BAB 1

Surat Buat Zaujah (DISCONTINUED)

BAB 1

 

 

Danish membetulkan kaca matanya. Selesai sahaja menyegarkan badan, kaki lelaki yang ketinggian 173cm itu melangkah dari biliknya menuju ke dapur dalam keadaan tergesa-gesa. Haruman masakan mee goreng dari umminya membuatkan dia tidak keruan. Kelihatan Puan Maya sedang mencedok mee goreng dengan tidak tahu kewujudan anak bongsunya sedang berjalan perlahan-lahan menghampirinya.

    “Haaa!!!”

Hampir terkeluar jantung Puan Maya lalu tangannya laju memukul peha Danish dengan senduk. Danish mengekek ketawa melihat telatah umminya menari-nari ala-ala zapin apabila disergah. Biasalah bekas penari zapinlah katakan.

    “Comel lah ummi menari. Ajar adik boleh?” Danish mengejek umminya menari.

    “Malas nak layan adik ni.”

Tengok! Puan Maya sudah merajuk. Bagi Danish, dia merasa itu adalah satu tektik umminya supaya dapat pelukan darinya. Mana tidaknya, mereka begitu rapat sekali. Susah nak dipisahkan. Dimana ada Danish, disitu ada Puan Maya. Itulah lumrah anak manja.

    Danish memeluk umminya dengan erat. “Ala… janganlah merajuk. Nanti adik belanja ummi ok?” Danish suka haruman umminya.

    “Nak belanja ummi? Ada duit ke?” Puan Maya ketawa kecil.

    “Adik belanja ummi kasih sayanglah. Itu saja yang adik mampu bagi.”

Puan Maya mengukirkan senyuman lalu menghadiahkan ciuman di pipi gebu Danish yang turut membalas ciuman di pipi kanan orang yang paling dia sayangi. Setelah membuat sesi drama bersama umminya, Danish mengajak walid dan abang longnya makan bersama. Danish melihat skrin telefon bimbitnya.

 

“Kau kat mana? Penat aku tunggu tau.”

 

Mesej dari Kamal. Dia hampir terlupa untuk menemani sahabatnya ke perpustakaan.

 

“Kau tunggu. Aku on the way.”

 

    “On the way apanya Danish. Mengamuk Kamal kalau dapat tahu yang aku baru nak keluar dari rumah.” bisiknya dalam hati.

Danial melihat adiknya dengan senyuman bermakna. “Mesej siapa tu? Girlfriend eh?” Abang kepada Danish cuba menyakat sambil menyiku adiknya yang disebelah.

   “Taklah! Aku mesej Kamal. Kami nak pergi library. Study sikit sebab petang nanti ada kuiz.” jawab Danish sambil menyambung sisa makanannya.

 

Itulah tabiat ‘pelajar cemerlang’ yang dipraktik oleh Danish dan Kamal. Walaupun selalu mendapat markah atas pagar, ia selalu membuatkan Tuan Safwan dan Puan Maya berleter sampai berbuih-buih boleh keluar sabun. Danish? Hanya pekakkan telinganya saja. Baginya dia sudah bersyukur kerana tidak gagal.

    “Belajar… jangan asyik main-main saja. Kalau walid dapat tahu adik dapat pointer atas pagar lagi. Walid gantung adik dekat pagar nanti.” Seloroh Tuan Safwan yang sudah masak dengan perangai anak bongsunya yang tidak suka mengambil serius tentang pelajaran. Walaupun begitu, Tuan Safwan berbangga dengannya kerana Danish amat menghormati keluarganya. Nakal tu perkara biasa yang tidak boleh dielakkan.

    “Baiklah…”

 

Setelah bersalaman dengan walid dan ummi, Danish pergi ke universiti menaiki kereta Honda Jazz berwarna biru yang dipandu oleh abangnya, Danial. Tahun ini adalah tahun terakhir bagi abangnya. Selepas ini, tidak lagi menemaninya pergi ke universiti atau dalam erti kata tak ada orang nak dijadikan kuli untuk hantarnya ke universiti. Tibanya di Universiti Malaya, Danish terus berlari-lari ke perpustakaan kerana Kamal sudah lama menunggunya disana. Kelihatan aset Kamal sudah kelihatan, dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan sahabatnya.

      “Sorry lambat.” Ujar Danish dengan tidak cukup nafas.

    “Sorry… sorry…Kenapa tak datang raya tahun depan ke?” perli Kamal yang sudah lali dengan perkataan maaf dari Danish. Danish menghela nafas kecil. Tadi di rumah, umminya merajuk. Sekarang Kamal pula. Adakah semua dahagakan kasih sayang darinya. Gelaknya dalam hati melihat tingkah laku Kamal merajuk mengalahkan perempuan. Siap mulutnya mucung ke depan dan bersilang tangan lagi sambil matanya tajam memerhatikan Danish. Dengan sepantas kilat, Danish menarik telinga seperti piring astro itu.

     “Arghhh!!!” jerit Kamal.

Semua pelajar yang berada di perpustakaan melihat mereka berdua. Danish tidak senang duduk diperhatikan sebegitu. Dia berpura-pura membaca buku. Malu. “Suara kau tak boleh slow eh? Semua orang pandang kot.”

