(2)

Light of my life

Kereta jenama Kia Sportage bewarna silver milik Sunggyu perlahan memasuki perkarangan tempat letak kereta sebuah kondominium mewah 20 tingkat. Sunggyu meletakkan kenderaannya berhampiran dengan pintu masuk iaitu tempat dimana dia selalu menunggu lif.

Soojung segera menanggalkan seatbelt nya dan keluar menuju ke arah bonet kereta untuk mengambil semua barang-barangnya. Sunggyu yang juga baru selesai mematikan enjin kereta segera keluar menuju ke arah Soojung yang kelihatan terkial-kial mengambil luggage pink miliknya yang bersaiz agak besar itu. Sunggyu membantu menarik luggage keluar dari bonet kereta dan satu lagi beg bimbit bewarna hitam, juga milik Soojung. Soojung hanya memandang Sunggyu yang mengheret luggage di tangan kanannya dan membibit beg hitamnya di tangan kiri, bergerak menuju ke arah lif. Soojung segera berlari-lari anak mengejar Sunggyu untuk menyaingi langkahnya.

“ Sunggyu-shii, takpelah..biar saya yang bawak beg tu,” Soojung berasa serba salah.

Its okay..lif dah nak sampai pun. Lagipun, bukan berat sangat,” Sunggyu membalas sambil tersenyum ke arahnya.

Soojung terpaksa akur.

Pintu lif terbuka dan mereka segera masuk ke dalam lif. Sunggyu menekan butang tingkat 14 dan keadaan di dalam lif kembali menyepi. Hanya mereka berdua sahaja menjadi penghuni sementara lif itu. Soojung kematian kata untuk berbual dengan Sunggyu jadi dia hanya mendiamkan diri. Lif sampai di tingkat 14 dan dia mengekori Sunggyu menuju ke satu pintu bernombor 06. Sunggyu segera mengeluarkan kunci dan membuka pintu kondonya.

Soojung yang melangkah masuk ke dalam kondo tersebut, terpegun seketika melihat ruangan ruang tamu yang kemas tersusun. Ruang tamu dengan susun atur yang simple tetapi masih mengekalkan ciri elegan, mewah dan moden, sesuai dengan imej Sunggyu sebagai seorang pewaris sebuah syarikat ternama.

Ruang tamu Sunggyu 2 kali ganda berbanding ruang tamu rumahnya. Rasa rendah diri tiba-tiba hadir. Jika nak dibandingkan dengan rumah keluarganya di Gwangju, sangatlah jauh bezanya. 

Dia hanya tinggal di kawasan pangsapuri kecil terletak di pinggir bandar Gwangju bersama omma dan Seolhyun sejak kematian ayahnya 5 tahun lalu. Ommanya bekerja sebagai seorang kerani di sebuah sekolah menengah, manakala Soojung pula adalah seorang guru tadika. Dia dan Seolhyun memang rapat sejak dari kecil lagi dan beza jarak umurnya dengan adiknya itu hanyalah dua tahun. Dia kini berumur 25 tahun manakala Seolhyun pula hampir mencecah 23 tahun. Berbanding Seolhyun, Soojung lebih rapat dengan ommanya mungkin kerana mereka selalu menghabiskan masa bersama.   

Pertama kali dia bertemu dengan Sunggyu semasa Sunggyu datang ke rumahnya lebih kurang setahun yang lalu untuk bertemu dengan Mrs.Lee. Mrs.Lee pada ketika itu telah menjemput Sunggyu untuk makan malam di rumah mereka sekaligus ingin berkenalan dengan teman lelaki anak bongsunya itu. Dia akui, pertama kali dia melihat Sunggyu, dia terpegun dengan sikap Sunggyu yang sangat menghormati orang di sekelilingnya. Sunggyu begitu rendah diri dan tidak bersikap sombong walaupun dia daripada keluarga kaya. Kalau dilihat sendiri, memang Sunggyu tidak seperti berasal daripada keluarga yang mewah. Penampilannya yang begitu casual dan low profile, membuatkan Soojung hampir tidak percaya apabila Seolhyun menceritakan mengenai status Sunggyu. Dia dan Sunggyu tidak banyak berbual ketika itu kerana sikap Soojung yang memang agak pemalu apabila berhadapan dengan orang yang dia baru kenal, terutama lelaki, jadi dia banyak mendiamkan diri apabila Mrs.Lee dan Sunggyu rancak berbual.  Jauh di sudut hatinya, dia berasa sangat lega dan gembira kerana Seolhyun, satu-satu adiknya menemui seorang lelaki yang baik dan boleh menjaganya seumur hidup.

*****

Sunggyu yang baru selesai menghantar barang-barang Soojung ke dalam bilik utama, kembali ke ruang tamu untuk mencari Soojung. Dia melihat Soojung tengah khusyuk memerhatikan gambar-gambar yang tergantung memenuhi setiap dinding. Perlahan dia mnghampiri Soojung yang masih tidak menyedari kehadirannya.

“ Err..Soojung-shii, kalau awak nak mandi dulu, awak bolehlah masuk dalam bilik saya. Saya tunggu kat luar.”

Soojung yang tersentak dengan kehadiran Sunggyu, segera menoleh ke arahnya.

“ Ha? Ahh..ahh ok. terima kasih.” Dia berlalu ke bilik Sunggyu. 

Kondo Sunggyu hanya mempunyai dua bilik sahaja. Bilik utama dan satu bilik kosong. Bilik kosong itu Sunggyu jadikan stor menyimpan barang yang tidak digunakan. Ketika Soojung melangkah masuk ke dalam bilik utama, sekali lagi dia terpana melihat dekorasi bilik tidur Sunggyu. Dengan campuran tema warna dark brown dan white, bilik itu amat luas dan dilengkapi dengan pelbagai perabot mewah jenama luar negara. Katilnya yang bersaiz queen manakala di hadapannya terletak sebuah LED TV bersaiz 50 inc dan sofa kulit bewarna coklat. Di satu sudut bilik terletak sebuah office kecil yang dipenuhi dengan rak-rak buku dan sebuah meja study serta komputer. Satu almari panjang yang menempatkan baju-baju serta suit terletak di satu sudut sebelah office. Soojung bergerak menuju ke arah tingkap dan menyelak langsir putih yang merentanginya. Dia sekali lagi terpegun melihat panorama malam indah bandar Seoul dari tingkat 14.

Setelah selesai membersihkan diri dan mengenakan pakaian yang selesa, dia segera keluar ke ruang tamu dan merapati Sunggyu yang tengah bermain dengan handphonenya.

“Sunggyu-shi, boleh kita berbual sekejap,” Soojung memulakan kata. Sunggyu yang dari tadi ralit dengan telefonnya segera menyimpan kembali gajet itu ke dalam poket seluarnya dan memfokuskan perhatian ke arah Soojung.

First sekali, boleh tak awak jangan berformal sangat dengan saya? Just panggil Sunggyu je.”

Soojung hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum sebelum dia pula menyambung…

“ Err..kalau gitu, awak pun kena panggil saya Soojung je. Baru la adil!”

Sunggyu tergelak perlahan mendengar gurauan Soojung. Dia berasa lega kerana Soojung sudah berani untuk berbual dan bergurau dengannya. Berbanding dengan kali pertama dia datang ke rumah Soojung, Soojung ketika itu hanya banyak mendiamkan diri. Menjawab hanya apabila ditanya. Selebihnya, dia lebih suka mendengar saja.

Soojung bermain dengan jari-jarinya. Serba salah ingin memulakan perbualan takut Sunggyu terkesan dengan apa yang bakal dia bicarakan. 

“ Saya minta maaf bagi pihak adik saya. Tindakan yang dia buat tu memang saya sangat tak setuju. Saya tahu awak sekeluarga akan tanggung malu kalau perkahwinan ini dibatalkan. Saya mintak maaf sangat-sangat, harap awak dapat maafkan perbuatan dia. Saya faham kalau awak marah dan kecil hati. Awak berhak berasa begitu.” Perlahan Soojung berkata.

Sunggyu menghela nafas berat sebaik mendengarnya . Tipulah kalau dia tak marah. Tipulah kalau dia kata yang dia tak berasa kecil hati dan kecewa dengan perbuatan Seolhyun. Mereka bercinta selama 3 tahun, dan sepanjang 3 tahun itulah, dia begitu masak dengan perangai kekasihnya itu. Seolhyun memang kadang-kadang berperangai agak kebudak-budakan, tetapi dia memang sabar kerana dia sangat sayangkan Seolhyun. Baginya, Seolhyun adalah calon yang sangat sesuai untuk dijadikan peneman hidupnya. Kini, impiannya hanya tinggal impian. Walaupun perasaan cintanya pada Seolhyun masih ada namun entah mengapa dia berasa sangat tawar hati dengan sikap Seolhyun.   

