EP4

Helo, Tuan Jackson Wang! (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

 

HUBUNGAN majikan-pekerja antara Yongji dan Jackson berubah sepi semenjak kejadian gadis tersebut menjadi 'kekasih ekspress' tuannya ketika mereka sama-sama makan tengahari di sebuah restoren mewah tempoh hari. Dan sehingga sekarang Youngji masih lagi tidak tahu apa motif tuannya itu berbuat demikian. Apa yang dia tahu, lelaki itu memang tidak suka perempuan yang mereka jumpa di restoran tempoh hari. Perempuan gedik bak ulat beluncas yang bernama Hani itu. Hmmph, dia sendiri pun tak berapa suka perempuan itu. Muka saja cantik tapi perangai gedik nak mati! Masih terbayang-bayang adegan Hani cuba mengucup bibir tuannya tempoh hari.

 

Eh, kenapa pulak aku terbayang adegan jijik tu? Yucks!

 

"Dasar perempuan gedik!"luah Youngji tanpa sedar. Ketika itu dia sedang sibuk menyusun fail-fail projek di rak bilik Jackson. Ditilik sebentar jam di tangan yang sudahpun menunjukkan pukul sebelas setengah pagi. Lelaki itu awal-awal pagi lagi sudah keluar bersama Encik Mark idaman hatinya, katanya untuk bertemu pelabur dari Hong Kong. Kalau diikutkan perjanjian kerja mereka Youngji sebenarnya perlu mengikut lelaki itu ke mana saja dia pergi tetapi hari ini lain pula ceritanya di mana Jackson melarang setiausahanya itu dari mengikutinya. Pelik. Memang pelik.

 

"Siapa yang gedik?"soal Jackson yang baru saja pulang ke pejabat. Dia dengar apa yang setiausahanya bebelkan tadi dan Youngji langsung tidak sedar akan kehadirannya. Mungkin kerana dia terlalu fokus menyusun fail di rak sehinggakan dia tidak sedar tuannya sudah pulang. Jackson pula sudah berdiri di belakang setiausahanya itu, memerhatikan kelakuan gadis itu sambil berpeluk tubuh. Kot yang dipakainya dibuka dan dijemur pada kerusi kulitnya. Berpeluh-peluh dia dibuatnya kerana makanan thai yang dinikmatinya bersama para pelabur tadi.

 

"Hani itulah. Gedik macam ulat beluncas!"balas Youngji geram sambil tangannya sibuk menyusun fail. Dia memang tak boleh bertolak ansur dengan golongan macam Hani itu. Rasa macam nak kasi penumbuk je!

 

Jackson tiba-tiba menyandarkan badannya pada rak di depan Youngji sambil berkata, "Oh really? Saya ingat saya seorang je yang fikir macam tu."

 

"Tuan! Bi-bila tuan balik ni?"ucap Youngji sedikit cuak. Alamak...Matilah aku...dia dengar aku cakap apa tadi!

 

Jackson buat muka selamba. "Beberapa minit yang lalu. Kalau nak spesifik lagi...tiga minit dua puluh lima saat yang lepas. By the way, kenapa awak masih susun fail lagi ni? Bukan ke saya ada minta awak taipkan butiran untuk mesyuarat sekejap lagi untuk diedarkan kepada para pekerja nanti?"

 

"Alamak tuan, saya-"tiba-tiba Youngji buat muka terkejut sambil menjauhkan dirinya dari Jackson. Siap tekup bibir sendiri dengan tangan lagi, konon nak kasi nampak 'real' terkejutnya. Jackson sudah menggelengkan kepala. Dia sudah agak semua ini akan terjadi. 

 

"Lupalah tu."

 

"Takdelah, saya dah taipkan butiran tu dah. Dah siap print sekali."balas Youngji selamba. Memang da sudah siapkan kerja yang tuannya itu minta terlebih dahulu sebelum dia menyusun fail-fail di rak. Heh, ini Youngjilah. Setakat taip-taip ni sekejap je dah boleh siap. Jackson pula sudah terangkat sebelah keningnya apabila gadis itu menunjukkan satu timbunan kertas yang sudah disusun cantik dan siap dicetak kepadanya.

 

"Kalau begitu baguslah. Sekarang, pergi buatkan saya kopi untuk dua orang."

 

Mahu tidak mahu terpaksalah Youngji meninggalkan sekejap kerjanya dan melangkah keluar ke pantri untuk membancuh kopi. Sebenarnya dia sudah agak lelaki itu akan meminta dia untuk bancuhkan kopi. Dia faham sangat dengan tuannya yang begitu gemar meminum kopi. Kalau tidak silap Youngji dalam tiga kali sehari Jackson akan meminta dia membancuh kopi untuknya. Memang betul-betul hantu kopi!

 

Hmm...kenapa dia minta aku bancuh dua cawan kopi? Adakah itu bererti buah hatiku Encik Mark akan datang ke sini sekejap lagi? Oh...minta-mintalah kopi ni untuk Encik Mark!,sempat lagi Youngji berbicara dalam hati sambil tangannya ligat membancuh kopi. Siap terbayangkan wajah Mark lagi. Mark memang kacak jadi tidak hairanlah Youngji boleh terjatuh hati pada lelaki itu. Sebenarnya bukan setakat Youngji saja, hampir semua pekerja wanita di syarikat tersebut merupakan peminat Mark. Opss...pembetulan : peminat Mark dan Jackson.