    “Kau pergi tarik telinga aku kenapa? Sakitlah!” Kamal masih memegang telinganya.

    “Dah! Tak payah nak merajuk sangatlah. Geli aku tengok.”

 

Danish menyelak sehelai demi sehelai sambil menongkat dagu. Matanya sudah kuyu melayan perasaan. Bosan. Itu perasaannya sekarang. Bukan apa, buku dan Danish bukan pasangan yang sempurna. Kalau tidak disebabkan ada kuiz petang ini, mungkin dia tak ada ‘date’ dengan buku. Sementara Danish ‘khusyuk’ membaca, kedengaran keluhan dari Kamal.

    “Kau kenapa mengeluh? Boring kan?” tanya Danish.

    “Haaa… boring tengok perempuan yang asyik tengok kau je.”

 

Danish melihat sisi kirinya. Kelihatan dua orang perempuan sedang tersenyum-senyum macam kerang busuk yang hanya tunggu masa untuk kasut Kamal berjenama Adidas yang baru beli semalam hinggap ke muka perempuan miang itu. Kadangkala perasaan cemburu selalu menghadiri dalam diri Kamal setiap kali wanita-wanita di universiti cuba menggoda hati Danish yang sememangnya tidak akan layan.

    “Aku pelik dengan kau. Kenapa setiap perempuan dalam universiti yang cuba nak dekat dengan kau, kau tolak mereka mentah-mentah?” Persoalan itu selalu bermain dalam fikiran Kamal. Dia mengaku yang Danish mempunyai rupa paras yang boleh membuatkan para wanita cair macam ais krim perisa vanila. Sama seperti abangnya, Danial yang menjadi kegilaan orang ramai. Kalau jual mereka berdua mesti Kamal boleh jadi kaya.

    “Bukan perempuan tu tak cantik. Cantik macam Siti Nurhaliza kot. Cuba kau cakap dengan aku.”

 

Danish tersenyum nipis.

 

    “Belum ada wanita yang membuatkan hati aku ni ‘dup dap dup dap’ lagi. Memanglah cantik, itu aku tak nafikanlah. Tapi kalau dah hati busuk nak buat macam mana. Aku tahu, mereka semua nak duit aku walaupun itu duit pemberian walid. Tapi tak semua perempuan sebegitu. Ada je yang baik tapi hati aku tak suka. Cinta tak boleh dipaksa.” cerita Danish yang pro mengenai cinta walaupun dia tidak pernah bercinta.

Kamal mengangguk faham. Dia mengerti, cinta ini bukan dari paras rupa. Dia masih teringat dengan bekas kekasihnya. Cantik macam model terkenal seperti Kendall Jenner, tapi perangai… hanya Allah saja yang tahu. Selagi Kamal ada duit, selagi itu perempuan itu akan mempergunakan Kamal untuk kepentingannya. Itu pun, Danish yang menghasut Kamal memutuskan hubungan mereka berdua. Kalau tidak, mungkin bankrupt lah Kamal. Makan pasirlah jawabnya…

Tamat sahaja kuiz, pensyarahnya iaitu Cik Suraya memperingatkan semua pelajar tentang peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Danish meraup wajahnya. Nampaknya dia ada ‘date’ lagilah lepas ni. Bunyi ringtone Happy dari Pharrell Williams berbunyi di telefon bimbit jenama Iphone 6s plus. Terpangpang wajah abang longnya sedang mengorek hidung yang diambil senyap-senyap semasa Danial menonton TV.

 

    “Kau balik dengan Kamal boleh? Abang ada kelas malam lah.”

    “Yalah…”  jawab Danish sambil merenung Kamal yang sudah tahu apa yang berlaku lalu Kamal berpura-pura tidak mendengar perbualan itu lalu berlari meninggalkan Danish yang sudah mengejarnya. Jangan pandang rendah, walaupun kaki Danish pendek dari Kamal, dia adalah bekas atlet di sekolah menengah dulu. Akhirnya Kamal mengalah. “Terpaksa hantar juga hantar si pendek ni. Nasib baik rumah dekat.” Danish menunjukkan jari yang tidak sepatutnya tunjuk kepada Kamal kerana memanggilnya pendek. Pantang ok! Kamal mencebik.

 

Pada malam yang ditemani bulan penuh, Danish berehat dibangku sambil menanggalkan kaca mata diatas meja kecil sebelum menghirup Nescafe latte di balkoni biliknya.

    “Haihhh… kenapa belum ada wanita yang dapat membuatkan hati aku ni bergetar?”

    “Aku bukannya tak handsome. Kalau tak handsome, tak adanya orang tergila-gilakan aku.” fikirnya nakal sambil ketawa kecil. Geli hatinya dengan pengakuannya yang perasan kacak. Tetapi itulah selalu ummi dia cakap, “Anak ummi dua-dua handsome.”

    “Sabarlah wahai Ahmad Danish. Mana tahu jodoh kau pun tengah tengok bulan sekarang ni. Hi, zaujah! Nanti kita jumpa ya… selamat malam.” Danish tersenyum sendiri sambil melambai-lambai pada bulan. Siap flying kiss lagi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet