Final

Wanted Princess
Please Subscribe to read the full chapter

"Jangan bergerak! Saya dah agak dah awak ialah si penjahat nya! Serah kan diri awak pada pihak berkuasa sekarang" 

 

"Tak guna!" Lelaki itu merengus geram kerana dirinya sudah terbongkar. 

 

Aku senyum. Finally ! Dapat jugak aku tangkap penjahat sebenar. Aku, Kwon Yuri ialah seorang penyiasat pensedirian tapi hakikatnya aku hanya budak perempuan berumur 23 tahun yang normal. Aku mula menjadi penyiasat bermula latihan pada umur 16 tahun. Ayah aku, Kwon Yunho iaitu memegang pangkat paling tinggi di dalam industri polis dan penyiasat telah mengajar aku cara cara untuk survive. Dan di sini sekarang, aku menjadi seorang penyiasat persendirian yang berjaya. Adalah beberapa orang yang kagum kerana budak perempuan yang muda sudah menangkap banyak penjahat di luar sana. 

 

____________________ 

 

"Yuri ah! Kau dengar pasal Putera?" Aku menggaru kepala aku. Putera mana satu pulak. Aku memandang kawan baik aku, Jung Dasom. 

 

"Putera mana pulak ni??" Dasom menepuk dahinya. 

 

"Putera Kim la!" Aku tergelak. Boleh pulak lupa pasal Putera Kim. 

 

"Kenapa? Dia dah jumpa Puteri ke??" 

 

"Bukan la. Mahkota tu masih belum ada tindak balas" Aku menggaru dagu aku. Kenapa mahkota tu masih tak bertindak balas terhadap tiara tu?? Di kerajaan Mato, di saat tuan putera selamat dilahirkan, sepasang mahkota dan tiara dicipta untuk tuan putera. Apabila tuan putera memakai mahkota dan jodohnya memakai tiara tersebut, sepatutnya ianya akan bertindak balas lalu bercahaya dengan penuh kegemilangan bersama. Demi memerintah kerajaan yang luas seperti Kerajaan Mato, ini adalah perkara yang layak hanya buat tuan putera dan bakal tuan puteri berdua. Demi mencari jodoh tuan putera Kim, pemilihan di kalangan tuan puteri diadakan. Setiap hari ada sahaja puteri dari negara lain dijemput menghadiri majlis tersebut. Namun tiara tersebut tetap tidak bertindak balas bila dimahkotakan. Seorang demi seorang puteri pulang dengan hati yang kecewa. 

 

"Waaaa romatiknya~" Aku senyum cair memikirkan satu satunya Putera Kim, Kim Himchan. 

 

"Awak rasa kenapa tiara tu tak bertindak balas?" "Mestilah tak! Itu kan putera saya. Orang yang akan kawin dengan Putera Himchan adalah saya jadi orang lain jangan mimpi ye" Aku melompat lompat gembira. 

 

"Ha'ah ye la tu. Malas saya nak dengar. Semoga berjaya" Dasom tidak menghiraukan aku lalu sambung melihat menu minuman. Pelayan tetamu menuju ke arah meja kami. 

 

"Boleh saya minta order cik berdua?" 

 

"Ah ye bagi saya latte dua" jawab Dasom 

 

"Baiklah" Pelayan tetamu itu menunduk hormat dan beredar pergi. 

 

"Yalah, tak nak dengar takpe huhu. Benci! Susah nya jadi rakyat biasa!! Saya nak cuba pakai tiara tu juga" Aku fake crying. Dasom memandang aku. 

 

"Mimpi la awak ni! Orang yang boleh cuba tiara tu hanya puteri sahaja" aku berpikir sebentar. 

 

"Ye ke? Pasti?" Aku saja nak mengusik Dasom. 

 

"Ye!! Citarasa tuan putera tinggi tau"

 

Tapi suatu hari sepucuk surat tiba ke rumah aku. Aku mengoyak surat itu. 

"Kepada penyiasat Cik Kwon Yuri. Kerajaan Mato ingin memohon khidmat cik dalam tugasan mencari...." Kerajaan.Mato? Aku pelik. Aku terus membaca surat itu dan... TIARA DAH HILANG KENE CURI?! 

 

____________________

 

"Begitulah kisahnya. Hari ini, anda semua berkumpul di sini adalah demi membantu mencari tiara yang hilang. Sesiapa yang berjaya menjumpai tiara tersebut akan menerima hadiah yang lumayan. Anda akan dibayar berkali ganda!" Semua orang di dalam hall istana bersorak kuat. Aku melihat sekeliling. Ramai penyiasat upahan yang datang di sini kerana dijemput, termasuk aku. 'Hebat. Bersemangat semua orang' Aku tersenyum. Tiba tiba satu idea keluar dari otak aku. Kalau aku dapat jumpa tiara tu terlebih dahulu, aku boleh cuba pakai kan?! Betul! Objektif aku adalah Putera Himchan! 

 

"Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Saya amat bergantung kepada anda semua" Putera Himchan senyum sambil mengucap kan terima kasih melalui mikrofon. 

 

"UWOOO TUAN PUTERA!" Semua orang memandang aku. Opsss...terlebih excited pulak. 

 

'Uh malunya aku. Tapi tuan putera memang hensem' bisik aku perlahan. 

 

"Baiklah dengan ini bermula tugasan mencari tiara yang hilang" Penolong kanan istana berbicara penutup tirai (main hentam je). Aku pasti akan jumpa tiara tu. Aku akan pastikan!! 

 

____________________

 

[Kerajaan Miel] 

"Nampaknya keadaan makin tegang, Puteri" 

 

"Mestilah lah!" Puteri Hyosong senyum jahat dan mengusap burung belaan nya. 

 

"Tiara ni kan, dah kene curi" Puteri Hyosong memegang tiara yang berada di tangan nya. 

 

"Sila sorok kannya tuan puteri. Kalau orang nampak susah kita nanti" Lelaki itu memandang sekelilingnya dengan penuh risau takut takut ada orang nampak mereka. 

 

"Apa yang kau takut sangat? Penakut!" Puteri Hyosong memberi lelaki itu, juga dikenali sebagai Ryu Taewoon, pembantu peribadi nya. 

 

"Tapi pelik ya. Dengan aku pun tiara ni tak bercahaya. Aku kan tuan puteri dari kerajaan Miel, Puteri Hyosong!" Puteri Hyosong mencampak tiara itu ke bawah meja kerana geram. 

 

"Mana orang yang lebih layak dari aku!! Semua puteri yang lembut hati tu tak mungkin dapat menandingi Puteri Hyosong!" 

 

"Itu dipanggil elegen tuan puteri. Kalau nak dibandingkan dengan sifat puteri, mereka lebih...." Taewoon tak menghabiskan ayat nya dan buat buat isyarat 'tuan puteri paham maksudnya kan?' 

 

"Diam!" Puteri Hyosong memasukkan burung belaan nya ke dalam sangkar. 

 

"Sudah la. Esok barang yang ditempah tu akan tiba kan? Tiara tiruan tu?" 

 

"Ya" 

 

"Ia pasti akan bercahaya kan?" 

 

"Ia memang dicipta sedemikian rupa, wahai tuan puteri" 

 

"Bagus. Saya yang akan berkawin dengan Putera Himchan. Saya! Sayalah bakal permaisuri negara ini!!" Puteri Hyosong ketawa terbahak bahak dan tiba tiba lalat yang terbang masuk ke dalam mulutnya. 

 

"Uhuk! Uhuk!" 

 

"Tuan puteri! Tuan puteri tak apa apa?!!" Taewoon meluru ke arah Puteri Hyosong, risau. 

 

____________________

 

"Hei cik adik. Keluarkan duit kau" Aku memandang 3 orang lelaki dihadapan ku. 

 

"........." alamak macamani?? Diorang bawak senjata! 

 

"Cik adik ni diupah oleh tuan putera sebagai penyiasat kan?" Tanya lelaki berambut oren. 

 

"Jadi, mesti kau terima banyak duit sebagai upah kan?" Kawannya berambut merah menyambung. 

 

"Kerja kami pulak memeras ugut orang orang yang diupah tu. Tak payah cari duit pun dapat. Wah pandai kan kami ni?!" Jawab seorang lagi lelaki berambut hitam gelap sambil gelak. 

 

"Lembap" dengan tak sengaja aku ter luahkan apa dalam fikiran aku. Ketia tiga lelaki itu memandang aku. 

 

"Apa kau cakap?!! Bagi kitorang duit tu atau kitorang rampas dan kau takkan tengok dunia lagi" lelaki berambut merah itu mengeluarkan pisau tajam dari poket nya. 

 

'Uh habislah aku!' Aku memejam mata sedia menanti pisau itu menoreh kulit ku. Tapi tak ada apa apa yang aku rasa. Bukan sepaturnya rasa sakit ke?? Aku membuka mata aku dan terkejut melihat.... PUTERA HIMCHAN!! 

 

"Cukup sampai di situ sahaja!! Kamu tak malu ke buat camtu pada seorang wanita?!" Putera Himchan menangkap tangan lelaki berambut merah yang memegang pisau. Aku memandang Putera Himchan di depan mataku. Aku terpegun. Putera Himchan! Bila dia datang?! 

 

"Pergi kamu dari sini!" Ketiga tiga orang lelaki itu berlari lintang pukang sebaik terlihat tuan putera di depan mata mereka.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JunAra
#1
terima kasih kepada awak, sebab bila saya tunjuk aje fic awak ni kat member terus kami decide nk guna untuk drama for oral test. And we get the highest mark. Gumawoya ^_^
chichisakura99 #2
Chapter 1: Arghhh. This story was so so so so so romantic. I luv this story a lot ;)
JunAra
#3
menarik :)
update soon please..