Wrong house lah ((╬●∀●)

Let's Explore the World with our Soulmates

Hyewoo meletakkan kenderaannya ditempat parking yang khas disediakan untuk para pekerja syarikat. Dia melihat dahulu pantulan wajahnya melalui cermin kereta untuk memastikan makeup di wajahnya telah sempurna.

‘Okey, good.’

Dia memastikan juga dia telah mengambil semua fail yang diperlukan untuk mesyuarat nanti. Hyewoo melangkah masuk ke dalam lobi syarikat. Dia memberi sebuah senyuman manis kepada pekerja yang menjaga kaunter di lobi. Kelihatan ramai orang sedang menunggu dihadapan lif. ‘Ambik tangga jelah. Ni kalau tunggu maybe dua round lagi baru aku boleh naik.’ bisik Hyewoo.

Lalu, dia pun menolak pintu yang menutupi kawasan tangga.

“Selamat pagi Cik Hyewoo.” seseorang menegur.

Hyewoo menoleh kesebelahnya. “Ohhh... Encik Boss.”

“Encik Boss?”

“Eh eh...” Hyewoo tersenggih.

Dia terlupa bahawa boss nya itu tidak dipanggil melalui gelaran. Dia lebih senang para pekerja memanggil namanya sahaja. “Encik Wonwoo, selamat pagi.” Hyewoo menundukkan kepalanya sedikit tanda memberi hormat.

“Selamat pagi. Rajinnya Cik Hyewoo naik tangga. Bagus, bagus...”

“Boss pun sama jugak. Nak jaga kemachoan ker agar sentiasa gagah perkasa?” Wonwoo ketawa kecil mendengar jenaka pekerja nya itu.

“Yer, kalau macho barulah pekerja nak dengar arahan saya.”

“Ish, tak betul tu. Kalau tak macho sekali pun ataupun sikap macam Hitler pun, pekerja kena dengar jugak cakap Encik Wonwoo sebab kami ni pekerja jer. Kalau kami tak dengar cakap boss tak ada lah gaji masuk dalam akaun bank setiap bulan.” Mereka berdua ketawa.

_

Kehadiran Eunhye di cafenya disambut oleh beberapa orang pekerja yang sedang sibuk mengemas cafe miliknya sebelum dibuka pada pukul 8 nanti.

“Myungwol, kau kena balik sebelum pukul 12 tau sebab ada orang dah tempah untuk buat Birthday Event dekat sini. Kau balik lah guna kereta dulu, malam nanti kau ambik aku balik.”

“Okey boss. Haha, takpe aku nak jalan kaki jer balik nanti.”

“Uish, biar betik kau ni?”

Myungwol memberi jelingan maut kepada twin nya itu. “Mana ada, tak jadi lah jalan kaki, aku nak naik roket balik rumah. Biar hancur berkecai kondo kita duduk tu bila roket tu landing. Yelah, aku ni kan pemalas semua...”

Makin kuat Hyewoo ketawa mendengar ayat Myungwol. “Yelah, yelah. I’m sorry. Takpe kau nak balik macam mana pun aku tak kisah.”

“Aku nak memcari ilham lah kau ni. Kut kut time jalan tu terjumpa benda yang boleh buat mood aku naik untuk menulis.”

“Haha, yelah Cik Myungwol oi. Dah, dah, aku nak masuk dapur. Kau cari lah ilham kau dulu.”

“Alright.”

Eunhye meletakkan beg tangannya dahulu di dalam pejabat sebelum bergerak ke dapur.

_

Telefon bimbitnya berdering. Wonwoo meletakkan pen dan mencapai telefon tersebut. Nama ‘Kim Mingyu’ terpapar pada skrin telefon.

‘Wonwoo!!!’

Wonwoo terpaksa menjarakkan telefon tersebut dari telinganya apabila mendengar jeritan milik pemanggil yang berada di sebelah sana.

‘Kenapa?’ Wonwoo membalas.

‘Bro, kau kena balik rumah sekarang.’

‘Pehal pulak?’

‘Tak boleh explain sekarang lah, kau balik lah rumah dulu.’ Wonwoo cuba menahan sabar.

‘Boleh tak kau explain sikit dulu.’

‘Tak boleh... Please lah weyh nyawa aku bergantung dekat kau sekarang. Matilah aku kalau kau tak balik.’ Wonwoo mengerling jam tangganya. 11.23 a.m. Dia memicit dahi. ‘Kalau aku balik masa lunch boleh?’

‘Tak boleh!!!’ Kedengaran suara orang lain pula yang membalas.

‘Kejap Seungkwan ker tadi? Apa yang korang rancangkan ni?’ Minggu ketawa di hujung talian.

‘Yes weyh, Seungkwan tadi. Kami bagitau bila kau balik. Sekarang tau. Kau boss balik awal pun takpe. Demi kawan kau.’

‘Yelah...’ Wonwoo memutuskan talian. Dia mendengus lemah.

Fail-fail dikemas lalu dia bangun dan memberitahu pembantu peribadinya bahawa dia akan pulang dan kembali ke pejabat selepas lunch.

_

Punat lif ditekan. Badan disandarkan. Susah betul dapat kawan yang keras kepala dan annoying ni. Sakit kepala dia melayan kerenah rakan-rakannya. Pintu lif terbuka dan dia melangkah keluar. Dia berjalan ke unit kondo nya. Kad untuk membuka pintu tersebut dicari namun tidak dapat dijumpai. Sekali lagi dia mengeluh.

Loceng ditekan.

Tiada sahutan.

Sekali lagi.

Masih tiada sahutan.

Bengang. Dia membunyikan loceng tersebut berulang kali tanpa henti.

“Hoiii!!!” jeritan seseorang mengejutkannya.

_

Nara mendengus kasar apabila mendengar bunyi loceng ditekan.

“Ergh, sapa pulak tu?” Nara mencelikkan matanya sedikit namun masih malas untuk bangun dan membuka pintu.

“Kalau diorang mesti ada kunci sendiri... Saja jer lah nak kacau tidur aku. Myungwol lah tu.” ujar Nara geram.

Kedengaran bunyi loceng sekali lagi.

“Aaahhhhh!!!” Nara menjerit geram. Ditekup bantal pada telinganya. Dia enggan berganjak daripada katil namun bunyi loceng yang tidak berhenti itu akhirnya membuat kan dia bangun juga.

Pintu dibuka kasar. “Hoiii!!!” Dia menjerit geram.

“Myungwol, kau ni!!! Saja kan! Aku penat tau, kau pulak kacau aku.”

Nara terkejut. Begitu juga lelaki yang sedang berdiri didepannya.

“Siapa kau?” Lelaki itu menanya.

Nara mencekak pinggang. “Hey, aku ni yang patut tanya siapa kau. Siapa kau ni hah? Dahlah bunyikan loceng rumah orang macam apa. Gangguan bunyi tau. Kalau rosak eardrum aku macam mana?”

Lelaki tersebut terpingga. Dia pun turut bercekak pinggang. “Ni rumah aku of course lah aku tanya siapa kau ni.”

“Banyaklah rumah kau. Rumah aku okey!”

“Kau ni girlfriend Mingyu ker? Amboi amboi, baru jadi girlfriend dah nak claim ni rumah kau. For your information, bukan Mingyu sorang jer duduk dalam rumah ni. Aku and kawan-kawan yang lain pun ada hak okey.”

“Kau dah membebel apa pulak dekat sini? Siapa Mingyu tu? Aku tak kenallah. Kau ni orang giler yang terlepas dari hospital mental ker? Perlu ker aku hantar kau balik kat hospital sakit jiwa atau perlu ker aku buat check up dekat kau?”

“Apa kau kata? Mental?!”

Mereka berhenti bergaduh apabila satu suara menegur.

“Wuit, pehal bising bising ni. Aku keluar dari lif jer terus dengar suara kau and siapa mamat ni?” Myungwol menanya.

“Myungwol, kau tengok mamat ni, pesakit dari hospital mental mana aku tak tau. Dia kata rumah kita ni rumah dia.” Ujar Nara geram.

Myungwol memandang lelaki tersebut. “Encik... Saya rasa encik salah rumah ni. Ni rumah saya dan kawan saya.” Myungwol cuba berbincang.

“Tak mungkin lah.” Wonwoo masih enggan mengalah. Ingat dah bawak kawan dia takut. Takkan pula dia mau tersalah rumah.

“Yer encik. Ini rumah no 155. Tingkat 15. Saya rasa encik salah ni...”

Tiba-tiba muka lelaki tersebut menjadi merah padam. ‘Tingkat 15...’ Wonwoo menepuk dahinya.

“Maaf... Saya salah tingkat. Sa... Saya pergi dulu.”

Nara memandang wajah lelaki itu sinis. “Heh, blah lah mamat giler.”

“Maaflah yer encik. Kawan saya ni tak cukup tidur, tu sebab perangai dia ‘menyaiton’ semacam.” Nara mencubit kuat lengan Myungwol.

“Woi sesuka hati jer mengutuk aku! Pergi sebelah kan mamat giler tu pehal?”

Myungwol hanya ketawa.

“Wuit, tu telefon kau bunyi.”

“Ergh!” Nara mendengus.

Dia menjawab panggilan tersebut dengan kasar. Mereka berbual sebentar dan Nara memutuskan talian dengan muka yang sangat mencuka.

“Aku benci dunia ni dan hidup aku dan mamat tak guna tu yang dah kacau tidur aku!!!” Jerit Nara sebelum mencapai kot doktornya kerana dia baru sahaja menerima panggilan untuk pergi ke hospital.

_

“Serius?”

“Betul betul serius?”

“Oh my god... Lawak giler...”

“Hahahahahahaha... Ni lawak of the year man.”

“Habislah mana kau nak nyorok muka kau lepasni?”

“Tiga keturunan pun, takkan habis malu kau.”

Itulah antara respon yang diterima oleh Wonwoo sebaik di memberitahu kejadian yang menimpa dirinya pada kawan serumah nya.

Rumah tersebut dipenuhi gelak ketawa manakala muka Wonwoo masam sedari tadi. Dia mencebik. Geram. “Gelak lah lagi, gelak... Gelak sampai runtuh kondominium ni.”

“Alo, Wonwoo kita merajuk ker? Hahaha...” Mingyu mengusik.

“Ni semua kau punya pasallah. Kalau kau tak suruh aku balik, takde nya kemalangan memalukan tadi berlaku. Dah lah aku dilabel ‘mamat giler’ oleh minah tu. Tercalar maruah aku.” Wonwoo meraup mukanya.

“Rilek lah bro... Dah berlaku pun.” Woozi menepuk bahunya.

“Right, haha nak undur masa balik pun tak boleh dah.” ujar Jeonghan.

“Jun, esok kau sediakan makanan yang special dan lebih sikit tau. Kita hantar bagi jiran kita tu. Tanda minta maaf.” Seungcheol berkata.

Jun menangguk kepalanya.

“Aku tak nak jumpa dia dah...”

“Kau perlu jumpa dia dan minta maaf betul-betul.” ujar Seungcheol tegas.

Wonwoo menundukkan mukanya memandang lantai.

“Baiklah...”

_

Eunhye memandang pelanggannya satu persatu. Seorang wanita telah menarik minatnya. Wanita tersebut duduk berseorangan di meja yang paling belakang dengan secawan kopi ditangan dan majalah. Keadaannya sedang menunjukkan yang dia sedang cemas. Sedari tadi dia mengerling jam pasangan miliknya.

Eunhye tersenyum kecil.

Wanita tersebut akan berjumpa dengan pasangannya hari ini. Betapa bertuah dirinya.

Seorang lelaki masuk ke dalam cafe. Wajah lelaki itu menunjukkan kegembiraan, keterujaan dan juga sedikit keresahan. Lelaki tersebut sedang mencari-cari sesuatu dan akhirnya dia berhenti di hadapan meja wanita tadi.

Jam pasangan mereka berbunyi. Kedua mereka kelihatan gembira. Mereka berpelukan.

Eunhye cuba menyembuyikan perasaan sedih. Dia berpura-pura memberikan senyuman apabila seluruh pelanggan di kedainya memberikan tepukan pada pasangan tersebut.

Dia mengerling pada jam pasangannya. 0000 hari 00 jam 00 minit 00 saat. Itulah waktu yang dipaparkan oleh jam tersebut sejak lima bulan yang lalu. Sejak pasangannya meninggal dunia saat mereka pertama kali bertemu. Sejak itu, jiwa Eunhye bagai ditarik mengikuti pasangannya. Meninggalkan dia terkontang-kanting keseorangan.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet