02

Eighteen.
Please Subscribe to read the full chapter

Jam loceng berwarna biru itu membingitkan telinga, membuatkan dia mendengus kasar."Eyy boleh diam sikit tak? Nasib baik lah aku ni dah tak ada ibu yang boleh kejutkan aku setiap pagi ! Kalau ibu aku hidup lagi, memang aku hempuk kau dekat dinding tau!" dia menjeling jam loceng itu. Kesian jam loceng itu, dia hanya melakukan tugas tetapi di maki pula.

Jaehyun mencapai malas tuala di penyangkut dan masuk ke dalam bilik air. Dia mandi dengan jangka masa yang agak lama. Usai mandi, uniform sekolah baru di capai. Terima kasih kepada Aran yang sudah mendaftarkannya di sekolah baru dan membelanja baju sekolah baru. Beg dicapai, dia berlari terkedek kedek ke dapur. 

Rambut perang yang panjang diikat kemas. Roti Gardenia disapu planta dan gula lalu dibakar. Sementara menunggu ia siap dibakar, Jaehyun menyarungkan stoking. 

"Perfecto~!" Itu sahaja yang mampu diucap saat roti enak itu menyapa lidah. 

"Morning, Hyunnie~" tegur Kai yang juga sedang memakai kasut sekolah. Jaehyun hanya melambai. Lidah kaku untuk beramah mesra. "Tak tahu pula kita satu sekolah," Jaehyun baru perasan bahawa uniform mereka berdua berwarna kelabu. Seoul High School.

Nampaknya jirannya itu lebih peka terhadap sesuatu dan Jaehyun agak lembab. Ahn Jaehyun setuju sejuta percent.Tiada bantahan. "Oh, haah.."

"Jomlah tumpang. saya naik motor. "

Aduh! Mengajak lah pula..

"Takpelah, susah je. Saya jalan kaki je.." Jaehyun malu malu kucing. Mereka berdua masing masing sedang duduk di tempat rak kasut dengan pintu masing masing saling terbuka dan mereka berdua saling berhadapan.

"Malu malu pulak. Awak nak pergi sekolah dengan apa?"

"Ni?" 

Jaehyun menunjukkan iphone dengan aplikasi waze dan google maps. Kai terlopong.

"Honey, you must kidding me."

 

 

 

 

Selepas waktu sekolah tamat, Kai mengajak Jaehyun pulang bersama. Jaehyun menolak kerana dia sudah taubat untuk membonceng Kai. Kai seperti parasit apabila menunggang motosikal kuasa tingginya. Dia pun hendak ke kedai.

Lagipun kepopularan Kai is no joke. Nasib baik pagi tadi mereka sampai awal ke sekolah. Tiada siapa yang nampak.

"Hyunnie, takpe ke? Biarlah saya hantar awak pergi kedai. Mendung ni." Kai seboleh boleh hendak membantu.

"Kenapa? Takut saya kena culik lepas tu awak dah tak ada jiran ea?" Kai tergelak kecil, matanya tertutup. "Pergi dulu, bai." Jaehyun segera berlalu meninggalkan perkarangan sekolah.

Dia tersenyum sendiri. Lega juga, dia diterima baik di sekolah itu, ramai kawan baru dan dia amat gembira. 

Sampai di kedai runcit, dia mencapai barang barang yang tertulis di senarai "To Buy" miliknya. 

Roti, Biskut, Spaghetti, Sos Spaghetti, Yakult, Honey Star.

Semua itu dicapai dan harganya dibayar.

"Lah, hujan ke?" dia terlopong, tak perasan bahawa sudah hujan lebat."Ah, macam mana ni?"






Kai lelaki yang agak pelik, sukakan kegelapan dan hujan. Dia duduk seorang diri di balkoni luar. Merenung hujan lebat yang jatuh, dan kelihatan swimming pool di bawah itu kosong - mungkin cuaca sejuk untuk orang bermandi manda. Dia duduk dengan memeluk lutut. Hoodie disarungkan di kepala dan sweater di zip sehingga atas. Cuaca memang sangat sejuk.

Petir dan kilat sabung menyabung, cahayanya membuatkan Kai tersenyum. Dia suka pada fenomena itu. Kilat dan petir juga adalah fenomena sains - yang mana kejadian semula jadi yang bukan buatan manusia. Ada di dalam buku Sains tingkatan satu. Walaupun lelaki yang bernama Kim Jongin ini fobia pada buku teks, tapi dia amat menyukai alam.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sayanggg #1
Chapter 2: update soon please..
fatin_irsalina #2
Bca la niii...haha...he's my kim jong in oppa ~
myflaws_ #3
chapter 2 ; sweetnya pedih perut baca hahaha
QuincyOat
#4
Chapter 1: Wah~ walaupun Kai bukan bias saya tapi perangai dia terlalu comel~! saya suka sangat ! :)