Episode3;

what do you call the nice one in gangster group?

            Seola berjalan menuju ditepi koridor sambil melihat suasana Haneul College yang agak begitu tenang dengan kehijauan alam semula jadi digabungkan dalam fakulti ini walaupun Haneul College ini berada ditengah bandar. Seola menarik nafas dalam dan menghebuskannya secara perlahan. Korea betul betul berbeza dengan New York. New York begitu sibuk pemandangannya. Kata Boksoon , di Korea , Busan adalah daerah yang paling sibuk. Oh ya , kini dia dan Boksoon sangat rapat. Seakan-akan kembar dua merpati. Kemana sahaja pasti berdua. Tapi malangnya mereka tidak sekelas. Sudah sebulan dia berada disini , di Haneul College. 

 

Hampir sebulan yang lalu , dia begitu berani berkata bahawa dia tidak takut akan serangan Jinyoung si kepala batu itu. Tapi sejujurnya dia sentiasa lari apabila bertembung dengan kumpulan 'gangster' itu. Dia tahu Jinyoung cari dia untuk membalas dendam. Dia sepatutnya tampil dengan berani. Tapi dia gagal mencari keyakinan dalam diri, dan terus lari apabila ternampak Jinyoung and the gang. Seola mengeluh. Dia rasakan bahawa dirinya tidak selamat di Haneul College. Dia diburu untuk balas dendam Jinyoung itu. Dia rasa seperti hidupnya tidak tenang sejak kejadian itu. Telefonnya berdering. Seola tersenyum apabila melihat nama 'Mummy' di skrin smartphone nya. Dia segera menekan ikon hijau. 

" Mummy ! " Seola memanggil Mummy nya di hujung talian.

" Seola , how are you there ? " soal Mummy nya.

" I'm just fine here. But ..I couldn't help myself when get bullied by.. " Seola tidak jadi menyambung ayatnya. Dia tidak sepatutnya menceritakan masalah tersebut kepada Mummy nya. Dia akan hanya membuatkan Mummy nya risau. Sah sah lah Mummy nya akan datang ke Korea untuk melihat keadaannya nanti.

" Get bullied !? Who did that to you , honey? Tell me who's the one ? " Mummy nya mula risau.

" No no , I mean.. what IF " Seola membetulkan ayatnya untuk menyembunyikan hal sebenar. Dia menekankan ayat 'what if' supaya Mummy nya tidak begitu risau.

" No one bullied me , I'm just fine here. I got a new friend. Boksoon , her name. " Seola ketawa kecil dihujung ayatnya. Mestilah dia perlu menceritakan soal Boksoon sekali kepada Mummy nya. 

" Okay then , its nice to hear you're okay and you got a friend to be with there. Send my regards to Boksoon , your new friend. I have to end the call , I got a lot of document to check. Talk to you later honey. Love ya , bye. " Mummy nya mematikan talian. Seola memahami Mummy nya seorang pekerja yang sangat sibuk. Seola tersenyum dan menyimpan smartphone nya ke dalam poket bajunya.

 

Tiba-tiba seorang lelaki berlari menuju ke arahnya dan menariknya masuk ke dalam sebuah bilik yang kelihatan seperti stor alat muzik. Lelaki tersebut menolak Seola masuk ke dalam bilik dan dia menguncikan pintu bilik itu dari dalam. Dia mengelap peluhnya yang membasahi dahinya sebelum menghembuskan nafas yang kedengaran begitu berat. Dia masih tercungap-cungap kerana berlari tadi. 'Apa motif dia bawa aku lari masuk sini? Kunci bilik pulak tu!' tanya hati Seola. Seola memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Mark! Lelaki yang pelik itu.

" Apa awak buat ni ? " Seola memberanikan diri untuk bertanyakan Mark. Mark berpusing dan memandang muka Seola ketakutan.

" Kau boleh berbahasa korea ? " Tanyanya kembali kepada Seola.

" Bolehlah sikit ..Tapi apa awak nak ni? " Seola berkeras menanyakan Mark. Mark seperti mahu berdalih sahaja.

" Me too. " Dia memberikan senyuman sepintas lalu. Dia duduk di atas lantai dan menyandarkan belakang badannya pada dinding bilik itu.

" Sorry sebab bawak kau ke sini. Jinyoung dapat tahu kau kat sini. Dia dalam perjalanan nak ke sini sekarang. " Mark memperlahankan suaranya. Dia memandang Seola yang sudah mula mendekatinya dan duduk ditepinya. Seola tidak mengeluarkan sebarang kata-kata apabila Mark bercakap. 'Wah, hensem jugak suara dia ni.' getus hati Seola. Dia memandang Mark dengan penuh tanda tanya. 'Habis tu kenapa dia bawak aku ke sini? Bukan ke dia salah sorang anggota kumpulan tu ke?'.

" Kalau kau kena buli , kau tak sepatutnya terus lawan. Kalau kau nak survive , kau kena cuba jadi orang yang kuat. Tapi kau bukan lelaki. Kau perempuan , takkan lah kau nak masuk taekwando pulak. " katanya lagi.

" Eh awak pandang rendah kat saya ke ? Saya masa kecil dulu sempat masuk taekwando wakil America tahu tak? " Seola merasakan dirinya dicabar.

" Zaman tadika ? " Mark bertanya kembali. Dia tersengih sinis mendengar jawapan Seola yang agak berani itu. Seola menjeling Mark ditepinya dan membuat muka yang masam. ' Dia ni kenapa perli aku pulak'.

" Aku tak suka membuli , aku tak suka pukul orang. Aku tak suka rampas duit orang lain atau apapun. My mom and dad made enough money to afford all of that things for me. Tapi aku perlu survive kat sini. The only way to survive is be one of them. That's how you will not being bullied. " Mark menjelaskan kisah hidupnya tanpa ditanya langsung oleh Seola. Sejujurnya Seola ingin mengetahuinya juga. Siapa tahu Mark dulu yang membuka cerita sebenar. Seola hanya mengganguk mendengarkannya.

" Aku dengar kau pelajar pertukaran dari New York. Sebab tu lah masa kau gaduh dengan Jinyoung , your pronounce sound very good. " Mark memberikan senyuman kepada Seola yang memandangnya.

" Yes , I'm half korean by my mom and half american by dad. Awak pun ke ? " Soal Seola.

" I'm half Taiwaneese , and half American. " Mark menjawab soalan Seola dengan tenang.

" Kenapa awak ...bawak saya ke sini? " Seola bertanya. Dari tadi lagi dia bertanya, tapi Mark tidak menjawab dan berdalih dengan soalan dan jawapan lagi. Mark memandang Seola dan tersenyum.

" Sebab kau perempuan. " 

 

Apa yang dia nak cakap ni? Ha! Ni aku tak sedap duduk ni.

 

" Sebab kau perempuan, dan aku bukannya dayus. Aku akan lindungi kau daripada Jinyoung tu. Sebab kau adalah mangsa pertama yang merupakan seorang perempuan. Takde perempuan yang seberani kau yang serang Jinyoung tahu tak, " jelas Mark.

Seola terkejut dengan perkataan 'dayus' itu. Mark tahu ke dia cakap mereka dayus ketika mula-mula jumpa dahulu? Atau Mark dapat meneka fikirannya? Seola menjarakkan dirinya dari Mark. 

Mark mendengar tapak kaki seseorang dihadapan pintu bilik itu. Seseorang dan beberapa kaki yang lain. Dia menarik Seola dan memeluk Seola kedalam dakapannya. Tapak tangan kanannya menutup mulut soalan bagi memastikan dia diam dan Jinyoung tidak mengecam mereka berdua dia dalam itu. Seola terkejut dengan tindakan Mark. Ingin saja dia menendang Mark tapi mereka atau lebih mudah dia sendiri akan ditangkap oleh Jinyoung. Yang menjadi tanda tanya kenapa pelukan Mark sangat hangat? Mungkinkah sebab bilik ini panas , barangkali? Mereka berdua kekal dalam posisi tersebut untuk beberapa minit sebelum kaki kaki tersebut mula beredar dari bilik itu. 

 

Mark melepaskan pelukan dan tangannya daripada Seola. Dia menarik nafas lega selepas dia mendapati mereka sudah tiada disitu. Mark memandang Seola yang kelihatan agak lemah. Dia baru sahaja mengheret Seola ke bilik yang panas ini dan menutup mulut Seola yang boleh menyebabkan Seola lemas tidak boleh bernafas. Seola mengelap peluh di dahinya dengan hujung lengan bajunya. Dia memandang Mark yang sedang memandangnya.

" Apa ? " soal Seola.

Mark mengeluarkan tisu daripada poket seluarnya dan menghulurkan kepada Seola. Kahsian pula melihat Seola yang basah kuyup dek peluh kepanasan. Seola menyambut huluran tisu oleh Mark dan mengelap peluh disekeliling mukanya.

" Jinyoung dah takde kat sini , kau boleh pergi dulu. " kata Mark setelah lama membisu.

Seola mengganguk sahaja dan bangun dari duduknya. Dia memulas tombol pintu dan melangkah keluar dari bilik stor yang panas itu. Dia memusingkan badannya dan memandang Mark yang juga turut keluar dari bilik itu. 

" Saya pergi dulu. Terima kasih cuba lindungi saya , saya faham maksud awak. Nanti saya apply for hapkiddo team. Saya akan belajar pertahankan diri saya. " Seola menbongkokkan badannya dan memberikan senyuman manisnya kepada Mark. Mark tersenyum mendengar kata-kata Seola. Seola memusingkan badannya dan melangkah untuk kembali ke kelas.

" I'm Mark , Mark Tuan Yi-En! " Laung Mark dari belakang dengan senyuman.

Seola memusingkan badannya dan memandang Mark dengan senyuman. Walaupun dia sebenarnya sudah mengetahui nama Mark, dia tetap mengangguk kepada Mark.

" And I'm Seola. Seola Andrian Lee! " Laung Seola kembali dengan senyuman. Dia berjalan keluar dari dewan theater tersebut dengan senyuman penuh kebahagiaan. Entahlah senyuman yang mentafsirkan apa.

Mark mengangguk dan tersenyum sambil tangannya mengaru belakang lehernya yang tidak gatal. Dia memandang Seola yang meninggalkan dewan theater itu sehingga hilang dari pandangannya. Sekarang , dia perlu berjumpa Jinyoung dan menghadap lelaki tersebut dengan selamba tanpa reaksi seperti biasa.

 

                 ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet