EP10

Helo, Tuan Jackson Wang! (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

 

"TOLONG...izinkan saya jadi pemilik hati awak, Heo Youngji."

 

Kata-kata Mark membuatkan Youngji tercengang. Wajahnya tiba-tiba berpeluh. Betul ke apa yang dia dengari sekarang? Kalau betul, dia patut gembira sekarang kerana crush-nya meluahkan perasaan kepadanya. Tetapi mengapa di saat ini dia tidak berperasaan sebegitu?

 

"Macam mana? Menjadi tak pick-up line saya? Hmm?"Tersenyum-senyum pemuda tinggi lampai itu ke arah Youngji. Gadis itu mengerdipkan matanya beberapa kali, kurang faham dengan kata-kata Mark.

 

"Chop! Adakah itu bermaksud encik tak maksudkan apa yang encik cakapkan tadi tu?"

 

"Sudah tentulah. Saya bergurau saja tadi tu. Kenapa? Awak expect saya confess betul-betul dekat awak ke?"Mark sudah tergelak dengan ayatnya sendiri. Dia tak sangka pula setiausaha kawan baiknya itu percaya gurauannya tadi.

 

Youngji pula nampak agak lega dengan kata-kata Mark. Dia mengibas-ngibas kedua belah tangannya tanda prostes. "Eh tak encik, saya dah agak encik cuma bergurau! Cuma saya terperanjat saja bila encik tiba-tiba cakap macam tu dekat saya tadi."Balas gadis itu lagi. Pipinya yang merona meraha menahan malu sudah beransur reda warnanya. Dalam hatinya sudah berdetik, tak mungkinlah mamat ni suka perempuan selekeh macam aku...kalau dia suka aku, alamatnya terbaliklah dunia!

 

"Maaf sebab buat awak terkejut atau confused, saya saja je usik awak tadi. Sebenarnya, saya cakap macam tu sebab perkara yang saya nak minta tolong awak berkaitan juga dengan apa yang saya cakap dekat awak tadi. Hmm, apa kata kita berbincang sekejap dekat tempat yang lebih tertutup? Macam dekat tangga kecemasan tu ke...sebab saya tak nak orang dengar apa yang kita akan bincangkan nanti."Ucap lelaki itu lagi dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Dan sudah tentu selaku salah seorang peminat dalam diam Mark, Youngji terpesona seketika dengan senyuman milik lelaki itu. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala lalu mengikut langkah Mark ke tangga bangunan yang berada di hujung koridor.

 

Setelah kedua mereka berada di tangga, Mark duduk di salah satu anak tangga di depannya dan mengajak Youngji duduk di sebelahnya. Mahu tidak mahu, terpaksa jugalah gadis itu menurut kata-katanya. Setelah gadis itu duduk di sebelahnya dalam keadaan berjarak, barulah Mark membuka bicara.

 

"Sebenarnya saya nak minta tolong awak jadi partner saya ke reunion sekolah saya minggu depan. Itu saja. Jangan salah faham! Saya ajak awak sebab saya tak ada kekasih, dan saya rasa awak mungkin tak bawa banyak masalah bila kita di sana nanti. Kalau ikutkan saya nak pergi seorang diri je tapi rules reunion tu nak tetamu datang dengan partner pula."

 

Youngji cuba menahan tawanya dari meletus. Serius, dia mahu saja ketawa ketika ini kerana dia langsung tidak menyangka Jackson dan Mark berperangai sama! Dan kedua mereka meminta bantuannya untuk menjadi teman mereka ke majlis! Adakah ini kebetulan atau takdir? Tapi nasib baiklah Mark cuma meminta dia menjadi teman ke majlis saja, bukan berlakon sebagai kekasih seperti mana yang Jackson minta tempoh hari. Kalau tidak...mahu bercelaru pula perasaannya nanti. Dia bimbang separuh hatinya berpihak kepada Jackson dan separuh lagi berpihak kepada Mark. Tapi mengapa pula dia mahu berperasaan sebegitu terhadap Jackson? Jackson cuma seorang lelaki yang dia anggap sebagai majikannya sahaja, tak lebih dari itu!

 

Namun...kebelakangan ini, jantungnya kerap saja berdegup kencang apabila berdepan dengan tuannya itu. Selalunya dia boleh saja menghadap lelaki itu tanpa rasa malu. Melawan cakapnya pun dia berani! Tetapi sekarang, jangan kata mahu melawan..mahu bertentang mata pun susah ya amat sedang sebelum ini pandangan mata Jackson yang redup itu boleh saja ditenung sedalam mungkin tanpa masalah!

 

Duhai hati...bermasalahkah dikau sekarang?

 

"Tapi...kenapa saya juga yang encik ajak? Kenapa tak ajak orang yang rapat dengan encik...macam setiausaha encik ke? Kawan ke?"Soal Youngji hairan. Macam mana dia tak hairan, dalam banyak-banyak wanita di dunia ini dia juga yang menjadi pilihan Mark. Nak kata tak popular, hampir satu syarikat menggilainya dek wajah kacaknya. Dengan wajah kacaknya itu, dia boleh saja meminta mana-mana pekerja wanita di syarikat itu untuk menjadi temannya-- itupun jika dia terlampau terdesak untuk mendapatkan temanlah.

 

"Sebenarnya...saya ni introvert. Dan bila saya cakap macam tu, saya memang betul-betul maksudkannya. Kalau awak nak tahu, Jackson merupakan satu-satunya kawan saya...yang paling saya rapat selain kawan saya yang lain. I mean, dulu masa zaman kami belajar di universiti kami ada sekumpulan kawan baik dan Jacksonlah yang paling saya rapat antara kawan-kawan saya yang lain tu."

 

Ini lagilah tak masuk dek akal Youngji. Kau kata kau introvert? Dengan rupa sekacak putera berkuda putih pun kau introvert ke? Dengan muka macam tu kau boleh pikat artis yang lawa-lawa tu kut!

 

"Kawan perempuan pun takde?"

 

Mark menggelengkan kepala. "Sadis kan? Mesti awak terfikir dalam kepala tu macam mana lelaki tampan macam saya boleh jadi introvert...kan?"

 

Holy ! Dia boleh baca fikiran aku ke? Youngji menelan liurnya sendiri, tiba-tiba seram pula dengan lelaki di sebelahnya. Mahu dia ada kuasa untuk membaca fikiran manusia, matilah dia nanti! Habis terbongkar pula perasaan sukanya pada Mark nanti!

 

"Kalau macam tu...nanti kita jumpa dekat sini and pergi reunion encik tu, okey?"

 

"Serius? Awak sudi tolong saya, Youngji? Thanks!"Spontan lelaki itu memegang dan menggenggam kedua belah tangan Youngji sambil tersenyum riang. Suka betul hatinya bila setiausaha teman baiknya itu mahu menjadi temannya untuk ke reunion esok. Youngji pula terkejut beruk  dengan reaksi lelaki itu. Cepat-cepat dia menarik tangannya dari pegangan tangan Mark dengan senyum kekok. Dah kenapa dengan mamat ni? Excited kemain!

 

 

Seminggu kemudian...

 

