Siti Who? - VII

Siti Who?

Bergaul dengan orang ramai adalah kelemahan Kyungsoo sejak kecil. Selepas dia mengetahui tentang kebolehan luar biasanya, Kyungsoo sudah berhenti untuk bergaul dengan orang ramai. 

Kyungsoo bimbang dia akan menyakiti ramai orang. Cukuplah dengan kerosakan yang dia lakukan terhadap barangan eletrik dirumahnya, mencederakan orang dengan kuasa eletrik yang dia ada sememangnya perkara yang paling dia mahu elakkan. 

Kyungsoo tidak pernah berpeluang untuk berkawan dengan sesiapa lebih daripada setahun. Sejak kecil, Kyungsoo sudah biasa berpindah sekolah daripada satu tempat ke satu tempat yang lain setelah kuasa luar biasanya terbongkar.

Tidak tahan dengan ejekan rakan sekelas mahupun sekolah, Kyungsoo lebih suka menyendiri. Berada disekolah menengah, Kyung berazam untuk tidak berpindah sekolah lagi. Kali terakhir dia berfikiran sebegitu adalah tiga bulan lepas. Selepas dia mengenali Jongin dibilik denda.

Jongin juga orang pertama yang tidak sedikit pun mempersendakan kuasa yang dia miliki. Malah, dia kagum dengan kuasa yang Kyungsoo miliki. Walaupun banyak kalinya dia ambil kesempatan cas telefon sahaja.

Sepanjang berkawan dengan Jongin, Kyungsoo mula faham bahawa tak semua orang suka judge orang dan tenaga elektrik yang dia miliki tidak akan menyakiti orang lain sekiranya dia mampu mengawal amarahnya.

Jongin of course selalu buat Kyungsoo marah tapi segera reda apabila dia mula bergurau sahaja. Baekhyun juga seperti Jongin, tidak pernah menilai Kyungsoo sebagai orang aneh kerana mempunyai kuasa yang orang biasa tiada. 

 

 

 

Kini Kyungsoo berdiri di hadapan bangunan yang sangat asing dimatanya. Sekolah menengah Kyungsoo yang ketiga. Ibu Kyungsoo memberi semangat kepada anak perempuannya itu. "Jom kakak." Pelawa ibunya.

 

 

 

Kyungsoo benci sesi perkenalan diri. Kyungsoo dah tidak kira berapa kali dia berdiri di hadapan kelas semata-mata untuk memperkenalkan diri sahaja. 

Kali ini, sekali lagi Kyungsoo menghadap wajah baru. Wajah-wajah yang bakal menjadi juri setiap kali rahsianya terbongkar.

Kyungsoo mengeluh untuk kesekalian kalinya.

'What a long day Kyungsoo, what a long day.' monolognya sendirian.

 

 

 

 

 

 

Jongin turut mengeluh pada hari itu. Baekhyun hanya menggeleng kepala. Pelajar tingkatan 6 itu langsung tidak mempedulikan perkara yang diajar oleh gurunya di hadapan.

Kerusi di sebelah Shixun jugak kosong. 

 

 

 

 

"Dahlah. Dia yang buat keputusan nak pindah. Kau tak boleh nak halang dia." ujar Baekhyun ketika mereka menuju ke arah bilik mereka melepak seperti biasa.

Yang luar biasanya, tuoang beli makanan mereka sudah tiada.

"Kau rasa salah aku ke sebab dia pindah?" soal Jongin sambil melemparkan pandangannya keluar bilik denda itu.

"Kenapa salah kau pulak? Kau dah cuba untuk confess kali ketiga dan aku dah kata itu je limit kau boleh pergi. And now dia dah pindah. Dia yang buat keputusan Jong."

Jongin hanya terdiam.

 

 

 

 

"Aku dengar kau cederakan budak sekolah kau masa hari sukan hari. Betul ke?"

Soal salah seorang rakan sekelasnya yang baru. Ini kali pertama Kyungsoo didekati oleh rakan sekelasnya apabila dia berpindah masuk ke sekolah baharu. Apa yang lebih aneh, yang menghampirinya itu lelaki. Kyungsoo tidak berapa pandai berbicara dengan lelaki. Kecuali ayahnya, Jongin, Baekhyun dan Chanyeol

 "Kenapa kau nak tahu?"

"Wuu chic gila kau ya."

"Jangan kacau akulah." tocang rambutnya ditarik.

"Jangan kacau akulah!" Kyungsoo mengetap bibirnya.

Apabila mereka tidak berhenti cuba mengganggu privasinya, Kyungsoo cuba bangkit dan menghentak meja dengan tapak tangannya.

Kolar bajunya ditarik oleh pelajar lelaki yang duduk di hadapannya tadi. "Kau jangan tunjuk samseng dekat sini!"

Kyungsoo memegang kedua-dua belah tangan lelaki itu lalu memberikan sedikit kuasa elektriknya. Pelajar itu terus melepaskan genggamannya lalu menggosok bahagian yang sakit itu.

Kyungsoo beransur keluar daripada kelas dan cuba mencari bilik air. Kyungsoo memaki dirinya kerana dia baru sedar bahawa ini adalah kali pertama dia berada dikawasan sekolah itu.

Akhirnya Kyungsoo beredar ke kawasan belakang sekolah. Dia mengecilkan dirinya, menahan tangisan.

 

"Orang kuat tak nangis wei."

 

 

Jongin.

 

 

 

 

Dia mengambil telefon bimbitnya di dalam poket baju sekolah lalu menekan speed dial nombor 3. 

"Hello."

...

"Kyungsoo?"

...

"Siti Nur Kyungsoo?"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Happy birthday, dearself. Cerita ni patut habis pada chapter ni tapi, saja kasi chance. I am in hiatus mode really. Saja nak bgtau kata hari ni birthday je. 22/02/2016 ^^ 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
09012016 sorry, jalan cerita jadi makin tah pape. Akan edit dan upload baru

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 8: dh lma x bkk aff , tngok2 ff ni dh update XD wah excited gile kot T^T XD . Ni last chapter ke author ?huaa T^T best lh ~T_T~ trbaik author nim::>_<::
jiminlovers #2
Chapter 8: Omggg.. bru perasan ff ni update.. sbb dah lama x bkk.. busy nak trial spm..
thank you sooo much
Enjoy sgt bca ff ni.. kurang sikit stress..
jiminlovers #3
Bile nk update niii???
LostInLoveWithDO #4
Chapter 7: Napa kyungsoo pindah? .....authournim..
JEON_JI #5
Chapter 7: Huh? Kyungsoo pindah? o_O WAE??!! TT-TT
Btw, saengil chukkahae~ ^^
JEON_JI #6
Chapter 6: Omo~~~ Kenapa Jongin nak Kyungsoo kalah dlm pertandingan tu? Erm... blur nye :3 Ppalli update ::>_<:: sye yg baca ni pulak rse berdebar XD hahaha keep update authornim~
LostInLoveWithDO #7
Chapter 5: Wahhh..update cepat authournim..kesian jongin..kena rejact dua kali..tak pa jongin..aku hari2 kena reject..ahaha
JEON_JI #8
Chapter 4: Kalau macam ni aku rela kena tampar hari-hari XD Hahahahah lol XP XD XD update soon~ ^^
Ha180502Na
#9
Dah subscribe ^ㅅ^ Terima kasih sesangat sbb buat aku tergelak tgh malam buta ni hihi~~~ btw,, good luck :3