Final

Forelsket

Dia memandang kad jemputan perkahwinan itu dengan muka yang bengis. Sudah seminggu majlis itu berlalu. Dia sengaja tidak menghadiri majlis itu kerana dia tidak sanggup melihat insan yang dicintainya selama ini berkahwin dengan orang lain. 

 

 

"Jangan pernah sangka hidup kau akan bahagia.Dia hanya milikku bukan milik orang yang lemah seperti kau!" Dia mengambil kad itu dan mengoyakkannya.

 

 

*******

 

Tiga bulan selepas itu...

 

“Jungkook-ah! Jungkook-ah!” Minha meronta-ronta memanggil nama suaminya. Ibu bapanya yang risau dengan keadaannya terus berlari kearahnya. “Minha...” Ibunya mengusap kepalanya dengan lembut. “Eomma...Minha kat mana?”

 

“Dah 2 bulan kamu tak sedarkan diri lepas kejad--. Minha berehatlah dulu. Syukur Minha dah sedarkan diri. Doktor kata esok kamu dah boleh pulang. Nanti eomma dan appa hantarkan seseorang untuk jaga kamu dan jemput kamu pulang kerumah. Maafkan eomma sebab tak dapat nak jemput kamu, malam ni eomma dan appa terpaksa ke Busan atas sebab kerja. Nanti kalu kamu nak apa-apa pesan je ye.”

 

Minha mengangguk perlahan. Minha sudah mengetahui mesti eommanya lebih mementingkan kerja daripada anaknya sendiri. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. “Eomma..mana Jungkook? Suami Minha...”

 

Puan Choi memandang anaknya dengan wajah yang sayu. “Minha berehat ye. Eomma keluar dulu.” Minha dengan pantas menarik tangan eommanya. “Eom...ma..je...bal...Mana Jung---“

 

“Minha..Mulai harini, jangan pernah ingat pasal dia dan sebut nama dia lagi. Dia dah sakitkan hati kamu. Dia dah tinggalkan kamu Minha.” Eommanya tidak mampu menyembunyikan kenyataan itu lagi, baginya lebih baik anaknya tahu perkara yang sebenar walaupun jauh dari sudut hatinya dia berasa risau dengan reaksi anaknya.

 

“A..pa eomma? Jungkook tingg...alkan Minha? Eomma tipu! Eomma tipu! Jungkook pernah janji dengan Minha yang dia takkan tinggalkan Minha! Eomma tipu! Arghhhh!” Eommanya memeluknya dengan erat sambil memanggil doktor datang kebilik itu dengan segera.

 

“Doktor! Doktor! Tolong anak saya!” Doktor yang tiba dibilik itu segera memberi suntikan ubat penenang kepada Minha. Perlahan-lahan jeritan Minha sudah tidak kedengaran. Ibunya menitis air mata melihat keadaan anaknya dan terus keluar dari bilik itu.

 

Flashback

 

Minha's P.O.V

 

"Kookie-ah..bangunlah..saya dah siapkan sarapan tu." Aku mengejutkan Jungkook bangun dengan mengusap rambutnya dengan perlahan-lahan.

 

"Minha...." Jungkook membuka matanya sambil tersenyum kearah aku. Senyumannya saja sudah membuat hatiku berbunga-bunga. Walaupun sudah seminggu kami mengikat tali perkahwinan, namun hatiku tidak berubah seperti mana kali pertama aku berjumpa dengannya. 

 

Jungkook bangun lalu duduk berhadapan denganku. Dia mula mendekatkan mukanya ke arahku dan mengucup bibirku dengan perlahan. 

 

"Saranghae..Minha-ah" 

 

Perkataan yang keluar dari mulutnya mula membuat pipiku menjadi kemerahan. Aku berharap kebahagian yang aku kecapi ini kekal selama-lamanya.

 

"Aaaaa----!" Aku menganga mulut dan Jungkook menyuapkan makanan itu kedalam mulutku. Setelah itu giliran aku pula menyuapnya. Mulutnya yang penuh dengan makanan membuatkan aku tergelak kecil.

 

"Minha-ah...lepas makan nanti Minha siap-siap tau. Kita pergi cari barang untuk honeymoon nanti." kata Jungkook sambil mengunyah

makanan.

 

"Okay. Kita nak pergi nanti berapa hari, ya?"

 

"3 hari je. Maklumlah syarikat appa kurang stabil sekarang , jadi oppa kena kerja lebih sikit. Takpe, bila dah stabil nanti kita pergi honeymoon lagi ya?" Jungkook memberi senyuman kepadaku sambil memegang tanganku.

 

"Oh. Takpe, lagipun Minha lebih suka duduk rumah main dengan Min.J."

 

"Bukannya Minha suka duduk rumah sebab dapat tengok, oppa?" Jungkook mengusikku sambil tersenyum nakal.

 

"Hishh..oppa ni. "

 

*******

 

"Minha, cuba pakai baju ni. Baju ni pun sesuai untuk cuaca kat sana." Jungkook menhulurkan baju itu manakala aku mencubanya didalam bilik persalinan.

 

Setelah beberapa minit, aku keluar dari bilik persalinan dan berdiri dihadapan Jungkook sambil tersenyum. "Hurmm, baju ni, okay?"

 

Jungkook terdiam seketika. Dia tak suka ke baju ni? Ke aku tak sesuai pakai baju yang singkat macam ni? 

 

Jungkook menarik tanganku dan masuk kedalam bilik persalinan itu sementara kakinya menutup pintu bilik itu. Aku terkejut dengan tindakannya itu hanya mampu berdiri kaku. Kami saling berpandangan. Badanku menyentuh rapat ke dinding manakala tangan Jungkook memeluk pinggangku.

 

"Minha-ah..yeppuda. Jangan keluar dari bilik ni selagi awak pakai baju ni. Sebab saya tak nak lelaki lain tengok awak dengan baju ni." Jungkook mula mendekatkan mukanya sambil memandang tepat kearah bibirku.

 

~I need u, girl, --~ Bunyi nada dering telefon bimbit Minha mengejutkan mereka berdua. Dengan pantas Minha mengeluarkan telefonnya dan menjawab panggilan itu.

 

“Eobseyo?”

 

“Huh? Hyejin-ah?”

 

“Aww..lama tak jumpa awak. Kenapa awak tak datang waktu perkahwinan kitorang. Awak tahu kan awak satu-satunya kawan baik yang saya ada. Sampai hati...” Minha mencebik bibirnya manakala Jungkook dengan pantas mencuri ciuman dari hujung bibirnya.

 

"Kookie-ah.. Kenapa dengan awak ni? Buang tabiat ke?!” Aku menolaknya keluar dan menutup pintu itu. Pipiku seakan-akan ingin meletup. Aku masih mendengar suara Hyejin di hujung panggilan menanyakan keadaan aku kerana aku menjerit dengan tiba-tiba.

 

“Oh, takda papelah. Tadi saya hampir nak terjatuh. Jungkook ni suka sangat main lari-lari, pening saya dibuatnya.”

 

“Oh...” Hyejin terdiam seketika.

 

“Minha, esok awak sibuk tak? Sebab saya ingat esok nak datang rumah awak. Maklumlah dah lama saya tak tengok awak dan Jungkook. Saya rindu korang berdua dan persahabatan kita selama ini.”

 

“Hurmm, maafkan saya, Hyejin. Esok kitorang dah rancang nak bertolak pergi honeymoon.”

 

“Hurmm, alarr..”

 

“Haa!! Takpe, lepas je kitorang habis honeymoon, awak datang rumah saya, lagipun lepas tu kan birthday Jungkook. Selain daripada jemput jiran-jiran, kan best kalu ada awak sekali. Boleh kita sambut sama-sama.Okay?”

 

“Okay! Beres! Tak sabar nak jumpa awak, Minha.Oklah bye. “

 

“Samalah. Ok..bye.

 

Setelah panggilan tadi dimatikan, aku terus menukar pakaianku dan keluar dari bilik persalinan. Mataku melilau mencari kelibat Jungkook, namun batang hidungnya pun masih tidak kelihatan. Aku mula risau. Tanpa berlengah lagi aku terus menelefon nombornya.

 

“Eoboseyo?!”

 

“Kookie-ah, mana awak ni? Saya dah siap ni. Ohh, baiklah.Nanti saya pergi” Aku membayar pakaian yang aku cuba tadi kerana kata Jungkook, aku harus membeli baju itu dan selepas itu dia ingin menunjukkan satu  kejutan di sebuah restoran.

 

SumSome Restaurant

 

Aku berdiri di depan restoran itu sambil mengintai kelibat Jungkook. Kejutan apalah yang dia nak tunjukkan pada ku. Desis hati kecilku. Kakiku mula melangkah masuk kedalam restoran itu dan terus menuju ke tempat suamiku berada. Dari jauh, aku melihat suamiku berborak dengan seseorang.

 

 “Jagiya...come here..” Aku menjegil mata kearah Jungkook kerana aku masih teringatkan kejadian tadi. Takpe aku janji aku akan balas perbuatannya bila sampai kerumah. Siap kau Kookie.. Aku duduk disebelahnya.

 

“Perkenalkan. Ni Taehyung, kawan baik oppa waktu kolej dulu. Dialah yang selalu tolong oppa waktu oppa susah dahulu.”

 

“Annyeong haseyo, Taehyung imnida”

 

“Annyeong haseyo, Choi Minha imnida” Aku tunduk sambil tersenyum kepadanya. Dia kelihatan sebaya dengan suamiku atau mungkin tua sedikit dari suamiku.

 

*******

 

“Kookie-ah, saya dah siap ni.” Jerit aku dari bilik atas sambil menuruni anak tangga.

 

“Ok. Cepat turun, oppa dah sediakan sarapan ni. Lepas sarapan kita bertolak, ye? Sebab tak nak perut kosong sangat dalam perjalanan nanti.” Aku mengangguk perlahan dan terus duduk di kerusi sebelahnya sambil menikmati makanan yang dimasak oleh Jungkook.

 

“Gomawo, oppa sebab tolong sediakan sarapan. Mianhei sebab Minha tak dapat nak sediakan sarapan, Minha terbangun lambat.” Kataku lalu mencium pipi lembut Jungkook dengan pantas. Jungkook hanya tergelak kecil sambil memegang pipinya yang semakin kemerahan.

 

“It’s okay, lagipun dah lama oppa tak masak untuk Minha, sekali-sekala rasalah jugak masakan oppa ni. Lagi satu, lain kali kunci jam tu guna lagu War Of Hormone tau. Barulah terus bangun, ni tak, letak bunyi MinJ untuk alarm, tengok kan dah terlambat bangun.”

 

“Hehhehe. Ok..tapi ‘MinJ’ selalu kejutkan Minha, kali ni dia pun tertidur sekali. Kihhkih..” Mereka berdua menikmati sarapan sambil bergurau senda.

 

Sesudah bersarapan kami terus bertolak ke Gimpo Airport untuk ke Pulau Jeju. Cuaca pada pagi itu sungguh menyamankan walaupun sedikit mendung.

 

“Minha berehatlah. Dari semalam lagi oppa tengok Minha gelisah. Pagi tadi pun Minha terbangun lewat, biasanya jarang Minha jadi macam ni. Minha ada masalah ke?” Tanya Jungkook dengan muka yang risau.

 

“Tak adalah Cuma tak sabar je nak pergi honeymoon. Yelah, dari kecil lagi Minha bayangkan semua ni. Macam tak percaya je semua ni. Minha bahagia sangat.” Sebenarnya bukan kerana itu aku jadi gelisah, tetapi entah kenapa hati aku menyatakan sesuatu akan berlaku disana. Sesuatu yang membuat aku berasa takut dan tidak tenang.

 

“Jungkook-ah...”

 

“Huh? Wae?”

 

Aku terus memeluk Jungkook dengan erat. Jungkook yang terkejut dengan tindakan aku hanya membalas pelukan itu sambil menggosok belakangku. “Oppa janji tau yang oppa takkan tinggalkan Minha. Minha cintakan oppa. Saranghae..” Aku memejamkan mataku, tanpa sengaja airmataku mula gugur.

 

“Kenapa dengan awak ni? Oppa takkan tinggalkan Minha. Oppalah orang yang paling bodoh sekiranya oppa tinggalkan gadis sebaik dan secantik Minha. Saranghae, Minha-ah..”

 

Setelah mendengar kata-katanya itu, aku meleraikan pelukan itu dan menyandarkan badanku pada kerusi. Tanganku masih erat menggenggam tangannya. Tanpaku sedari, mataku mula perlahan-lahan tertutup.

 

*******

 

“Wah cantiknya pemandangan dari sini.Pandai oppa pilih bilik.”

 

“Mestilah. Oppa tempahkan bilik ni khas untuk Minha tau.” Aku tersenyum sambil merenung keluar tingkap balkoni bilik itu. Tiba-tiba aku merasakan seseorang memelukku dari belakang. “Kookie-ah..” Aku tahu itu mesti Jungkook. Baunya cukup membuatkan aku kenali dia. Aku hanya membiarkan dia memelukku sambil ditemani angin pantai.

 

“Cantikkan tempat ni. Secantik perempuan yang ada di depan mata oppa. Dia mula meletakkan dagunya diatas bahuku sambil menggesel-geselkannya. Aku tergelak kecil mendengar kata-katanya dan serta merta mukaku kemerahan. Sejak kehadirannya dalam kehidupanku, segalanya berubah. Hidupku yang dulu sentiasa kesunyian mula diisi dengan bunga-bunga indah yang menyayangiku. Aku begitu berharap semua ini kekal bukanlah hanya sementara.

 

“Oppa..tengok tu. Comelkan anjing tu. Tiba-tiba Minha teringatkan MinJ. Dia buat apa yek sekarang” Aku pergi kearah anjing itu lalu menggosok bulunya dengan perlahan. Dilehernya ada chain tertulis ‘JIMMY.

 

MinJ ialah haiwan peliharaan pertama yang pernah aku ada. Maklumlah selama ini ibu bapaku tidak suka aku bermain dengan haiwan, katanya haiwan itu kotor. MinJ juga ialah bukti cintanya pada aku. MinJ ialah hadiah pertama yang aku terima daripada Jungkook.

 

“Minha rindukan MinJ ye? Takpe, oppa pasti kawan Minha menjaganya dengan elok. Jangan risau” Jungkook datang menghampriku.

Aku berdiri dan memegang anjing itu ditanganku.”Haah, Minha harap Hyejin jaga dia dengan elok. Nanti teman Minha cari hadiah untuk Hyejin sebab sudi tolong Minha. Lagipun Minha rindukan Hyejinlah pulak. “

 

“Ok.Nanti kita pergi”

 

“Oppa..Apa kata kita bawa balik anjing ni? Kesian MinJ tiada kawan.” Aku mencebik bibirku sambil membuat muka kerisauan.

 

“Mana boleh..Oppa rasa anjing ni mesti kepunyaan orang. Nanti bila kita balik Seoul, abang beli satu lagi tau.” Aku mengangguk perlahan dan akur dengan kata-katanya.

 

“Ehem...ehem..”

 

Aku menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki berdiri didepanku. Yang pasti lelaki itu bukan suamiku kerana suamiku berada disebelahku. “Ya? Kenapa?”

 

“Ermm, anjing yang awak pegang tu kepunyaan saya. “

 

“Huh? Maafkan saya. Nah..” Aku memberi anjing itu kepadanya.

 

“Maafkan isteri saya, ye. Dia memang sukakan haiwan lebih-lebih lagi anjing macam ni.

 

“Takpe, lagipun In-in ni memang suka merayau. Dia bosan kot duduk dalam hotel je.”

 

“Oh..anjing awak comel. Namanya Jimmy kan?”

 

“Yupp. Jimmy. By the way, nama saya Jimin..Selamat berkenalan.” Dia melemparkan senyuman manis.

 

“Saya, Minha dan ini suami saya Jungkook. Selamat berkenalan juga. “ Aku menunduk sambil tersenyum.

 

“Gembira berjumpa dengan awak.” Katanya sambil memandang kearahku.

 

“Ermm..Oklah..Bye, Jimin. Minha jom. Tadi awak kata nak pergi tengok hujung sana, kan?” Jungkook menarik tangan aku dan berlari kearah sebuah bangku kosong.

 

Kami duduk di bangku itu. “Minha, awak duduk sini jap. Oppa nak ambilkan sesuatu.” Katanya lalu meninggalkan aku keseorangan disitu. Aku tersenyum sendirian sambil menikmati angin ditepi pantai. Entah kenapa aku merasakan aku sedang diperhatikan oleh seseorang. “Yah! Kookie-ah! Janganlah main-main” jerit aku sambil tergelak kecil.

 

Tiba-tiba aku merasakan seseorang datang kearahku dari belakang. Belum sempat aku menoleh ke belakang, mulutku ditekup dengan sapu tangan sehingga menyebabkan aku tidak sedarkan diri.

 

End of Flashback

 

“Oppa..oppa nak pergi mana?”

“Kau tak payah nak sibuk hal aku. Ikut suka hati akulah aku nak pergi mana pun.”

 

“Oppa....oppa...” Jungkook beredar selepas menaiki keretanya.

 

Jungkook memecut laju ke satu tempat. Tempat pertama dia meluahkan rasa cintanya pada insan yang dia begitu cintai. Setelah sampai dia keluar dari kereta dan duduk disebuah bangku. Dia masih ingat di tempat inilah dia memberi sesuatu yang bermakna kepada gadis itu. Dia berdiri di depan Han River dan menjerit sepuas-uas hatinya.

 

Dia tidak pernah menyangka semua ini berlaku terhadap hubungan mereka. Dia masih ingat apa yang berlaku. Sesakit manapun kejadian itu dia tetap ingat dan hingga sekarang dia masih menyimpan dendam kepada seseorang.

 

Flashback

 

“Jungkook! Mana Minha??! Kenapa kamu tinggalkannya?”

 

“Eomma maafkan Jungkook. Sumpah, Jungkook tak tinggalkan Minha. Minha...hilang eomma. Minha...hilang...” Jungkook mengalirkan air mata sambil memegang Puan Choi.

 

“Appa takkan maafkan kamu. Selama ini pun appa tak pernah merestui hubungan kamu berdua. Tengok apa yang jadi sekarang. Kalau jadi apa-apa kat Minha, kamu kena bertanggunggjawab. Ingat tu Jungkook!!!” jerit Mr Choi lalu menumbuk muka Jungkook dengan kuat.

 

“Yahh! Berani kau tumbuk anak aku.” Kekecohan mula berlaku. Masing-masing mempertahankan anak mereka.

 

"Jungkook...tak apa-apa? Takpe nanti kita cari Minha sama-sama ye? Tanya perempuan itu sambil berpura-pura risau. Dia merasakan berita kehilangan Minha merupakan hadiah terbaik untuknya.

 

Sejak kehilangan Minha, Jungkook menjadi tidak keruan. Dia langsung tidak makan dan tidurnya sentiasa terganggu. Hidupnya semakin buntu apabila ibu bapanya memutuskan sesuatu.

 

“Terima kasih, Hyejin sebab selama ini sudi menjaga Jungkook walaupun keadaannya masih tidak berubah. Namun makcik tengok kamu begitu ikhlas menjaganya. Kalau boleh jemputlah ibu bapa Hyejin datang kerumah malam ini. Mak cik nak bincangkan sesuatu ”

 

“Baiklah mak cik.”

 

End of Flashback

 

Seminggu selepas Minha dikeluarkan daripada hospital...

 

“Minha..nah.”

 

“Terima kasih, Taehyung.”

 

“Sama-sama”

 

“Taehyung, boleh saya tanya sesuatu?”

 

“Tanyalah...”

 

“Apa yang berlaku sebenarnya? Betul ke Jungkook tinggalkan Minha? Dia dah tak cintakan Minha ke? Taehyung mesti tahu, kan?

Taehyung kan kawan baik dia.”

 

“Maafkan Taehyung, Minha. Taehyung dah janji dengan eomma Minha yang Taehyung takkan bincang pasal ni lagi.” Taehyung bangun dan beredar dari situ. Dia keluar dari bilik itu dan meutup pintu itu. Bunyi tangisan Minha jelas kedengaran walaupun pintu ditutup. Dia tidak sampai hati melihat Minha sedih dan setiap malam menangis. Dia menganggap Minha itu macam adiknya sendiri.Dan mustahil seorang abang sanggup melihat adiknya menangis.

 

Dia menuju ke ruang tamu dan mengambil telefon bimbitnya. Dia terus mendail nombor sahabatnya.

 

“Eoboseyo?”

 

“Ne.”

 

“Boleh saya bercakap dengan Jungkook.?”

 

“Ni siapa?” jawab perempuan itu

 

“Ni Taehyung, kawan baik Jungkook.”

 

Tut....Tut...Tut....

 

Panggilan serta merta dimatikan. Taehyung terkejut dengan tindakan perempuan itu. Dia tahu siapa perempuan itu. Perempuan itulah yang menjadi punca keretakan hubungan Jungkook dan Minha. Namun begitu dia tidak mengetahui siapakah yang terlibat dalam kehilangan Minha selama ini. Entah kenapa dia merasakan perempuan tadi ada kaitan dengan kehilangan Minha kerana Minha ditemui oleh pihak polis selepas perkahwinan itu berlaku.

 

“Yahh! Eobseyo!”

 

Dia membaling telefonnya keatas sofa dan duduk disitu sambil memikirkan sesuatu. Perlukah  aku beritahu tentang keberadaan Minha?Aku tak sanggup melihat Minha kesedihan.bisik hati kecilnya.

 

Keesokan pagi Taehyung pergi kerumah Jungkook. Dia merasakan dia patut memberitahu Jungkook perkara yang sebenarnya. Dia tidak mahu melihat dua insan yang disayanginya kesedihan dan berpuus asa dengan hubungan mereka. Dia berdiri dihadapan rumah Jungkook sambil menekan loceng berkali-kali.

 

Setelah beberapa kali dia menekan loceng itu, muncul seorang perempuan yang amat dia kenali. “Oh..Taehyung..nak jumpa Jungkook ye? Maaflah Jungkook dah pergi kerja. Macam ni jelah, Taehyung balik dulu, nanti Hyejin inform dekat Jungkook yang kawan baik dia nak jumpa dia.” Jawabnya sambil tersenyum sinis.

 

“Kau tak payah nak berlakon baik depan akulah. Aku tahu kau lama dah ada niat nak rosakkan hubungan diorang kan? Kau memang perempuan iblis!”

 

“Well, bagus jugak kau tahu. By the way, aku rasa kita ni sama spesies je. Kau pun ada hati kat Minha, kan?” Hyejin memandang Taehyung sambil mengangkat kening.

 

“Kau ingat aku tak tahu ke yang kau culik Minha pastu berlakon baik depan parents dia? Kalau kau tu bukan perempuan dah lama dah—“

 

“Dah lama apa, hah?? Kau nak buat apa? Aku akui memang aku yang culik dia. Aku tak sangka pulak semua penderitaan yang aku bagi waktu aku culik dia tu lansung dia tak dapat ingat. Lagipun aku dulu yang cintai Jungkook bukan dia. Dia hanyalah perempuan lemah dan tak layak untuk Jungkook. Dia tu bodoh, dia patut sedar yang aku ni pun sukakan Jungkook”

 

“Huh? Apa??!!!” Satu tamparan singgah dipipi kanan Hyejin tanpa diberi warning. Namun tamparan itu bukan daripada Taehyung namun daripada Jungkook.
 

 

“Jung....kook-ah...” Dia terkejut melihat Jungkook didepan matanya.

 

“Aku tak sangka kau seteruk ni!! Dia tu kawan kau. Dia sayangkan kau, tapi kau buat dia macam ni!”

 

“Tapi Jungkook..saya sayangkan awk..saya cintakan awak..lebih daripada segala-galanya.” Hyejin memaut pada lengan Jungkook sambil menangis teresak-esak. Taehyung pula hanya mampu melihat pergaduhan mereka berdua.

 

“Cinta tu tak boleh dipaksa, Hyejin. Mari ikut aku!” jerit Jungkook sambil menarik tangan Hyejin.

 

“Awak nak bawa saya pergi mana?”

 

“Ikut saya sekarang!”

 

*******

2 tahun kemudian....

 

“Jungmin-ah...jom ikut appa pergi kat eomma.”

 

Mereka berdua berlari sambil menuju kearah seorang perempuan. “Minha-ah!!” jerit Jungkook sambil mendukung Jungmin. Angin yang meniup dress yang dipakai Minha membuatkan Jungkook kagum melihat kecantikan isterinya.

 

“Kookie-ah..bogoshippeo..”

 

“Me too..Saranghae” Jungkook meletakkan Jungmin ke bawah dan memeluk Minha dengan erat. Setelah pengakuan yang dibuat oleh Hyejin mengenai penculikan Minha, semakin lama, Minha semakin ingat tentang apa yang Hyejin lakukan kepadanya. Minha mengalami trauma selama beberapa bulan kerana dia tidak menyangka kawan baiknya sendiri menganiayainya.

 

Jungkook merapatkan mukanya kearah Minha dan perlahan-lahan dia mencium bibir Minha dengan lembut. Minha berpaut pada leher Jungkook lalu membalas ciuman itu.

 

“Eom...ma...ap...pa....”

 

“Huh??” Mereka meleraikan ciuman dan terkejut melihat anak mereka menyebut perkataan ‘eomma’ dan ‘appa’ buat kali pertama. Mereka tergelak kecil melihat anak mereka. Jungkook dan Minha terus memeluk anak mereka.

 

“Saranghae...Kookie-ah..”

 



Author notes: Akhirnya dapat jugak siapkan story ni. Maafkan saya kerana update lambat sebab charger laptop saya rosak, so saya pun terpaksa tunggu ayah saya balik kerja untuk belikan charger baru. Ni pun saya siapkan story ni dalam satu hari. Aargh..penatnya..jariku..hehe

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minlee123 #1
Chapter 1: So sweet jungk9kie and minha
AhSongyi #2
Chapter 1: So sweet /(^o^)/
Nurliaaa
#3
Chapter 1: Huarghh terharunya T.T knpe sye x sedar ade ff yg best mcm ni? Mse mula2 bce tu sye dh agak dh Hyemi tu ada niat buruk. Kalau boleh sye nk tembak je Hyemi tu, jht btl dye tikam belakang Minha. Nasib baik Jungkook dgr mse Hyemi ckp perkara sebenar. Hrp2 awk menang!!!
cutievil #4
Chapter 1: good luck for the contest! I love this story...^_^