan perbualan lagi. Dia pun pergi ke ruang tamu. Melihat persekitarannya dan tersedar tentang keberadaan Myungsoo. “mana Myungsoo?”

 

Taehyung pun berjalan ke ruang tamu. “dia kata nak keluar kejap ada hal. Aku tak tahu dia pergi mana..,”jelas Taehyung.

 

 

“oh..,”jawab Baro. “nak makan apa? Chef kita dah tak ada,”jelasnya bersama senyuman kecilnya.

 

“biar aku masak!”kata Taehyung dengan nada ceria.

 

“kau tahu masak?! Hah! Jangan nak gurau lah!”

 

“tak percaya? Biar aku tunjuk!”

 

 

Segala barang yang dibeli oleh Baro, Taehyung letakkan di atas meja dapur. Spagetti, sos tomato, cili, bawang putih, lada hitam, minyak zaitun, bebola daging berpaket, teh, susu, tembikai dan sebagainya. Dia membuat keputusan memasak spagetti malam ni. Memandangkan ‘Myungsoo’ tiada, dia masak dalam kuantiti yang sikit.

 

Baro pun melihat skil memasak Taehyung di dapur. Boleh tahan mamat ni. Tak pernah tahu selama ni Taehyung pandai memasak. Baro berjalan ke dapur dan berdiri di sisi Taehyung yang sibuk memotong bawang putih.

 

“sejak bila kau pandai masak ni?”tanya Baro.

 

“mungkin....sejak Myungsoo keluar rasanya?”fikir Taehyung sambil tersenyum misteri. “ahaha! Gurau jelah! Aku tahu memasak sebab Myungsoo yang ajar aku,”jelasnya lagi.

 

“macam tu...,”jawab Baro. “bila nak siap spagetti ni? Aku laparlah~”rungutnya disebelah Taehyung.

 

“kejap lagi siap,”katanya tanpa banyak soal. Dia terlalu sibuk menumpukan perhatiannya pada masakannya.

 

Baro yang melihat Taehyung sibuk, segera pergi ke ruang tamu. Duduk dan menonton TV sementara menunggu Taehyung menyiapkan makan malam mereka berdua. Candle Light Dinner ke? Setelah menunggu lama, Taehyung pun membawa 2 pinggan spagetti bersos ke ruang tamu. Baro pula kegirangan melihat makanan dah siap. Segera ambil dari Taehyung.

 

“Thanks!!”ucap Baro lalu dia dan Taehyung duduk di sofa sambil makan dan menonton TV.

 

Mereka berdua pun makan sambil menonton movie seram, Sadako. Menjerit mereka berdua pabila keluar adegan yang menyeramkan. Habis bebola daging melayang ke muka Taehyung disebabkan ketakutan Baro melihat hantu yang menyeramkan.

 

“ni lah sebabnya aku tak nak tengok cerita hantu!!!”muka Baro kelihatan pucat lalu mencapai alat kawalan TV dan menukar siaran.

 

“cerita hantu tadi tu best lah! Aku nak tengok!”Taehyung merampas alat kawalan dari Baro.

 

“tak nak!!”teriak Baro ketakutan dan cuba merampas tetapi gagal.

 

“aku nak tengok pengakhiran movie seram tu,”kata Taehyung lalu membuka movie seram tadi.

 

Seperti yang dikatakan, movie seram atau lebih dikatakan cerita hantu, semua watak dalam cerita tersebut akan mati dalam keadaan menakutkan. Baro memang tidak suka menonton cerita hantu kerana tidak bermanfaat. Biarlah dia menjumpai hantu tersebut secara berdepan daripada melihat hantu rekaan semata-mata.

 

“kau ni penakut betul lah!”usik Taehyung dan Baro menyiku pingang Taehyung. “aduih!! Sakit lah!”

 

“tu hantu rekaan. Mana ada betul pun,”Baro meletakkan pinggan di meja bulat lalu kembali menyandarkan badannya di sofa.

 

“macam mana dengan itu hari? Kau, aku, Myungsoo dan Shindong kan buat ritual tu. Kau tak percaya hantu lagi ke?”Taehyung memandang Baro. Menunggu jawapan.

 

“aku tak nampak dia. Cuma suara dia yang aku dengar,”jawab Baro dan Taehyung tersenyum misteri.

 

“ohh...macam tu. Pasal movie tadi tu, kau nak tahu kenapa semua watak mati dalam movie tu?”

 

“apa dia?”

 

“sebab mereka tak nampak.....,”Taehyung tersenyum kejam. “dan aku nak kau pun mati sekali,”

 

Mata Baro membulat. Dia kenal suara tu. Suara yang kedengaran semasa mereka berempat melakukan ritual. Dia melompat dari sofa lalu berlari ke dapur. Taehyung pula berjalan dengan santai ke dapur.

 

mana kau nak lari? Kau takkan terlepas dari aku..,”jelas Taehyung. Matanya berubah merah pekat dan ini menakutkan Baro. Taehyung kena rasuk.

 

“Taehyung!!! Bangun!! Taehyung!!”Baro menjerit pada agar Taehyung melawan ‘roh’ jahat di dalam badannya.

 

Tak guna. Dia takkan pernah dengar. Selamanya aku dalam badan dia ni...,”dia tersenyum lalu memetik jari menyebabkan Baro melayang dan dilemparkan ke atas lantai. Taehyung berada dihadapan Baro yang terbaring lemah di atas lantai. “kau nak pergi mana sekarang ni? Nak lari? Nak lawan? Tak ada guna. Semua kawan kau akhirnya....dalam genggaman aku,”

 

Baro terkejut. Selama ni...Shindong dan Myungsoo...dah lama kena bunuh?! “apa kau buat dengan kawan aku hah?!! CEPAT CAKAP!!!”

 

Taehyung tersenyum riang dengan pisau cukur ditangannya. “apa aku buat? Tak ada benda. Cuma hiris diorang perlahan-lahan...,

 

Taehyung meletakkan hujung pisau cukur diatas muka Baro. Dia tersenyum dan Baro menjerit. Badannya langsung tidak bergerak seperti ada benda berat duduk di atas badannya. Tangan Taehyung segera bergerak dan makin lama makin cepat sehingga pipi Baro menjadi merah dan terkoyak. Baro menjerit, meraung kesakitan. Habis kedua pipinya di cukur sehingga berdarah.

 

 

“SAKIT LAH!!! ARGH!!!”teriak Baro habis-habisan.

 

 

Untuk penghabisan, Taehyung membawa Baro pergi ke dapur lalu meletakkan kepala Baro di dalam Microwave. Dia tersenyum girang sebelum meninggalkan Baro yang terjerit-jerit kepanasan di sana. Kemudian.....meletup. Hanya tinggalkan badan tanpa kepala.

 

 


 

Ni lah balasan buat ritual memanggil hantu. Korang nak cuba?

 


 

A/N : The End? Belum lagi! Tinggal Bonus Chapter sahaja. I will update soon! ;)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 2: Omo!!! Taehyung ni menyeramkan la pulak. Dah la sambil baca ni terbayang muka dia yg menyeramkan. Lg seram jadinya
aquariusxpisces
#2
Chapter 2: Uishhhh serammm xD
Macam mana tu kepala dia meletup ahaha seramm xD
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 1: seriously seram sejuk niii..hahahhaha dahlah jenis penakut huhuhuhuh
mana shindong??eodiya? omg taehyung kena rasukkk...
update soon!hwaiting!!
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: weehheheh mcm mana niiiiii????? aduh taehyung dirasuk hantu xD
mpreggoland
#5
Chapter 1: tu dia la...benda elok taknak buat, benda yg pelik2 camtu juga la yg nak diikut, kan dh kena...
wah Taehyung dgn mata merah yg dirasuk *imagine* hehe
Elrina #6
Chapter 1: Shindong dh mati ke? serious! Soooo creepy 0.0
Authorniimm! Update soon! ;)
aquariusxpisces
#7
tak berani baca cite hantu walaupun kira dah besar hahahahaha (〜^∇^)〜