Hilang 1

Hilang

Hilang Part 1

 

Baro POV

 

Aku memanggil atuk aku tapi dia tidak menyahut panggilanku. Mungkin dia ada di dalam perpustakaan mini miliknya. Aku segera berjalan menuju ke sana. Setelah sampai dihadapan pintu perpustakaan mini. Aku mengetuk pintu beberapa kali. Tiada respon. Aku pun terus memutar tombol pintu lalu masuk ke dalam.

 

 

“atuk!!”panggil ku beberapa kali. Tiada sesiapa menjawab.

 

 

Aku pun tunggu atuk didalam perpustakaan ini. Sambil tu aku tengok rak buku miliknya. Kebanyakan buku miliknya tentang masakan, penjagaan tanaman, pengetahuan am dan banyak lagi. Tanganku berhenti menyentuh buku. Aku nampak sebuah buku berwarna hitam dan berukiran silver yang sungguh kilat. Buku ni tiada tajuk, aku pun menyelaknya. Menarik. Tak sangka atuk aku ada buku macam ni.

 

“Baro!!”panggil atuk aku lalu masuk ke dalam perpustakaan mini. Aku terkejut lalu duduk diatas sofa kecil dan segera menyorok buku itu dibawah kusyen. “itu pun kau! kenapa tak jumpa atuk dekat laman rumah?”

 

“a-ahhh! Baro terlupa nak pergi!”kataku, berharap atuk tak perasan aku ambil buku ni.

 

“bila kamu nak balik?”soal atuk, dia semakin mendekati aku. Aku meneguk air liur ku.

 

“h-hari ni Baro balik..,”kataku dengan tanganku memegang rapat kusyen yang ada diatas tiba aku.

 

“arrghh!!!”atuknya menjerit saat memalingkan wajahnya ke arah rak bukunya tiba-tiba. Alamak! Aku tertangkap ke?! “alamak!! Atuk lupa nak tutup cerek panas tadi!!”atukku segera berlari ke arah dapurnya.

 

“nasib baik..,”aku segera mengelap peluh di dahiku.

 

Selepas aku mengemas beg milikku, aku turut masukkan buku misteri itu dalam beg milikku.

 

 

Author POV

 

 

4 sekawan yang berehat didalam bilik Baro yang cukup sempit untuk dijadikan tempat lepak. Sebenarnya, mereka duduk dirumah sewa yang mahal, lagipun rumah sewa ni ada 4 bilik, jadi ia agak berbaloi, mereka tak perlu kongsi bilik. Tapi hari ni agak terkejut apabila salah seorang dari mereka menunjukkan sebuah buku yang amat menarik sehingga mereka yang lain tertarik melihat buku itu.

 

 

“kau dapat dari mana ni?”tanya Shindong yang sibuk makan snek yang dibelinya dikedai tadi.

 

“aku jumpa dekat rak buku dalam bilik atuk aku sebenarnya,”jelas Baro yang menyelak muka surat pertama. Mereka semua cuba melihatnya.

 

 

Dimana mereka lihat gambar mayat yang berada didalam tanah dan dipenuhi duri yang berwarna hitam. Baro mula selak muka surat yang seterusnya, mereka nampak beberapa gambar orang yang berpakaian jubah hitam sehingga menutupi kepala mereka sambil memegang lilin. Dalam gambar itu jugak menunjukkan nombor 12, bertanda mereka buat pada tengah malam. Muka surat yang seterusnya, mereka nampak seorang lelaki dengan matanya yang berwarna merah muncul dihadapan orang-orang yang berjubah hitam. Beberapa muka surat yang lain menunjukkan simbol dan gambar yang pelik sehingga mereka malas nak tengok buku ni lagi.

 

 

“apa ni? aku ingatkan buku ni seram sangat...,”keluh Myungsoo yang berbaring diatas katil Baro.

 

“mungkin atuk kau patut simpan buku yang lebih menyeramkan lagi lah, Baro..,”kata Taehyung dan dia nampak Baro tersenyum lebar. “kau dah kenapa senyum tiba-tiba ni? kau ni buat aku takut je,”dia menggosok-gosok lengannya yang sejuk semacam ni.

 

Baro memandang mereka semua dan menunjukkan buku milik atuknya. “korang nak cuba?”

 

“huh?”jawab mereka bertiga serentak. “cuba apa?”mereka tanya Baro balik.

 

“macam dalam gambar ni buat...,”Baro sepertinya ada idea yang sangat-sangat buruk.

 

“c-cuba buat benda tu?! kau gila ke apa?!”nampaknya Myungsoo macam tak setuju dengan ajakan Baro untuk melakukan ritual dalam gambar tu.

 

“boleh juga! macam menarik je!”kata Shindong lalu meletakkan snek di bawah katil Baro.

 

“woi! Kau dah kenapa Shindong?! Kalau benda seram betul-betul muncul macam mana?!!”Myungsoo rasakan mereka berempat tak patut melakukan perkara ni. Dia dapat rasakan benda tak baik bila lakukannya.

 

“kau pula?”tanya Baro pada Taehyung pula.

 

“aku tak sure lah...,”kata Taehyung yang teragak-agak untuk melakukannya.

 

“alaaahh!! Buat ni je. Bukannya jadi apa-apa pun,”Kata Baro yang cuba menyakinkan sahabatnya. “macam mana? Kalau setuju angkat tangan,”dia segera mengangkat tangan lalu melihat sahabatnya yang lain.

 

 

Shindong mengangkat tangannya serta merta. Lalu perlahan-lahan Taehyung mengangkat tangannya dan diikuti oleh Myungsoo kerana dia tak nak diperlekehkan sahabatnya kerana ketakutan dalam dirinya.

 

 

 

“jom mulakan!”Baro terus membuka muka surat kedua dimana mereka lihat gambar lelaki berjubah hitam sambil memegang lilin. Tapi masalahnya mereka tiada lilin.

 

“macam mana ni?”soal Taehyung pada Baro.

 

“aku ada mancis!”Shindong mengeluarkan mancis dari beg galasnya. “lepastu nak buat apa?”

 

“kita tunggu pukul 12 malam nanti. Sekarang ni baru pukul 11.30 malam,”kata Baro lalu mengeluarkan lighter untuk bersedia menyalakan mancis nanti.

 

 

Tepat pukul 12 tengahmalam, mereka semua telah pun bersedia dengan memegang sebatang mancis setiap seorang. Agak mendebarkan bila Baro mula menyalakan mancis mereka semua sebelum menutup lampu bilik asrama ni.

 

 

“kita nak buat apa lagi?”tanya Myungsoo yang teramat takut tahap 10 sehingga merapatkan dirinya disebelah Shindong.

 

“kau dah kenapa?!”Shindong menolak Myungsoo ke tepi sikit.

 

“alaahh!!! Aku takut giler ni!!”Myungsoo mengelap peluhnya di dahi tanpa henti.

 

“shhhh!!”Baro menunjukkan isyarat diam.

 

 

Mereka diam buat sementara. Mereka bersabar menunggu, tunggu dan tunggu...dah 8 minit telah berlalu. Tiada apa yang terjadi. Mungkin buku misteri ni nak kenakan mereka. Mereka patut hentikan ritual bodoh ni. Tapi......ia...

 

 

 

Terpadam sendiri.

 

 

 

Semua mancis dipegang oleh mereka tiba-tiba terpadam. Mereka terkejut dan tidak terkata-kata. Apa dah jadi? Mancis yang dipegang oleh mereka terpadam.....sendiri? Ketakutan mereka menyebabkan mereka tak mampu nak mengeluarkan suara. Mereka cuba menyalakan mancis lain tapi mereka tak jumpa kotak mancis.

 

 

“MANA KOTAK MANCIS NI?!!!”teriak Taehyung dalam bilik yang gelap. Mereka berempat cuba mencari-cari kotak mancis di sekeliling mereka.

 

 

 

 

 

 

“kenapa duduk dalam gelap..? tak takut...?”

 

 

 

 

 

Suara lelaki yang halus kedengaran ditelinga mereka, macam ‘benda’ tu dekat sangat dengan mereka. Suaranya seperti menyentuh mereka. Meremang satu badan. ‘benda’ tu...berada diantara mereka. Nampaknya ritual ni...memanggil hantu. Menyesal kerana melakukan ritual ni. Kalau mereka tak lakukannya, mungkin ‘benda’ ni tidak ada dan terjadi macam sekarang.