YOUNGJI masuk ke pejabar dengan nafas tercungap-cungap. Penat betul kakinya memanjat tangga dari tingkat 20 ke tingkat 35 gara-gara lif tiba-tiba rosak. Nasib baik lif tersebut berhenti dan terbuka pintunya di tingkat 20, tak adalah dia terperangkap di dalam lif tersebut. Dia duduk di tempatnya, kemudian menyandarkan belakangnya ke kerusi sebelum menghela nafas sedalam-dalamnya. Empat hari lepas, dia pulang ke Busan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya. Dua hari lepas pula, setelah dia pulang ke Seoul,  Mark mengajak dia keluar kerana mahu membelikan dia dress untuk dipakai ke majlis reunion lelaki itu nanti. Mulanya dia menolak kerana dia sebenarnya sudah ada baju yang sesuai untuk ke sana tetapi Mark tetap berkeras mahu belikan. Katanya supaya pakaian Youngji kena dengan majlis reunion itu yang bertemakan 'masquerade ball' dimana tetamu yang hadir wajib memakai topeng pada wajah mereka. Mahu tidak mahu, terpaksalah Youngji menerima saja pemberian Mark itu. Lagipun Mark sendiri memberitahunya pakaian yang dibelikan dia untuk Youngji adalah hadiah untuknya kerana sudi menemani dia ke majlis tersebut jadi Youngji tidaklah rasa kekok sangat untuk menerimanya. Orang dah bagi, ambil jelah hok?

 

Yunhyung di sebelahnya sekadar menggelengkan kepala melihat Youngji yang sudahpun menutup matanya, barangkali ingin merehatkan sebentar kepala dan fikirannya. Itu apa yang Yunhyung fikir kerana dia tahu kebelakangan ini temannya itu selalu saja sibuk dengan kerja sebagai setiausaha Jackson. Sekarang pula syarikat mereka sedang sibuk dengan projek berbajet besar dengan kerjasama dari syarikat asing dan Jackson pula sebagai pengurus projek tersebut, makin sibuklah gadis itu membantu bosnya. Kadangkala sibuknya sampai terpaksa kerja lebih masa, mahu tak letih gadis itu dibuatnya?

 

Yunhyung baru ingin membuka mulut untuk menegur temannya itu apabila telefon bimbitnya tiba-tiba saja berbunyi. Lagu tema Subway Chicken Tandoori kegemarannya bergema tanda ada panggilan dari seseorang. Yunhyung mengambil telefon pintarnya dari dalam poket seluar dan terus menjawab panggilan tersebut tanpa dia lihat siapa pemanggilnya.

 

"Helo, Song Yunhyung disini."

 

"Helo?"Kedengaran suara wanita yang agak merdu di talian, membuatkan Yunhyung tiba-tiba mengerutkan dahi. Suara ini belum pernah lagi dia dengar. Spontan dia mengalihkan telefon dari cuping telingaya dan melihat skrin telefonya. Nombor siapa pula yang menelefonnya sekarang?

 

"Helo...boleh saya tahu siapa yang menelefon tu?"

 

"Oh, ya...saya..erm...perempuan yang awak tolong tempoh hari. Awak ada tolong saya kejar peragut beg tangan saya..."Si pemanggil tiba-tiba menjawab dengan nada perlahan dan berbaur malu. Mungkin dia segan kerana terpaksa mengaku hal sebegitu kepada Yunhyung. Yunhyung pula sudah memegang dagunya, cuba berfikir sebentar sebelum mindanya menangkap satu peristiwa di mana dia menjadi hero pada hari itu kerana berjaya mendapatkan kembali beg tangan seorang wanita yang diragut. Hari yang agak bersejarah sebenarnya bagi seketul manusia bernama Song Yunhyung itu. Bukan senang nak jadi wira di depan perempuan!

 

"Oh ya, ya...saya ingat. Tapi maaf ya, saya lupa nama awak siapa. Saya ni jenis yang cepat lupa sikit,"Terang Yunhyung sambil menggaru belakang lehernya tanda kekok. Sejujurnya dia terlupa bagaimana rupa wanita yang pernah ditolonginya itu.  Dia sangat bebal dalam mengingati wajah manusia yang pernah dia jumpa. Yang dia ingat, wanita itu ada meminta nombor telefonnya untuk tujuan membalas balik budi. Yunhyung pun tidak berkata apa ketika itu, dia terus saja menyimpan nombor telefonnya dalam telefon wanita itu tanpa segan silunya.

 

Wanita itu sudah tergelak di talian. "Okey, okey saya faham. Nama saya Minha...Park Minha.  Dan saya call ni sebab saya nak jumpa awak...boleh tak?"

 

"Atas tujuan apa awak nak jumpa saya ya, Cik Park?"

 

"Just nak ucap terima kasih sebab berjaya kembalikan beg tangan saya dari genggaman peragut tu dengan mengajak awak ke rumah saya untuk makan malam."

 

"Then you should just say it now, miss. Tak perlu rasanya ajak saya ke rumah awak semata-mata untuk ucapkan terima kasih."Ucap Yunhyung lagi, pelik pun ada dengan permintaan Minha. Baru saja kenal, tiba-tiba ajak datang makan malam di rumahnya. Entah-entah dia nenek sihir yang nak masak aku tak? Fuh, minta dijauhkan perkara macam tu!

 

"No, I must see you! Dah jadi tradisi dalam keluarga saya mempelawa orang yang menjadi wira kami ke rumah untuk makan malam sebagai tanda terima kasih. So, please...accept my wish."

 

Suara lemah gemalai pemanggil di talian membuatkan lelaki itu menghela nafasnya perlahan sebelum bersetuju dengan permintaan wanita itu. Selepas selesai memilih tarikh dan masa yang sesuai, mereka memutuskan talian. Yunhyung memicit perlahan tepi kepalanya, pening pun ada kerana dia sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan wanita itu nanti. Kini, dia dan Youngji berkongsi gaya yang sama. Kedua-duanya sedang menyandarkan badan pada kerusi sambil mengeluh.

 

Tidak berapa lama kemudian, Jackson tiba di pejabatnya. Saat kakinya menapak masuk ke dalam pejabat, dia disapa mesra oleh orang bawahannya dan dia membalasnya dengan senyuman. Tapi dalam ramai-ramai orang bawahan yang menyapanya itu, dia tercari-cari kelibat setiausahanya. Sebenarnya sudah hampir seminggu dia tiada di pejabat kerana perlu menghadiri mesyuarat antara cawangan syarikatnya di Taiwan dan dia tidak membawa setiausahanya sekali ke sana kerana Youngji ada meminta cuti untuk pulang ke kampung sepanjang tempoh lelaki

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Akan diupdate bila dah mencapai 20 subscriber~~~~~~~~

Comments

You must be logged in to comment
BaechuJyuu #1
Chapter 11: Fast n furious sungguh Jackson
inaequanimous
#2
Chapter 11: Bertunang yay
Jungli_123 #3
Chapter 11: Baru up, pastu terus baca
BLINKforever #4
Chapter 10: Okay, saya tau ni inspired from TAM, tapi seriouslah kelaka lah bile dorang panggil mommy, daddy bagai XD macam fanfic je, erk geli-geleman bace, tpi worth it lah! wktu bace ni tk teringat muka jackson dgn oc pun, teringat muka aaron dgn zara zya jee :3
BaechuJyuu #5
Chapter 10: hahaha.. kan senang bila dah confess. tunggu si blur girl tu je nk sedar. X sabar tunggu next update
inaequanimous
#6
Chapter 10: Huyooooo ada kapel geumji r
Ngger0205 #7
Chapter 9: Wowowowowow... !!! Thanks author-nim for ur update.. hayati tunggu update terbarunya y.. penasaran ama kishny..
EyzaRoss89 #8
Chapter 9: Tak bole lupa itu subway chicken tandoori HAHAHA
Jackson dah ada rival, habislahhhh. Thanks for the update btw! I love your story, baca daripada mula sampai habis senyum sampai telinga! Dah macam orang gila xD
BaechuJyuu #9
Chapter 9: hahaha.. Habislah Jackson!
EyzaRoss89 #10
Chapter 8: Yeayyy update! Ala, cute-2 je Jackson dengan Youngji > < Eeeeeee, kenapa lah diorang berhenti tengah jalan, kalau tak.. xD
Btw, for those Jackji shippers, feel free to read my Jackji fanfic 'Complicated' <3 Ehh, sorry promote ^