002

One More Step Closer To Your Heart

Cafe itu bertema garden cafe dengan ruangan yang redup kerana rimbunan pohon dan taman serta lampu-lampu berwarna kuning hangat yang metenteramkan. Seluruh dindingnya daripada kaca yang besar-besar, memantulkan suasana hijau di sekelilingnya. Hari ini mendung dan berada di cafe yang bertemakan hijau putih itu membuatkan Soojung merasa semakin sejuk.

Dengan sopan, Joohyuk menarikkan kerusi untuk gadis itu dan duduk di depannya, lalu memesan makanan mereka kepada pelayan yang menunggu. Sementara menunggu pesanan datang, Joohyuk menyandarkan belakangnya di kerusi dan menatap Soojung.

"Awak nak pesan apa?"

Soojung mengamati pilihan menu dan tidak dapat menyembunyikan senyumannya apabila melihat minuman kegemarannya.

"Saya nak hot chocolate."

Joohyuk mengangkat keningnya dan tersenyum, "Itu minuman budak-budak sepuluh tahun."

"Jadi awak ingat hanya budak-budak je yang boleh minum coklat panas?"

"Bukan macam tu," Joohyuk mula terkekeh ketika melihat Soojung tidak puas hati, lalu dia mengangkat bahunya. "Nampaknya awak dari mula lagi sangat defensif dekat saya, saya langsung tak menentang hubungan Eunwoo dengan Sohyun." Joohyuk tersenyum lembut, "Saya harap awak faham. Saya cuma nak jaga adik saya."

Soojung faham perasaan Joohyuk. Rasa ingin melindungi yang dalam, sama seperti yang dia rasakan kepada Eunwoo, satu-satunya adiknya.

"Ada sesuatu yang nak cakapkan pada awak," Joohyuk melanjutkan perbualannya memandangkan Soojung mendiamkan diri, "Sebelum tu saya nak awak tahu yang saya dah selidik tentang keluarga awak. Mian." Joohyuk menatap Soojung dengan permohonan penuh minta maaf apabila melihat Soojung seperti tersinggung, "Saya terpaksa buat semua tu supaya saya benar-benar yakin yang saya boleh mempercayai keluarga awak.

Soojung mengangkat bahunya, "Silakan lakukan apa saja yang awak suka, lagi pun awak memang tak akan menemui rahsia gelap tentang keluarga kami. Sebab memang tak ada."

Joohyuk mengangguk dan tersenyum, bersamaan dengan pelayan yang mengantarkan minuman mereka.

"Sejujurnya saya kagum bila baca laporan tentang keluarga awak. Walaupun hidup dalam keadaan susah, tapi tahap pencapaian kerjaya keluarga awak sangat memberansangkan." Lelaki itu berdehem menyedari bahawa kata-katanya mungkin telah menyinggung perasaan Soojung, "Kembali ke masalah tadi, setelah menerima laporan dari anak buah saya dan menyiasat dengan lebih terperinci, saya memutuskan awak adalah orang yang paling tepat untuk membantu saya."

Soojung berkerut, kenapa kata-kata lelaki ini dari tadi berputar-belit? Apa sebenarnya yang ingin dia sampaikan?

"Awak perlu tahu, saya dan Sohyun bukan adik-beradik kandung." Joohyuk menatap Soojung, menilai reaksinya, "Saya ialah anak angkat yang dibesarkan oleh keluarga mereka dengan penuh kasih sayang dan tak pernah dibanding-bandingkan sama sekali dengan anak kandung mereka, Sohyun."

Itu informasi yang sangat mengejutkan dan Soojung terpaku mendengarnya. Joohyuk cuma anak angkat keluarga kaya itu? Tapi mengapa Joohyuk memberikan informasi penting ini kepadanya?

"Ya, mereka keluarga yang baik dan sangat menyayangi saya. Sejak appa kami meninggal lima tahun lalu, sayalah yang mengambil alih mengendalikan syarikat dan mengembangkannya dengan pesat sampai sekarang. Sementara yang dilakukan omma saya ialah mencurahkan kasih sayangnya kepada kami dengan sepenuh hatinya. Tapi sekarang ada satu masalah," Joohyuk menghelah nafas panjang, "Omma saya bercadang nak kahwinkan saya dengan Sohyun demi kebaikan keluarga saya sendiri."

Mata Soojung terbeliak serta merta. "Mwo?"

"Ia sangat tak masuk akal, sebab kami dah dibesarkan begitu lama sebagai abang dan adik, tak mungkin kami berdua mempunyai perasaan lebih dari itu. Lebih-lebih lagi Sohyun dah ada Eunwoo."

"Mereka saling mencintai." Tegas Soojung.

"Ya, dari pihak Sohyun saya tahu dia cintakan Eunwoo." Joohyuk tersenyum paksa.

"Jadi apa maksud awak ceritakan semua ni dekat saya?"

Lama Joohyuk terdiam.

"Walaupun kami tak setuju, Sohyun tak berani membantah permintaan omma supaya berkahwin dengan saya, dan saya sendiri tak nak terjebak dengan situasi perkahwinan yang pelik ni, kahwin dengan adik saya sendiri. Tapi omma saya bukanlah orang yang mudah dibantah, dia boleh jadi keras kepala kalau dia nak. Lebih-lebih lagi bila dia tengok selama ni saya dan Sohyun belum berjaya dalam mana-mana hubungan percintaan. Awak tahu, Sohyun belum berani memperkenalkan Eunwoo pada omma saya." Dengan tenang Joohyuk menatap Soojung, "Awak perlu tahu Soojung, omma saya menderita sakit jantung, kalau ada sesuatu yang membebankan fikiran dia, atau membuatkan dia terkejut mahu pun sedih, kami risau akan mengakibatkan kematian pada omma. Belum lagi termasuk beban di bahu saya, sebab saya anak angkat yang berhutang budi pada omma, dan tak mungkin saya akan menolak permintaan dia mentah-mentah."

Kenapa aku boleh faham dilema yang dirasakan Joohyuk? Batin Soojung meronta.

"Dan satu idea tercetus di fikiran saya." Sambung Joohyuk, "Omma tak akan sedih kalau dia tahu yang kami masing-masing ada alasan untuk tolak perkahwinan tu. Sohyun boleh tunjukkan pada omma yang dia bahagia bersama Eunwoo, dan saya juga akan melakukan perkara yang sama... Masalahnya..." Joohyuk memajukan tubuhnya yang dari tadi bersandar, dan menatap penuh minat ke arah Soojung  "Saya tak ada teman wanita untuk dibawa berjumpa dengan omma saya."

Soojung berkerut. "Awak boleh bawa mana-mana perempuan yang awak suka, itu apa yang saya dengar."

Joohyuk tersenyum geli. "Betul, sangat mudah mencari gadis yang nakkan saya, tapi sangat susah membawa gadis yang betul-betul menepati cita-rasa omma saya. Dia mempunyai firasat yang sangat tajam terhadap sesama perempuan."

Soojung terdiam, entah kenapa dia merasakan dia tahu apa yang akan berlaku selepas ini.

"Jadi Soojung, saya menawarkan satu perjanjian untuk awak. Awak nak tak berpura-pura menjadi kekasih saya, calon isteri saya yang saya akan bawa berjumpa dengan omma saya?"

Rasanya lelaki ni dah gila. Menawarkan hal sebegitu kepadanya?

"Saya sarankan awak patut periksa otak awak dekat doktor." Marah Soojung dengan geram lalu berdiri ingin meninggalkan meja mereka, "Sekarang urusan kita dah selesai."

"Soojung." Nada suara Joohyuk yang tenang itu entah kenapa berhasil membuatkan Soojung menghentikan langkahnya dan menoleh ke arah Joohyuk.

"Saya nak awak fikir masak-masak sebelum tolak tawaran ni. Omma saya dah rancangkan perkahwinan kami pada hujung tahun, dan kalau kita tak boleh bekerja sama demi adik-adik kita, mereka akan kecewa. Saya tak sanggup lukakan hati adik saya sendiri."

Soojung tergamam, menyedari ada kebenaran pada kata-kata Joohyuk. Dalam hal ni, bukan hanya Joohyuk dan dirinya saja yang terlibat, kepentingan Eunwoo dan Sohyun juga harus dipertimbangkan.