 

 

Disebabkan keadaan sangat tegang, Myungsoo terlalu takut untuk mendengar lagi suara lelaki sehingga dia segera pergi mencari suis lampu. Bila dia dah jumpa suis, segera dia on suis lampu dan mendapati sahabatnya tidak cedera.

 

 

 

“t-tadi tu...siapa yang cakap?!”Taehyung memandang Baro, Shindong dan juga Myungsoo.

 

“b-bukan aku!”kata Myungsoo.

 

“aku tak buat!!”kata Shindong, satu badannya meremang mendengar suara lelaki tu.

 

“B-Baro...?”Taehyung memandangnya pula.

 

“a-aku pun tak cakap....,”wajah Baro teramat pucat sehingga dahinya berpeluh-peluh. “a-aku tak patut bawa buku ni..,”kesal Baro berkata.

 

“aku dah cakap! Tapi korang tak nak dengar apa yang cakap aku tadi!!”kata Myungsoo sambil memegang lengannya yang sejuk semacam.

 

“dah lah tu. Benda dah lepas..,”kata Shindong lalu dia mencapai sneks yang diletakkan dibawah katilnya tapi...tangan dia dipegang oleh tangan juga. “ARRGGHHH!!!!!!!”teriak Shindong kuat-kuat. Dia nampak tangan yang berlumuran darah dibawah tangan.

 

“KENAPA NI??”tanya Taehyung dengan yang lain. Mereka segera datang mendekati Shindong.

 

“TOLONG!! T-TANGAN! A-ada TANGAN!!!!”teriak Shindong ketakutan.

 

 

Bila tengok, Taehyung, Baro dan Myungsoo tak nampak apa-apa dibawah katil. Tiada kelibat orang mahupun ‘tangan’ dibawah katil. Shindong terpaku. Apa yang dia nampak tu...ilusi? tak, sememangnya dia nampak dengan matanya sendiri.

 

“a-aku betul-betul nampak!! Sumpah!!”kata Shindong pada sahabatnya, tapi mereka ingat Shindong sengaja nak takutkan mereka. “aku nampak!!! Tangan hidup!! Benda tu pegang tangan aku!!!”

 

“yelah...Shindong...,”Myungsoo malas nak layan cerita seram Shindong.

 

“kau tak perlu nak jadi takut macam tu sekali. Lagipun kita semua cuma dengar suara hantu je, bukannya seram pun..,”selamba Baro mengatakan pada Shindong yang menggigil ketakutan, tapi dalam hatinya, suara tadi masih bermain dalam kepalanya seperti jam loceng.

 

“dah lah....aku nak balik bilik aku sendiri,”kata Taehyung lalu dia keluar dari bilik Baro.

 

“nanti kejap!”kata Baro tiba-tiba, menyebabkan langkah Taehyung terberhenti saat dia berada tepat dipintu.

 

“hmm?”Taehyung tidak memandang Baro tapi dia dengar Baro memanggilnya.

 

“esok kau ada masa?”tanya Baro sambil menyimpan buku misteri milik atuknya itu ke dalam beg.

 

Taehyung yang masih berdiri dihadapan pintu tersenyum. “aku tak ada masa. Ada benda aku nak buat....betul tak Baro?”mata Taehyung berubah merah dan dia masih merenung ke arah pintu, wajahnya kelihatan pelik tapi agak menyeramkan.

 

 

Meremang bulu roma Baro bila mendengar pernyataan Taehyung akhir sekali, begitu jugak dengan Myungsoo dan Shindong. Suara Taehyung kedengaran lain daripada yang lain.

 

 

“O-Oh ya, esok kau nak pergi rumah mak kau kan?”kata Baro yang baru teringat Taehyung nak jumpa mak dia esok hari.

