Prologue

Ribbon
Please Subscribe to read the full chapter

Prologue

 

“TAHNIAH.”

 

Sebaris kata yang keluar dari bibir lelaki di hadapannya membuatkan Yoseob menelan liurnya beberapa kali. Tangan yang dihulurkan dijabat perlahan oleh lelaki itu dengan segaris senyum paksa di bibirnya. Yoseob tahu mengapa lelaki di depannya itu senyum sebegitu. Pandangannya yang tertancap ke wajah lelaki itu kini dialihkan ke arah isterinya di sebelah.

 

“Awak ni Junhyung bukan? Yoseob banyak juga cerita tentang awak pada saya.”Shinhye menegur lelaki di depan suaminya dengan senyuman di bibir. Diperhatikan rupa paras lelaki itu dari atas ke bawah. Benar kata suaminya, Junhyung memang kacak orangnya. Rambutnya coklat keperangan, iris matanya yang juga berwarna sama dengan rambutnya.  Dengan wajah kacak serta badan tinggi sasa miliknya dia dapat menggayakan tuksedo hitam yang sedang dipakainya sekarang dengan cukup baik. Tidak hairanlah terdapat beberapa pasang mata wanita sedang mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu, mungkin kerana terpesona dengan rupa parasnya.

 

Yoseob menggigit bibir bawahnya bila tersedar Junhyung sedang merenung tajam ke arahnya. Pandangan lelaki itu sememangnya tajam, sehinggakan boleh menusuk masuk ke dalam jantungnya! Tangan yang sedari tadi masih lagi berjabat dengan tangan lelaki itu sepertinya tidak mahu dileraikan. Lama juga mereka berpandangan sebelum Shinhye tiba-tiba meminta diri untuk bertemu kawannya yang baru tiba di majlis perkahwinannya.

 

“Kau bahagia?”Tanya Junhyung perlahan sambil terus merenung wajah pemuda di depannya dengan wajah yang agak teduh. Dia mahu menatap wajah itu sepuas hatinya hari ini. Sudah lama dia tidak bertemu lelaki kesayangannya itu. Kawan baik? Memang mereka kawan baik…lebih dari kawan baik sebenarnya.

 

“Kalaupun aku tak bahagia, apa aku boleh buat? Ini semua kehendak ibu bapa aku.”

 

“Kenapa kau tak berterus-terang saja dengan mereka tentang hubungan kita?”

 

“Kau gila? Mereka akan terkena serangan jantung jika tahu anak mereka adalah gay! Lagipun, ayah tak akan wariskan aku syarikatnya jika dia dapat tahu aku adalah gay. Kau tahu kan betapa pentingnya syarikat keluarga yang diwarisi secara turun-temurun sejak zaman nenek moyang aku lagi? Lagipun aku adalah anak tunggal dalam keluarga, jika bukan aku yang mewarisinya siapa lagi?”

 

Ya. Mereka memang gay. So? Junhyung tidak merasakan perkara itu sebagai satu masalah dalam kehidupannya. Mereka sudah lama bercinta, sejak mereka sama-sama di universiti sehinggalah mereka masuk ke alam pekerjaan. Dan orang sekeliling mereka pula menganggap mereka sebagai sepasang kawan baik yang terlalu rapat. Jadi mereka bebas untuk menunjukkan ‘keakraban’ mereka di tempat awam. Namun begitu ‘keakraban’ mereka tidaklah begitu hardcore. Cukup sekadar berpelukan dan cium pipi. Yang selebihnya buat di rumah saja.

 

“Jadi bagaimana dengan hubungan cinta kita yang sudah terbina bertahun-tahun dulu? Kau mahu melupakannya begitu saja?”Junhyung berkata dengan mata yang sudah berkaca. Dia sayangkan Yoseob. Andai kata Yoseob buta dan memerlukan mata untuk kembali melihat, dia rela mendermakan matanya untuk lelaki kesayangannya itu! Begitulah tahap cinta Junhyung terhadap lelaki itu. Apa boleh buat, Yoseob adalah cinta pertamanya.

 

Yoseob menggeleng perlahan. “Tak, aku takkan lupakan hubungan kita. Aku akan simpan semua kenangan kita dalam hati aku. Cuma sekarang, kita dah tak boleh berhubung seperti dulu. Semua antara kita sudah berakhir bila aku ambil keputusan untuk berkahwin dengan Shinhye.”

 

“Hubungan kita tak akan berakhir, Seobie. Kita boleh teruskan hubungan kita seperti dulu walaupun kau dah berkahwin! I mean, kau berkahwin dengan dia atas dasar keluarga dan kau juga tak cintakan dia. Lagipun, kau tak akan dapat layan dia seperti seorang lelaki normal memandangkan kau gay…”ucap Junhyung lagi. Seobie merupakan nama manja Yoseob yang digunakan oleh Junhyung.

 

Yoseob perlahan-lahan memegang bahu lelaki di depannya, menghela nafas perlahan-lahan sambil berkata“Aku takkan curangi dia sebab aku dah jatuh hati pada dia! Junhyung…aku bukan Yoseob yang dulu. Aku dah berubah. Aku bukan gay. Dan aku harap kau pun berubah juga. Lepas aku kenal Shinhye barulah aku tahu apa ertinya cinta yang sebenar. Aku tahu bunyinya kejam tapi maaf Junhyung, aku hanya anggap kau sebagai kawan aku sekarang. Segala kenangan kita selama ini aku simpan atas nama kawan. Jadi, tolonglah…berubah. Jangan jadi gay lagi. Carilah perempuan yang dapat buat kau faham apa itu cinta yang sebenarnya…”

 

Junhyung memerhatikan Yoseob yang sudah berlalu pergi ke arah isterinya yang sedang berbual rancak dengan temannya. Matanya yang sedia merah menahan rasa semakin bertambah merah apabila melihat lelaki itu mencium pipi isterinya. Tangannya menggenggam penumbuk tanda geram sebelum kakinya melangkah pergi dari situ dengan hati yang terluka.

 

“Aku tak akan maafkan kau, Yang Yoseob…”

 

* * * * *

 

JUNHYUNG menjalani kehidupannya seperti biasa walaupun hatinya benar-benar terluka dengan apa yang sudah Yoseob lakukan terhadapnya. Tak sangka lelaki yang sudah bersamanya hampir sepuluh tahun lamanya, yang berkongsi perasaan yang sama dengannya kini sudah berpaling darinya. Tak sangka lelaki yang dahulunya gay dan meluahkan perasaan kepadanya kini sudah memilih seorang wanita sebagai peneman hidupnya.

 

Kalau diikutkan sebenarnya Junhyung bukanlah gay. Dia cuma tidak biasa dengan kaum wanita kerana dulu dia bersekolah di sekolah lelaki. Wanita yang membuatkan dia selesa cuma ibu dan kakaknya. Kemudian setelah memasuki universiti biasa, dia berubah menjadi lelaki biasa. Dia bergaul rapat dengan perempuan seperti lelaki normal. Malah dia pernah mempunyai crush wanita sehinggalah pada suatu hari, seorang lelaki bernama Yang Yoseob muncul dalam kehidupannya sebagai teman sebiliknya.

 

Ya, pada awalnya dia kurang selesa dengan kelakuan Yoseob yang selalu saja ingin berkepit dengannya. Ke mana-mana sahaja pasti pemuda itu akan mengikutinya. Dan Junhyung menyangka pemuda itu kekurangan kasih sayang kerana selalu saja melakukan sesuatu untuk menarik minatnya. Jadi dia membiarkan saja Yoseob berkelakuan sedemikian sehinggalah pada suatu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
-airataeyeonie-
#1
Chapter 2: waahh.. nasib baik junghyun dh jadi normal balik.. fuhh
aquariusxpisces
#2
Chapter 2: Oh my godfdd so sweeettt dari gay brtukar ke normal.... baru ingat nk buat ff dari lagu ribbon tapi takpelah hahahaga

Good job authornim xD
Blackhaise_ #3
Junhyungggg
imraen_
#4
Chapter 2: Dah lama tak jumpa drama yg banyak logic cmni. Tahniahhh author, best duhh sobs ●0●
Wonderfullife_
#5
Chapter 2: Man, this story is so amazing! Seriously, aku sukalah gaya penulisan kau, bagus dan menarik macam novel! Ada part2 yang buat aku gelak xDD. Love the plot tapi sedih ah yoseob yg aku minat tu bole masuk penjara dah la comei masuk penjara aiyooo xD . Okay, thanks for update this beautiful story.pls do more stories.
k-hope
#6
Chapter 2: Nice ending...sye suka cara penulisan awak :) dan saya suka watak Junhyung dalam cerita ni...mcm watak sebenar dia kat dunia sekarang(cool n hensem..lol) xD Bila sye baca citer mcm tgk drama pendek yg menarik dan best...hehhe...sye suka cerita ni...Aju(Very) nice *thumb up*bole tak nanti sye nak letak dlm ff recommendation sye? Harap awak tak kesah :)
4Dwindflower
#7
Chapter 2: ; o ; yoseobie.................... /g selamatkan yoseobie dalam penjara. alaaaa kenapa junhyung ngan shinhyeee ; A ;
nak ngan yoseobie.......... /sobs sobs
4Dwindflower
#8
wEYYYY DAH 11 SUBSCRIBERRRR PAT LA UPDATE :<
HANG UPDATE AKU SAYANG HANG MUAH 0 30
lighteu1610
#9
Chapter 1: hahahaaa.. first time malay fic menarik minat tuk baca. suka storyline and wth yoseob being so freaking mean. harap dia saja je cakap macam tu untuk sakitkan hati yoseob tapi he looks damn real cintakan shinhye tu.. kalau betul la yoseob cintakan shinhye and lupakan junhyung, better junhyung beralih arah. biar junhyung jatuh cinta dengan orang lain. tak sabar tuk next update.