kerajaan 11

Portrait
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]kerajaan 11[/CONTENTID1]

 

[CONTENTID2]

 

Degupan jantung laju menemani langkah Jiyong, dan di setiap saat, fikiran jejaka itu dinaungi sepenuhnya oleh seruan Pemerintah Kelas Diraja, iaitu ayahnya Kwon Lee. Bergelar pewaris Kerajaan Castled, dia sudah dibelenggu oleh tanggungjawab besar yang bakal dipikul nanti setelah dinobatkan sebagai pemerintah diraja. 

 

'Kwon Jiyong, ingatlah...tujuan kau bernafas ialah agar dapat melindungi Kerajaan Castled!'

 

"Tania!" Jiyong menyeru nama itu sejurus selepas kelibat seorang gadis berpakaian gaun pengantin bermanik merah jambu dilihatnya. Pada ketika itu, degupan jantungnya berganda. Kerana kelalaiannya, puteri Castled Diraja iaitu Tania juga turun padang menghulurkan sokongan terhadap Ritual Penyucian Dosa di kolam yang dikenali sebagai Kolam Katarsis itu.

 

'Semua ini kerana...Sandara Park...' Wajah Sandara terapung-apung di dalam ombak pemikiran Jiyong. Tanpa disedari, kedua tangannya digenggam erat, dan dalam beberapa saat saja, dia memecut di sebelah Tania.

 

Segaris senyuman nipis terpapar di hujung bibir Tania, iaitu bakal Ratu Diraja yang akan nanti bergandingan dengan Jiyong. Tangan kanannya menyentuh lembuh pipi tunang yang dirinduinya itu, dan di samping itu, dia mengucap: "Jiyong ah, kita akan tempuhi ini bersama..."

 

Setelah sekian lama bernafas dengan hanya api kemarahan di dalam hati, akhirnya bibir Jiyong berjaya mengeluarkan sebuah senyuman yang pendek namun sungguh bermakna kepada gadis di hadapannya.

 

"Bukan korang yang harus tempuhi benda leceh ni...tapi ialah kelas ahli sihir, iaitu aku!" Sepantas kilat, Suzy telah mendahului pasangan itu tadi. 

 

Jiyong menyentap bibirnya, menahan geram yang ternyala akibat suara berbaur ego daripada Suzy. Gadis daripada kelas lusckairi itu jarang sekali gagal untuk menaikkan darahnya setiap kali mulutnya berbicara.

 

Suzy mengerling tajam ke belakang, bucu bibirnya terangkat sedikit ke atas, dadanya pula kembang kempis seolah-olah sedang menahan amarah dari dalam. "Aku sumpah lepas ni, kalau kau melanggar ikrar tertinggi lagi dengan cubaan mencerobohi fikiran Dara Park...aku akan keluar daripada puak pimpinan kau, Kwon Jiyong!" Seru gadis itu dengan nada suara yang kuat dan nyaring.

 

Wajah Tania sedikit terkilan mendengar kata-kata daripada Suzy tadi. Tanpa berfikir panjang, dia lantas menoleh ke arah Jiyong dan mula melemparkan soalan yang terbit di dalam mindanya, "Jiyong kau...cuba untuk membaca fikiran Dara Park? Tapi kenapa? Kau akan mempercepatkan proses peralihan dan-"

 

Jiyong mendengus kasar, mengangkat jarinya di antara dia dan Tania, memberi isyarat agar gadis itu berh

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet