Meriah!

Giant Sek. 13
Please Subscribe to read the full chapter
Chapter 002





"Hai, selamat datang ke MacDonald. Nak order apa, kak? Bungkus atau takeaway?" Baekhyun, si penjaga kaunter yang agak popular di dalam pasaraya itu tersenyum manis.


Senyuman manis mengalahkan gulanya itu membuatkan si pelanggan berasa sejuk hati. Dengan senyuman ramah menghiasi bibir, wanita lewat dua puluhan itu membuat tempahan untuk juadah berbukanya nanti.


"Satu set 'Fried Chicken'."


"Spicy atau original? Besar atau regular? Kalau besar cuma tambah rm1.60 sahaja."


"Regular."


"Okay. Air akak nak apa?"


"Iced lemon tea."


"Okay. Semuanya rm9.90." Tangan Baekhyun lincah menekan butang mesin setiap kali tempahan dibuat. Apabila wanita tadi mengeluarkan wang rm50 sekeping dan menyerahkannya kepada Baekhyun, dia terus menyerahkan semula baki wang wanita itu.


"Tunggu sekejap, ya kak." Beritahu Baekhyun. Wanita itu mengangguk seraya beralih ke tepi, memberi laluan kepada pelanggan lain untuk membuat tempahan mereka.


Mata wanita itu meliar melihat sekeliling dan kemudian fokusnya teralih ke arah satu tabung kecil yang terletak dihadapan mesin kaunter Baekhyun. Menyedari tiada siapa yang melihat aksi selambanya, wanita tersebut tersenyum sendiri. Tapi, wanita itu tidak menyedari yang bahawasanya kelakuannya tadi sempat dilihat oleh staf MacDonald itu sendiri.


Kyungsoo tersenyum bangga, lebih lebih lagi bila dia terlihat tanpa sengaja wanita tadi menyelitkan semua baki wang yang dihulurkan oleh Baekyun tadi ke dalam tabung kebajikan yang disediakan disitu.


Semoga Allah merahmati akak dan keluarga dan dimurahkan rezeki. Amin.


Seminggu sebelum Ramadhan berakhir, suasana di dalam pasaraya besar Giant sungguh meriah dengan suara-suara si penjual memujuk rayu si pembeli. Tak lupa jugak dengan pengumuman yang kerap kali dibuat setiap kali staf staf disitu terjumpa akan kanak kanak yang tanpa pengawasan ibubapa atau penjaganya.


"Selamat petang kepada semua pelanggan kami yang budiman. Disini kami telah menjumpai seorang kanak-kanak lelaki berumur sekitar lapan tahun, berbaju merah, dan berseluar denim panjang. Diminta para penjaganya datang ke kaunter perkhidmatan kami dengan segera. Terima kasih."


"Budak pun boleh hilang?" Tanya wanita itu terkejut yang kemudiannya dibalas oleh Sehun, si pekerja separuh masa.


"Perkara biasa, kak."


"Apalah. Anak pun boleh lupa." Perbualan mereka menarik minat pelanggan yang lain, maka terjadilah perbualan kecil di situ sambil para pelanggan m
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet