Episode4;

what do you call the nice one in gangster group?

           Mark berjalan menghampiri Jinyoung yang sedang lepak seorang diri di tepi koridor. Dia memandang jauh ke arah pemandangan sekitar Haneul College. Mungkin fikirannya tidak berada di sini sekarang. Mark mendekati Jinyoung. Jinyoung memusingkan kepalanya; memandang Mark yang berada ditepinya. Mark kelihatan seperti biasa. Mukanya tiada reaksi. Dan dia masih diam seperti sediakala. Jinyoung meletakkan tangan kirinya di atas bahu Mark.

" Kau pergi mana tadi ? " soal Jinyoung.

" Aku pergi ke tandas tadi, " jawab Mark dengan tenang.

" Lamanya kau pergi tandas. Tadi aku pergi dewan theater tu. Cari perempuan yang cuba mencabar aku tu. Tapi dia dah takde dekat situ. Kau ada nampak dia? " soal Jinyoung lagi.

Mark tidak senang duduk mendengar soalan Jinyoung. Dia sedaya upaya untuk kelihatan tenang sahaja. Dia menggelengkan kepalanya; tanda dia tidak mengetahui keberadaan perempuan yang dicari oleh Jinyoung. Jinyoung mengangguk sahaja melihatkan respons Mark.

" Kenapa kau cari dia ? Kau masih nak balas dendam pasal hari tu ? ". Mark memandang muka Jinyoung untuk mencari jawapan. Jinyoung menepuk belakang Mark dengan senyuman.

" Ye , mestilah. " Jinyoung tergelak kecil.

" Tapi , dia kan perempuan. Aku dengar dia pelajar pertukaran dari overseas. " Mark berkata; masih memandang Jinyoung yang tidak banyak menunjukkan reaksi ganasnya hari ini.

Jinyoung mengangguk dan tersengih seorang diri.

" Banyak jugak yang kau tahu pasal dia eh? " Jinyoung memandang Mark yang mula gelisah.

" Tak.. Takdelah. Budak kelas aku tu sekarang tengah kecoh pasal dia. Sebab tu aku tahu , " Mark berkata. Cuba meyakinkan Jinyoung dengan penipuannya. Jinyoung hanya tergelak mendengar jawapan gelisah Mark itu. Dia memaut leher Mark dan meng'heret' nya untuk beredar dari situ.

" Ye lah , Mark. Jom teman aku jap, " Mark hanya mengikut sahaja jejak Jinyoung. Entah mereka ingin menuju kemana.

 

 

                ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

 

 

           Jinyoung menolak Mark ke dinding. Mereka berada di bawah sebuah jambatan yang terletak di belakang Haneul College. Pengikut-pengikut Jinyoung mula mengerumuni Mark. Mark memandang muka mereka semua dengan ketakutan. Dia cuba memegang tangan Jinyoung, tetapi Jinyoung mengelak untuk dipegang oleh Mark.

" Aku dengar , kau sorokkan perempuan tu. Kau nak jadi pengkhianat ye sekarang ? " Soal Jinyoung dengan sinis.

Pelbagai persoalan yang timbul dikepala Jinyoung. Bagaimana Jinyoung dapat tahu hal tersebut? 

" Jinyoung-ah , it wasn't like that. Aku bukan khianati kau. " kata Mark. Jinyoung hanya tergelak sahaja. Dia menyuruh pengikutnya memukul Mark dengan kuat. Mereka mengikut kehendak Mark dan mula memukul Mark sehingga Mark lemah tidak dapat melawan. Jinyoung menyuruh mereka berhenti dan dia mencangkung duduk memandang Mark.

" Aku boleh faham kalau selama ni kau tolong orang yang aku buli. Tapi kenapa kau sembunyikan perempuan tu? " soal Jinyoung dengan serius.

" Just because. " Mark menjawab ringkas. Dia cuba mengelak untuk memandang Jinyoung. Jinyoung mencengkam muka Mark untuk memandang tepat ke matanya.

" Atau... Kau suka budak tu? " Jinyoung bertanya. Dia melepaskan cengkamannya dan berdiri. Lalu , dia menyepak perut Mark dengan kuat sebelum meninggalkan Mark yang lemah terbaring di bawah jambatan itu.

 

 

               ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

 

 

             Seola berjalan seorang diri apabila selesai kuliahnya. Dia tidak mahu pulang ke rumah terus , sebaliknya dia mengatur langkah menuju ke taman yang berada dekat dengan Haneul College. Sedang dia seronok menikmati keindahan alam sekitar , dia ternampak Mark yang duduk disebuah bangku di taman tersebut. Mukanya terdapat sedikit luka dan berdarah. Keadaannya juga kelihatan lemah. Seola menghampiri Mark dan duduk ditepinya. Dia menilik luka yang berada di muka Mark. Seperti luka yang baru sahaja lagi. Mark yang menyedari kehadiran Seola , memalingkan mukanya supaya Seola tidak nampak akan luka dimukanya.

" Mark , awak okay? Macam mana awak dapat luka ni? " tanya Seola risau. Mark kelihatan tidak mahu menjawab dan terus mendiamkan diri. Seola tidak ingin bertanya banyak. Mungkin dia akan mengganggu emosi Mark jika bertanya lagi walaupun dia sangat-sangat mahu tahu akan apa yang berlaku. Dia mengeluarkan handyplast dari poketnya dan meletakkannya dalam genggaman Mark. Handyplast tersebut merupakan pemberian Mark juga ketika dia dibuli oleh Jinyoung sebulan yang lalu. Mark hanya memandang tindakan Seola meletakkan handyplast di atas tangannya.

" Awak dah makan ? " soal Seola lagi. Mark hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalan Seola. Seola mengeluarkan hamburger dari beg sandangnya. Dia meletakkan hamburger tersebut di atas tangan kanan Mark. 

" Saya belum makan hamburger tu. Awak ambil lah. Awak nampak lemah sangat. Nanti rawat luka awak tu , dan tampal dengan handyplast tu. Awak tak perlu ganti, sebab handyplast tu kepunyaan awak jugak. Makanlah hamburger tu. Kalau nanti awak rasa nak balas jasa saya, awak belanja lah saya hamburger kat kafe tu. Saya takkan tolak rezeki yang datang bergolek, " tambah Seola lagi. Dia bangun dan berjalan meninggalkan Mark seorang diri. Kata Mummy , jika seseorang itu emosi tidak stabil, kita lebih baik membiarkan mereka berseorang dahulu. Oleh sebab itulah Seola membiarkan sahaja Mark melayan perasaanya dulu. Tiada guna bertanya banyak ketika emosi seseorang tidak stabil.

 

Mark memandang Seola yang berlalu pergi begitu sahaja. Dia memandang pula handyplast dan hamburger pemberian Seola ditangannya. Pelik!

 

               ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet