Final

The Story About Playboy Most Wanted

Chanyeol memberikan sebuah patung beruang yang dibelinya tadi. Jia hanya mengerutkan dahinya. “Ini apa, bos?”. Dengan teragak-agak Jia mengambil patung beruang itu. “Saja. Buat kenangan”. Balas Chanyeol selamba. Dia berdehem kecil sebelum berjalan semula. Jia mengikuti Chanyeol dari belakang.

 

Chanyeol yang perasan yang Jia asyik berjalan di belakang di belakangnya sambil tertunduk malu terus ditarik tangan Jia agar berjalan di sebelahnya. “Kau tu pembantu aku. buat apa nak malu?”. Kata Chanyeol. Jia tersengih memegang leher. “Saya malu nak jalan sebelah bos. Bos terlalu bercahaya”. Ujar Jia. Chanyeol hanya menggeleng memandang Jia. “Aku tau aku hensem. Jalan jelah..”. Jia sekadar mencebik bibir. Malas nak cakap lebih-lebih. Ada yang kembang setaman nanti.

 

Jia perasan satu benda. Tangan Chanyeol masih memegang tangannya. “Er..bos. tangan itu..”. cepat-cepat Chanyeol menarik tangannya. mukanya sedikit merah menahan malu. “Hah! Bos! Hari tu ada seorang perempuan datang rumah saya. Dia cari bos”. Kata Jia.

 

“Siapa je perempuan yang tak nak jumpa aku? semua nak”. Jawab Chanyeol dengan bangga. “Tapi yang ini saya tak pernah jumpa. Nama dia Son Kyungmi”. Balas Jia. Sambil itu dia mengingat kembali sewaktu dia berjumpa dengan gadis itu. Muka Chanyeol terus berubah.

 

“D..ia cakap apa dekat kau?”. Soal Chanyeol. “Tak banyak. Dia ada tanya kat mana bos tinggal tapi saya tak bagitau”. “Kenapa kau tak bagitau dia alamat rumah aku hah!”. Tengking Chanyeol tiba-tiba. Sekaligus membuat Jia terkejut yang teramat. Chanyeol tidak pernah menengkingnya seperti ini.

 

“Ta..pi..”. “Menyusahkan betullah kau ni!”. Chanyeol terus meninggalkan Jia di situ keseorangan. Jia menghentakkan kakinya sambil mendengus kecil. “Apa salah aku jantan! Kau yang suruh aku jangan bagitau sesiapa pasal alamat rumah kau!”. Jerit Jia di dalam hati. Dia tidak berpuas hati sikap Chanyeol yang tiba-tiba memarahinya.

 

Jia menelefon teksi untuk pulang kerumah. Selepas di marahi Chanyeol, mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia sehari lebih awal daripada tarikh sebenar. Baru Chanyeol sedar akan kehadirannya dan dia akan menyesal seumur hidup.

    

Jia pulang ke rumah selepas seharian duduk berjam-jam untuk menghidupkan semula passportnya. Dia juga harus mengemas barang-barang yang harus di bawa sama.

 

 “Saya dah ba..”.

 

“Saya masih sayangkan awak Chanyeol”. Jia hanya memerhati. Apa yang dia lihat sekarang, Chanyeol dan seorang gadis sedang berpelukan. Dan dia ialah Son Kyungmi. Mungkin Chanyeol akan menolak cinta gadis ini juga. “Saya pun masih sayangkan awak”.

 

Puk! Terjatuh beg plastik yang mengandungi bahan kering ke lantai. Mereka segera memandang Jia yang tiba-tiba berada di situ.

 

“Jia?”.

 

“Maaf.. Saya tak sengaja. Saya keluar dulu. Maaf bos”. Jia menunduk 90 darjah sebelum berlari keluar dari rumah itu. Sungguh dia tidak percaya dengan kata-kata Chanyeol tadi. Jia tidak pernah nampak Chanyeol meluahkan kata cinta terhadap perempuan dengan ikhlas. Siapakah perempuan itu?

 

Jia duduk di bangku kosong. Betul-betul di hadapan tasik. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya. Chanyeol tidak pernah berkata begitu kepadanya. Kalau ya pun, hanya gurauan semata-mata. “Siapa perempuan tu? Kenapa aku marah sangat ni?”. soal Jia kepada diri sendiri. Beberapa minit sudah berlalu. Baru Jia faham. “Hubungan aku dengan Chanyeol sekadar bos dengan pekerja. Tak lebih”. Akhirnya Jia ketawa sendiri. “Aku memang bodoh,”. Ketawa diiringi air mata.

 

Sesungguhnya kebenaran ini sakit untuk diterima. Jia sudah jatuh cinta dengan Chanyeol. walaupun dia tidak tahu bila, namun Jia senang apabila dekat Chanyeol. Jia sukakan senyuman Chanyeol, gayanya, sikapnya, semualah. Tiada satu pun yang tidak menarik minat Jia. Kenyataan yang harus diterima adalah dia harus meninggalkan Chanyeol dan pulang semula ke Malaysia. Sakit bukan? Dia juga harus terima yang Chanyeol bukan miliknya.

 

 

~Naega dujonhangireil bichwojun girl, swibji anha mega girl~

 

Jia membuka mesej yang baru saja diterimanya. Ianya dari Chanyeol

 

From: The Annoying Boss

Kau dekat mana? Balik sekarang.

 

Jia merenung telefon bimbitnya. Akhirnya Jia gagal mengawal esakkan terus menangis sekuat hati. kenapa Chanyeol bersikap jahat terhadapnya? Apa salahnya? Jia benci Chanyeol.

 

Jia malas mahu membalas mesej Chanyeol. Dia terus mematikan telefon bimbitnya agar tiada sesiapa yang boleh menghubunginya. Jia perlukan ketenangan.

 

 

“Baru balik?”. Satu suara menyapa di telinga Jia. Jia hanya buat tidak tahu. “Saya nak mandi. Baik bos balik”. Kata Jia perlahan. Langkahnya untuk masuk ke bilik terbantut apabila Chanyeol menarik tangannya dengan kuat.

 

“Sakitlah bos!”. Jia menjerit kecil. “Kau pergi mana tadi?”. Soal Chanyeol. Mukanya kelihatan marah. Jia menarik tangannya sekuat hati. “Saya pergi mana bukan masalah bos! Bos bukan ibu bapa saya!”. Jia menengking Chanyeol kembali. Hatinya marah. Hatinya memberontak. “Encik bukan sesiapa pada saya. jadi encik tidak perlu susah-susah nak ambil tahu pasal saya”. Ujar Jia. Chanyeol dapat melihat betapa derasnya air mata Jia apabila dia berkata seperti itu. Pintu bilik dihempas kuat.

 

Jia menekup mulut dengan tangan agar tangisannya tidak berbunyi dengan kuat. Dia terduduk di hadapan pintu sambil memegang dadanya. Sudah tiga tahun Jia memendam perasaan ini. Perasaan yang tidak diketahui ini.

 

“Jia..”. tiada sahutan daripada Jia. “Dia cinta pertama aku”. Chanyeol mengeluh kecil. “Dia tinggalkan aku tiga tahun yang lalu. Dekat rumah bawah tanah ni. Masa tu jugalah kau datang dalam hidup aku”. Jia hanya mendengar tanpa bersuara. “Selama tiga tahun kau kenal aku bukanlah Park Chanyeol yang sebenar. Aku cuba membenci perempuan. Kononnya nak balas dendam. Tapi kau..aku tak boleh. Setiap kali aku cuba benci kau, hati aku akan marah diri aku. Persoalkan aku kenapa aku benci kau. Sebab tiada apa yang aku boleh benci dalam diri kau. Setiap inci dalam diri kau adalah istimewa. Aku cuba untuk tidak jadikan kau macam perempuan-perempuan lain dan aku menganggap kau sebagai lelaki supaya aku tak membenci kau”. Setelah tiga tahun berlalu, akhirnya Chanyeol membongkarkan kisah silamnya kepada Jia.

 

“Aku nak kau tau satu perkara. Yang aku sayang kau,lebih dari seorang bos ataupun kawan. Aku cintakan kau”. Chanyeol bangun dari tempat duduknya dan pergi. Semuanya akan berakhir.

 

 

 

 

Chanyeol masuk ke bilik Jia. Semuanya sudah kosong tanpa sehelai pakaian. Tiada apa yang ditinggalkan kecuali sepucuk surat yang berada berhampiran meja belajar. Chanyeol mengeluh seketika. Surat itu diambil dan dibaca.

 

---> Kepada Park Chanyeol aka The Annoying Boss,

Saya minta maaf kalau saya pergi awal dari yang disangka. Hampir tiga jam saya nak menulis surat ini dengan baik. Saya cuma nak cakap yang saya sangat gembira dapat jumpa bos dari hari pertama saya jumpa bos lagi. Hari-hari saya jadi menarik sebab adanya bos dekat sebelah saya. Apa yang bos cakap hari tu pun saya dengar. Saya juga cintakan bos..tapi saya harus pergi. Kalau saya diberi peluang kedua,  saya akan balas cinta bos. Tapi semuanya dah terlambat. Semoga bos bahagia dengan pasangan bos. Saya akan sentiasa doakan kesejahteraan bos dari jauh. Bye bye!

 

Daripada Min Jia.

 

 

Chanyeol meletakkan surat itu di dada. Dia bukan terlepas cinta pertamanya bahkan cinta keduanya. Ini membuatkan Chanyeol lebih tabah. Jia banyak mengajarnya erti kehidupan yang sebenar. Dia tidak akan melupakan  gadis bernama Min Jia ini selama-lamanya.

 

“Terima kasih, Min Jia”.

 

The End  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 3: Sequel please
Nabila_Pss
#2
Chapter 3: Sequelll pleaseeee
kimchinana #3
Chapter 3: Sequel please please pleaseeeeeeeeee T.T
pikahbajet #4
Chapter 3: sedihnyee citer nihh...
shizuka_arumi
#5
Chapter 2: Hye awak..memandngkn story awak ni best silalah join contest saya^^
freakinglemon
#6
Chapter 1: Authornim.. is this really complete?? X puasnya baca! Story authornim mmg daebakk! ^^
bubble_na_baebeul #7
Chapter 1: Woahh...daebak