Chaos early in the morning

Let's Explore the World with our Soulmates

Myungwol mendengus kasar. Dia baru ingin masuk ke alam mimpi namun bunyi periuk yang bergeser di dapur telah pun membuatkan dia terjaga. Dia meraba-raba katilnya mencari telefon bimbit dengan mata yang masih terpejam. Butang telefon ditekan dan dia membuka sedikit kelopak matanya.

‘7.20?!’ Dia mendengus kasar. ‘Awal lagi...’

Mata dipejam semula namun bunyi bising tersebut membuatkan dia tidak dapat melelapkan mata.

Myungwol merengus kasar. Ditutup telinganya menggunakan bantal. Tetap tidak berhasil. Dia mengalah lalu melangkah keluar daripada biliknya dengan muka yang sangat nampak ke ‘stressan’ dan rambut yang serabai.

Dia mengambil tempat dimeja makan dan memandang Eunhye yang sedang sibuk memasak sarapan.

“Bangun dah?” Eunhye menegur.

“Yes, thanks to your noise.” Myungwol mencebik dengan wajah mencuka.

Eunhye ketawa kecil. “Sorry not sorry.”

“Cis... Btw, kau tengah masak apa?” Myungwol mengalih topik.

“Erm, nasi goreng dan pancake.” Ujarnya sambil mengangkat magkuk yang berisi nasi goreng ke meja makan.

“Sedapnya bau.” Myungwol mencapai senduk namun tangannya ditepis oleh Eunhye.

“Kau nilah. Pergi gosok gigi dulu. Dahlah air liur basi meleleh. Tak sabar-sabar.” Eunhye membebel. Itulah rutin pagi bagi seorang wanita bernama Lee Eunhye iaitu membebel.

“Yes mom...” ujar Myungwol dengan nada mengejek. Dia bangun dari kerusi dan berjalan ke tandas.

Pintu rumah mereka terbuka dan dua orang wanita melangkah masuk. Seorang kelihatan cergas manakala seorang lagi kelihatan lesu dan letih.

“Wow, siap masak dah?” Hyewoo menanya.

“Yup, dah.”

“Sedapnya bau. Sekejap eh, biar aku mandi dulu pastu kita makan sesama. Berpeluh giler aku ni baru balik dari gym.” Laju saja dia meloloskan diri ke dalam biliknya untuk membersihkan diri.

Nara mengambil tempat di sofa berhadapan televisyen. Kepalanya dilentokkan pada bahu sofa. Dia menguap perlahan.

“Letih?” Eunhye menanya prihatin.

“Of course lah weyh. Tak cukup tidur aku ni tetiba dapat emergency call dari hospital pukul 4 pagi tadi.. Ada bas kemalangan and aku terpaksa datang untuk buat pembedahan.” Nara mengeluh lemah.

“Ohh, kau rehat lah lepas makan. Aku siapkan makanan lebih. Harini aku kena pergi café awal sikit sebab tengahari nanti ada orang nak buat event kat café aku.”

Nara mengangguk kepalanya tanda memahami.

Tiba-tiba kedengaran suara Hyewoo menjerit dari dalam biliknya. Nara dan Eunhye segera berlari dan membuka pintu bilik Hyewoo. Myungwol juga turut kecoh untuk mengetahui apa yang sedang berlaku walaupun masih belum selesai menggosok gigi. Maklum lah dia merenung cermin dulu melihat kecantikan wajahnya baru menggosok gigi.

“Eunhye!!!” Hyewoo menjerit geram. Dia sedang berdiri diatas katilnya dengan badan yang hanya dibaluti tuala.

Jarinya dihalakan ke arah meja solek nya. Terdapat seekor ular berada di atas meja tersebut.

Eunhye menggaru kepalanya. “Lorh, macam mana baby aku boleh ada dekat bilik kau?”

Eunhye berjalan ke meja solek tersebut lalu mengangkat ular kesayangannya.

Lee Eunhye sememangnya seorang yang exotic dan mempunyai hobi yang pelik. Kebanyakan perempuan di luar sana lebih meminati idea untuk membela kucing ataupun arnab namun dia lebih gemar membela seekor ular namun bukan lah ular yang beracun. Ular tersebut merupakan ular yang biasa dibela sebagai haiwan perliharaan.

Pada mulanya memang idea tersebut ditentang habis-habisan oleh kedua orang rakannya iaitu Hyewoo dan Myungwol namun kerana tidak mahu Eunhye bersedih mereka membenarkan Eunhye untuk memelihara ular tersebut. Lagipun bukan sedikit duit yang Eunhye keluarkan untuk membeli ‘baby’ kesayangannya itu. Lebih daripada RM1000 tidak termasuk peralatan untuk menjaga haiwan exotic tersebut.

“Kau ni aku dah bagitau haritu simpan ular kau elok-elok. Aku gelilah. Eeee...” Hyewoo membebel.

Eunhye tersenggih. “Sorry lah, aku terlupa kunci bekas dia lah tu.”

Hyewoo membuat muka.

“Ala, kau ni pun. Bukan ular ni nak makan kau. Dia baik jer kut.” Nara berkata sambil menggosok badan ular itu.

“Entah kau, aku pun biasa dah tapi kalau ular tu buat problem dengan aku memang matilah dia.” Myungwol berkata pula.

Dua pasang mata memandang Myungwol tajam. Apa? Mati?

“Tapi aku still geli.”

“Tengok aku, elok jer dengan binatang kau si hedgehog tu tapi dia still menakutkan aku kekadang.”

“Yes sama macam aku, aku pun takut dengan ular kau tu.”

“Okey, okey sudahlah. Cepat jom pergi makan. Aku dah tak larat ni. Nak pergi tidur.” Nara meleraikan persengketaan mereka.

“Aku pun ngantuk lagi ni. Aku baru tidur dua jam, siapkan novel aku tapi bunyi Eunhye masak bising sangat.” Myungwol mengadu.

“Padan muka, kau yang pilih bilik dekat dengan dapur. Kau kena faham dapur tu life aku so aku sentiasa buat bising dekat situ.” Eunhye ketawa kejam.

“Ya, sememangnya aku faham kau. Aku lah yang paling memahami kau sebab aku kan kembar kau.”

“Haha bagus.”

Mereka berempat mengambil tempat di meja makan. Hyewoo memberikan pinggan kepada kawan-kawannya. 

"Bila dateline novel kau, Myungwol?" Hyewoo menanya.

"Erm, tiga minggu lagi." ujar Myungwol lalu menyuap sesudu nasi goreng.

"Dan baru berapa chapter yang kau tulis?" Kini, Eunhye pula menanya walaupun dia tahu akan sikap kembar berlainan ibu bapanya itu yang selalu menyiapkan manuskrip novel terbarunya pada saat-saat akhir.

"Berapa eh? 20 ker? or baru 15 maybe..." Myungwol menggaru kepalanya sambil membuat senyuman yang innocent.

"Nanti dah nak dekat dateline barulah hg nak stress semua kan..." Nara pula berkata lalu menggeleng kepala.

Myungwol mencebik. Nasi dikuis-kuis menggunakan sudu. "Ala, aku nak siapkan. Cuma takde ilham lagi. Aku tengah fikir macam mana aku nak bunuh beberapa orang watak dalam nove aku ni."

Meremang bulu roma Eunhye mendengar perkataan bunuh. Pernah sekali dia membaca novel yang ditulis Myungwol memang seram! Dia tidak dapat tidur dengan nyenyak dekat seminggu kerana asyik teringat adegan pembunuhan yang berlaku dalam novel tersebut. Akhirnya dia mengambil langkah drastik dengan tidur sekali di bilik Nara. Barulah dia dapat tidur tanpa diganggu perasaan takut.

"Aku nak ikut kau harini pergi cafe tau. Cafe kau lah salah satu tempat untuk aku mendapat ilham tulis novel."

"Yelah..."

Selesai mencuci pinggan, Hyewoo mencapai beg tangannya dan beberapa buah fail. Dia tidak boleh lambat ke syarikatnya pada hari itu kerana dia perlu membentangkan satu proposal daripada kumpulannya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang manager.

"Guys, aku pergi dulu." Hyewoo mengambil kunci kereta dan juga kunci rumah lalu meletakkan ke dalam beg tangannya.

"Alright, bye bye..."

Eunhye pula masih bersiap. Maklumlah, dia boss jadi datang lambat pun takpe manakala Myungwol sedang menyumbat laptop, headphone, dan barang-barang keperluannya untuk menulis novel dalam sebuah beg.

"Kami pun pergi dulu tau Nara." 

"Okey." Nara menyahut. Dia memastikan pintu kondominium mereka dikunci sebelum melemparkan dirinya keatas katil empuk.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet