GREEN TEA LIFE (JIN x OC)

BTS ONE-SHOT STORY

Tik tik tik… alamak, dah rintik-rintik hujan. Aku berlari ke arah sebuah restoran yang berdekatanku dengan niat untuk menumpang berteduh. Aku memasuki restoren tersebut dengan rasa yang berbelah bagi kerana restoren ini kelihatan seperti tidak buka. Tak buka ke? Tapi tak ada pula sign closed.

“selamat datang, cik. Silakan duduk” ujar seorang lelaki dengan berpakaian lengkap uniform memasak. Terkejut aku dibuatnya apabila disapa oleh lelaki berkenaan. Dengan keberatan aku melabuhkan punggung di kerusi yang telah ditarik oleh lelaki itu. Dia lantas menghulurkanku menu restoren ini. Aku tertarik dengan minuman yang diberi nama Green Tea Life. Green Tea Life? Nama minuman yang pelik.

“berikan saya Green Tea Life satu. Itu sahaja.” Ujarku kepada lelaki itu. Pandangan kuhala kearah dekorasi Restoren ini. Sedikit hambar dan tidak menarik minatku. Lelaki tersebut berlalu ke dapur setelah mengambil pesananku itu. Entah mengapa aku tertarik disatu sudut berdekatan dengan cashier. Entah mengapa kaki ini berjalan kearah sudut sticky note ditampal.

|IT HARD FOR ME TO FORGET SOMEONE WHO GIVE ME SO MUCH TO REMEMBER

J.I.N|

Sangat deep ayat tersebut seakan menyimpan seribu makna. Mataku terpandang sticky note berwarna kuning di sudut yang paling tepi dipapan kenyataan tersebut.

| I MISS OUR CONVERSATION, I MISS HOW WE USE TO TALK EVERY  MINUTE OF EVERY DAY AND HOW I WAS ABLE TELL YOU EVERTHING THAT WAS ON MY MIND. NOW IN MY MIND IT’S YOU. I WISH I COULD HAVE YOU BACK

J.I.N|

Tanpaku sedar airmata ini mengalir dengan sendiri. Kenapa? Kenapa ayat ini sama dengan apa yang selalu bermain dimindaku. Andai aku dapat putarkan masa, aku ingin selalu berada dengan dia di akhir hayatnya. Eun ji unnie, saya sangat rindukan awak.

“cik okey?” ujar lelaki tadi bersama minumanku yang sudah ada di meja tempat aku duduk sebentar tadi. Dia menghulurkan sehelai tisu kepadaku dengan redup matanya. Mata itu kelihatan sungguh hiba.

“terima kasih.” Ujarku lalu kembali ke tempatku. Dia hanya melihat aku dari tempat cashier. Mungkin dia ingat aku tidak menyedari bahawa aku telah menjadi pemandangan dia saat ini. Green Tea Life itu ku hirup perlahan dan rasanya sangat sedap tapi sedikit pahit. Adakah kepahitan itu datang dari air ini ataupun dari hatiku.


“Eun Min-ah…keluarlah!” laung ommaku dari luar bilikku. Sudah berkali-kali pintu itu diketuk namun tiada tanda aku akan membukanya. Aku hanya memandang sepi ke arah pintu bilikku. Omma, mianae. Saya anak yang tidak berguna. Tidak mampu mengembirakan omma dan appa. Airmata yang mula mengalir ku kesat menggunakan hujung jari. Mata kuhalakan ke arah computer ribaku lalu kembali menaip bait-bait ayat yang sentiasa ada diminda ini.

“Eun Min-ah… tolonglah keluar,nak. Omma betul-betul rindukan kamu. Sampai bila kamu nak begini, sampai bila kamu nak menjauh dari kami. Turunlah sarapan bersama kami. Jebal…” suara itu kelihatan sayup masuk kearah gegendang telingaku. Tangisan kecil kedengaran dari luar pintu bilikku. Lagi sekali aku telah membuat ommaku menangis.

“good morning omma, appa.” Ujar Eun Ji unnie lalu mencium kedua belah pipi omma. Dia menarik kerusi yang berada di sebelahku lalu rambut aku diusap. “good morning!” ujarnya ceria kepadaku. Benci! Sungguhku benci!

“yah unnie! Orang dah rapikan rambut oranglah.”marahku. Roti yang berada ditanganku, kusuap rakus. Pelakuanku itu hanya mengundang gelak Eun Ji unnie.

“ yah! Awak ni garang sangatlah. Nanti tak ada siapa yang nak baru tahu.” Ujarnya dalam nada bergurau. Sakit telinga aku mendengar suaranya lalu aku memandang tajam kearahnya. “tak akan ada siapa nak orang selagi unnie tak mati!” katak-kataku itu menyebabkan dia tersenyum kelat.

“yah eunmin-ah… kenapa awak selalu biadap sangat dengan unnie awak!” marah omma kepadaku. Aku tidak mengendarkan amarah omma lalu beredar dari dapur dan jalan kearah bilikku.

“omma, Eun Min bergurau saja tu. Sudahlah omma, lupakan saja.” Dapatku tangkap bait-bait Eun ji unnie. Saja tunjuk baiklah itu, Menyampah! Pintuku pulas lalu memasuki bilik dengan perasaan sebel.

“ Eun Min! Eun Min! keluar sekarang! Appa cakap keluar, keluar!” laung appa dari luar. Aku bangun dari tempatku lalu ke arah pintu. Pintu kubuka lalu wajah kedua orang tuaku kelihatan.

“boh?” ujarku mendatar. PANGGG! Satu tamparan telah hinggap dipipiku. Terkaku aku dibuatnya dengan tindakan drastic appa. Airmata kembali mengalir menyentuh pipiku. Kelihatan omma sungguh terkejut lalu mendapatkanku. Pipi ini dibelek lembut.

“ apa yang awak buat ni. Kenapa awak tampar dia.” marah omma kepada appa. Appa juga kulihat seperti terkejut dengan tindakan yang tidak diduga. Tangan omma ku tepis kasar lalu aku berlari meninggalkan rumah itu.


Aku melihat ke arah langit. Unnie, saya minta maaf sebab selalu membenci awak. Bila awak tiada, baru saya tahu betapa pentingnya awak dalam kehidupan saya. Unnie… semakin deras airmataku mengalir. Orang ramai yang sedang melintasi jalan raya hanya memerhatikan aku yang sedang berdiri kaku di tengah-tengah jalan raya.

Lampu mula bertukar warna hijau namun aku masih lagi berdiri kaku. PING! PING! PING! Bunyi hon kenderaan semakin kuat dan membingitkan telinga. Boleh saya ikut unnie ke sana? Mata kupenjam tanda pasrah namun dengan tiba-tiba tangan ini ditarik oleh seseorang membuatkan aku membuka kembali mataku

“yah! Let me go! Lepaslah!”ujarku sambil berusaha untuk melepaskan tangan ini dari lelaki tersebut. Aku ditarik oleh lelaki itu sehingga tiba di sebuah lorong yang gelap. Sedikit sebanyak aku diundang perasaan takut. Lelaki di depanku berpaling menghadap aku dan ternyata lelaki berkenaan ialah pekerja restoren tempoh hari.

“ ppabo! Awak nak tinggalkan saya macam mana Eun Min tinggalkan saya! Eun Ji-ah, irona juseyo. Awak ingat dengan cara itu awak mampu mengembalikan Eun Min kepada saya. Kepada omma dan appa awak.” Marah lelaki tersebut. Dia? siapa dia? macam mana…

“ neo nugu?” ujarku keliru. Macam mana dia boleh tahu tentang unnie, tentang aku. Siapa dia yang sebenarnya. Lelaki itu jalan mendekatiku lalu aku dibawa dalam dakapannya.

“nayya… Jin. Sampai bila awak nak berada dalam halusinasi awak. Bangunlah dari dunia halusinasi awak.” Ujar Jin sedikit sebak. Jin? Jin?

“sampai bila kita nak rahsiakan hubungan ini dari Eun Min, Jin-ah?” aku terdengar namaku disebut oleh unnie. Aku saja singgah ke Restoren Jin oppa untuk melihatnya. Akikatnya aku sangat mencintai Jin oppa yang merupakan rakan Eun Ji unnie. 2bulan lepas unnie telah mengenalkanku denganya.

“molla Eun Ji-ah. Saya takut dia akan kecewa dengan kita. Saya tahu yang dia sangat menyayangi saya. Lagi pula, hubungan dia dengan awak baru saja baik.”ujar Jin oppa. Jadi selama ini Jin oppa ialah kekasih unnieku. Sekali lagi aku telah ditikam oleh unnieku sendiri. Dulu Ljoe rakan sekelasku telah dirampas oleh unnie dan kini Jin oppa.

“wae? Unnie wae?!” jeritku kearah mereka berdua. Mereka berdua kelihatan terkejut lalu unnie cuba mendekatiku namun dengan cepat aku berlari meninggalkan unnie dan Jin oppa. Mereka berdua berlari mengejarku dari belakang dan sudah beberapa kali nama ini dipanggil oleh mereka.

PING! PING! PINGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!! Aku menoleh ke arah bunyi tersebut dan ternyata aku telah berada di tengah-tengah jalan. Kenderaan tersebut tidak dapat mengelak lalu melanggar Eun Min.

“EUN MIN-AHHHHHH!!!!!!!” Jerit Eun ji lalu mendapatkan Eun Min. kepala Eun Min dipangku oleh Eun Ji. Darah yang mengalir dari belakang kepala Eun Min di tutup oleh Eun Ji menggunakan tangannya.

“yah irona! Yah eun min-ah… ironaaa… mianae. Jinjja mianae.” Semakin kuat laungan Eun Ji. Jin disebalah Eun Ji hanya terkaku tidak tahu apa yang patut dilakukan. Minda terasa kosong saat ini.

“Eun Ji ah… bogoshipo!”ujar Jin menyebabkan aku terjaga dari lamunanku itu. Aku bukan Eun Min tapi aku adalah aku,Eun Ji. Aku membalas pelukan Jin dengat eratnya. Jadi selama ini aku telah hidup dalam dunia halusinasiku. Jadi selama ini aku telah menipu diriku sendiri. Eun Min-ah, mianae…


assalamualaikum and salam sejahtera reader... akhirnya dapat juga update one short ni. tangan ni memang gatal nak update one-short ni even ff yang lain tak siap lagi. macam mana? okey tak? kalau korang tak faham, tanyalah saya. insya allah saya akan terangkan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 2: update soon~!