Epilogue

Ribbon
Please Subscribe to read the full chapter

Epilogue

 

SHINHYE memerhatikan seorang anak kecil yang sedang bermain bersama ibunya di taman permainan. Dia kini sedang duduk di sepohon pokok rendang di taman, sendirian. Suaminya kini berada di luar negara atas urusan kerja. Hanya dia saja yang berada di rumah ditemani orang gaji. Dan jika dihitung-hitung sudah hampir beberapa bulan juga dia tidak melawat ibu bapanya. Begitu juga dengan kedua mertuanya. Puncanya kerana Yoseob. Lelaki itu melarangnya keluar dari rumah agam mereka. Dan sekarang dia sebenarnya curi-curi keluar dari rumahnya sendiri dengan menipu pengawal yang dia mahu ke rumah ibu bapanya. Nasib baiklah pengawalnya percaya.

 

Shinhye termenung lagi.  Kepalanya masih setia memikirkan perihal rumahtangganya. Orang lain mungkin tidak tahu cerita sebenar. Dari jauh mereka nampak seperti pasangan berkahwin yang bahagia. Tetapi hakikatnya dia langsung tidak bahagia. Di awal perkahwinan, semuanya nampak normal dan sempurna. Yoseob selalu saja menemaninya di rumah dan selalu juga mengajak dia bercuti ke mana-mana. Hari-hari yang dilaluinya bersama Yoseob merupakan momen indah baginya. Namun semenjak Yoseob dan dia berpindah keluar dari rumah ibu bapa Yoseob, lelaki itu mula berubah sikap. Tiada lagi ungkapan-ungkapan berbaur romantis dari bibir suaminya. Sebaliknya, hanya pandangan dingin serta keluhan berat yang dilempar lelaki itu terhadapnya.

 

Wanita muda itu mendongak pula ke atas, memerhatikan warna jingga muda langit senja yang semakin lama semakin hilang dimamah waktu. Kemudian dia memeluk dirinya sendiri. Angin petang yang datang menyapa membuatkan fikirannya melayang ke peristiwa semalam.

 

"Awak nak ke luar negara lagi atas urusan kerja? Kalau begitu benarkan saya pulang ke rumah ibu bapa esok. Sudah lama saya tidak bertemu mereka."

 

"Untuk apa? Supaya kau boleh mengadu pada mereka tentang aku?"

 

"What? Sayang, saya cuma nak jumpa mereka sebab mereka ibu bapa saya! Saya tak berniat pun nak burukkan awak depan mereka. Tolonglah sayang, semalam ibu call suruh saya balik sebab ayah tiba-tiba jatuh sakit. Tolonglah faham dan bagi saya pulang. Saya janji saya tak akan cerita apa-apa pun pasal keadaan kita kepada mereka!"

 

"Tak usahlah menipu aku lagi. Aku dah muak dengan helah kau. Sayang? Heh...jijik aku mendengarnya! Dengar sini ya perempuan, bagi kau keluar rumah samalah macam aku menggali lubang kubur aku sendiri. Jadi kau bagilah apa jenis alasan pun pada aku...aku tak akan benarkan kaki kau menjejak keluar dari rumah agam ini!"

 

Hati Shinhye merintih lagi. Dalam kedinginan senja yang mula berubah malam, dia menangisi nasibnya. Semua orang di sekelilingnya mengatakan dia bertuah kerana menjadi isteri kepada lelaki bernama Yang Yoseob itu. Memang dia bertuah, tetapi tuah yang diperkatakan orang itu cuma sementara saja. Kini, tuah tersebut berubah kepada duka. Duka yang membawa kepada luka di dalam hati Shinhye. Dan tanpa dia sedari, air matanya mula menitis membasahi pipinya.

 

"Aku dah penat dengan semua ini..."

 

* * * * *

 

"PENATNYA..."Keluh Junhyung sambil melabuhkan punggungnya di bawah sepohon pokok rendang di taman. Titik-titik peluh yang membasahi dahi dan muka dilap dengan sehelai tuala biru yang disangkut pada batang lehernya. Nafasnya turun naik gara-gara penat berjoging mengelilingi taman awam itu. Boleh tahan luas juga perimeter taman ini sehinggakan semput sedikit lelaki itu ketika berjoging mengelilinginya tadi. Dia pula sudah lama tidak berjoging. Selalunya Yoseob yang akan mengajak dia berjoging setiap kali hujung minggu. Memang lelaki comel itu gemar berjoging. Katanya untuk mengekalkan 'prestasi' di atas katil. Tergelak Junhyung mendengarnya.

 

Junhyung tersenyum sendiri ketika terkenangkan momen-momen indahnya bersama Yoseob. Perlahan-lahan dia meneguk botol berisi air mineral yang dibelinya dari kedai serbeneka berhampiran taman. Sambil minum dia menilik jam di tangan kirinya. Baru pukul 6.30 petang. Sesudah minum dia bersandar di pokok tempat dia duduk berteduh sekarang sambil memejamkan matanya perlahan-lahan, cuba untuk melelapkan mata sebentar...kononnya. Tetapi dia gagal berbuat demikian apabila telinga menangkap satu bunyi misteri...satu tangisan bersulam esakan yang membuatkan bulu romanya tiba-tiba meremang.

 

Namun begitu bila di dengar betul-betul, suara itu kedengaran begitu dekat dengannya. Junhyung menggaru kepalanya perlahan sambil menoleh ke kiri dan kanan. Pelik, tiada orang pun. Bunyi tangisan yang masih lagi kedengaran membuatkan lelaki itu tidak senang duduk. Terus dia bangun lalu berjalan ke belakang pokok itu dan bingo! Dia menjumpai pemilik suara tangisan itu...seorang wanita muda berbaju kemeja biru dan berseluar jeans hitam yang sedang menangis dengan gaya kepala memandang ke bawah serta kedua tangan memeluk kedua lututnya.

 

"Excuse me miss...are you okay...?"Tanya Junhyung tanpa segan silu sambil duduk mencangkung di depan wanita itu. Dalam kepala lelaki itu cuma terfikirkan satu perkara saja...putus cinta. Atau mungkin dia baru lepas bergaduh dengan kawan mahupun keluarganya? Siapa tahu bukan?

 

Perlahan-lahan wanita itu mengangkat mukanya...dan Junhyung terkesima seketika.

 

"Shinhye?"

 

Shinhye turut mempamerkan reaksi yang sama dengan lelaki di depannya. Tidak pernah dia menyangka dia akan bertemu lelaki kacak itu disini. Dia kenal siapa lelaki itu. Dia pernah bertemunya di majlis perkahwinan dia dan Yoseob. Seseorang yang dia kenal sebagai kawan baik suaminya ketika di zaman universiti dahulu.

 

"Junhyung..."

 

Tergamam seketika lelaki itu bila Shinhye tiba-tiba memeluknya sambil menangis. Dahinya sudah berkerut seribu kerana rasa hairan yang mula menerpa segenap dirinya. Badannya terus terkaku tanpa sebarang pergerakan kerana terkejut dengan tindakan Shinhye. Bahunya sudah basah dengan air mata milik Shinhye dan tanpa sedar, dia membalas pelukan Shinhye dengan menepuk lembut belakang wanita itu. Dia tidak tahu mengapa wanita itu menangis tetapi dia pasti wanita itu terlalu sedih sehingga perlu meminjam bahu seseorang untuk berpaut dan menangis.

 

Tapi jika difikirkan kembali bukankah ini satu peluang yang bagus untuk dia melaksanakan pelan yang dirancangnya? Pelan untuk merenggangkan hubungan Yoseob dan isterinya dan salah satu caranya adalah dengan menggoda Shinhye. Ya, dia masih belum lagi berputus asa. Dia masih mahu memiliki Yoseob dan dia tidak akan pernah berhenti memiliki lelaki kesayangannya itu. Tetapi hanya satu saja yang menjadi tanda tanya.. boleh ke gay seperti dia menggoda wanita itu? Well, belum cuba belum tahu!

 

"Okey...okey...menangislah selama mana yang awak mahu."Ucap Junhyung perlahan. Memang itulah cara yang mamanya ajar untuk berdepan dengan situasi sebegini. Membiarkan perempuan menangis dalam dakapan seseorang sememangnya boleh membuatkan mereka kembali tenang secara perlahan-lahan. Lagipun...perepmpuan memang mudah tertarik dengan lelaki yang caring. Ececeh. Entah mengapa dalam diam tiba-tiba bibirnya mengukir senyum. Dulu ketika dia dan Yoseob bercinta juga dia sering melakukan perkara sebegini. Yoseob seorang yang tersangat manja serta mudah menangis sebenarnya. Pernah beberapa kali dia menangis kerana tidak dapat menerima kekalahannya dalam permainan DOTA dan Junhyunglah yang memeluk dan menenangkannya.

 

Lama juga mereka berkeadaan sedemikian sehinggalah tangisan dan air mata Shinhye mulai reda. Junhyung yang tersedar keadaan yang mulai senyap mula meleraikan pelukan. Terangkat sebelah keningnya dengan apa yang dia lihat sekarang.

 

"Boleh pulak dia tertidur lepas puas menangis sampai basah bahu aku?!"

 

* * * * *

 

JAM di dinding terus berdetak ahh menunjukkan pukul 10 malam. Junhyung sedang sibuk memasak di dapur. Sesekali dia ke bilik tetamu untuk melihat keadaan tetamunya. Siapa lagi kalau bukan Shinhye? Petang tadi dia tertidur dalam dakapan Junhyung dan mahu tidak mahu terpaksalah lelaki itu membawanya pulang. Walaupun dia menganggap Shinhye musuh cintanya (lol), tetapi dia tidaklah begitu kejam untuk meninggalkan wanita itu begitu saja di taman. Macam-macam perkara boleh berlaku terutama dengan keadaan sekitar yang sudah berubah gelap kerana malam yang menjelma. Dan dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri jika perbuatan dia meninggalkan Shinhye di taman menyebabkan perkara-perkara tidak diingini menimpa isteri Yoseob itu. Lagipun dia tidak tahu dimana Shinhye dan Yoseob tinggal, sebab itu dia gagahkan juga dirinya membawa Shinhye pulang.

 

Namun begitu, sebaik saja dia membawa Shinhye pulang ke rumahnya, barulah dia tersedar yang wanita itu sebenarnya demam. Itupun berkat gerak hatinya yang memaksa dia untuk menyentuh dahi Shinhye. Bila disentuh, panas! Sah-sah demam... Nasib baiklah hari ini hari Jumaat. Tidaklah kepalanya serabut memikirkan bagaimana dia mahu pergi ke pejabat dan meninggalkan wanita itu di rumahnya esok.

 

"Hmm...masih panas lagi."Gumam Junhyung perlahan sambil tangan kanannya menyentuh dahi Shinhye. Dia kemudiannya meletakkan cool fever yang sudah sedia ada di rumahnya pada dahi wanita itu. Junhyung menghela nafasnya perlahan. Tiba-tiba kepalanya digelengkan beberapa kali dengan gaya sebelah tangan memicit tepi kepala.

 

"Tak faham betul aku...kenapa aku pulak yang kena jaga perempuan ni? Sepatutnya suami dia yang patut jaga dia sekarang."Bebel lelaki itu sambil meneguk segelas air kosong yang sudahpun dia tuang dari jag air yang ada di meja sisi katil. Sambil minum dia memerhatikan Shinhye yang masih nyenyak tidur. Dan tanpa sedar pandangan matanya jatuh pula pada bahu baju Shinhye yang melorot jatuh ke tepi sehingga ternampak tali branya.

 

"Buas jugak perempuan ni tidur sampai senget baju dia dibuatnya. Macam manalah Yoseob boleh tahan dengan dia ni?"

 

Nampaknya hari ini hari di mana Junhyung paling banyak bercakap. Selang seminit dia membebel mengenai wanita di depannya. Namun dalam mulut membebel dia memperbetulkan juga baju Shinhye yang senget itu. Kalau diikutkan keadaan Shinhye agak seksi sekarang. Teransang? Heh...seleranya masih lagi belum normal sepenuhnya jadi tiada sebab untuk dia merasa begitu. Namun begitu dalam sibuk-sibuk dia membetulkan baju Shinhye, matanya tertangkap sesuatu yang agak abnormal pada bahu isteri Yoseob itu.

 

"Apa ni..."Junhyung mendekatkan wajahnya ada bahu Shinhye. Berkerut-kerut dahinya memandang kesan merah pada bahu milik wanita itu. Perlahan-lahan tangannya menyentuh kesan merah itu dan spontan Shinhye mengerang perlahan dalam lenanya. Pelik. Sekali sentuh sudah sakit? Sangka Junhyung kesan merah itu adalah tanda lahir. Mungkinkah ini kesan terjatuh? Tetapi takkanlah terjatuh sehingga merah sebegini kesannya? Sekali pandang nampak macam kesan ini berbentuk sesuatu pula.

 

Semakin lama Junhyung merenung kesan merah itu, semakin kuat pula rasa ingin tahunya tentang kesan merah tersebut. Lelaki itu berfikir sejenak, cuba untuk meyakinkan mindanya bahawa apa yang sedang dia fikirkan adalah tidak benar. Namun begitu, kesan merah yang dijumpainya pada bahu wanita di depannya itu membuatkan dia tak keruan. Spontan tangannya memegang kejap bahu baju Shinhye. Dia sudah nekad mahu meneroka badan Shinhye. Lagipun..dia adalah gay dan Shinhye sekarang sedang tidur nyenyak jadi tiada masalah bagi dia untuk memeriksa badan wanita itu. Dia perlu juga melakukannya bagi memastikan apa yang bermain di fikirannya itu adalah salah. Ya, dia yakin Yoseob bukan begitu!

 

Tetapi saat selepas dia membuka butang baju kemeja yang dipakai Shinhye dari atas hingga ke bawah sehingga terdedah bra serta badan wanita itu, barulah dia sedar...apa yang difikirkannya itu betul. Junhyung terduduk terhenyek di kerusi berhampiran. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang. Memang tidak dinafikan Shinhye memiliki tubuh badan yang seksi dan menggiurkan namun bukan itu yang mengejutkannya, tetapi kesan-kesan merah yang berada pada badan wanita itu. Dia tidak menyangka wanita ini mengalami sesuatu yang sangat dahsyat...yang langsung tidak terfikir oleh Junhyung sekalipun. Sangkanya, Shinhye dan Yoseob hidup bahagia bersama. Rupanya apa yang Yoseob pamerkan di depannya semua dusta.

 

Perlahan-lahan Junhyung membutangkan kembali baju kemeja Shinhye dan meninggalkan wanita itu sendirian di ruang itu dengan fikiran yang kusut.

 

* * * * *

 

"MORNING."Ucap Junhyung sambil duduk di sisi katil tempat Shinhye berbaring. Sambil duduk dia memerhatikan wanita di depannya yang sedang menggosok matanya perlahan. Wanita itu sudahpun duduk bersila di atas katil sambil menguap dengan mata terpejam rapat. Sebaik saja dia membuka mata, pandangan matanya bertemu dengan pandangan mata milik Junhyung. Spontan dia mengurut dada kerana terkejut. Kemudian dia mengerdipkan matanya beberapa kali dan berfikir sejenak. Sekejap...kenapa pula kawan baik suaminya berada di depannya sekarang?

 

"Semalam awak pengsan di taman sebab demam panas. Jadi saya terpaksa bawa awak pulang ke rumah. Jangan risau, saya tak buat apa-apa pun dekat awak."Balas Junhyung dan dalam masa yang sama hati kecilnya berkata,'...sebab aku takde nafsu dekat kau. Bersyukurlah wahai perempuan...'

 

"Ah, ya..."Shinhye bersuara perlahan sambil memerhatikan lelaki di depannya yang sedang menuang air kosong dari jag ke dalam gelas kaca yang ada di tangannya. Kemudian gelas tersebut di hulurkan kepada Shinhye. Shinhye mengambil huluran gelas tersebut sambil mengucapkan terima kasih sebelum meneguknya perlahan. Jelas terpancar reaksi lega kerana dapat menghilangkan dahaga yang dirasainya semenjak bangun dari tidur tadi. Namun reaksi lega berubah ke terkejut apabila tangan kanan Junhyung tiba-tiba menyentuh dahi wanita itu. Barangkali dia cuba memeriksa sama ada Shinhye masih demam ataupun tidak. Berubah merah wajah wanita itu dibuatnya menahan malu.

 

"Dahi awak masih panas jadi demam awak  masih lagi belum kebah. So...awak nak rehat dulu sampai demam awak kebah ke atau nak saya hantar awak pulang ke rumah terus?"Soal lelaki itu yang perasan perubahan warna kulit wajah Shinhye. Kuat betul demamnya sampai muka pun merah...

 

"Saya...tak nak balik,"

 

"Kenapa?"Soal Junhyung hairan. Apa yang berlaku di antara pasangan suami isteri itu sehinggakan dia tidak mahu pulang ke rumah? Kalau betul mereka ada masalah, ini merupakan satu peluang yang baik untuk dia memisahkan mereka! Woohoo!

 

"Junhyung, saya tahu permintaan saya ni memang terlalu tiba-tiba dan pelik tapi tolong... tolong benarkan saya tinggal di sini buat sementara waktu. Saya tak nak pulang ke rumah tu sekarang..."

 

"Inikah sebab kenapa awak tak mahu pulang ke sana?"Sambil menyoal, dia menarik  lengan baju kemeja Shinhye sehingga terdedah bahu wanita itu yang berbirat gara-gara dipukul. Ya. Shinhye dipukul atau dengan kata lain, didera oleh suaminya sendiri. Itulah apa yang bermain di minda Junhyung sekarang. Shinhye terkesima seketika apabila lelaki itu merenungnya, bagaikan meminta penjelasan tentang bahunya yang berbirat dengan kesan merah itu. Dia cuba menarik kemejanya yang senget itu untuk menutup bahunya tetapi gagal kerana Junhyung masih menggengam erat lengan bajunya. Malu? Sudah tentu dia malu bila direnung sedemikian rupa oleh lelaki di depannya dengan keadaan mereka yang agak kekok sekarang. Renungan lelaki itu begitu tajam sekali sehingga menusuk masuk ke dalam matanya.

 

"Macam mana awak ta-"

 

"Itu tak penting. Yang menjadi persoalannya sekarang, siapa yang sanggup buat awak sebegini rupa?"

 

"Awak tak perlu tahu..."

 

"Yoseob yang buat awak macam ni bukan?"Keruh saja riak wajah lelaki itu merenung seraut wajah cantik di hadapannya. Dalam hati sebenarnya dia berharap bahawa apa yang dikatakannya itu tidak benar... Tidak, Yoseob yang dia kenal bukan begitu orangnya. Tidak mungkin seekstrem itu dia berubah!

 

Shinhye diam. Tiada ungkapan yang keluar dari bibirnya melainkan satu keluhan berat. Perlu ke dia jujur dengan Junhyung? Tetapi jika dia jujur dia bimbang lelaki itu pula tidak mempercayai kata-katanya dan akhirnya dia juga yang kecewa.

 

"Maaf, saya nak berehat. Tolong keluar."

 

* * * * *

 

YOSEOB mengerutkan dahi sebaik sahaja dia melihat bilik Shinhye yang kosong tanpa tuannya. Tombol pintu kamar itu dilepaskan, lalu dia menapak masuk ke dalam dan menuju ke bilik air. Tiada orang. Ke mana pula wanita itu pergi? Selalunya ketika ini dia ada saja di bilik, tidur atau menghabiskan masanya dengan membaca buku. Tetapi hari ini...entah kenapa tiba-tiba saja dia merindui isterinya itu sehingga sanggup pulang awal dari busines trip yang masih lagi berbaki dua hari. Jika diingat kembali, hampir dua minggu dia mengabaikan Shinhye...tidak menyentuh mahupun bercakap dengannya. Dan hari ini mungkin dia sudah tidak tahan. Nafsu mahupun perasaannya perlu diubati dengan belaian isterinya, walaupun dia tahu bukan mudah untuk memujuk kembali isterinya. Dengan apa yang dia lakukan terhadap Shinhye, dia tersangat pasti wanita itu akan sedaya upaya menolak dan menjauhkan diri darinya.

 

Masih dia ingat bagaimana Shinhye mempamerkan riak wajah benci dengan apa yang dilakukannya tempoh hari dengan tali pinggang. Sampaikan berbirat belakang badan isterinya apabila dia memukulnya dengan tali pinggang. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia sanggup memukul Shinhye sebegitu rupa. Apa yang dia ingat, pada suatu malam Shinhye bertanya dia tentang kesan lipstik pada kolar bajunya yang dia sendiri kurang pasti siapa yang membuatnya. Mungkin kesan lipstik itu dari GRO yang melayan dia dan kawannya itu ketika mereka berada di sebuah kelab malam. Salah dia juga sebenarnya kerana mengikut kawannya iaitu sekumpulan pelabur dari Brazil ke kelab malam, kononya untuk berhibur. Akibatnya, dia pulang ke rumah pada lewat malam dalam keadaan mabuk dan dalam keadaan mabuk itulah dia memukul isterinya...

 

Puas mencari isterinya, dia menghubungi pula nombor telefon wanita itu. Panggilannya ditamatkan bila dia mendengar bunyi telefon Shinhye yang terletak elok di atas meja. Dahinya berkerut seribu. Sekejap...dia keluar dan tinggalkan telefon dia macam itu aje? Tapi ke mana pula dia pergi? Ke rumah ibu bapanyakah?,fikir lelaki itu sambil menuruni tangga ke tingkat bawah dengan perasaan hairan.

 

"Ke mana Shinhye pergi, Aunty Rosie?"Akhirnya Yoseob mengambil keputusan untuk bertanya kepada orang gajinya yang sedang sibuk mengemas rumah. Wanita yang agak berusia itu berasal dari luar negara, dari Amerika jika Yoseob tidak silap. Namun begitu dia fasih berbahasa korea kerana telah menetap lama disini bersama suaminya yang merupakan orang tempatan. Dan disebabkan dia sudah lama bekerja bersama dengan keluarga Yoseob, Yoseob menganggapnya sebagai keluarga sendiri dan membenarkan Rosie untuk tidak memanggil Yoseob dengan panggilan formal.

 

Rosie yang ketika itu baru saja selesai membersihkan koleksi pedang samurai milik Yoseob di bilik bacaan mempamerkan wajah hairan. "Shinhye ada di biliknya, Yoseob. Kamu belum periksa dia di bilikkah?"

 

"Sudah tapi dia tiada di bilik. Sebab itu saya tanya aunty."

 

"Oh my. Aunty yakin sekali isteri kamu berada di bilik sepanjang hari. Sebab aunty tak nampak pun dia keluar dari biliknya."

 

"Oh ya ke? Kalau macam tu, tak apalah. Saya cuba tanya James."

 

Rosie sekadar tersenyum sahaja sebelum matanya memerhatikan bayangan lelaki muda itu perlahan-lahan hilang sebaik sahaja kakinya menapak keluar dari bilik bacaan itu. Spontan wanita separuh abad itu menggelengkan kepalanya perlahan sambil mengeluh. Dia tahu sebenarnya apa yang terjadi di antara suami isteri itu jadi dia tidak hairan jika Shinhye lari dari rumah. Biarpun Yoseob sudah dia anggap sebagai anaknya sendiri, numun sebagai seorang wanita dia lebih menyokong tindakan Shinhye. Setiap hari telinga dan matanya disajikan dengan pergaduhan diantara kedua mereka serta tangisan hiba dari wanita muda itu. Dan setiap kali itu berlaku, dialah yang merawat luka serta menjadi tempat Shinhye meluahkan rasa kecewanya.

 

Geram? Memang dia geram kerana Yoseob memperlakukan Shinhye sebegitu rupa. Tetapi apa yang boleh dia lakukan? Dia mahu menegur lelaki itu tetapi Shinhye pula melarangnya...dengan alasan tidak mahu suaminya tahu dia ada berkongsi kisah rumahtangganya dengan Rosie. Lelaki itu tidak suka Shinhye mengadu kepada sesiapapun. Jika dia tahu Shinhye ada mengadu tentang perbuatannya kepada sesiapa, pasti Shinhye yang teruk dideranya.

 

"James, kamu ada nampak puan tak?"Tanya Yoseob kepada seorang lelaki tinggi lampai yang sedang sibuk meneliti rakaman cctv di pondok pengawal. Lelaki yang dipanggil James itu berpaling ke belakangnya apabila terasa bahunya dicuit seseorang, seraya bangun dari kerusi apabila ternampak kelibat tuannya.

 

"Maaf tuan, saya tak perasaan kehadiran tuan tadi. Ada apa tuan cari saya?"James bertanya dengan nada hairan. Pelik melihat riak wajah tuannya yang agak keruh. Dahinya tidak lekang dengan kerutan sedari tadi.

 

"Saya tengah cari isteri saya. Dari tadi saya cari di serata rumah tapi takde. Kamu ada nampak dia tak? Ke dia ada keluar ke mana-mana tanpa pengetahuan saya?"

 

"Tanpa pengetahuan tuan? Saya sangka tuan beri keizinan untuk puan keluar, sebab dua hari lepas puan keluar untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Dan puan cakap tuan beri kebenaran untuk keluar jadi saya bagi dia keluar..."

 

Yoseob sudah menggigit bawah bibirnya apabila mendengar penerangan pangawal rumahnya itu. Jadi benarlah dia pulang ke rumah orang tuanya... Patutkah aku ke sana untuk bertemu dia?

 

* * * * *

 

"CEPATLAH sikit Shinhye, nanti jalan jammed pulak."Bebel Junhyung yang sudahpun memasuki keretanya. Terkocoh-kocoh Shinhye memakai sneakers-nya lalu berjalan laju ke arah kerta Junhyung lalu memasukinya. Ju

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
-airataeyeonie-
#1
Chapter 2: waahh.. nasib baik junghyun dh jadi normal balik.. fuhh
aquariusxpisces
#2
Chapter 2: Oh my godfdd so sweeettt dari gay brtukar ke normal.... baru ingat nk buat ff dari lagu ribbon tapi takpelah hahahaga

Good job authornim xD
Blackhaise_ #3
Junhyungggg
imraen_
#4
Chapter 2: Dah lama tak jumpa drama yg banyak logic cmni. Tahniahhh author, best duhh sobs ●0●
Wonderfullife_
#5
Chapter 2: Man, this story is so amazing! Seriously, aku sukalah gaya penulisan kau, bagus dan menarik macam novel! Ada part2 yang buat aku gelak xDD. Love the plot tapi sedih ah yoseob yg aku minat tu bole masuk penjara dah la comei masuk penjara aiyooo xD . Okay, thanks for update this beautiful story.pls do more stories.
k-hope
#6
Chapter 2: Nice ending...sye suka cara penulisan awak :) dan saya suka watak Junhyung dalam cerita ni...mcm watak sebenar dia kat dunia sekarang(cool n hensem..lol) xD Bila sye baca citer mcm tgk drama pendek yg menarik dan best...hehhe...sye suka cerita ni...Aju(Very) nice *thumb up*bole tak nanti sye nak letak dlm ff recommendation sye? Harap awak tak kesah :)
4Dwindflower
#7
Chapter 2: ; o ; yoseobie.................... /g selamatkan yoseobie dalam penjara. alaaaa kenapa junhyung ngan shinhyeee ; A ;
nak ngan yoseobie.......... /sobs sobs
4Dwindflower
#8
wEYYYY DAH 11 SUBSCRIBERRRR PAT LA UPDATE :<
HANG UPDATE AKU SAYANG HANG MUAH 0 30
lighteu1610
#9
Chapter 1: hahahaaa.. first time malay fic menarik minat tuk baca. suka storyline and wth yoseob being so freaking mean. harap dia saja je cakap macam tu untuk sakitkan hati yoseob tapi he looks damn real cintakan shinhye tu.. kalau betul la yoseob cintakan shinhye and lupakan junhyung, better junhyung beralih arah. biar junhyung jatuh cinta dengan orang lain. tak sabar tuk next update.