003

One More Step Closer To Your Heart

"Sohyun dah datang." Eunwoo berdiri dan melangkah ke pintu depan, manakala Soojung masih membantu eommanya menyediakan pinggan dan menghias meja makan.

Kedengaran bunyi pintu dibuka dan terdengar suara-suara sedang berbual. Lama-kelamaan Soojung berkerut. Suara lelaki yang dalam itu bukan suara Eunwoo... Dia kenal sangat itu suara siapa!

Belum sempat Soojung melakukan sesuatu, Eunwoo telah masuk ke ruang tamu, bersama Sohyun serta Joohyuk yang ikut di belakangnya. Joohyuk?!

"Eomma, noona, Sohyun datang dengan abang dia sekali." Beritahu Eunwoo gembira.

Sohyun segera masuk dan tersenyum ramah lalu menyalam puan Jung, dan memeluk Soojung. Joohyuk menyusul di belakangnya dalam diam, menyalam puan Jung dengan sopan, kemudian berdiri di hadapan Soojung dan tersenyum.

"Hai." Gumamnya penuh makna. Soojung menatap Joohyuk dengan tatapan memberi amaran lalu cuba tersenyum palsu.

"Selamat datang." Senyumannya tidak sampai ke matanya. Setelah selesai menyambut tetamu, Soojung segera mencipta pelbagai alasan dan melarikan diri ke dapur.

Ketika makan malam bermula, entah taktik apa yang digunakan, akhirnya Joohyuk duduk di sebelah Soojung, dan lelaki itu seolah-olah sengaja menyinggul lengan Soojung setiap saat sehingga membuatkan gadis itu benar-benar meluat.

Acara makan malam berlangsung dengan meriah sekali kerana Eunwoo dan Sohyun dengan senang hati bercerita tentang kisah-kisah mereka. Soojung sendiri tersenyum-senyum melihat tingkah laku pasangan yang saling mencintai itu.

Sementara Joohyuk... Hah? Apa yang lelaki itu dilakukan? Walaupun menyantap makanan yang sederhana, gayanya benar-benar seperti makan di restoran bintang lima, sangat elegan. Dan lelaki itu sentiasa menunjukkan ekspresi datar dan sopan, hanya tersenyum jika memang waktu untuk tersenyum.

Ketika makan malam telah selesai, Joohyuk melakukan tindakan yang tidak diduga dengan menatap puan Jung lalu tersenyum lembut.

"Terima kasih ommoni, masakan malam ni sangat sedap." Gumamnya tenang, tepi mampu membuat puan Jung yang sudah setengah baya itu tersipu malu.

Dasar playboy! Sindir Soojung dalam hati.

*

*

*

*

Ketika Soojung memasuki ruang tamu, kelihatan Eunwoo sedang berbual-bual dengan Joohyuk dengan janggal sekali, dan Sohyun duduk diam di sebelah Eunwoo.

Joohyuk melirik sekilas ke arah Soojung yang memasuki ruang tamu dan duduk di sudut sofa yang agak jauh dari Joohyuk, lalu melirik jam tangannya.

"Rasanya kita terpaksa pulang Sohyun." Gumam Joohyuk tenang.
Sohyun mengerutkan keningnya, menatap abangnya dengan memprotes. Dia masih ingin bersama Eunwoo lebih lama lagi, "Tapi saya masih nak stay sini, oppa boleh pulang dulu, nanti biar Eunwoo yang hantar saya pulang."

Tatapan Joohyuk terus bertukar tajam, "Tak, kau tak boleh buat macam tu. Kau tahu kan eomma macam mana. Dia suruh oppa yang hantar kau datang, bermakna oppa juga yang akan hantar kau balik."

Suasana menjadi janggal dengan Eunwoo yang bingung harus berkata apa di tengah-tengah ketegangan adik beradik itu.
Akhirnya Soojung berdeham, cuba menyelamatkan keadaan.

"Mungkin awak boleh tunggu sekejap, Sohyun." Suara Soojung seakan tersekat apabila dia merasakan Joohyuk menoleh dan melemparkan pandangan menakutkan kepadanya, "Eonni... Eonni nak berbual dengan abang kamu sekejap."

"Pasal apa?" Celah Joohyuk, serius.

Dengan marah Soojung mengangkat keningnya, "Bukan dekat sini, mari ikut saya ke luar."

Joohyuk mengikuti Soojung melangkah ke perkarangan luar yang menghadap taman bunga, yang ditanam dan dijaga sendiri oleh Soojung. 

