(III)

Trapped (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

AKU membawa Cinderella ke istana dan sudah tentu kami ke sana dengan berjalan kaki. Tak akanlah aku mahu membawa gadis berambut perang itu menaiki penyapu terbang milik Sehun pula? Mahu menjerit sampai takde suara Cinderella nanti dek terkejut. Sehun pula sekadar mengikut langkah kami berdua dari belakang. Kiranya dia macam pengawal kamilah.

 

"Kenapa Cik Nayeon sanggup buat semua ni?"tanya Cinderela kepadaku ketika kami berjalan seiringan menuju ke istana. Sehun yang berjalan di sebelah kiriku memerhatikan saja kami berdua berbual.

 

"Sebab saya nak balik ke dunia asal saya."

 

"Maksudnya?"Cinderella buat muka tak faham.

 

"Sebenarnya saya dan Sehun dari masa depan. Jika kami mahu pulang ke masa depan kami perlu satukan awak dengan Putera Myungsoo."

 

Cinderella memandang Sehun di sebelahku, seperti meminta penjelasan yang lebih mendalam.

 

"Sebab sudah tersurat di syurga yang jodoh awak dengan Putera Myungsoo..."

 

"Wah, orang masa depan boleh tahu jodoh masing-masingkah? Hebatnya!"

 

Aku tersenyum. "Takdelah macam tu... Tapi kenapa awak nampak macam tak terkejut pun bila tahu kami berdua dari masa depan?"

 

"Mungkin sebab saya percaya akan kewujudan pari-pari. Dengan bantuan pari-parilah saya mengenali Putera Myungsoo."

 

Ah, betullah! Aku lupa dalam cerita Cinderella, dia dibantu fairy God-mother untuk ke majlis tari -menari yang diadakan di istana.

 

"Cik Nayeon, boleh saya tanya sesuatu?"Cinderella memandang ke arahku dengan riak muka yang agak serius.

 

"Apa dia?"

 

"Cik dengan Encik Sehun dah lama ke bercinta?"

 

Aku mengerutkan dahi. Sehun di sebelahku sudah tersenyum-senyum mendengar soalan gadis itu. Akku tak tahu kenapa dia senyum sebegitu rupa. Nampak macam ert pun ada.

 

"Err... Saya dengan dia tak bercinta pun lah, Cinderella. Sehun cuma pembantu saya saja."

 

Cinderella mengerutkan dahinya pula. "Really? Saya ingat kamu berdua bercinta. Sebab kamu berdua nampak sangat secocok!"

 

"Sebenarnya Nayeon suka saya tapi dia malu nak luahkan...ouch!"

 

Hah, padan muka! Siapa suruh kau melalut? Kang dah kena tumbuk dengan aku. Hish, tak paham betul aku dengan si magician ni. Sesuka hati anak tekak dia je nak cakap apa. Tadi bukan main serius, sekarang nakal nak mampus!

 

Tidak berapa lama kemudian, kami sampai di perkarangan istana. Disebabkan Putera Myungsoo memperkenalkan aku sebagai bakal isterinya kepada seisi istana, semua pekarja di situ mengenaliku. Pengawal istana yang berada berhampiran segera mendekatiku dengan wajah yang amat cuak, dan aku tahu mengapa reaksi mereka sebegitu.

 

"Cik Nayeon! Ke mana Cik Nayeon pergi? Dari tadi lagi Putera Myungsoo mencari cik untuk ke butik pengantin bagi mencuba gaun perkahwinan cik."

 

"Bukankah saya dah beritahu Tuanku yang saya pulang ke rumah untuk jumpa ibu bapa saya?"

 

"Ya tapi Tuanku risau Cik Nayeon balik lambat. Lagipun perkahwinan cik dan Tuanku akan berlangsung dalam masa sejam saja lagi. Oh my God, cik kena tukar baju cepat dan bersiap-siap sebelum Tuanku naik angin!"Cepat-cepat pengawal istana itu membawa aku masuk ke dalam istana bersama beberapa orang dayang istana yang aku agak akan membantu aku bersiap nanti. Aku cuba memanggil Sehun dan Cinderella agar mengikutku sama tapi gagal kerana dayang-dayang tersebut menghalang aku dari berpaling ke belakang.

 

Namun begitu, belum sempat kakiku menapak masuk ke dalam istana, tiba-tiba tanganku direntap kasar oleh seseorang. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Pantas aku berpaling ke arah tanganku yang kini berada dalam genggaman seseorang. Oh Sehun!

 

"Maaf, tapi Cik Nayeon dah lantik seorang pembantu iaitu Cik Cindy dan dia yang akan membantu beliau bersiap-siap untuk majlis perkahwinan nanti. Jadi saya rasa awak semua boleh buat kerja lain yang ada di dewan sebab banyak kerja yang memerlukan bantuan awak semua di sana. Kerjasama anda semua amatlah saya hargai. Terima kasih."

 

Nampaknya Sehun menggunakan wajah kacaknya untuk meyakinkan dayang-dayang istana tu bahawa Cinderella adalah pembantuku. Dan taktiknya berkesan kerana mereka semua terus beredar ke dewan. Aku memerhatikan Sehun yang sedang menarik nafas lega. Tangannya masih menggenggam tanganku erat.

 

"Aww, kamu berdua memang nampak secocok betul bila berpegangan tangan macam tu."Tiba-tiba Cinderella menyampuk dengan senyuman nakal di bibirnya, cuba mengusik aku dan Sehun lah tu. Cepat-cepat aku menarik tanganku dari genggaman tangannya. Tersenyum sinis saja Sehun melihat kelakuanku.

 

Sampai saja di bilikku, aku meminta Sehun menunggu di luar. Aku dan Cinderella saja yang masuk ke dalam bilik. Aku meminta gadis itu menukar pakaiannya kepada gaun pengantin yang tersarung elok pada sebuah figura badan yang ada di dalam bilik tersebut. Berkerut-kerut dahi gadis itu mendengar kata-kataku.

 

"Kenapa saya pula yang kena pakai gaun pengantin ni? Bukan ke awak pengantinnya?"

 

Lerr, boleh tahan noob jugak si Cinderella ni. Tadi kata setuju nak ganti aku sebagai pengantin perempuannya. Ishh

 

"Pakai sajalah. Dengan cara ni saja Putera Myungsoo akan jadi milik awak!"

 

 

MAJLIS perkahwinan bakal bermula dalam masa beberapa minit saja lagi.  Sebelum itu Putera Myungsoo sempat singgah ke bilik tetapi dia cuma berada diluar saja kerana mengikut tradisi keluarga diraja, pengantin lelaki tidak boleh bertemu dengan pengantin perempuan sebelum majlis perkahwinan bermula. Di sebabkan itu, kami cuma bercakap beralaskan pintu bilikku. Ketika itu aku memberitahu Putera Myungsoo bahawa aku mahu Sehun yang membawa aku ke altar, kononnya kerana ayahku tidak dapat ke mari kerana sakit. Begitu juga dengan ibuku. Pandai betul aku buat alasan. Dan luckily, dia percaya dan bersetuju saja dengan kata-kataku.

 

"Ingat tau Cinderella, Sehun yang akan membawa awak ke altar. Saya pula akan menyamar sebagai pengawal istana yang berkawal berhampiran altar. Awak cuma perlu diamkan diri sehinggalah awak dan Putera Myungsoo disahkan sebagai suami isteri. Kalau ada apa-apa yang berlaku nanti kami akan bantu awak, okey?"

 

"Tapi macam mana kalau Putera Myungsoo tahu saya ni bukan awak?"

 

"Jangan risau, awak kan pakai wedding veil yang agak tebal sekarang so dia t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 3: update soon...hahaha kelakar gila,,ade jual goreng pisang lak
inaequanimous
#2
bila nk update
chunki
#3
Chapter 2: MOMO jdi cinderella xD
chunki
#4
Chapter 1: cia cia ciaaa xD