kiss

Portrait
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]kiss.[/CONTENTID1]

 

[CONTENTID2]

 

Jiyongie...

 

 

Hurm?

 

 

Kenapa eh manusia suka tanya banyak? 

 

 

Jeez. Kerana...mereka nakkan jawapan.

 

 

Uh, wae? Cari sendiri tak boleh ke?

 

 

Ambil jalan mudah. Lagipun mereka berkumpulan, ramai, dan miliki pengetahuan yang berbeza.

 

 

 

Habis tu, kenapa Yoona tak pernah dengar Park Dara bertanya? Dia manusia...kan?

 

 

 

Dara Park tak kenal muka orang.

 

 

Ah, sebab tu dia terpilih. Ay-Ay, aku nak dia lukis Yoona juga!

 

 

 

Yoona, Yoona. Kau akan takutkan dia...

 

 

Yoona tak makan orang.

 

 

 

Percayalah, kau tak nak dia melakar potret kau... 

 

 

–¥–

 

 

"Ramyun dah habis."

 

 

Jam menunjukkan pukul satu pagi namun senyuman Minho kekal menawan. Seraya mengenyitkan anak mata, dia meraup rambutnya ke belakang. "Awak datang sedikittt lewat hari ni." Sejak Sandara menjejakkan kaki ke situ, senyuman tidak lekang dari bibir penjaga kaunter kedai serbaneka itu. Lancar saja perbualannya, layanan pun menyenangkan.

 

 

Bukan kali pertama ia berlaku. 99% Dara tidak akan mengenali muka Minho namun hatinya berkata sebaliknya. Ibarat gula-gula kapas, pertemuan dengan lelaki ini seakan-akan memberusi lembut dalaman Dara, membuatkan pipinya memerah dengan serta-merta.

 

 

Sang jantung masih berdegup sedikit kencang daripada biasa, atau lebih. Dan ada kalanya, Dara masih didatangi perasaan 'terkapai-kapai' bagai lemas di dalam air...

 

 

Apabila tiada yang kekal maka melepaskan semua pergi adalah satu-satu pilihan yang tinggal. Ibarat mentera, ayat-ayat itu terpahat di ruang terdalam kalbunya.

 

 

Perlahan-lahan Dara mengangkat wajah, meneliti muka lelaki di hadapannya. Pandangannya tajam tetapi bermakna. Dia biasa melakukan ini ketika menghafal tekstur wajah tiap seorang yang ditemuinya.

 

 

Berpuas hati, dia mengangguk kecil dan mula bergerak menuju ke pintu keluar.

 

 

"C-Cik!" 

 

 

Langkah Dara terhenti apabila suara tersebut mencecah gegendang telinganya. Dia tidak ter

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet