INSANE 01

Insane

 

#01



 

 

Jungyeon mengintai di sebalik langsir tingkap biliknya. Kelihatan sebuah lori dn juga kereta terparkir di depan rumah sebelahnya yang telah kosong kerana jiran lamanya telah berpindah. Sebuah keluarga kecil keluar dari kereta tersebut dan berjalan ke arah rumah kosong itu.

 

'Jiran baru nampaknya..'

 

Mata Jungyeon tertumpu pada seorang lelaki yang tinggi lampai dan berpakaian t-shirt hitam, jaket biru putih bersama seluar jeans hitam. Cermin mata hitam terletak elok pada mukanya dan dia sedang memegang telefon bimbitnya. Lelaki tersebut benar-benar menarik perhatian Jungyeon.

 

"Noona! Mengendap apa tu?" Kim Myungsoo, adik lelaki Jungyeon menyergahnya membuatkan kepala Jungyeon terhantuk pada tingkap. Dia mengaduh kesakitan.

 

"Woi apa kau ni?! Sakit tau tak?" Jungyeon menggosok-gosok kepalanya. Ketawa Myungsoo kedengaran sebagai balasan.

 

"Jom la turun. Omma panggil makan." 

 

Jungyeon memandang ke arah luar tingkap sekali lagi sebelum berjalan turun ke bawah.

 

 

 

"Chanyeol-ah! tolong bawa kotak tu dekat atas. Noona ada hal." 

 

Kakak Chanyeol sempat mengarahnya sebelum tergesa-gesa keluar dari rumah. Dia baru lepas habis mengangkat kotaknya sendiri ke biliknya. Chanyeol mula mengangkat kotak-kotak kakaknya satu per satu. Nasib baik tinggal beberapa kotak sahaja memandangkan kakaknya telah uruskan yang lain tadi. Setelah selesai, dia turun ke ruang tamu dan duduk di atas sofa barunya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membalas mesej kawan-kawannya yang masuk sementara dia mengemas bilik tadi.

 

Setelah beberapa minit di situ, dia mula bosan. Dia naik ke atas untuk mengambil jaketnya semula. Chanyeol bertembung dengannya ibunya.

 

"Kamu nak pergi mana?"

 

"Keluar kejap nak tengok tempat-tempat dekat sini. Kenapa omma nak minta tolong apa-apa ke?"

 

"Tak tak. Pergi lah. Alang-alang tu kamu pergi la berkenalan dengan jiran ke.."

 

Chanyeol mengganguk sebelum turun dan keluar dari rumah barunya. Dia berjalan menuju ke arah taman berdekatan yang dilihatnya semasa dalam perjalanan tadi. Dia sebenarnya agak malas nak berjumpa dengan jiran-jiran barunya. Nanti-nanti pun boleh. Setelah sampai, dia duduk di atas sebuah bangku yang disediakan di situ. Chanyeol hanya memerhati gelagat pengunjung taman tersebut. Tiba-tiba seorang gadis duduk di sebelahnya.

 

"Hai. Awak baru pindah sini kan?" Gadis itu menegurnya.

 

"Err yaa.. awak duduk dekat sini jugak?"

 

"Yup. Saya jiran awak. Tadi saya nampak awak masa awak baru sampai kat rumah tu."

 

"Oh... Saya Park Chanyeol. Awak?"

 

"Kim Jungyeon" 

 

Mereka berdua tersenyum. 

 

"Dah habis belajar?"

 

Chanyeol membuka topik.

 

"Dah. Sekarang tengah tunggu tawaran kerja. Medical."

 

"Medical? Woahh saya pun. Harap dapat hospital sama."

 

Mereka berbual agak lama sehingga Jungyeon menyatakan yang dia perlu balik ke rumah. Chanyeol juga turut bangun dan berjalan pulang bersama Jungyeon memandangkan mereka berjiran.  Chanyeol dan Jungyeon mula rapat sejak itu memandang mereka bertemu hampir setiap hari kerana mereka berjiran. Mereka juga selesa bersama.

 



#01

 

Author's Notes

 

logo1_zps1ab3843d.gif

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet