(I)

Trapped (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

AKU berjalan memasuki perpustakaan awam dengan nafas tercungap-cungap. Aku kepenatan selepas berlari dari kelas ke sini. Bukan apa, aku perlu menggunakan masa yang aku ada semaksima mungkin untuk menyiapkan assignment yang diberi pensyarah subjek sastera inggerisku, Encik Eric Nam. Hanya assignment subjek itu saja yang belum aku siapkan. Itu pun kerana Encik Eric yang lambat memberikan tugasan kepada pelajar kelasku. Dengar kata Jihyo, teman baikku yang mengambil subjek sama dengan pensyarah lain, mereka sudahpun menghantar assignment mereka minggu lepas. Dan itu membuatkan aku bimbang...bimbang kerana dua minggu depan merupakan tarikh di mana peperiksaan akhir peringkat universiti bermula dan aku pula masih lagi belum menyiapkan assignment-ku!

 

"Apa je yang Sir Eric ni fikirkan bila bagi assignment lewat macam ni? Dia ingat semua pelajar dia budak bijak macam Albert Einstein ke? Menyusahkan orang betullah..."bebelku sambil meletakkan beg galas di atas meja. Kini aku berada di tingkat tiga di mana bahagian rujukan bergenre sastera dan fiksyen ditempatkan. Selesai meletakkan beg di atas sebuah meja, aku bergerak ke arah rak-rak buku yang tersusun rapi. Sambil mencari buku rujukan aku teringat kembali kata-kata Encik Eric siang tadi.

 

 

"Okey, saya nak kamu semua buat tugasan mengenai cerita dongeng inggeris. Cari satu buku cerita dongeng, tak kisahlah cerita apa yang penting cerita tu cerita dongeng. Buat ulasan mengenai buku tersebut. Ulasan tersebut hendaklah merangkumi pendapat kamu, apa yang kamu dapat dari pembacaan buku tersebut dan bagaimana kamu mahu meyakinkan kanak-kanak untuk membaca buku tersebut."

 

"Kenapa kami perlu sertakan sekali cara untuk kami yakinkan kanak-kanak untuk membaca buku cerita dongeng yang kami kaji tu, sir?"seorang pemuda tinggi lampai bertanya sambil mengangkat tangannya.

 

"Saya suruh kamu semua buat macam tu untuk menarik dan memupuk minat membaca dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak zaman sekarang sangat kurang membaca jadi saya teringin lihat bagaimana cara kamu semua tarik minat kanak-kanak untuk membaca buku yang kamu kaji tu."ujar Encik Eric lagi dengan senyuman. Aku yang sekadar menjadi pemerhati sudah mengalihkan pandangan ke luar tingkap kelas. Agak menyampah dengan kelakuan lelaki yang terkenal dengan sikap flirty itu.

 

Aku pantas menyimpan buku-buku ke dalam beg setelah pensyarahku itu selesai memberi tugasan. Kini hala tujuanku hanya satu; perpustakaan awam!

 

 

Aku berjalan melepasi barisan rak-rak buku bergenre sastera sambil matanya meliar mencari rak fiksyen. Aku sebenarnya sedang malas sekarang. Kalau ikutkan hati mahu saja aku pulang ke hostel dan tidur di atas tilam yang empuk dan berbau wangi selepas disembur dengan Fabreze. Namun apakan daya aku perlu mengorbankan masa untuk mencari bahan rujukan assignment-ku. Rasanya sepanjang minggu ini aku akan kerap melawat perpustakaan hanya kerana untuk menyiapkan assignment yang diberi Encik Eric tadi. Mana tidaknya, minggu depan kena hantar assignment itu. Huh...sabo jelah.

 

Kakiku melangkah lagi sehinggalah biji mataku ternampak tanda nama 'fiksyen' pada salah satu rak di depanku. Haa, jumpa pun! Dengan langkah penuh tenaganya aku mendekati rak tersebut dan mula mencari buku cerita dongeng. Namun kebanyakkan buku cerita yang tersusun di rak tersebut tidak dapat menarik minatku untuk membacanya. Err, bukan buku tersebut yang tidak dapat menarik minat aku sebalik aku sendiri yang tidak mahu membacanya. Bukan apa, buku cerita yang aku jumpa tadi hampir semuanya mengenai kisah yang agak menyeksa otak dan fikiranku atau dengan kata lain, penuh dengan konflik yang memeningkan. Sudahlah bukunya tebal semacam kitab purba. Jangan haraplah aku akan baca buku setebal itu! Aku ni kalau boleh mahu membaca cerita dongeng yang sudah terkenal seperti cerita Cinderella, Sleeping Beauty, The Little Mermaid, Mulan, Beauty and the Beast dan sebagainya. Memilih betul.

 

Aku kemudiannya bergerak ke rak fiksyen yang terletak agak tersorok dari pandangan pengunjung. Suasana berhampiran rak tersebut agak gelap tapi aku peduli apa? Lol. Sedang aku mencari-cari buku cerita yang sesuai, tiba-tiba matanya terpandangkan satu buku berwarna hitam yang agak usang terletak elok di rak atas kepalaku. Dan dari jauh aku dapat membaca tajuk buku tersebut yang tertulis "Koleksi Dongeng Kanak-kanak" di tulang buku tersebut. Itu pun kerana ia dicetak dengan huruf besar, tebal dan jelas.

 

Bingo! Inilah buku yang paling tepat untuk assignment aku!

 

"Pehhh, berdebu!"komenku sambil menepuk kulit buku tersebut untuk menghilangkan habuk. Terbatuk-batuk seketika aku dibuatnya. Spontan aku melarikan buku tebal itu dari wajahku, takut habuk berterbangan masuk ke dalam mata pula nanti. Tak memasal aku digelar hantu bermata merah nanti.

 

Selesai membersihkan habuk pada buku tersebut, aku membelek-beleknya sebentar. Cantik betul buku ni. Buku di tanganku ini nampak begitu elegen dengan corak hiasan berwarna emas pada kulitnya. Sekali pandang nampak macam buku diari milik kerabat diraja!

 

"Hei kau yang pakai baju biru tu, tunggu sekejap."arah satu suara dari belakang. Suara yang agak garau bercampur serak-serak basah itu membuatkan aku berpaling ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang memanggilku tadi. Aku mengerdipkan mata apabila terpandangkan seorang pemuda tinggi berkaca mata ala-ala Harry Porter sedang berdiri di depannya dengan eksperesi wajah yang agak tegang.

 

"Are you talking to me, mister?"

 

'Yeah, siapa lagi yang pakai baju biru dekat sini kalau bukan kau?"kasar saja lelaki itu membalas sambil mempamerkan wajah tidak puas hati di depanku. Terpinga-pinga aku melihatnya. Apa masalah mamat ni sebenarnya? Pandang aku macam nak telan je.

 

"Okey. Kenapa kau panggil aku? Aku tak kenal kau."

 

"Aku pun tak kenal kau. Aku cuma nak buku yang ada dekat tangan kau tu sekarang."ucap lelaki itu sambil jari tengahnya ditunjukkan ke arah buku berkulit hitam yang kini berada

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 3: update soon...hahaha kelakar gila,,ade jual goreng pisang lak
inaequanimous
#2
bila nk update
chunki
#3
Chapter 2: MOMO jdi cinderella xD
chunki
#4
Chapter 1: cia cia ciaaa xD