Part 1/2

One Day With Maknae Line

“Apalah mama ni. Tak faham jiwa aku betul. Huhu, macam mana kalau seumur hidup aku akan jadi ‘forever alone’. Oh my God! Tak nak aku,”rungut Kris yang masih lagi tidak berpuas hati dengan ibunya yang memaksa dia untuk menggantikan tempat Ibu Bapanya di Kejohanan Olahraga Tadika maknae itu. Ini kerana Mama dan Baba mereka telah tempah tiket untuk ke honeymoon. Honeymoon lah sangat, rungut Kris yang masih lagi tak berpuas hati.

 

“Tapi kenapa mama suruh aku sorang aje yang pergi? Tak boleh jadi ni, aku mesti ajak jugak yang lain. Tak sanggup aku jaga Kai, Sehun dan Tao yang annoying dan gedik giloss tu,” monolog Kris lagi.

 

“Tapi kan kat sana nanti mana tahu kot-kot aku jumpa gadis yang cantik lagi seksi datang teman anak buahnya,” tambah Kris lagi yang masih mengekalkan senyuman sinisnya itu. Entah apa-apa lah Kris ni.

 

Maka dengan segera muncullah ideanya yang pelik dan tak berapa nak normal itu. Sekilas senyuman jahat sudah terpapar di wajahnya ibarat orang tak siuman pun ada. Lay yang kebetulan melalui bilik Kris itu hanya melihat sahaja ketidaksiuman Kris tersenyum seorang diri.

 

“Entah apa-apa,” kata Lay dan beredar pergi.


 

“Luhan…mana kau?” jerit Kris mencari Luhan di bilik Luhan. Dekat bilik pun nak menjerit, tak adab betullah manusia bernama Wu YiFan ni.

 

“Aku kat depan kau aje Kris, nak apa?” tanya Luhan sambil menutup laptopnya yang baru sahaja menyiapkan assignmentya.

 

“Kau kena teman jugak aku besok, mama suruh aku pergi tengokkan si Maknae line kat tadika tu. Masalahnya aku tak naklah pergi sorang-sorang buat malu aje, nanti tak pasal-pasal kena labelkan sebagai duda anak tiga. Gila kau! Aku harap kau dapat temankan aku dan berpakaian macam perempuan dan berlagak jadi bini aku.”bebel Kris dengan panjang lebar. Semua orang tahu yang Kris ni jenis talkative sampaikan mak cik jiran sebelah rumah pun penat nak layan mulutnya itu.

 

“Maaflah Kris, aku busy esok. Dah janji dengan girlfriend aku nak dating,” jawab Luhan dengan selambanya.

 

Kris yang mendengar perkataan girlfriend itu terus terkejut. Macam mana adiknya boleh ada girlfriend sedangkan dia yang sulung ini single mingle bingle.

 

“Tak aci!! Mama Kris nak jugak girlfriend…”Kris terus beredar dari bilik Luhan dan segera ke bilik mamanya itu untuk mengadu tentang masalah forever alonenya itu.

 

 

“Kris cuba buat perangai macam umur kamu sikit. Dah umur 25 tahun pun masih melalak dan melalut macam orang gila . Apalah kamu ni.”kan dah kenal bebel Kris. 

 

“Mama, mama nak ke tengok anak sulung mama yang hensem lagi khacak ini tak kawin dan hidup bujang untuk selama-lamanya,” ujar Kris yang cuba mencipta drama air mata. Namun malangnya bagi si remaja yang berumur 25 tahun ini kerana tidak sedikit pun hati mamanya tersentuh dek percakapan Kris itu.

 

“Dah-dahlah tu Kris, kamu bujang pun okey jugak. Dapatlah jaga mama dan baba bila kami dah tua,” kata mamanya sambil menggelengkan kepala.

 

Kris hanya menundukkan mukanya sahaja. Padan muka, kan dah tak tahu nak cakap apa.

 

“Kamu tu sebagai anak sulung dalam keluarga mestilah menjaga adik-adik kamu yang ramai tu,” ceramah yang diberi oleh mamanya ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Itulah dia Wu YiFan. Semoga dia insaf untuk menghormati kedua ibu bapanya.

 


 

“Haish tak boleh jadi ni, semua orang tak nak ikut aku. Orz, kenapa kenapa?” kata Kris dengan muka stressnya. Rambutnya yang berwarna perang keemasan itu diramas dan dikenyuk-kenyukannya ibarat kertas. Sekali pandang tak ubah macam sarang burung aje rambutnya itu.

 

“Memang inilah takdir yang tersirat dalam hidup aku agaknya,” ujar Kris sekali lagi sambil menarik nafas yang panjang dan akhirnya dia hembuskan jugak kerana tak dapat bernafas. Dah macam nyawa ikan pun ada. Kris, Kris harapkan pelajar lulusan dari Canada tapi pemikiran sama aje macam Sehun.

 

Hyung!”laung Sehun lalu muncul lah dia di dalam bilik Kris itu.

 

“Ada apa?” tanya Kris dengan dingin. Dengan budak pun nak cari gaduh, buang tabiat sungguhlah Kris ni.

 

“Mama suruh jengukkan hyung. Takut hyung mati bunuh diri ke? Sebab hyung senyap aje dari  tadi. Okey. Bye,” lalu Sehun terus beredar dari bilik Kris.

 

Hyung!” kali ini Tao pula yang muncul.

 

‘Haish budak-budak ni. aku nak berehat pun tak boleh,’ rungut Kris dalam hati.

 

Hyung janji nak belanja tao ais krim,” kata Tao dengan muka yang dibuat-buat comel.

 

“Alah esoklah Tao, dah nak gelap dah ni. Tak elok keluar waktu macam ni, Syaiton banyak yang berkeliaran,” pujuk Kris. Malangnya ayat Kris itu disambung oleh seorang lagi adik bongsunya yang mulut  boleh tahan lasernya.

 

“Entah-entah hyung tu yang syaitannya,” celah Kai sambil tergelak. Sekilas senyuman sinis sempat lagi didermakan kepada Kris. Terkisma Kris dibuatnya.

 

“Yah! Aku ni abang kau, hormatlah sikit. Tak guna punya budak”. Kris yang benggang dengan Kai itu terus mengejar Kai. Kai apalagi dia memang seronok dapat kenakan hyung dia terutamanya Kris kerana dia tahu hyung mereka yang lain tak berapa nak layan sangat. Paling tak pun Chen hyung aje yang akan bermain dengan mereka.

 

“Haha, hyung tangkap lah kai…” ujar Kai sambil menari ballet di ruang tamu. Kai sempat lagi menunjukkan bakatnya itu. Tao dan Sehun yang seronok melihat Kai bermain juga turut serta.

 

Sehun mengambil kesempatan untuk mengenakan Kris apabila dia melihat Kris sedang tercegat dekat tangga itu melihat Kai dan Tao menari. Maka bermulalah kekejaman Sehun. Sehun dengan senyapnya mendekati Kris dan menarik short pants Kris sehingga meninggalkan Kris hanya dengan boxer sahaja.

 

Terkejut Kris dibuatnya. Chanyeol yang kebetulan baru balik lagi terkejut melihat Kris.

 

Masing-masing menjerit. Chanyeol menjerit melihat Kris, Kris pula menjerit terkejut apabila dia merasakan kakinya makin sejuk.

 

“Astaga! Hyung! Apa yang hang buat tu, pi pakai balik seluar hang arhhh,” jerit Chanyeol. Sampaikan perkataan Astaga pun dah boleh keluar.

 

“Sehun! Siaplah kau,” marah Kris.

 

Kai yang terlihat Chanyeol itu terus mengambil kesempatan.

 

“Chanyeol hyung, Klis hyung buli titew, huhu,” kata Kai sambil berpura-pura menangis.

 

“Alolo kesiannya adik hyung,” Chanyeol terus mendukung Kai.

 

“Nanti hyung rotan Kris hyung yer,” pujuk Chanyeol. Kai terus tersenyum kejam. Dasyat betul budak zaman sekarang.

 

“Chanyeol,  hyung tak buat apa-apa pun dekat Kai,” Kris mempertahankan dirinya balik. Takut juga dia akan dirotan oleh Chanyeol nanti.

 

Chanyeol terus mengambil rotan yang tergantung di ruang tamu itu untuk merotan Kris. Kris yang terkejut itu pula cuba merampas rotan itu dari tangan Chanyeol, maka berlakulah pergelutan antara dua orang adik beradik tinggi itu.

 

Hyung sedar diri lah sikit kau tu dah tua, dengan budak-budak pun nak cari gaduh,” marah Chnayeol.

 

“Diorang tu yang mula dulu,” marah Kris balik.

 

Pergelutan antara Chanyeol dan Kris itu dilihat oleh mama mereka.

 

“Kris, Chanyeol, korang berdua tengah buat apa itu,” suara lembut Puan Kim itu menusuk gegendang telinga mereka sehingga mereka pun berhenti bergaduh.

 

“Chanyeol tengah merapatkan silaturahim dengan Kris hyung mama. Dah lama tak lepak dengan Kris hyung, tulah sejak hyung belajar dekat Canada. Chanyeol makin rindu,” kata Chanyeol yang cuba mempertahankan diri. Rotan yang ada ditangan terus dicampak ke belakang sofa.

 

Kris juga yang ingin mempertahankan diri dia turut menipu, “yer mama, kami tengah bonding antara satu sama lain,” tanpa rasa segan dan bersalah Kris terus memeluk Chanyeol sehingga naik geli Chanyeol dibuatnya.

 

Tao yang melihat keadaan itu mengambil kesempatan untuk mengenakan dua orang hyung nya itu.

 

“Mama, tak baik kan menipu? Mama kata hari itu, kalau kita menipu nanti kena petir. Tao tak nak menipu takut nanti disambar petir,” kata Tao yang sememangnya sedang memerli Chnayeol dan Kris. Tao dengan muka yang tidak bersalah itu terus duduk di atas riba mamanya.

 

Chanyeol dan Kris hanya diam dan tidak mampu berkata apa-apa.

 

"Yeol, aku tak nak kena sambal petir,” bisik Kris.

 

“Yah! Sambar lah bukannya sambal belacan Mak Jemah yang kau suka makan tu,” bisik Chanyeol balik dengan nada yang sedikit tegas.

 

“Korang berdua tengah berbisik apa tu?” tegur Puan Kim.

 

“Tak ada apa-apa lah mama,”serentak mereka berdua berkata.

 

“Suho-hyung!” serentak maknae line itu menjerit apabila melihat hyung kesayangan mereka itu baru sahaja balik dari rumah. Tapi tak adalah kesayangan sangat pun.

 

“Hoho, kamu baru balik. Kamu dari mana?” tanya Puan Kim.

 

“Mama! Berapa kali dah Suho nak cakap yang Suho tak suka mama panggil Suho HOHO, entah apa-apa bunyi,” kata Suho dengan agak sedikit tegas.

 

“HOHOHO,” serentak maknae line memanggil Suho begitu dan diikuti oleh Kris dan Chanyeol. Satu rumah sudah bunyi ‘hohoho’.

 

“Yah! Korang semua ni kan. Nilah sebabnya aku nak lari dari rumah ni,” kata Suho dengan nada merajuk dan terus naik ke biliknya.

 

“Apalah thyung ni, thua-thua tun nak merajuk lagi,” kata Sehun dengan pelatnya sambil mengangat bahunya. Lagaknya tak ubah macam orang dewesa padahal umurnya baru sahaja 4 tahun.

 

“Dahlah semua, mari tolong mama masak untuk makan malam ni,” ujar Puan Kim lalu menuju ke dapur. Setelah puan Kim lenyap dari pandangan mereka maka pertarungan Kris dengan Chanyeol pun bermulalah semula.

 

Kris menarik rambut Chanyeol dan Chanyeol pun menarik juga rambut Kris. Macam perempuan bergaduh berebut pakwe pun ada.

 

“Kau ingat aku nak sangat ke merapatkan silaturahim dengan kau,” kata Chanyeol dengan geramnya.

 

“Eww, aku tak nak mengaku kau adik aku,” balas Kris balik.

 

“Yeah! Hyung, Tao sokong Kris hyung,” Tao dengan gembiranya melompat- melihat dua orang hyungnya itu bergaduh. Sehun dan Kai sudah lama menghilangkan diri, mungkin tengah mengenakan hyungnya yang lain.

 

 

 

“KAI! SEHUN! Keluarlah, hyung nak mandi ni,” dari atas lagi dah dengar jeritan Xiumin. Mujurlah Chen, D.O dan Baekhyun tak ada di rumah kerana mengikuti lawatan ke sekolah, kalau ditambah dengan dua orang tu, makin kecohlah rumah.

 

“Semua turun makan!” jerit mama mereka sambil mengetuk senduk dengan kuali. Woah, patutlah Chen, D.O dan Baekhyun hebat buat high note, rupanya geentik daripada puan Kim. Boleh tahan dasyat jugaklah mama diorang nie.

 

 

Di meja makan senyap aje diorang semua. Mungkin sebab lapar sangat.

 

Chanyeol sedang membisikkan sesautu dengan Kris. Entah apalah dua orang ni, baru lepas bergaduh berbaik pula.

 

“Woah, sedapnya sambal belacan mama ni. Tao, Sehun dan Kai korang patut try ni. Tak pedas langsung, rasa sedap macam ais krim cornetto,”kata Chanyeol sambil mengenyikkan matanya ke arah Luhan, Xiumin, Lay dan Suho.

 

“Yeke,” Kai dengan gembiranya mencedukkan sambal itu ke nasinya. Apalagi menangislah dia kerana kepedasan.

 

“Mama, hyung tipu kai,” Kai yang menangis-nangis terus mencari mamanya yang sudah lama siap makan. Nak buat macam mana anak puan Kim semuannya makan banyak dan lambat.

 

“Hahaha, padan muka,” Kris menepuk tangan Chanyeol sambil tergelak syaiton macam orang gila.

 

“Apalah Kai ni, dah nama dia sambal takkan tak pedas,” bebel Sehun sambil memeluk tubuh.  Sehun tidak sedar yang Chanyeol sudah pun meletakkan sambal belacan ke dalam pingganya. Dia terus menyuapkan makanan ke dalam mulutnya, apalagi menangis macam Kai lah mencari mamanya.

 

“Yah! Apalah korang berdua ni, dengan budak-budak pun cari pasal,” marah Luhan sebagai abang kedua mereka. Nak harapkan Kris memang tak lah, pemikiran sama taraf aje dengan Sehun.

 

“Alah! Rilekslah Luhan,” kata Kris sambil mengunyah nasi goreng.

 

“Aku rasa kau tak layak lagi nak kawin Kris walaupun umur kau dah 25 tahun. Dengan budak-budak pun berkira,” kata Xiumin. Kris yang tersentuh mendengar kata-kaat Xiumin itu hanya insaf sekejapa sahaja kerana dia ada agenda tersendiri untuk hari pertandingan antara tadika itu.

 

 


 

 

 

Hari pertandingan antara Tadika.

 

“Kris, jangan lupa tau, pukul 9 nanti pergi ke tadika sekali dengan Tao, Kai dan Sehun yer,” ujar Puan Kim sebelum bertolak ke Airport untuk honeymoonya.  Kris hanya melaungkan ‘ya’ sahaja dari biliknya.

 

Kebiasaanya hujung minggu begini semua adik-adiknya tak ada di rumah. Masing-masing dengan aktiviti mereka. Sekarang, tinggalah Kris dan tiga orang adik bongsunya itu.

 

“Malas aku nak masak sarapan untuk diorang, baik aku ajak diorang makan kat luar. Roti canai pun sedap jugak, apa lagi sarapan yang best yer? Oh! Nasi lemak. Baik aku kejutkan diorang cepat-cepat, aku tengah lapar giler ni,” ujar Kris dan segera pergi mengejutkan tiga orang budak.

 

“Yah!bangun semua. Jangan nak jadi Cinderella sangatlah nak tido sampai matahari naik baru nak bangun” Apalah Kris ni kisah hidup Cinderella pun dia tak tahu, pandai-pandai dia aje kata Cinderella tidur sampai tengah hari, kalau bawang putih bawang merah yalah jugak.

 

Hyung, awal lagilah,”kata Tao dengan mamainya sambil memeluk anak patung panda kesayangnya itu.

 

“Tak adanya cepat siap, kalu tak hyung simbah dengan air longkang baru tahu,” kata Kris dengan nada yang agak tegas menyebabkan tiga orang maknae itu bangun dengan serentak.

 

“Apalah hyung ni, dia pulak yang bersemangat nak pergi Kejohanan Tadika hari ni, kitaorang tak nak pun pergi,” bebel Kai sambil mengambil tuala di penyidai dan terus masuk ke bilik air.

 

“Kai tunggu jap, Tao pun nak mandi sekali,” Tao terus mengejar masuk ke dalam bilik air jugak kerana dia dengan masalah bilik airnya tak pernah selesai.

 

 

 

 

“Okey semua, jom masuk ke dalam kereta. Hari ni hyung akan drive,” ujar Kris lalu menuju ke keretanya.

 

Hyung, Sehun pakai kasut salah. Kasut kiri dia pakai kat kaki kanan,” laung Tao apabila dia melihat kesukaran adiknya itu berjalan.

 

“Tao pakaikanlah balik untuk dia,” jawab Kris dengan selamba. Dasar tak bertanggungjawab betul lah si Kris ni. Macam mana nak ada anak, kalau perempuan tengok pun tak jadi nak buat calon suami. Ish, ish.

 

 

“Okey semua duduk elok-elok ye, hyung nak memandu secara laju dan merbahaya.”

 

Hyung janganlah bawa laju nanti Kai report dekat mama baru tahu,” kata Kai.

 

“Alah~~~ bagitahulah tak takut,” jawab Kris sambil menjelirkan lidahnya ke arah Kai. Dasar tak matang. Kris dengan segera memakai cermin mata hitam, sekali tengok memang kacak dan bergaya tapi bak kata orang tua tak kenal maka tak cinta. Seperti itulah ibaratnya Kris, kalau dah kenal perangai melanun entah apa-apa.

 

Hyung lupa nak pakai seatbelt,” ujar Sehun dari belakang.

 

“Alah hyung tahulah nak buat, kamu semua budak duduk diam.” Kris dengan segera memecut kereta BMW X5 nya dengan laju keluar dari rumah. Tanpa melihat kiri dan kanan Kris terus membelok masuk ke highway menyebabkan Van dibelakangnya menghonkan dia.

 

“Apalah Van itu tak belajar arahan jalan raya betul,” bebel Kris yang tidak menyedari kesalahan diri sendiri. Dia yang sebenarnya tidak belajar tentang peraturan jalan raya, main masuk aje tak tengok kiri dan kanan.

 

 “Hyung, Tao takut bawaklah hati-hati sikit,” kata Tao yang hampir nak menangis itu. malangnya, Kris hanya buat muka bodoh sebodohnya.

 

 

“Okey semua kita dah sampai, sila turun sekarang jugak,” Kris terus turun tanpa membuka pintu untuk tiga orang adiknya di belakang. Tak gentleman langsung.

 

Hyung, kita nak buat apa kat restoren ni?” soal Sehun yang terkejut melihat Kris membawanya ke gerai makan sebenarnya, buka restoren pun. Bak kata Kris ‘ Restoren mahal is not my stlye’.

 

“Nak sarapanlah, takkan nak berniaga pulak. Banyak soal lah budak ni, dah jom pi makan, hyung lapar giler ni, penat betul jaga kamu bertiga, bukan senang nak jaga korang ni. Perlukan banyak tenaga,” bebelan Kris yang mengalahkan mamanya itu tidak diendahkan oleh Sehun, Kai dan Tao.

 

“Mak cik roti canai biasa satu, roti canai coklat satu, roti canai gula satu dan roti canai yang dicanaikan satu, pastikan cukup empat tahu,” laung Kris dari jauh.   

 

“Lepas ni aku nak canaikan budak-budak ni cukup-cukup,” ujar Kris dengan nada yang bersahaja.

 

“Apa Hyung kata tadi?” soal Kai yang terdengar sedikit isi bicara Kris.

 

“Tak ade apa-apa,” balas Kris dengan muka yang tidak bersalah.

 

Entah apalah sebenarnya rancangan Kris. Adakah dia akan pergi ke Tadika ataupun merayau ke tempat lain? Kita tunggu ajelah nanti.

 


Author sedang menaip;

Rancang nak buat one shot aje, tapi terpaksa pecah dua.

2487 words..

sorry for typos...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: bwahahahahaha XD hilang stress sy yang menghantui sejak balik dr kerja tadi...
exoteen12 #2
kenapa la kris ni tak irresponsible langsung......
theprincess95 #3
Chapter 1: Waaa...best Giler....author update lagi yer....
Peacenowar #4
Chapter 1: update please
Dragneel09 #5
Chapter 1: APalah kris ni.....dgn budak2 pun nak cari gaduh,...zg lain pun sama jugak....XD...hahaga
Kejam jugak maknae line tu...hbs hyung dorang kena
starlightkim_
#6
Chapter 1: Haha..kelakar..kris ni memanglah..tak bertanggungjawab..memang tak boleh kawin lagi ni
Dragneel09 #7
Apa apa ajelah kris...hahaha...sendap sungguh mu ni
XD
Mongmong98 #8
Hahalol comel plk keke. Update oke author nim~