Chapter 1

Beautiful Revenge
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Suasana hingar-bingar di kafe yang terletak di fakultinya itu sudah begitu lali di telinga sehingga sedikit pun tidak mampu mengganggu konsentrasinya yang sedang ralit membaca nota memandangkan sebentar lagi dia akan menjawab kuiz untuk kelas yang bakal bermula setengah jam lagi. Rasa menyesal tidak menelaah lebih awal hinggap di hati tetapi cepat-cepat diusir pergi agar dia tidak hilang fokus akan segala bait-bait ayat yang dibaca. Dia mengeluh seketika apabila terasa lenguh di bahagian tengkuk akibat terlalu lama menunduk membaca nota.

 

‘Pehal aku rasa banyak sangat ayat dalam lecture note ni? Mana point penting pun tak dapat detect’ rungutnya di dalam hati. Seketika kemudian, dia seperti tersedar sesuatu. Donghae, rakannya yang sudah hampir 15 minit menghilangkan diri tidak muncul-muncul tiba daripada membeli air. Bilangan pelajar yang semakin memenuhi kafe itu menyukarkan lagi dirinya untuk mencari kelibat rakannya. Sudahnya, dia hanya mampu menunggu. Air liur ditelannya laju bagi menghilangkan sedikit rasa dahaga.

 

"Nah, ni air kau" kata Donghae sebaik saja sampai di meja yang menempatkan Haeun sebelum melabuhkan punggungnya berhadapan wanita itu. Lelaki itu tanpa menunggu lama, terus meneguk air yang dibelinya tadi. Terasa segar setelah dapat membasahi tekak dengan minuman sejuk memandangkan cuaca agak terik tengah hari itu.

 

"Lambat gila kau ni. Beli air ke buat air?" perli Haeun dengan wajah yang tidak puas hati setelah dia turut meneguk minuman yang dibeli rakannya itu.

 

"Eh, kau ni. Mujur aku belikan je tau. Kau tu, nak beli air pun malas sebab nak study konon. Tu la lain kali jangan baca last minute. Jangan buat kerja tu asyik nak bertangguh. Pernah dengar tak ayat ni, ‘kerja bertangguh tidak pernah menjadi’" balas Donghae pula memerli kembali Haeun yang sudah menjeling lelaki itu.

 

“Yela, aku je yang suka tangguh kerja. Tak macam kau yang best student. Every semester perform” Haeun lantas meneguk minumannya lagi dek kerana berasa terlalu dahaga. Cuaca panas ketika itu benar-benar membuatkan dirinya cepat kehausan tambah-tambah pula harus perang mulut pula dengan sahabatnya itu. Sudah menjadi kebiasaan mereka berperang mulut begitu. Hal ini seperti sudah menjadi suatu normalisasi antara mereka namun, itu semua hanyalah suatu gurauan. Antara mereka, tidak pernah ada yang makan hati meskipun gurauan mereka berunsur perlian.

 

"Lupa nak cakap. Thanks eh" kata Haeun sambil tersenyum manis ke arah Donghae yang khusyuk memandang telefon bimbit.

 

"Tahu pun berterima kasih dengan orang. Ingat dah tak reti berbudi bahasa" perli Donghae. Senyuman sinis dihadiahkan buat gadis di hadapannya yang menayangkan muka tidak puas hati. Donghae akhirnya hanya ketawa kecil melihat wajah Haeun itu. Mulut wanita itu kelihatan terkumat-kamit seperti sedang berkata sesuatu. Pastinya wanita itu sedang mengutuk dirinya. Dia hanya mampu menggeleng kepalanya terhibur dengan telatah Haeun.

 

“Kelas kau habis pukul berapa?” soal Donghae setelah senyap untuk beberapa ketika.

 

“Pukul 4. Kenapa?”

 

“Lepas tu, kau ada kelas lagi tak?” soal Donghae lagi.

 

“Takde dah. Lepas tu aku free so, aku nak balik dorm la. Kau tanya ni kenapa?” soal Haeun pula sudah mulai hairan dengan soalan rakannya itu. Pasti lelaki mahu mengajaknya keluar. Haeun sudah faham benar dengan perangai Donghae yang suka membazir wang dengan keluar bersuka-ria tiap kali bosan melanda diri.

 

“Jom weh, teman aku keluar. Dah lama tak jalan-jalan” tepat tekaan Haeun.

 

“Jangan nak mengada. Tiap hari nak keluar. Dua hari lepas kau dah banyak habis duit bersakan dengan Hyukjae, kan? Ingat aku tak tau ke?” ujar Haeun. Riak wajah Donghae terus berubah seakan-akan kecewa dengan penolakan Haeun.

 

“Yelah, yelah. Kau memang tak sayang aku. Kalau aku ajak keluar je, banyaklah alasan kau. Kau tak suka aku, kan? Tak apalah. Aku keluar sorang-sorang je malam ni. Aku ni memang di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
sunshine_blue
#2
Chapter 1: rewrite ke? takpe2 tengah spm ni. Authornim update banyak2 tau..Biar kite baca nnti tata~
pikahbajet #3
Chapter 1: apa yg berlaku???? update soon
pikahbajet #4
Chapter 17: takpe.... update soon.
sunshine_blue
#5
Chapter 17: Takpelah...cite awak yg lain pun seronok juga...tapi sya tunggu tau cite ni update... janji kan?
sunshine_blue
#6
Chapter 16: waaaaaaaaaa...rinduuuuuu!!!!
Minji06 #7
Chapter 16: Bestlah..serious. Tk boring pun. Pandai awak tulis ff ni. Jgn lupa update lagi. ^^
hanazraf95 #8
Chapter 14: da knape pulak ngn jongdae niyh?? update more please~~