 

Bercakap pasal Mark, sudah agak lama juga dia tidak nampak kelibat lelaki itu di perhentian bas. Dia cuma ternampak kelibat pujaan hatinya itu di pejabat saja. Itupun bukan selalu kerana kata Jackson, Mark sedang sibuk menguruskan satu projek pemasaran yang diberikan oleh pihak atasan dan projek tersebut memerlukan dia untuk berulang-alik dari Seoul ke Busan. Kata tuannya lagi, syarikat sudah memberikan Mark sebuah kereta bagi memudahkan pergerakannya jadi mungkin sebab itulah dia jarang nampak Mark di perhentian bas.

 

"Hoi Youngji, menuang je kerja kau ya!"

 

"Opocot Mark handsome!"

 

"Melatah pulak dia! Hahaha!"Yunhyung bersuara sambil melepaskan ketawanya. Memang seronok dapat kenakan orang, terutama sekali orang melatah. Cuit sikit pun dia dah melatah. Nasib kaulah Youngji sebab punya keupayaan untuk melatah.

 

Youngji berpaling ke belakang. Dia mengurut dada, lega kerana yang mengusiknya tadi adalah sahabat baiknya. Spontan dia memijak kaki pemuda di depannya, balasan kerana telah mengejutkannya tadi.

 

"Sakitlah woi!"

 

"Siapa suruh kau kejutkan aku masa aku tengah bancuh kopi tadi? Nasib baik air panas ni tak tumpah ke badan aku tahu tak?"

 

"Eleh, bancuh kopi konon. Kalau betul kau bancuh kopi takdenya kau nak termenung pandang dinding depan kau tu. Lagi satu, siapa Mark yang kau cakap handsome tu? Kejap...jangan cakap Mark yang kau maksudkan tu adalah Encik Mark, kawan tuan kita tu?"Yunhyung memerhatikan kelakuan sahabatnya yang sedang mengacau kopi dalam satu teko dengan gaya tangan disilang.

 

Aneh. Semenjak Youngji dinaikkan pangkat menjadi setiausaha, jarang sekali dia lihat gadis itu melakukan kerja-kerja pejabat. Apa yang dia selalu nampak, Youngji pasti akan berada di pantri pada masa-masa tertentu untuk membancuh kopi. Bila ditanya, dia akan kata kopi itu untuk Jackson. Kadangkala terfikir juga Yunhyung, mengapa kerja sahabat baiknya itu nampak begitu ringan dan tidak memenatkan berbanding sewaktu orang lain menjawat jawatan tersebut?

 

Mungkinkah Jackson....sugar daddy Youngji? Sebab itulah kerja Youngji ringan semacam je. Tapi tak mungkinlah Jackson sugar daddy minah tu sebab minah tu mana minat buat kerja-kerja haram jadah lagi tak bermoral dan bertamadun ni, fikir Yunhyung dengan begitu seriusnya. Hmm, serius sangat.

 

Youngji sudah menggigit bibirnya. Opps, terlepas cakaplah pulak dekat mamat ni...

 

"Ka-kalau ya pun kenapa? Encik Mark memang handsome pun..."

 

"Mak aih Youngji, sejak bila kau suka dandy guy macam Encik Mark ni? Aku tak akan pernah restu hubungan cinta dia dengan kau!"Yunhyung sudah mula berdrama. Maklumlah, dekat zaman kolej dulu dia merupakan president kelab teater. Youngji yang sudahpun selesai membancuh kopi sudah meraup muka. Rimas betul bila lelaki itu mula buat perangai gila-gilanya.

 

"Oi Yunhyung, sejak bila pulak aku dengan Encik Mark bercinta? Over betul! Aku cuma suka tengok muka kacak dia ajelah. Hish! Dahlah, aku nak hantar kopi dekat tuan. Kalau aku terus berlama dengan kau dekat sini, boleh mereng otak aku nanti."Youngji sudah mengatur langkah untuk ke bilik tuannya, malas mahu melayan kerenah Yunhyung yang kadangkala tak cukup skru.

 

 

JACKSON membuang pandang ke luar tingkap kaca biliknya, memerhatikan keadaan lalu lintas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Akan diupdate bila dah mencapai 20 subscriber~~~~~~~~

Comments

You must be logged in to comment
BaechuJyuu #1
Chapter 11: Fast n furious sungguh Jackson
inaequanimous
#2
Chapter 11: Bertunang yay
Jungli_123 #3
Chapter 11: Baru up, pastu terus baca
BLINKforever #4
Chapter 10: Okay, saya tau ni inspired from TAM, tapi seriouslah kelaka lah bile dorang panggil mommy, daddy bagai XD macam fanfic je, erk geli-geleman bace, tpi worth it lah! wktu bace ni tk teringat muka jackson dgn oc pun, teringat muka aaron dgn zara zya jee :3
BaechuJyuu #5
Chapter 10: hahaha.. kan senang bila dah confess. tunggu si blur girl tu je nk sedar. X sabar tunggu next update
inaequanimous
#6
Chapter 10: Huyooooo ada kapel geumji r
Ngger0205 #7
Chapter 9: Wowowowowow... !!! Thanks author-nim for ur update.. hayati tunggu update terbarunya y.. penasaran ama kishny..
EyzaRoss89 #8
Chapter 9: Tak bole lupa itu subway chicken tandoori HAHAHA
Jackson dah ada rival, habislahhhh. Thanks for the update btw! I love your story, baca daripada mula sampai habis senyum sampai telinga! Dah macam orang gila xD
BaechuJyuu #9
Chapter 9: hahaha.. Habislah Jackson!
EyzaRoss89 #10
Chapter 8: Yeayyy update! Ala, cute-2 je Jackson dengan Youngji > < Eeeeeee, kenapa lah diorang berhenti tengah jalan, kalau tak.. xD
Btw, for those Jackji shippers, feel free to read my Jackji fanfic 'Complicated' <3 Ehh, sorry promote ^