Aku Park Jimin

Bila Aku Kaya

 

“Aku nak kaya hidup aku berubah alangkah indah kalau dah tak susah, jadi pemilik bukan sewa rumah” bukan main teruk lagi si Jimin ni rap. Rasa-rasanya kalau didengari oleh jiran sebelah yang pekak itu pun boleh jadi sembuh orang tua itu. Nampak tak kat situ yang Jimin betul-betul menjiwai lagu kegemarannya itu.

“Hyung ni. Tak habis-habis dengan lagu kalau aku kaya. Menyampah pula orang dengar.” ujar Jimoon. Jimin buat-buat tak dengar, tangannya masih lagi ligat melipat baju. Maklumlah keluarga mereka miskin jadi nak tak nak dia terpaksa mengambil upah melipat baju.

“Diamlah kau, timun! tengoklah nanti bila hyung dah kaya. Kau pun hyung tak pandang. Hyung letak je kau kat pasaraya dengan kawan-kawan kau yang lain” ujar Jimin. Suka benar dia menyakat adiknya itu dengan panggilan Timun.

“Heol! nama orang Jimoon, okey! sesuka suki saja hyung panggil timun.” protes Jimoon. Dia juga tengah ligat mengosok baju.

“cuma tengok muka hyung. Ada muka ni nampak macam kisah? tak an… memang taklah!” sakat Jimin. Walaupun diorang hidup dalam kesusahan namun mereka dua beradik tidak pernah mengeluh ataupun malu dengan kehidapun mereka. Malah kemiskinan mereka telah mendorong dua ekor makhluk ini jadi orang bukan monster ke alien ke ataupun haiwan jadi-jadian.

“sampai hati hyung…” Jimoon tayang muka sedih. Bukan main lagi Jimin terkekeh tengok gelagat comel si Jimoon itu. Jimoonlah satu-satunya kawan yang dia ada dalam dunia ini. Begitu juga dengan Jimoon. Bagi si adik itu, Jiminlah abang dan Jimin jugalah kawan yang dia ada.


Jimin menjeling jam yang tergantung  didinding. Sudah 8.30 pagi namun Cikgu Kwangsoo masih tidak masuk lagi. Aishhh, lambat betullah cikgu zirafah ni.

Jimin lantas menyembam muka dimeja. Dia masih ngantuk kerana semalam dia telah menolong Chen hyung di pasar malam. Tetiba dia terdengar ada orang memanggilnya lalu mata pun dibuka.

“Tuan Jimin, ada orang nak jumpa tuan.” ujar seseorang yang mirip muka kingka sekolah Jimin, Rapmon. Jimin tayang muka peliknya dengan situasinya sekarang. Rasanya tadi aku kat dalam kelas. Macam mana boleh ada kat sini sekarang?

“Hello, Tuan? Are you still there?” berspeaking pula si Rapmon ni. Macamlah aku ni A+ BI. Cepat-cepat aku betulkan tali leherku sambil berdehem. Berlagak sekejap…

“Ehm… Yes yes… im here.” ujar Jimin bajet pandai speaking. Dia lalu mengangkat kakinya ke atas meja. Rambut di flip walaupun dia tau rambutnya pendek dan agak berbau kerana tidak cuci rambut.

“ Siapa nak jumpa saya tadi?” berlagak kau Jimin. Rapmon sedaya upaya tersenyum melihat Tuannya yang memang terkenal dengan sikap berlagak poyo tapi pendek.

“Saya tak tahu, Tuan. Dia tidak beritahu namanya namun dia seorang wanita.” ujar Rapmon sambil kepalanya memandang lantai marmar yang sangat cantik itu.

“Whattt???! macam mana awak boleh tak tahu? tanya nama dia dulu sebelum nak jumpa saya. Be de way, call me sir and I call u der!” sempat dia selit ayat ultimet dalam lagu kalau aku kaya. Nampak tak kat situ betapa Jimin pencinta lagu tersebut.

“Sorry Sir… I Just…” belum sempat Rapmon menghabiskan ayatnya telah dipotong oleh si ketot itu. “ No but-but… dahlah panggil wanita itu masuk.” ujar Jimin. Rapmon hanya mengangguk lalu berjalan keluar.

“Rapmon!” Terhenti langkah Rapmon bila si Jimin ini melaung namanya. “Apalagi si ketot ni nak. Nasib baiklah kau bos aku. Kalau tak dah lama aku lenyek kau kat jalan tar.” gumam Rapmon dalam hati.

“Yes Sir?” Rapmon berpaling menghadap Jimin. Jimin menurunkan kakinya lalu menongkat dagu. “U got no jam,derr.” ujarnya lalu terkekeh-kekeh.

Heol!!! Kang ada gak yang makan penampar boboiboy aku ni kang. Aish,bengkak je hati ni. Rapmon lantas keluar dari bilik Jimin sambil mengenggam penumbuk tanda bengang.

Lepas 10 minit masuklah seorang wanita dengan seorang budak lelaki dalam lingkungan 4 tahun. Jimin mengambil tempat duduk di kerusi mewahnya yang dihiasi emas Wah Chan. Perghhh!!! glamor kau, Jimin.

“ Apa tujuan Cik kemari?” ujar Jimin sopan. Tetiba sopan gitu. Wanita itu memandang tajam kearah Jimin. “Dasar jantan tak guna!”ujar si wanita.

“Eh pompan. Kau dah suka suki datang istana aku tak diundang pastu cakap aku jantan tak guna. Apa kau fikir aku ni Lembu?!” marah Jimin sambil bercekak pinggang di depan wanita tersebut. Wanita tersebut lalu menangis sambil memeluk budak kecil tersebut.

“Sampai hati kau, Jimin. Lepas kau dapat apa kau nak dari aku, kau tinggalkan aku. Budak kecil ini anak kau.” ujar wanita tersebut namun suara wanita tersebut bertukar garau. Wanita tersebut memaling mukanya kearah Jimin kembali dan bertambah terkejut Jimin apabila melihat Cikgu Kwangsoo versi wanita di depannya.

“Kau!!! kenapa buruk bebenor muka kome ni! dah macam muka cikgu kwangsoo yang berkedut je aku tengok… “ ujar Jimin yang sedang mengigau di dalam kelas tersebut. Dan tersembul muka Cikgu Kwangsoo di belakang Jimin.

“PARK JIMINNNNNNN!!!!!!!” amik kau highnote zirafah dah mai.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada reader sekalian. Kali ni saya kembali dengan FF yang baru yang mengarut xD

harap korang semua terhibu. Jangan lupa komen dan sub^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exol_kkaebsong #1
Chapter 2: hahahahahahaha XD . keep update authornim
choco_chim
#2
Chapter 2: ya ampunnnn lawak gila derr update soon ~ ^^
mpreggoland
#3
Chapter 2: boleh bermimpi pula si Jimin tu! XD
Shufiq16 #4
biar miskin duit jangan miskin hati sudah ><
Jiminie, awak lupa ke gf awak kat sini xD