(3)

Light of my life

“ Omma nak Sunggyu jaga Soojung baik-baik. Dia dah banyak berkorban untuk family kita. Omma takkan maafkan Sunggyu kalau berlaku apa-apa pada Soojung. Walaupun Sunggyu tak cintakan dia, sekurang-kurangnya hargai perasaan dia. Cinta boleh dibina even lepas korang dah berkahwin nanti. Dan lagi satu, omma taknak Sunggyu berhubung lagi dengan Seolhyun. Sejujurnya omma sangat kecewa dengan dia. Sunggyu just tumpukan perhatian pada Soojung sahaja.”     

Paper work yang menimbun di hadapannya dipandang sepi. Masih jelas pesanan berbaur ugutan daripada Mrs.Kim awal pagi tadi. Dia faham akan pesanan itu. Tidak pernah terlintas difikirannya untuk mengabaikan Soojung walaupun tiada sekelumit pun rasa cintanya pada Soojung. Dia tahu tanggungjawabnya. Cuma dia hanya minta sedikit ruang dan masa untuk membiasakan diri dengan keadaan ini. Air kopi yang dihantar Soojung sebentar tadi, sudah separuh cawan dihabiskannya. Dia menghabiskan sisa air kopi tersebut lalu meneruskan kerjanya yang terbengkalai.

Sejam kemudian, kedengaran pintu biliknya dibuka dari luar. Perlahan Soojung mengatur langkah ke arah Sunggyu yang sedang leka menyiapkan kerjanya. Sempat juga Soojung menjenguk apabila dia tegak berdiri di belakang Sunggyu yang tengah menaip sesuatu di laptopnya. Menyedari kehadiran Soojung, Sunggyu segera menoleh ke belakang. Soojung tersenyum memandang Sunggyu.

“ Emm..awak tak nak tidur lagi ke?” tanpa ragu dia bertanya. Melihatkan reaksi Sunggyu yang memandangnya tanpa berkelip, barulah dia tersedar. Ah…Mungkin Sunggyu salah faham dengan soalannya. Dia termalu sendiri.

“Eh! Bukan..maksud saya, awak nak air kopi lagi ke, saya boleh tolong buatkan. Lagipun saya dah nak tidur ni,tapi…….,” dia segera menjelaskan sambil memandang ke arah katil Sunggyu. Dia sebenarnya ingin bertanya dimana tempat tidurnya tapi perasaan segan tiba-tiba menguasainya ketika ini. Sunggyu yang dapat menangkap penjelasan Soojung tadi, tergelak kecil.

“ Ok macam ni.. awak tidur je sekali dengan saya atas katil boleh? Saya janji yang saya takkan sentuh awak langsung . Lagipun kita dah kahwin, tak salah kan?” melihatkan wajah terkejut Soojung, sekali lagi dia tergelak. Dia tahu ideanya supaya mereka tidur sekatil agak keterlaluan, tetapi dia hanya mencadangkan sahaja. Dia perlu mendapat persetujuan daripada Soojung terlebih dahulu.

“Ataupun..kalau awak tak selesa biar saya tidur atas sofa sahaja, awak tidur kat katil saya.” dia memberi suatu lagi cadangan. Disebabkan apartmennya ketiadaan bilik kosong, jadi dia terpaksa berbuat demikian.

Soojung kelihatan serba salah apabila mendengar cadangan-cadangan Sunggyu. Tak pernah dia terfikir untuk tidur sebilik apatah lagi sekatil dengan Sunggyu. Tetapi bila mendengar yang Sunggyu sanggup tidur di atas sofa demi keselesaannya, hanya menambahkan lagi rasa serba salahnya.

“Eh takpe..Tu kan katil awak. Biarlah awak yang tidur kat situ, saya tidur atas sofa, serius saya tak kisah,” tanpa menunggu bicara Sunggyu yang seterusnya, dia segera mendapatkan comforter dan sebiji bantal daripada dalam almari dan merebahkan badannya di atas sofa. Dia tiada masalah langsung untuk tidur di atas sofa ini nak dibandingkan kalau dia kena tidur bersebelahan Sunggyu setiap malam. Boleh jadi dia tidak akan dapat tidur sepanjang malam. Sunggyu hanya memandang Soojung yang hampir melelapkan matanya sambil melepaskan keluhan kecil. Dia rasa bersalah pula membiarkan Soojung tidur di atas sofa tetapi dia juga tidak mahu memaksa kalau Soojung sendiri yang berkeras. Mungkin Soojung tak berapa selesa. Sunggyu akhirnya menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai tadi.

 

**********

 

Soojung tersedar daripada lenanya apabila dia terdengar pintu bilik ditutup. Dia segera bangun mencari handphonenya untuk melihat jam. 7.30 pagi. Dia memandang katil yang kemas tersusun seperti tidak berusik. Selepas membersihkan diri, dia segera keluar menjenguk ke ruang tamu. Sepi. Dia sedikit hairan apabila bayang Sunggyu masih tidak kelihatan.Mungkin dia keluar sekejap. bisik hatinya. Dia bercadang ingin menyediakan sarapan pagi untuk mereka berdua lantas dia bergerak menuju ke dapur. Disebabkan kekurangan barang dan bahan masakan, Soojung hanya memasak nasi, kimchi, Doenjang soup dan roasted small fish. Sambil menunggu Sunggyu untuk pulang, dia sempat membaca majalah-majalah yang mostly, berkaitan dengan business. Tidak lama kemudian, Soojung terdengar pintu apartmen dibuka dan dia melihat Sunggyu yang lengkap bersweater merah dan sweatpants warna kelabu menanggalkan sport shoesnya. Mungkin Sunggyu baru selesai berjogging. 

Sunggyu yang berkira-kira mahu melangkah ke dapur untuk minum, terkejut melihat Soojung yang sedang duduk di ruang tamu sambil memandangnya. 

"Awalnya awak bangun!" Sunggyu memulakan perbualan. Soojung hanya tersenyum mendengarnya.

"Saya memang bangun waktu-waktu macam ni. Emm..awak dah makan? Saya dah buatkan sarapan. Jom makan sekali." Soojung segera bangun dan bergerak menuju ke meja makan. 

"Awak tunggyu saya ke? Kenapa tak makan je dulu?" Sunggyu bertanya setelah dia duduk mengambil tempat.

"Makan sekali baru meriah. Lagipun yang ini je yang boleh saya masak. Bahan masak tak banyak," sempat lagi dia mengadu.

" Yang ni pun dah banyak. Sebenarnya sebelum ni pun, saya jarang makan kat rumah. Saya selalu makan kat luar ataupun saya akan balik rumah omma, makan kat sana," jelas Sunggyu sambil mulutnya sibuk mengunyah.

"Takpe..kejap lagi kita keluar beli barang. Hari ni kita makan kat luar jelah, ok? Takpayah masak," tambahnya lagi.

Soojung hanya mengangguk setuju.

 

 

 

Bab 3 up!! Enjoyyyyy~~~~ 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SeyoonExoBts #1
Chapter 3: Palli update...