 

“ingatkan kau lupa tadi. Kalau ada masa...aku ajak korang semua pergi jumpa mak aku...,”kata Taehyung lalu dia terus melangkah keluar dari bilik Baro. Bila dia sendirian diruang tamu. Dia berkata dengan senyuman kejam. “kalau korang masih hidup lah...,”kini, bukan suara Taehyung tapi suara ‘lain’. Dia telah pun dirasuk oleh ‘benda’ itu. “aku betul-betul dahaga...aku nak darah mereka bertiga...,”

 

 

 

Tepat pada pukul 3 pagi, Shindong terdengar bunyi ketukan dari luar biliknya. Siapa yang ketuk bilik dia pagi-pagi ni? Shindong pun bangkit dari katilnya lalu dia membuka pintu biliknya. Rupanya Taehyung.

 

“Taehyung? Kau nak apa pagi-pagi ni?”Shindong menggosok matanya yang ngantuk lagi kabur penglihatannya.

 

Taehyung mendiamkan diri.

 

“Taehyung? Kau dah kenapa? Mengigau ke?”Shindong melambai tangannya dihadapan wajah Taehyung dengan matanya berwarna merah.

 

Tangan Shindong dipegang kuat oleh sahabatnya. Taehyung tersenyum kejam. “aku nak tangan kau..boleh?”Taehyung terus menolak Shindong sehingga terjatuh ke atas lantai.

 

“T-Taehyung?? K-kau ok ke?”Shindong melihat Taehyung dan dia dapat rasakan dihadapannya bukan Taehyung tapi...orang lain. “t-tak...kau bukan Taehyung. K-kau rasuk Taehyung!!”

 

Taehyung kelihatan tenang sambil meregangkan badannya. “apa kau merepek ni? aku Taehyung lah..,”senyuman kejam terukir dibibirnya. “ni semua salah korang semua. Asal korang lepaskan aku dari buku sumpahan tu? korang yang patut bertanggungjawab. Bukannya aku! Aku tak salah. Kalau boleh, bagi aku seronok dulu dengan kau. Kalau kau nak terus hidup...Shindong-ssi?”

 

“t...tak...aku tak nak mati!!!!”teriak Shindong lalu berlari ke arah pintu. Dia memutar tombol pintu tapi tak boleh nak bukak. “Myungsoo!!! Baro!!! TOLONG!!!!!”

 

hmm...kau ni tak menyeronokkan langsung..,”Taehyung segera berdiri dibelakang Shindong. “Aku mulakan dengan leher kau....,”

 

 

 

 

TAP!

 

 

 

Pintu bilik Shindong akhirnya terbuka luas. Shindong, telah pun menghilang daripada biliknya.

 

 

 

Myungsoo pula, keluar dari biliknya sambil berjalan terhuyung-hanyang kerana ngantuk. Dalam perjalanan ke dapur dia melepasi bilik Shindong.

 

 

“haaihh....boleh pula aku mimpi ngeri tadi. Aku ingatkan aku dah mati tadi,”Myungsoo menggosok lehernya perlahan. Mungkin dia teringat-ingat tentang ritual dan suara misteri tu tadi. Semasa berjalan, Dia menoleh ke arah pintu bilik Shindong yang terbuka luas. “sekarang ni dah pukul 3.30 pagi. Mana Shindong pergi?”hairan Myungsoo.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 2: Omo!!! Taehyung ni menyeramkan la pulak. Dah la sambil baca ni terbayang muka dia yg menyeramkan. Lg seram jadinya
aquariusxpisces
#2
Chapter 2: Uishhhh serammm xD
Macam mana tu kepala dia meletup ahaha seramm xD
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 1: seriously seram sejuk niii..hahahhaha dahlah jenis penakut huhuhuhuh
mana shindong??eodiya? omg taehyung kena rasukkk...
update soon!hwaiting!!
aquariusxpisces
#4
Chapter 1: weehheheh mcm mana niiiiii????? aduh taehyung dirasuk hantu xD
mpreggoland
#5
Chapter 1: tu dia la...benda elok taknak buat, benda yg pelik2 camtu juga la yg nak diikut, kan dh kena...
wah Taehyung dgn mata merah yg dirasuk *imagine* hehe
Elrina #6
Chapter 1: Shindong dh mati ke? serious! Soooo creepy 0.0
Authorniimm! Update soon! ;)
aquariusxpisces
#7
tak berani baca cite hantu walaupun kira dah besar hahahahaha (〜^∇^)〜