Entah apa yang akan terjadi nanti, tapi yang pasti Soojung tahu bahawa perasaan yang dirasakan Eunwoo kepada Sohyun sangat kuat, Soojung yakin itu. Eunwoo tidak pernah mencintai seorang gadis sedalam ini sebelum dia menemui Sohyun. Apabila dia mengetahui bahawa Sohyun akan berkahwin dengan Joohyuk ahkir tahun ini, Eunwoo pasti akan merasa sangat kecewa, dan silap-silap akan dilanda kemurungan.

Tetapi idea berpura-pura menjadi kekasih Joohyuk, berpura-pura menjadi calon isterinya, seperti satu idea gila yang sedikit menakutkan di benaknya. Dia sama sekali tidak mengenali lelaki ini selain sebagai abang Sohyun dan lelaki yang arogan. Beranikah dia?

"Saya janji, selepas saja masalah ni dah selesai dan omma sendiri mampu terima kenyataan yang saya dan Sohyun berhak menentukan cinta sejati kami masing-masing, kita boleh putuskan ikatan di antara kita tanpa masalah, mungkin saya boleh reka cerita yang awak dan saya dah tak berkesefahaman, dan akhirnya berpisah. Tentang Sohyun dan Eunwoo, biarlah mereka tentukan masa depan mereka masing-masing."

Perkataan Joohyuk terasa begitu menggoda, kerana membuatkan semuanya nampak berjalan lancar.

Soojung menghelah nafas panjang, "Tolong berikan saya waktu untuk berfikir."

"Araseo." Joohyuk menyerahkan kad namanya kepada Soojung, "Hubungi saya di sini kalau awak dah bersedia berikan jawapan. Tapi ingat Soojung, jangan terlalu lama, waktu kita sangat singkat."

*

*

*

*

"Tadi saya datang jemput noona, tapi cikgu-cikgu sana kata noona dah pulang, dengan seorang lelaki naik kereta mewah." Eunwoo terus menyambut Soojung di pintu ketika Soojung berjalan memasuki rumah.

Nasib baik Soojung menolak tawaran Joohyuk untuk menghantarnya pulang. Tidak dapat dia bayangkan reaksi terkejut Eunwoo apabila mendapati dia pulang bersama abang kepada Sohyun. 

"Noona?" Eunwoo mengeluh apabila Soojung tidak menjawab pertanyaannya. "Lelaki tu bukan Jisoo kan noona? Saya tahu kita berjumpa dengan dia semalam di majlis tu, dia adalah satu-satunya lelaki yang pernah dekat dengan noona dan pernah menjemput noona dengan kereta mewah dia dulu... Mianhae saya tanya soalan macam ni, saya cuma risau noona berhubungan dengan dia lagi dan menerima kesakitan yang sama macam dulu."

Sejenak Soojung mencerna kata-kata Eunwoo, pada mulanya dia ingin marah sebab Eunwoo menuduhnya, kemudian dia sedar bahawa Eunwoo sangat menyayanginya dan merisaukan dirinya.

"Tak Eunwoo, aku tak pernah fikir pasal Jisoo lagi, walaupun hati aku masih sakit, tapi perasaan tu dah mati, dan kau boleh tenang, yang jemput aku tadi bukan Jisoo."

Eunwoo tersenyum lega.

"Apa khabar Sohyun?" Soojung bertanya untuk mengalihkan topik tentang Jisoo. Mendengar nama gadis yang dicintainya itu, mata Eunwoo bersinar seketika.

"Whoa, jinja! Sohyun memang gadis yang sangat memahami." Eunwoo ketawa sendiri, "Dengan latar belakang dia yang macam tu, dia tak kisah naik bas dengan saya dan makan di gerai-gerai tepi jalan. Saya sangat selesa dengan dia. Harap-harap abang dia merestui hubungan kami. Saya tak dapat bayangkan kalau kami terpaksa menghadapi halangan dari keluarga Sohyun." Eunwoo menggosok-gosok tapak tangannya dengan semangat, "Malam ni saya dah ajak Sohyun datang makan malam di rumah kita, nak kenalkan dia dekat omma."

Soojung tersenyum, antara sinis sekali gus tersentuh dengan kebahagiaan Eunwoo. Tiba-tiba sebuah keputusan sudah muncul di benaknya.

*

*

*

*

Soojung duduk di tepi katil dan mengeluarkan kad nama Joohyuk dari beg tangannya.

Saat ini, sebagai seorang kakak, mungkin inilah yang mampu dia lakukan demi kebahagiaan adiknya, Eunwoo.

Soojung mengeluarkan telefonnya dan segera mendail nombor seseorang. Dengan tegang Soojung menunggu hubungan disambung. Pada deringan yang ketiga, panggilan diangkat dan suara Joohyuk yang dalam menyahut di seberang talian.

"Yoboseyo?"

Soojung menelan air liurnya, suaranya terasa tersekat dan kerongkongnya terasa kering ketika ingin menyatakan keputusannya itu.

Tapi apabila dia teringat pada Eunwoo, matanya yang bersinar-sinar setiap kali bercerita tentang Sohyun, sangat membuatkan Soojung yakin betapa sakitnya kalau Eunwoo dipaksa meninggalkan Sohyun. Dan Soojung sanggup melakukan apa saja untuk menjauhkan Eunwoo dari kesakitan, walau pun kebahagiaan dirinya yang menjadi taruhan.

"Ini saya, Soojung... Saya... Saya cuma nak bagitahu yang saya akan terima tawaran awak seperti yang kita dah bincangkan tadi."

...Hening sejenak...

Lalu Joohyuk berdehem di seberang sana. "Awak yakin?"

Mengapa di saat Soojung berusaha menguatkan dirinya demi adiknya, Joohyuk pula bertanya soalan sebegitu? Soojung mengerutkan keningnya.

"Ya. Saya yakin."

"Saya akan sangat marah kalau awak berubah fikiran di tengah jalan."

Dia ingat dia siapa? Soojung peduli apa kalau Joohyuk marah? Tapi tiba-tiba Soojung teringat bahawa Joohyuk memang menakutkan kalau dia berubah serius.

"Saya tak akan berubah fikiran." Gumam Soojung, berusaha meyakinkan Joohyuk.

"Bagus. Kalau macam tu, saya akan aturkan semuanya."

Lalu perbualan diputuskan, tanpa sebarang ucapan. Meninggalkan Soojung yang mengerutkan kening kerana kelakuannya yang tidak sopan. Lelaki ini sangat menakutkan. Fikir Soojung.

 

Bersambung...


 

Sape yg tak kenal Cha Eunwoo, inilah dia! Handsome weh! Mcm ada aura2 Jungkook sikit. Eunwoo ni dari kumpulan ASTRO, dia jadi viral sejak ikut 'the golden bell challenge'. Dan tak silap saya dia berlakon dlm drama 'to be continued' dgn Kim Saeron :)

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Burnkookie
#1
Chapter 2: Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *jerit* ehem . baru hari ni saya ada kelapangan untk bukak asff .. Goshhh tak tahu laaa nak komen camna dah . seriusly author dah jd author ksyngan saya . yg psti sya mmg shippp gilerr gilerr gilerrr jisoo ngn joohyuk . Jihyuk ×D .. Boomba boombayah laa author !! Hahahaa . ccepat laa update tauu ~ kipidap * kenyit mata *
ApinkBlossom95 #2
yup! i ship jisoo n joohyuk so hard! XP
Galaxy_fanfan96 #3
Chapter 1: i need an update asap! hahaha masi curious ttg cerita sebenar ff ni. gudluck!
HeavenDelight
#4
Chapter 1: Hahah..welcome.
Saya suka pilihan watak awk yg menggunakan actor as the main characters.
Cuma..sy x knal eunwoo tu. Haha
HeavenDelight
#5
Joohyuk...haha..terus teringat dia mkn dalam 3 meals a day. Suke mkn daging je bdak ni..hahaha

Awk..kite x tgk lg celeb bromance joohyuk dgn jisoo..aritu ingat nk tgk tp terlupa..hehe
Burnkookie
#6
Aja aja fighting author !!!! Dugaan apakah ini hahahaha xD nam joohyuk omggg , saya suka dia sejak drama school tu then cita surplus princess untill nowww. Then , Jisoo goshh saya pun suka diaa author , ekekek samalah author *high five * sikit .. Pstu now dia dlm cita doctors tu hakunanana matatata yy namjaaa weii hahaha .. Tak sabar nak baca ! Fighting authornim ~ *wink*