Lima

The Only Reason
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Baru aku perasan bahawa pagi itu aku bangun tidur dengan memeluk gitar. Patutlah aku rasa macam keras saja bantal peluk ku. Rupa-rupanya bukan bantal peluk yang aku peluk. Telefon aku hidupkan untuk melihat jam. Lega rasanya bila aku tengok waktu masih awal pagi. Baru pukul lima pagi. Boleh lelap lagi untuk setengah jam nampaknya. Gitar yang ku peluk tadi aku letakkan semula di stand sebelah meja belajar. Lepas aku set alarm, aku lelapkan mata semula dengan harapan boleh lena barang sekejap.

Tok! Tok!

Tersedar aku dari tidur apabila aku terdengar seseorang mengetuk pintu bilikku dengan kuat. Tapi mata tidak juga ku buka. Berguling ke kiri dan kanan sekejap, aku dengar lagi pintu bilikku di ketuk. Masih lagi dengan mata tertutup, aku ambil telefon yang aku letak di sebelah bantal lalu aku lihat jam yang terpampang di skrin.

6.45 am.

Mata aku membulat besar. Terkejut beruk aku. Enam empat puluh lima pagi? Kelas mula pukul tujuh setengah!

“Hei, Wendy! Kau tak bangun lagi ke? Nak aku pecahkan pintu ke?”

Makin membulat mataku mendengar suara itu. Sehun? Biar benar dia yang berada di depan bilikku. Buang tabiat ke budak ni?

Sudahnya kelam kabut aku bangkit sebelum aku capai tuala dan berus gigi dan pencuci muka. Sebaik sahaja aku buka pintu, sememangnya Sehun tercegat di depan pintu, memandang aku atas bawah dengan kening terangkat.

“Amber kata kau biasanya bangun awal.” Katanya yang berdiri di sebelah pintu sambil menyilangkan lengan. “But I guess you’re not.”

“Aku terlambat bangun okay. Why are you here anyway?” Balasku sedikit jengkel dengan sindirannya. Bukannya selalu aku terlewat bangun. Ah, ini semua dia punya pasal! Kalau tidak kerana aku asyik memikirkan tentang dia sebelum aku tidur, mesti aku dah bangun awal.

“Sebab aku nak jemput kau ke kelas?”

“Why?” Tanya aku lagi. Tak puas hati dengan jawapan dia sendiri yang kedengaran tak yakin.

“Because you’re the princess.” Sahut Sehun bersama senyuman panjang.

Makin meluat aku mendengar kata balasnya. Tapi buat masa sekarang, memang aku tak cukup masa untuk berdebat dengannya. Akhirnya aku mengalah. “Fine. Bagi aku lima belas minit.”

Sehun hanya angkat bahu dan terus menunggu aku di depan pintu. Bagai lipas kudung aku berlari ke bilik air dek kesuntukan masa.

“Ah! Sejuknya!” Rungutku setelah kupulas pili untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Usai urusan ku di bilik air, aku berlari pula ke bilik untuk bersiap. Dalam masa sepuluh minit, aku telah siap memakai uniform dan menyembur haruman ke tubuh. Masih terasa kesejukan air tadi, aku capai skaf hitam pemberian ibu lalu aku belitkan ke leher.

Kami tidak sempat bersarapan di kantin pagi itu, namun, Sehun memberikan sebungkus roti kacang merah yang dia memang simpan sebagai stok makanan dalam biliknya. Seperti yang Sehun janjikan, dia menghantar aku hingga ke depan kelas, sehingga mengundang pandangan tidak enak ke arah ku. Aku tahu Sehun seorang yang popular di sekolah ini. Daripada yang aku perhatikan, dia popular kerana pertama, semestinya sebab dia kacak dan tinggi lampai; kedua, dia peramah orangnya. Dia tidak lokek dengan senyuman walaupun dengan orang yang tidak dikenali. Ketiga, dia mudah disenangi. Dia boleh bergaul dengan semua orang, daripada pakcik kantin, guru, pelajar hinggalah pengawal keselamatan, dia boleh berbual dengan mesra tanpa rasa janggal. Sudah sedia maklum dengan perhatian secara tak langsung dari Sehun, aku buat dono saja dan teruskan sesi pembelajaran seperti biasa. Memandangkan kelas Sehun berada di blok sebelah, dia tidak perlu susah-susah berlari marathon untuk mengelak lambat.

Kelas yang aku sangka sudah tamat buat hari ini rupa-rupanya hanyalah angan-angan. Aku baru perasan bahawa hari ini aku ada kelas tambahan bahasa Korea selama sejam setengah di makmal bahasa. Ah, sudah. Apa kejadahnya makmal bahasa ni? Setahu aku makmal sains saja yang wujud. Ada juga makmal bahasa di sekolah ini.

Pantas aku sumbat planner berwarna kuning air ini ke dalam beg. Aku meluru keluar dari kelas setelah aku bertanyakan lokasi makmal bahasa kepada Taemin yang masuk ke kelas selepas menghantar buku ke pejabat guru. Sedang aku berlari, telefon aku berbunyi.

“Kau kat mana?” Sehun bertanya tidak sabar.

“On the way. I got confused about the location but I think I’m on the right track.” Beritahuku dalam mengah. “Wait, why are you calling me and why am I telling you this?”

“Because we have the same class, princess. Cepatlah. Aku tengah tunggu kau ni.” Jawab Sehun bersahaja. Aku gigit bibir bawah menahan geram. Mengapalah dia tidak beritahu aku pagi tadi! Kan senang kalau aku minta dia tunggu di depan kelas aku sahaja. Tak perlu susah-susah aku bertempiar mencari-cari di mana letaknya makmal bahasa.

“Berapa kali dah aku cakap jangan panggil aku princess.” Tegas aku yang entah ke berapa kali.

“But you like it anyway.”

Terus aku tutup panggilan sebaik sahaja aku jumpa blok jabatan bahasa. Sepatutnya dari hari pertama lagi aku minta Jongin tunjuk arah pada aku sebab dia dari kelas sastera yang selalu ke makmal bahasa. Boleh pula aku lupa tentang itu. Inilah yang lecehnya kalau kawasan sekolah besar sangat. Penat hendak mencari di mana blok jabatan yang tertentu. Dah macam di universiti pula.

Setelah lima minit aku mencari, jumpa juga aku dengan makmal yang ku cari-cari. Dengan rasa gementar, aku melangkah ke arah bilik makmal yang bertandakan makmal bahasa Korea. Apabila aku menolak pintu makmal, aku dapati kelas telah pun bermula. Cikgu yang mengajar kelas ini – Cikgu Kyuhyun- memahami masalah pelajar baru seperti ku yang selalu tersesat di kawasan sekolah ini dan pantas memaafkan aku biarpun ada di selit peringatan agar aku tidak terlambat lagi menghadiri kelas suplementari ini.

Sehun aku lihat telah pun menyediakan tempat buatku. Di makmal ini ada lapan buah meja makmal yang boleh menempatkan empat orang pelajar di setiap meja. Sehun duduk di meja paling hadapan, kedudukan yang aku paling benci sebab aku perlu tumpukan perhatian sepenuhnya.

Hendak dijadikan cerita, rupa-rupanya Sehun adalah mentor aku. Cikgu Kyuhyun kata Sehun sendiri yang mahukan posisi itu. Katanya dia sudah kenal dengan aku, jadi tak salah untuk dia membimbing aku dalam kelas ini. Dalam hati hanya Tuhan saja tahu betapa gembiranya aku. Sehun sendiri yang mahukan aku sebagai mentee!

Selesai sahaja kelas bahasa Korea, kami berjalan beriringan pulang ke asrama. Sambil menjinjing beg, Sehun mencuit lenganku. “Malam ni kau free tak?”

Aku mengurut dagu seolah-olah sedang berfikir. Sehun kulihat tersenyum kecil melihat gelagatku. “Hmm... aku nak stock up food. So aku akan keluar untuk beli makanan. So, maybe aku tak free.”

“Ok. Aku ikut.” Putus Sehun selamba.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fairywall
#1
hello~

maaf kami menyemak jap.. ehem ehem..

ingin sesuatu tempat yg bertemakan ala2 fairy tales? ingin tempat yg indah? -kno... marilah join TINGKER FAIRY WORLD malay rp. rp ni sama je mcm rp lain-lain tapi kami akan cuba buat rp nie jadi aman damai..and aktif.. marilah penuhkan rp nie.. kedatangan anda amat di alu-alukan oleh kami.

http://www.asianfanfics.com/story/view/1077826
JEON_JI #2
Chapter 1: Daebak~ Apa yang Sehun cuba nak buat dekat Wendy sbrnya? Woe~ Curiousnyaaa...Update soon :D