cerita 1

Collections Of Horror Stories
Please Subscribe to read the full chapter

Hye, nama aku Oh Sehun. Aku ada satu cerita yang nak diceritakan. Cerita ni nak kata baru mm takdelah baru sangat. Lebih kurang 4 setengah tahun yang lalu ketika aku mula-mula memasuki ke alam sekolah berasrama penuh. Memperoleh 5A dalam UPSR, kedua ibu bapaku memohon untuk memasuki sekolah yang berasrama. Kata mereka supaya aku belajar berdikari lagipun aku ni kan anak lelaki jadi pada aku itu bukanlah masalah meskipun pada ketika aku berumur 13 tahun dan aku masih ingin tinggal bersama omma dan appaku!

 

Aku menerima dua tawaran sekolah berasrama, yang pertama takdelah jauh sangat dengan rumah iaitu MRSM Seoul. Dekatlah kan dengan rumahku. Dan yang kedua SBP di kawasan agak pendalaman. Dan aku ingatkan omma dengan appa akan menghantar aku ke MRSM Seoul namun sebaliknya! Beratnya hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu!

 

Selepas selesai segala urusan kemasukan ke SBP itu akhirnya aku dan keluarga pun pergilah kesana dan korang tahu apa tak? 7 jam perjalanan sampai aku pun muak dah tengok kusyen-kusyen kereta bagai ni. Hampir je aku termuntah namun segera ditahan apabila kereta mewah milik appaku memasuki kawasan sekolah. Mmmm, biasalahkan sekolah lama  bukannya baru jadi adalah cat-cat bangunan yang sudah pudar. Alah, sekolah korang pun macam tu jugak ann, ngaku ajelah, lain lah kalau sekolah korang baru dibina dalam 2-3 tahun.

 

Berat memang berat. 12 tahun kut duduk dengan mak bapak then masuk ke 13 tahun ni kena pulak duduk asrama. Omma appa pun macam nak halau aku sangat dah! Tu pun aku masih belum lagi berumur 13 tahun kerana birthday aku bulan mei nanti maknanya lambat lagilah. Ala.. tak boleh dah lah aku nak sambut birthday dengan omma! Appa! Huh, keluhan hanya mampu terbit dibibir.

 

Okay, dah habis cerita pasal macam mana aku boleh terperangkap dalam sekolah ni! Dan kini aku sudah pun berada ditingkatan 5. Sedikit sebanyak aku mula menyayangi sekolah ini kerana disinilah tempat perjuangan aku dalam PT3 dan tahun ini SPM pulak. Disini bermakna segala kenangan pahit manis sudah pun berada dihatiku!

 

Nama sekolah? Ha, lebih baik aku rahsiakan. Nanti adakan adik-adik tak nak bersekolah kat sini. Hanya orang yang bersekolah disini dan sama batch dengan aku aje yang tahu dugaan apakah yang Tuhan kasi. Tapi sekolah ni best tau. Eh, dah-dah! Aku nak cerita ni. Ceritanya bermula begini...

 

Aku masih ingat lagi masa tu first time sakit kepala menyerang aku dengan teruk. Belum pernah berdenyut sebegini. Kalau pening tu biasalah kan, tapi masih mampu lagi aku nak buat homework, pergi prep. Ni aku rasa macam tak mampu nak bangun aje. Tawakal aje mampu.

 

“Kau okay tak Hun?” soal salah seorang rakan sedormku. Namanya Luhan. Xi Luhan. Umur? Sama dengan aku. Aku menggelengkan kepala. Dia yang sedang bersiap untuk pergi prep itu berpaling kearah ku. “Dah tak nak pergi sickbay ke?” soalnya. Seperti yang korang tahu, sickbay itu adalah bilik sakit. Ha, siapa yang sakit bolehlah duk sana. Tapi ramai aje orang yang tak sakit duk sana. Melepak. Ha yelah bilik tu kan sedikit menyorok so sukalah melepak malas nak prep. Tapi bukan aku eh. Aku baik au! Skema ni. Uhukk!

 

“Tak naklah, aku nak rehat kat sini aje. Han, boleh tak kau tolong mintak panadol dengan penyelia kat bawah,” ujarku sekaligus meminta pertolongannya. Luhan hanya mengangguk. Dia ni jarang sangat bercakap. Aku pun tak faham apalah yang ada dalam mulutnya sehinggakan susah sangat nak cakap. Ada emas kot!  Luhan kemudian keluar dari bilik. Aku hanya melihat bayangannya sebelum akhirnya aku terlelap.

 

“Hun, Sehun” terdengar suara seseorang mengejutku. Aku membuka perlahan-lahan mataku. Dia menghulurkan panadol yang dimintaku tadi. Kemudian keluar macam tu sahaja. Ah, lantaklah. Aku bangun dari pembaringan. Menuju kearah locker aku untuk mengambl air mineral. Aku nak makan ubat ni! Kepala pula semakin berdenyut.

 

Jam lima petang. Hmm awal lag

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Helovemenot
XiuHan guys! updated story 9!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 10: you're the best "* background song I'm da best 2ne1*"
sunshine_blue
#2
Chapter 10: idea awak sentiasa ade serta memuaskan hati saya..Amazing ;-)
Chiko_Miari #3
Chapter 10: Waaa!!hantu pun nk ikut balik..kikiki
mpreggoland
#4
Chapter 10: Pergh seramnya...bahaya la...
otakuromanticgirl
#5
Chapter 10: tema setan ke comeback exobaru? seriously? oh my...
kokuyuki_fnna #6
Chapter 8: saya harap author dapat buat jalan cerita yang lagi seram dan luar daripada jangkaan saya.sebab saya teringin nak baca cerita yang lebih seram sampai malam pun saya tak boleh tidur teringatkan cerita seram tu.good job authornim. ^^.thumbs up.
Chiko_Miari #7
Chapter 9: Sedihnyaa!!saya pun rindu time dorang sama²..tambah² luhan dgn xiumin..huhuhu..sedih
sunshine_blue
#8
Chapter 9: comeback? really? bila?new song ke?
mpreggoland
#9
Chapter 9: uwaaaaaaaaaaaa nangis dah ni T^T
sy pun rindu XiuHan~
and bila baca citer ni, sy terbyg mcm ni la Xiumin lps Luhan keluar Exo huhu~
Ifahzira
#10
Chapter 9: tak seram... tapi sedih! nilai persahabatan yang tinggi!