Dia lalu duduk di kerusi kayu dan menatap Joohyuk yang memilih bersandar di tiang sambil berpeluk tubuh dan menatap Soojung.

"Well? Apa yang awak nak cakap?"

Soojung mendengus, "Saya tak nak bercakap apa-apa pun dengan awak, saya cuma bagi mereka kesempatan berdua-duaan tanpa gangguan awak."

Joohyuk terseyum sinis, "Well, awak juga bagi saya kesempatan berdua-duaan dengan awak."

Pantas Soojung melemparkan pandangan berjaga-jaga."Apa yang awak nak sebenarnya?"

Mata Joohyuk berubah tajam, seperti serigala yang berhasil memerangkap mangsanya, tapi tidak berniat membunuhnya melainkan ingin bermain-main dengannya dulu sebelum dimakan.

"Kenapa kau sangat takut dengan aku, Jung Soojung? Kau selalu cemas bila aku datang mendekati kau, menyentuh kau... Kau harus berlatih terbiasa dengan sentuhan aku kalau kau nak sandiwara ni berjaya."

Terbiasa dengan sentuhan Joohyuk? Tiba-tiba buluh tengkuk Soojung berdiri. Lebih-lebih lagi apabila Joohyuk menggunakan gelaran 'kau' dan 'aku', seakan-seakan lelaki ini baru saja membuka topeng baiknya yang selama ini menyembunyikan perangai sebenarnya.

"Saya tak takut dengan awak. Saya cuma tak suka bila awak sengaja buat semua tu."

"Hmm... Kau tak biasa berdekatan dan disentuh lelaki? Aku faham, memandangkan kisah bekas teman lelaki kau berakhir macam mana. Benar-benar lelaki yang tak layak dipanggil lelaki."

Pipi Soojung memerah, teringat kata-kata Joohyuk bahawa lelaki itu sudah menyelidik keseluruhan kehidupannya, Joohyuk pasti sudah tahu tentang kisahnya bersama Jisoo.

"Anak buah aku kata kau patah hati dan hancur bila Jisoo campak kau begitu saja, lelaki tu tak mampu melawan permintaan eomma dia yang masih mengamalkan sistem feudal. Sepatutnya kau bersyukur hubungan korang tak berpanjangan." Joohyuk menatap Soojung penuh perhitungan, "Aku boleh bantu kau balas dendam dekat dia."

"Saya tak perlukan bantuan awak untuk balas dendam kepada siapa pun!" Soojung berdiri dengan emosi dan menatap Joohyuk dengan tatapan marah yang meluap-luap, "Sebelum ni, saya ingat bekerjasama dengan awak ialah jalan yang terbaik, tapi lama-kelamaan saya sedar yang saya salah! Saya tak nak lagi berlakon sebagai kekasih awak, membayangkan benda tu pun saya dah muak."

Mata Joohyuk menyalah, jika Soojung kenal siapa sebenarnya Joohyuk, sudah lama dia menyerah kalah, tapi sayangnya Soojung tidak tahu.

"Kau kata muak? Kenapa kau muak dekat aku?"

"Sebab awak lelaki kaya yang selalu memainkan orang lain macam patung! Dan awak suka merendahkan orang miskin!"

Joohyuk pantas berdiri mendekati Soojung, berdiri tepat dihadapannya dalam sekelip mata, lalu mencengkeram bahunya, membuatkan Soojung tersentak dan terkejut.

"Aku tawarkan perjanjian kerjasama tu demi adik kau juga. Kau sepatutnya berterima kasih pada aku!" Desisnya geram.

Soojung tersenyum sinis. "Demi adik saya? Demi adik kita? Tipu. Awak terlalu ego untuk berkorban demi seseorang. Saya tahu awak tawarkan penipuan ni supaya awak boleh bebas dari kewajipan membalas budi kepada eomma awak kan, sebab awak tak nak berkahwin dengan Sohyun." Soojung menatap Joohyuk dengan melawan. "Betul kan? Semua rancangan ni hanya demi kepentingan awak sendiri."

Kali ini api di mata Joohyuk semakin membara. "Berani kau kata aku macam tu—"

Lalu tanpa di duga, lelaki itu tiba-tiba menarik bahu Soojung mendekatinya, dan menolak belakang kepala Soojung dengan sebelah tangan ke arahnya, sehingga bibir mereka berada begitu dekat. Dan hanya beberapa saat kemudian, Joohyuk melumat bibir Soojung dengan begitu cekap, sementara Soojung hanya terpaku. Terkejut. 

Setelah itu dengan selamba Joohyuk melepaskannya dan mengucup dahinya dengan lembut.

Dengan Lembut? Soojung termenguh disebabkan terlalu terkejut dengan perbuatan Joohyuk yang tiba-tiba itu, lalu dia melirik ke belakang Joohyuk dan melihat Eunwoo bersama Sohyun sedang berdiri terpaku di pintu, yang turut terkejut melihat adegan Joohyuk dan Soojung... Jadi itu alasannya.

Joohyuk menoleh dan berpura-pura terkejut ketika melihat Eunwoo dan Soohyun. Lelaki itu sangat pandai berlakon sehingga membuatkan Soojung sakit hati dan mengetap bibirnya dengan benci.

"Ah... Sohyun, Eunwoo... dah lama berdiri dekat situ?"

Eunwoo dan Sohyun saling bertukar pandangan, salah tingkah.

"Tak, baru je sampai. Sohyun nak pulang jadi kami ke sini dan..." Suara Eunwoo tersekat dan dia menatap ragu ke arah Soojung, Eunwoo sangat mengenali kakaknya, sejak dicampakkan oleh Jisoo, kakaknya itu sudah menjadi kebal menerima lelaki di dalam hidupnya, terutamanya lelaki kaya. Tapi kenapa sekarang kakaknya berpelukan dan bercumbuhan dengan Joohyuk? Seorang lelaki yang sudah pasti masuk ke kriteria yang paling dibenci kakaknya?

Sementara itu Sohyun menatap ragu ke arah Joohyuk. Dia juga sangat mengenali abangnya yang satu ini. Joohyuk tidak pernah suka menjalinkan hubungan serius dengan sesiapa pun. Oleh sebab itulah dia selalu menjalinkan hubungan dengan perempuan modern dan bebas, yang bersedia menjalinkan hubungan tanpa status dengannya.Tapi sekarang, Joohyuk dengan Soojung?

Joohyuk berdehem, kemudian merangkul Soojung dalam lengannya dan merapatkan tubuh Soojung ke arahnya.

"Disebabkan korang dah ternampak tadi, mungkin...kami harus menjelaskan perkara sebenar," Joohyuk menoleh dengan tatapan mesra yang palsu pada Soojung. "Kita jelaskan sekarang pada mereka ya sayang?"

Pipi Soojung memerah dan dia hanya mampu mengangguk. Masih terbayang olehnya bibir Joohyuk yang panas melumatnya tanpa izin. Dasar!

"Sebenarnya saya dan kakak awak dah lama kenal, Eunwoo... Boleh dikatakan, saya yang mengejar dia." Joohyuk terkekeh, "Serius, sangat susah nak dapatkan hati kakak awak... Walaupun saya tak putus asa untuk mengejar dia." Senyuman Joohyuk melebar, "Bila dapat tahu yang Soojung ialah kakak awak ketika di majlis tu, saya sangat gembira, tapi Soojung menyuruh saya berpura-pura tak mengenali dia, sebab dia belum bersedia menjelaskan hubungan kami kepada awak, Eunwoo..." Dengan lembut Joohyuk mengeratkan pelukannya pada Soojung, "Akhirnya, baru sekejap tadi kakak awak menerima perasaan saya, saya terlalu bahagia sehingga tak dapat menahan diri dari mencium dia dan nampaknya kamu berdua dah ternampak sebelum kami sempat menjelaskan perkara sebenar."

Eunwoo dan Sohyun nampaknya dapat mencerna penjelasan Joohyuk yang sangat lancar itu. Kemudian Sohyun orang pertama yang tersenyum. Dia teringat tuntutan eommanya yang begitu membebankan fikirannya dan menyedari bahawa hubungan Joohyuk denga Soojung adalah jalan keluar yang sangat tepat untuk menolak tuntutan eommanya tanpa menyakitinya atau mengganggu kondisi kesihatannya.

Dengan ceria dia mendekati Soojung lalu memeluknya yang masih diam tidak mampu berkata-kata.

"Eonni, saya turut gembira, saya harap kita boleh menjadi keluarga yang sebenar, eonni mesti dah tahu kan, saya dan Joohyuk oppa bukan adik beradik kandung, jadi eonni boleh berkahwin dengan oppa, lepas tu kalau ada rezeki, saya dan Eunwoo pula menyusul." Gumamnya sambil tersenyum.

Soojung hanya menganggukkan kepalanya, bingung harus berkata apa. Dengan puntarnya Joohyuk telah meletakkan diri Soojung pada posisi tidak boleh berpaling lagi.

"Eonni pun gembira..." Bisiknya lembut, lalu melirik ke arah Eunwoo dan menilai ekspresinya. Kecurigaan di mata adiknya itu sudah pudar, Soojung merasa lega.

Dan sekarang sudah terlambat untuk berpaling, walau pun Soojung tidak yakin apa yang akan terjadi nanti.

*

*

*

*

Soojung melihat lelaki yang berdiri di lorong kelas itu dan berkerut.

Buat apa Jisoo datang ke sini?

Langkahnya semakin perlahan ketika makin mendekati Jisoo, manakala Jisoo menegakkan tubuhnya ketika mereka berdiri berhadapan.

"Ada apa?" Tanya Soojung serta merta. Kenapa Jisoo mencarinya sehingga ke sini? Pertanyaan itu bermain di benaknya, membuatkan dahinya berkerut.

Jisoo tersalah tingkah dan tersenyum, "Awak apa khabar?"

"Baik." Dingin suara itu. "Awak boleh tengok sendiri kan." Aku boleh bangkit tanpa kau dan meneruskan hidup aku . Sambung Soojung dalam hati.

Jisoo berdehem, nampak salah tingkah, "Saya terkejut bila terserempak dengan awak di pesta tu... Lebih-lebih lagi bila dapat tahu yang awak kekasih Joohyuk..." Lelaki itu memandang tempat lain seolah-olah mengelak, "Naeun dah ceritakan pada eomma tentang pertemuan dia dengan awak, dan eomma terus risau... Dia... Dia suruh saya datang sini untuk pastikan tak ada dendam antara kita di masa lalu, awak tahu kan...  syarikat Joohyuk merupakan sumber dana kepada syarikat eomma saya, dan kerjasama ni sangat penting... Saya cuma nak pastikan hubungan awak dengan Joohyuk tak akan mempengaruhi dia untuk membatalkan kerjasama antara syarikat kami."

Hati Soojung bagai digores-gores dengan pisau mendengarkan perkataan Jisoo. Lelaki ini datang ke sini bukan untuk meminta maaf kerana telah mencampakkannya dengan kejam dua tahun lalu, kerana telah memperlakukannya seperti sampah atas kemiskinannya. Lelaki ini datang hanya sebagai orang suruhan eommanya, untuk kepentingan syarikat perniagaan mereka semata-mata.

Kenapa dulu aku boleh jatuh cinta dengan dia? Kepada lelaki tidak pernah menghargai perasaan orang lain? Hati Soojung terasa sakit.

"Saya dah lama lupakan awak, Jisoo, malah tak pernah terfikir tentang awak sedikit pun. Tiada dendam di hati saya, awak boleh tenang," Soojung bergumam, berusaha kedengaran tegas.

Jisoo menatap Soojung dalam-dalam. Adakah dia tidak tersalah lihat? Soojung seperti tersinggung ketika dia mengatakan bahawa dia telah melupakan Jisoo sejak dulu.

"Kalau macam tu, saya pergi dulu." Ketika Soojung hendak lalu di hadapan Jisoo, tiba-tiba Jisoo meraih lengannya, dan mengcengkam kecil.

"Chamkan! Soojung, ada benda saya nak cakap... Awak... adakah awak benar-benar mencintai Joohyuk? Dan melupakan saya?"

"Sudah tentu. Dia cintakan aku dan kau sikit pun tak ada ruang dalam hati dia. Dia dah lama lupakan kau."

Suara tegas itu membuatkan Soojung dan Jisoo sama-sama terkejut, pegangan Jisoo ke tangan Soojung serta merta terlepas.

Entah bila masa Joohyuk telah berdiri di samping mereka dan menatap Jisoo dengan tajam.

"Hai sayang, maaf sebab terlambat jemput awak, tadi saya tersangkut di traffic jammed." Joohyuk terus melangkah mendekati Soojung, berdiri di hadapannya, seolah-olah menghalang Jisoo berdekatan dengan Soojung.

"Oh... Selamat pagi Joohyuk." Jisoo nampak gugup, memandang sekeliling, seolah-olah ingin segera lari dari situasi yang tidak menyenangkan ini, tetapi tidak sampai sesaat tiba-tiba wajahnya nampak berseri seolah-olah mengingati sesuatu, dikeluarkannya envlope cantik nan elegan berwarna ungu dari poket dalam jeketnya, "Saya cuma nak serahkan undangan pernikahan ni untuk awak, Soojung." Diletakkannya envlope itu di tangan Soojung, "Untuk awak, Joohyuk,  undangan telah disampaikan secara rasmi melalui PA awak." Jisoo cuba tersenyum, lalu menganggukkan kepalanya, "Kalau macam tu saya minta dulu."

Soojung menatap belakang Jisoo yang melangkah jauh, kemudian menghelah nafas dan menatap undangan cantik di tangannya, perkahwinan Jisoo dan Naeun yang akan berlangsung tak lama lagi.

"Awak akan berada di sisi saya ketika di majlis tu nanti." Gumam Joohyuk mendatar, "Awak boleh datang dengan kepala yang tegak dan tunjukkan pada lelaki bodoh tu yang awak terlalu baik untuk dia, dan dia tak layak pun untuk awak."

Tanpa sedar Soojung tersenyum simpul mendengar kata-kata Joohyuk yang seperti membelanya itu. Dia menganggukkan kepalanya. "Mungkin kita boleh bercakap pasal ni nanti." Desahnya, lalu menatap Joohyuk dan berkerut, tertanya-tanya kenapa Joohyuk tiba-tiba saja sudah berada di lorong ini, " Kenapa awak datang sini?"

Lelaki itu tersenyum dan mengangkat bahunya. "Well waktunya dah sampai, eomma saya nak berjumpa dengan awak. Saya harap awak dah bersedia dengan lakonan awak."

"Mwo?" Soojung tengangah, terkejut dengan pemberitahuan itu.

Joohyuk hanya mengangkat bahunya, "Sohyun dah ceritakan semuanya pada eomma, dan eomma sangat tertarik, mungkin eomma anggap yang saya dah jumpa pasangan hidup yang saya cintai, yang dipilih sendiri oleh saya, membuatkan dia sangat bahagia," Joohyuk tersenyum pahit, "Eomma saya tak sabar nak berjumpa dengan awak."

*

*

*

*

Wanita itu sangat cantik, duduk di tengah kebun bunga sambil meminum tehnya dari cawan yang elegan.

Puan Kim mendongak ketika melihat Joohyuk datang bersama Soojung yang gugup, lalu tersenyum mesra sehingga ke telinga.

"Silakan duduk." Gumamnya sambil mengarah menggunakan bahu dengan lembut pada kerusi di depannya.

Dengan tenang Joohyuk menarikkan kerusi untuk Soojung dan duduk di sebelahnya.

"Eomma tak masuk angin, minum teh petang-petang di luar macam ni?"

Puan Kim tersenyum lembut dan menatap Joohyuk dengan sayang.

"Eomma cukup kuat kalau cuma duduk diluar,aagipun eomma bosan asyik-asyik dalam rumah, sekali-sekala mengamati taman di luar ni...eomma rasa tenang."

Puan Kim benar. Fikir Soojung mengyakan sambil mengelamun. 

Tanpa disedarinya puan Kim sedang mengamati Soojung dengan penuh perhatian. Apabila Soojung tersedar, dia terus bergumam gugup menyedari ketidaksopanannya kerana terus duduk dan melamun, bukannya memperkenalkan diri.

"Eh, maaf... Saya... Saya Soojung." Gumam Soojung sambil menghulurkan tangannya gugup. Puan Kim menyambut huluran tangan Soojung, nampak geli melihat kegugupan gadis muda itu,
"Dan perkenalkan sayalah eomma Joohyuk dan Sohyun." Dia melirik Joohyuk penuh erti, "Sebaik saja say a dengar tentang kamu dari Joohyuk dan adik dia, saya benar-benar didera rasa ingin tahu."

Soojung melirik Joohyuk yang nampaknya telah memulakan lakonannya kerana lelaki itu melirik lembut dan penuh cinta kepadanya.

"Saya tak pernah lagi ada perasaan seperti ni dekat mana-mana gadis, eomma. Dia istimewa dan saya harap dia yang terbaik." Joohyuk bergumam dengan nada yang kedengaran begitu tulus dan jujur. Bahkan Soojung yang mengetahui bahawa itu hanyalah kebohongan semata-mata, tersipu-sipu mendengarnya.

Puan Kim menghirup tehnya lagi, lalu melirik Soojung dan anak lelakinya silih berganti, "Joohyuk tak pernah pun ceritakan tentang Soojung dekat eomma."

"Masa tu saya masih dalam proses mengambil hati dia," jawab Joohyuk santai, "Sekarang saya dah pun memiliki Soojung, dan saya rasa sekaranglah saat yang tepat untuk menunjukkan dia pada semua orang."

Puan Kim terkekeh mendengar nada posesif dalam suara Joohyuk. Dia tersenyum pada Soojung. 

"Maafkan anak lelaki eomma, dia memang dah biasa arogan dan keras kepala, mungkin kamu juga menyedarinya. Eomma gembira, Joohyuk akhirnya menemui seseorang yang sesuai untuk dirinya, sebab eomma tahu betapa alergiknya Joohyuk mengikatkan diri pada seorang gadis."

Soojung tersenyum kaku, mencuba nampak santai lebih-lebih lagi Puan Kim membahasakan dirinya sebagai eomma. Adakah bermakna puan Kim telah menerimanya sebagai menantu perempuan? "Saya... Saya gembira sebab p-puan sudi menerima saya..."

"Sudah tentu eomma menerima kamu sayang, kamu pilihan Joohyuk, bererti kamulah yang terbaik." Puan Kim tersenyum dan mengangkat bahunya, "Eomma harap kamulah yang terakhir buat Joohyuk. Jagalah dia untuk eomma... sekiranya eomma… sudah tidak ada lagi. Doktor kata penyakit jantung eomma sudah semakin parah. Alangkah untungnya kalau eomma boleh hidup lebih dari 1 tahun lagi."

"Eomma." Joohyuk memprotes perkataan eommanya namun puan Kim hanya tersenyum tenang.

"Berita bahawa Joohyuk sudah mempunyai pilihan hati memang tak disangka-sangka, tapi khabar ni menyenangkan, dan menenangkan, eomma dah fikir masak-masak akan dengan senang hati menyiapkan pernikahan kamu berdua."

"Pernikahan?" Joohyuk dan Soojung berseru serentak. Yang satu protes dan yang lain terkejut. 

"Sudan tentu." Puan Kim mengedipkan matanya ke arah Soojung, "Mulai sekarang panggil saya eomma, sayang. Sebab saat ni eomma telah separuh jalan mempersiapkan pernikahan besar di akhir tahun," wanita itu kelihatan sedang menghitung di dalam kepalanya.

"Akhir tahun tinggal empat bulan lagi," lalu dia tersenyum lembut pada Soojung, "Sebelum ni pernikahan ini eomma rancangkan untuk pernikahan Joohyuk dan Sohyun, tapi eomma yakin sekarang akan lebih mudah sebab Joohyuk mempunyai pilihan hati sendiri, eomma harap kamu akan selalu berkunjung ke sini Soojung dan membantu eomma mempersiapkan pernikahan ini."

Puan Kim berucap gembira, dengan senyuman yang manis. Tetapi makna yang ada di dalam kata-katanya, tidak mampu dibantah.

 

Bersambung... 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Burnkookie
#1
Chapter 2: Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *jerit* ehem . baru hari ni saya ada kelapangan untk bukak asff .. Goshhh tak tahu laaa nak komen camna dah . seriusly author dah jd author ksyngan saya . yg psti sya mmg shippp gilerr gilerr gilerrr jisoo ngn joohyuk . Jihyuk ×D .. Boomba boombayah laa author !! Hahahaa . ccepat laa update tauu ~ kipidap * kenyit mata *
ApinkBlossom95 #2
yup! i ship jisoo n joohyuk so hard! XP
Galaxy_fanfan96 #3
Chapter 1: i need an update asap! hahaha masi curious ttg cerita sebenar ff ni. gudluck!
HeavenDelight
#4
Chapter 1: Hahah..welcome.
Saya suka pilihan watak awk yg menggunakan actor as the main characters.
Cuma..sy x knal eunwoo tu. Haha
HeavenDelight
#5
Joohyuk...haha..terus teringat dia mkn dalam 3 meals a day. Suke mkn daging je bdak ni..hahaha

Awk..kite x tgk lg celeb bromance joohyuk dgn jisoo..aritu ingat nk tgk tp terlupa..hehe
Burnkookie
#6
Aja aja fighting author !!!! Dugaan apakah ini hahahaha xD nam joohyuk omggg , saya suka dia sejak drama school tu then cita surplus princess untill nowww. Then , Jisoo goshh saya pun suka diaa author , ekekek samalah author *high five * sikit .. Pstu now dia dlm cita doctors tu hakunanana matatata yy namjaaa weii hahaha .. Tak sabar nak baca ! Fighting authornim ~ *wink*