“ Saya marah…saya kecewa…saya kecil hati…saya harap apa yang jadi ni sebenarnya mimpi. 3 tahun kami bercinta, dia langsung tak hargai hubungan kami. Saya tak kisah kalau dia nak teruskan karier dia atau dia nak buat apa sekalipun, saya memang takkan halang tapi at least dia tak perlu bagi harapan dan dengan senang dia hancurkan…” dia menahan sebak. Memang sejak kejadian itu, hatinya memang sangat terluka. Dia memendam rasa terkilannya sudah sekian lama dan malam ini Sunggyu tak tahu kenapa dengan begitu mudah dia meluahkan rasa hatinya kepada Soojung, walaupun Soojung ialah kakak kepada orang yang telah menghancurkan hatinya.  

Terdiam Soojung sebaik sahaja mendengar luahan hati Sunggyu itu. Dia nampak wajah sebak Sunggyu…dia mendengar getaran pada suara Sunggyu. Dia sendiri berasa sangat kecewa dengan perbuatan Seolhyun. Dia sangat berharap agar Sunggyu dapat mengatasi rasa kecewanya. Jauh di sudut hatinya, dia berazam untuk membantu Sunggyu semampu boleh supaya Sunggyu dapat meneruskan kembali hidupnya dengan gembira walaupun tanpa Seolhyun.

“ Saya faham..saya harap sangat awak dapat teruskan hidup awak walaupun awak sudah berpisah dengan Seolhyun. Err.. awak lapar? Biar saya buatkan dinner ye?:” spontan idea tersebut keluar dari mulut dia sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Sunggyu hanya tersenyum tawar mendengar kata Soojung. 

“ Takpelah saya kenyang lagi. Tapi kalau awak lapar atau nak masak apa-apa, pergilah. Semua barang-barang dapur saya rasa ada lagi kat dapur. Nanti esok kita keluar shopping grocery.. Awak buat je rumah ni macam rumah sendiri. Tapi saya ada satu request sebenarnya ni.”

Serius Sunggyu memandang Soojung. Soojung pula berdebar apabila muka Sunggyu bertukar serius.

“ Tolong buatkan saya kopi boleh tak? Kurang manis yee…saya nak stay up buat paperwork,”  Sunggyu tersenyum melihat wajah Soojung bertukar panik. Akhirnya mereka sama-sana ketawa lucu.

“ Ok..nanti saya hantarkan,” dia mula bangun berkira mahu mengatur langkah ke dapur. Suara Sunggyu mematikan langkahnya.

“ Terima kasih, Soojung,.”    

“ Eh..takpe..benda kecik je buat air kopi.” dia membalas.

No! I mean…bukan pasal tolong buatkan kopi je. Thanks for everything that have you done for us. Seriously.. we owed you a lot!” ikhlas Sunggyu berkata.

Sememangnya dia berasa sangat terhutang budi dengan Soojung. Soojung sangat berhak untuk tidak masuk campur mengenai hal keluarganya dan Seolhyun. Tetapi, dia memilih untuk turut bertanggungjawab di atas perbuatan adiknya itu. Sunggyu sendiri tahu, yang ommanya bersungguh-sungguh memujuk Soojung dan Mrs.Lee untuk menerima pinangan mereka. Maruah keluarga mereka sangat penting. Disebabkan itu, omma dan appanya berdegil untuk meneruskan juga perkahwinan ini.

Soojung hanya tersenyum sebelum berkata..

“ Seolhyun adik saya. Masalah dia secara tidak langsung akan menjadi masalah saya. Keluarga kami yang sebenarnya banyak terhutang budi dengan keluarga awak. Pihak keluarga kami yang timbulkan masalah ini, seharusnya saya sebagai kakak dia, yang akan bertanggungjawab membetulkan semula keaadaan.” Bergetar suaranya menutur kata. Dia akhirnya berlalu ke dapur meninggalkan Sunggyu yang masih memandang langkahnya

 

 

 

*** Ok...nanti saya update lagi kalau tak busy. Byebye..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SeyoonExoBts #1
Chapter 3: Palli update...