TULIPS (V x OC)

BTS ONE-SHOT STORY

Tanpa sedar mata ini telah memandang kearah V yang sedang berbual bersama kawannya. Tercalit senyuman dibibir mungilku namun cepat-cepat aku memadamkan senyuman tersebut kerana gusar diketahui oleh pekerja lain.

Sudah 2 bulan aku berkerja sebagai pelayan di Restoren pak cik V ini. Pada mulanya aku amat keberatan untuk berkerja di Restoren tersebut ekoran sijil kelayakan yang diperolehi aku lebih bagus berbanding kerja yang dicarikan oleh ibuku. Namun apabila aku mula berkerja di situ, barulah aku tahu betapa menyeronokkan kerja di situ. Apalagi pekerjanya baik-baik belaka malah aku sangat rapat dengan pekerja belah malam kerana aku berkerja di waktu malam.

Aku mengeluh apabila mengenangkan episode duka yang terjadi terhadapku 2 minggu yang lepas. Wajahku yang dulu sentiasa dihiasi dengan senyuman sudah pudar apabila mengenangkan V yang sudah tidak mahu berkawan denganku.

 “ oppa tengok Yerin dengan V tu macam ada apa-apa je.” Ujar Suga oppa, si pembuat air ditempat kerjaku. Aku yang sedang menyeduk air batu untuk diisikan kedalam air pelanggan lantas terhenti. Mata ku hala ke arah abang panjang.

“kenapa oppa kata begitu?” tanyaku. Mataku mencari sosok tubuh V. Risau sekira dia berada di situ. Sudah tentu akan terjadi salah faham antara kami. Aku tidak mahu itu berlaku, sungguh aku tidak mahu kehilangannya.

Suga oppa tidak segera menjawap soalan aku itu malah dia menuding jari telunjuknya kearah hati.  “ cuba tanya hati Yerin. Oppa tahu dan Nampak apa yang berada di dalam hati kamu berdua.”

Lamunanku terhenti apabila dikejutkan oleh kedatangan ibuku. Ia meminta agar aku cepat mengemaskan barangan rojak yang sudah habis dibeli oleh pelanggan. Aku hanya menurut dan cepat-cepat menyudahkan kerjaku itu.

 

Hari ini aku terpaksa pergi kerja seorang diri kerana ibuku tidak sihat. Setelah tiba aku di restoren tersebut aku mem‘marking’kan motor bersebelah dengan motor pekerja yang lain. Helmetku buka dan ku letakkan di dalam bakul motor.

segaris senyuman ikhlasku hadiahkan kepada Jin yang sedang membersihkan ayam yang sedang disiangnya itu. Jin merupakan tukang masak di restoren ini. Dia merupakan senior ditempat kerjaku kerana dia sudah 10 tahun berkhidmat untuk Restoren ini.

Dia membalas senyumanku dengan girang. Matanya tempat memanar kemataku namun cepat-cepat aku berpaling memandang ke arah lain. Aku sangat arif dengan panahan matanya itu. Aku tahu dalam diam dia menyukaiku malah pernah meminta keizinan dari ibu untuk menjadikan aku kekasihnya. Namun sayang kerana hati ini bukan miliknya, hati ini sudah dimiliki oleh seseorang yang tidak pandai menghargainya.

Aku berlalu kearah cashier untuk punch card kehadiranku. Sedang aku leka melihat kad kerjaku itu. Seseorang berdiri di belakangku membuatkan aku terkaku disitu. Hidungku menghirup bauan wangian yang cukupku kenali itu. Ia ialah si pemilik hati ini, V.

V mengambil kad kerjanya lalu di punch kad tersebut dan beredar ke arah boot Char Kuey Tiow. Dia merupakan tukang masak bagi makanan yang melibatkan Kuey Tiow. Aku hanya menghantar pemergiannya dengan ekoran mataku. Sungguh aku rindu ingin berbual dan bergurau senda dengannya.

 


Aku memandang jam yang tersangkut di dinding, sudah 6.30 petang rupanya. Aku lalu ke dapur bagi mencari sedikit makanan untuk dijamah. Perut pula sudah berbunyi riang akibat kelaparan.

“Jin… masak apa? Aku laparlah.” Ujarku ringkas. Jin yang sedang memasak itu lantas memandang kearahku yang sedang duduk di sebelah peti sejuk.

“kau nak makan apa? Aku masakkan.” Ujarnya. Dia menyenduk mee goreng yang berada di dalam kuali itu ke pinggan. Dengan sungguh teliti dia mengelap kesan sambal yang terkena senduknya itu. Dia pun menghiasi mee goreng itu agar kelihatan menarik.

“erm… apa-apa jelah.” Kataku lalu aku melatah kulit ayam berdekatan denganku. Jin hanya mengangguk lalu mengambil bahan yang diperlukan untuk memasakkan makananku. Aku melihat kearah wajahnya, kenapa susah bagi aku membuka hati ini untuk lelaki ini?

Perbualan aku dengan Suga oppa mula bermain dibenakku. Iya, memang betul apa yang dikatakan oleh oppa itu. Iya, Jin seorang yang baik dan pandai memasak. Malah dia mencintaiku sepenuh hatinya dan tanpa sedikit pun Jin mengeluh dalam mengejar cintaku. Namun kenapa hanya V yang selalu bermain dibenak ini saban hari.

“aku terdengar perbualan kau dengan Suga hyung tadi. Sungguh aku katakan, perasaan yang terbit dalam hati ini ikhlas dan tulus untuk kau. Cuma kau…” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya telah dipotong oleh aku.

“Jin… kau taukan aku sedang mencuba untuk menerima kau. Bagi aku masa, Jin. Aku try…” ujarku hiba. Jahatnya aku kerana menipunya. Aku tidak mencuba bahkan tidak sedetik pun aku memikirkan tentang dirinya.

“ kenapa? Sebab V ? Dia tak suka kau. Dia sendiri cakap kat aku. Tak boleh ke kau buka mata kau? Siapa yang selalu dengan kau tika kau sedih.” Ujarnya sedikit meninggi. Aku hanya mengeluh, selalu sangat nama V bermain dibibirnya apabila kami berbicara berkenaan hati.

“boleh tak kau jangan desak aku, Jin! Kalau tak kerana kata-kata aku pasti V…” lidahku kelu untuk terus bersuara. Mata aku bertembung dengan bebola mata V. Seperti terasa sesuatu menyusup kehatiku, aku lantas berpaling ke arah lain.

V yang baru saja masuk ke dapur terkaku melihat aku berada disitu. Dia memang sering mengelak untuk bertemu denganku. Dia cuba kelihatan seperti biasa lalu memberikan kertas order kepada Jin dan berlalu kehadapan.

Aku sudah hilang selera nak makan dan berjalan ke hadapan tanpa mempedulikan Jin yang sedang memanggil namaku. Sungguh rumit kisah cintaku ini. Sakit kepala mulalah bermaharaja lela ketika ini.


Akibat agenda tadi, aku melihat V seperti orang kehilangan arah. Dia banyak melalukan kesalah dan juga kelihatan sangat marah kepadaku. Walaupun aku dan dia tidak bertegur namun dari cara dia memandangku sudah mampu membuat aku tau akan rasa marahnya itu. Tapi kenapa dia marah? Dia cemmburu melihat aku dan Jin? Dia suka aku juga?

“ aku tak sangka gossip tentang kami akan membuat dia jauh dari aku, Jin! Aku sedih sangat bila dia taknak cakap dengan aku. Tak senyum dengan aku macam dulu.” Ujarku dalam isak tangis. Jin disebelahku kelihatan sedih apabila melihat air mata ini mengalir deras.

“kau sayangkan diakan, Yerin?” tekanya. Aku yang sedang mengelap air mata lantas memandang kearahnya. Bagaimana dia tahu isi hatiku? Aku tidak dapat menindakkan lagi lalu mengangguk lemah. Iya, memang aku mencintai V walaupun baru 2 bulan kami berkenalan. Dia yang hyper, dia yang pandai buat aku tersenyum dan tergelak itu membuatkan aku terpesona dengannya.

“ dia ada cakap dengan aku yang dia sebenarnya nak focus kerja kat sini. Tidak pernah terdetik dalam hatinya untuk bercinta.” Ujar Jin sungguh-sungguh. Aku yang mendengar pengakuan Jin itu tersenyum kelat. Nampaknya aku sahaja yang merasa perasaan ini namun tidak bagi dirinya.

Jin menghantar pemergianku kehadapan dengan ekoran matanya. Hapuskanlah airmatamu itu. Sesungguhnya ia amat menyakit jiwa ini. Cubalah untuk memahami diri ini yang selalu berharap agar satu hari nanti dirimu akan menjadi milikku.

aku mengumpul kekuatan lalu berjalan keluar dari dapur dan mencari . Aku ternampak dia sedang bercakap dengan Rapmon. Aku lalu mengatur langkah kearah mereka.

“V-ah, kau salah faham. Aku tak suka kat kau yang mean macam aku cintaikan kau and nak kau jadi boyfriend aku.” Tipuku. Sebaik mungkin aku menahan reaksi mukaku agar tidak nampak seperti aku berbohong. Dapatku tangkap reaksi wajahnya yang kelihatan sangat sunggul. Kenapa? Kenapa kau macam sedih,V? Bukan ini yang kau nak dengar? Aku just nak kau tegur aku macam dulu.

Jimin menarik tanganku membuatkan aku tersentak dari lamunan. Eh? Kenapa dia ni. Aku dibawa kebelakang kedai. Setibanya kami dibelakang restoren, dia memandang aku dengan pandangan yang tajam.

“kau kalau tak suka jangan bagi harapan dekat kawan aku. Kalau tak suka cakap tak suka. Jangan buat dia kecewa.” Marah Jimin kepadaku. Aku yang tidak faham hanya mampu mengeleng sambil menutup telingaku. Apa lagi ujian yang hadir kepadaku. Sudahlah, aku sudah penat dengan permainan ini.

“Kalau tak suka V jangan bagi dia harapan. Tolonglah Yerin-ah..” nada suara Jimin sedikit mengendur. V? Dagu ku dongak memandang Jimin meminta kepastian darinya. V menyukaiku?

“V? Dia suka aku?” tanya aku. Pertanyaanku dijawap dengan anggukan daripada Jimin. Air mata ini laju saja mengalir apabila mengetahui kebenaran. Berat sungguh aku ingin menjamah bait-bait yang dikatakan Jimin.

“tapi Jin cakap V tak suka aku. Malah tidak terdetik dalam hatinya untuk bercinta.” Ujarku sedikit keliru. V memandang aku dengan pandangan sinis.

“dia sukakan kau lebih dari kau tahu. Tak pernah sekali pun dia tak fikir pasal kau. Tapi kau dengan semena-menanya memainkan perasaan dia. percaya sangatlah kat Jin, dia itu sukakan kau sebab itu sanggup cakap macam tu.” Kata-kata Jimin menyebabkan aku terkaku. Apa yang berlaku ini? Terasa aliran penafasan aku tidak teratur.

Jimin meninggalkan aku yang sedang terpinga-pinga. Terduduk aku di bahu jalan itu sambil menangis. Baru saja aku ingin mengundur diri dan ingin melupakan V dan kini aku mendapati V turut menyukaiku. Sakit, sakit sangat hati ini dengan pengakuan itu. Siapa yang patut aku percaya saat ini?

Hampir 20 minit aku terduduk kaku dibahu jalan sambil menangis. Yerin, kau tak boleh kelihatan lemah, kau kena kuat. Jangan nampak yang kau sayang dekat V. Aku lantas bangun dan menyeka airmataku. Aku berjalan memasuki Restoren dengan hati yeng berkecamuk. Sedaya mungkin aku menayangkan senyuman kepada pelanggan yang ada.

Aku menangkap kelibat V dan Jimin yang sedang berbual di Boot Char Kuey Tiow. Kenapa kelihatan mereka berdua seakan sedang bertengkar. aku malas hendak ambil tahu, sudah banyak benda yang masuk ke fikiran ini minta difikirkan.

Walaupun minda mengatakan jangan mengambil tahu hal mereka berdua, namun hati ini mengesa agar aku berpaling kearah mereka. aku berpaling kearah mereka apabila rasa hati ini kuat memberi signal. Tersentak apabila Jimin berjalan kearah aku. Aku cepat-cepat mengelap meja agar tidak kelihatan seperti mengintai mereka.

“Yerin-ah, pasal tadi tu. Sebenarnya… aku gurau je. Sorry ek.”ujarnya sambil tersengih-sengih. Apa? Jadi aku berharap pada yang tidak sudi? Lagi sekali hati ini disakiti. Aku mengawal riak mukaku lalu melemparkan senyuman yang dibuat-buat.

“tak apa… lain kali jangan buat macam itu lagi. Kau telah dera hati ini tadi. Hahaha…”ujarku cuba berjenaka namun jenakaku hambar kerana anak mata Jimin kelihatan berkaca. Ek? Aku terpenah seketika lalu Jimin meminta diri ke dapur.


Bukan main gembira ibuku apabila menerima surat daripada Universiti Malaya. Isi kandungannya hanyalah menyatakan bahawa aku ditawarkan belajar di U berkenaan. Sejujurnya aku sangat gembira dengan khabar ini namun entah kenapa wajah V menghiasi benakku.

V? Patutkah aku memberitahu lelaki itu bahawa aku akan ke Universiti pada hujung minggu ini? Tapi untuk apa aku mengkhabarkan berita gembira ini kepadanya. Bukan dia sudi mendengar malah mungkin dia tidak ambil pusing akan berita ini.

Aku menghembuskan nafas dengan perlahan. Aku harus memberitahunya besok. Aku mesti mendapatkan jawapan daripadanya sebelum aku ke Universiti.


Aku memandang kawasan Restoren, lenggan. Hanya tinggal aku dan dia saja di hadapan manakala pekerja yang lain sudah beransur pulang kerena masa berkerja sudah tamat.

“V-ah… ada sesuatu yang aku nak tanya kau ini.” Ujarku sedikit gugup. Dia yang sedang punch card berpaling memandang aku. Badannya disandarkan ke dinding sambil tangannya berpeluk tubuh.

“selama kita jadi kawan pernah tak kau suka aku?” aku memandang kearah lantai. Tidak sanggup bermain mata dengannya. V meraup rambutnya lalu dia memandang aku.

“ tak pernah sekali pun aku lihat kau sebagai seorang wanita.” Ujarnya dingin. Ayatnya menyentuh tangkai hati ini dan menyebabkan hati ini terasa seperti disiat.

“ walaupun sekali?” kali ini aku beranikan diri memandang matanya. Setiap kali mata itu ku renung, aku merasakan dia juga mencintaiku namun kenapa dia menindakkan.

“ tak ada walaupun sekali.” Ujarnya sedikit meninggi. Aku berpaling memandang lantai untuk mencari kekuatan lalu aku memandangnya kembali.

“begitu juga aku. Saja aku nak tanya sebab aku takut nanti kau sedih bila aku pergi U. aku masuk U hujung minggu ni, ah.. tu je nak bagitau. Bye.” Ujarku dengan riang yang dibuat-buat. aku berjanji yang ini akan menjadi air mata terakhir aku untuk dia yang bernama V.

V tersenyum kelat. bukan aku tak cinta. Bukan juga aku tidak sayang namun ego ini telah menjadikan aku seorang lelaki yang bodoh disaat ini. Dan aku ada alasan tersendiri kenapa aku harus menindakkan perasaan ini

 


akhirnya habis juga oneshort saya. cerita ini macam tidak ada kesudahan yang mutlak kerana saya sendiri masih lagi menanti jawapan yang pasti dari lelaki berkenaan. if its meant to be its will to be ^^

terima kasih kepada reader yang sudi baca ff saya yang tidak seberapa ini

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 2: update soon~!