Last

Nafas Rindu
Please Subscribe to read the full chapter

 

“A flower knows, when its butterfly will return,
And if the moon walks out, the sky will understand;
But now it hurts, to watch you leave so soon,
When I don't know, if you will ever come back.” — a person.

 

"Kita.. akan bertemu lagi selepas ni, kan?" 

Pemuda berkemeja biru tua itu tidak terus menjawab. Sebaliknya wajah berbentuk bujur sirih, bibir nipis yang mampu menggetar sukma lelakinya serta sepasang mata yang redup, bersinar terang setiap kali berbicara dan indah dipandangan matanya itu ditatap penuh minat. Satu senyuman hambar bermukim di bibirnya.

Masa yang diperuntukkan bersama gadis itu hanya empat tahun. Tak, bagi dia empat tahun bukan tempoh yang lama. Tempoh sesingkat itu belum cukup untuk dia ciptakan memori bersama gadis itu. Awal pertemuan mereka, tak pernah terlintas di benak fikiran yang dia akan mencintai gadis itu sedalam ini. Kalau dulu dia memandang gadis itu lemah yang menjadi sebab untuk dia terus melindungi gadis itu tetapi lama-kelamaan perasaannya mula membuahkan rasa cinta. 

Dia mahu tatap wajah yang terbias di hadapannya itu lama-lama dan kalau boleh dia hanya mahu biasan gadis itu yang muncul seketika ruang matanya terbuka. Namun dia harus akur yang hal itu akan tetap menjadi angan kerana selepas ini dia harus pergi, membawa cinta itu bersama-samanya. Dia sendiri tak mampu meramalkan berapa lama perlu dia tunggu sehingga waktu mempertemukan mereka semula.

Berat keluhan dilepaskan. Seketika, jemari runcing gadis itu diraih lalu dibawa ke dada bidangnya. "Awak rasa getaran ini?" Gadis itu mengangguk. 

"Awak tahukan getaran ini hanya saya rasakan ketika bersama awak?" Sekali lagi, gadis itu mengangguk.

"Jadi.. sejauh mana saya pergi getaran ini tetap untuk awak, Heera. Takkan ada seorang yang dapat mengubah rasa ini. Sekalipun saya bertemu gadis yang lebih baik atau jauh sempurna, tetap takkan mengubah perasaan saya terhadap awak."

Heera cuba untuk tersenyum, meyakinkan lelaki itu bahawa dia akan baik-baik saja di sini meski hakikat sama sekali bertentangan dengan realitinya.

Tangan diangkat tinggi ke udara, mencari-cari wajah lelaki itu. Seketika, dia merasai setiap inci wajah lelaki itu mengguna hujung jarinya. Bermula di dahi, diikuti dengan kelopak mata lelaki itu, seterusnya hidung mancung lelaki itu dan di akhiri dengan bibir kemerah-merahan lelaki itu. Perlahan, satu senyuman singgah di bibir mugilnya.

"Saya cuma nak awak tahu yang awak adalah segala-galanya buat saya, Baekhyun. Saya akan tunggu awak pulang kepangkuan saya semula. Saya.. tunggu awak."

Seperti ada sesuatu yang tajam merobek tangkai hatinya ketika ayat-ayat itu meluncur keluar daripada bibir Heera. Gadis itu.. Baekhyun tak sanggup melihat gadis itu terluka kalau suatu hari nanti takdir tak mengizinkan itu semua berlaku. Baekhyun tertunduk lemah, menahan rasa perih dihati.

"Jangan.. jangan sakiti diri awak sendiri, Heera. Saya tak nak awak terluka sebab saya. Saya kena pergi jauh. Nanti bila kita diberi kesempatan dan ruang untuk bersua muka, saya harap ketika itu awak dah boleh melihat semula." 

Baekhyun mengangkat wajah semula, memandang seraut wajah yang sudah dibasahi air mata itu. Ada kerling di pelupuk mata Baekhyun. Dia tertanya sendiri. Masih berpeluangkah dia bertemu dengan gadis itu lagi selepas ini dan kalau masih, untuk berapa tahun lagi dia perlu tunggu sehingga waktu itu tiba?


Seoul,- November, 2015.

Dia terjaga daripada lenanya. Seketika, titisan demi titisan air mata membasahi pipinya. Saban waktu, lelaki itu sering hadir ke dalam mimpinya dan setiap kali itu dia akan merintih dalam pilu. Lima tahun dia cuba hidup tanpa kehadiran lelaki itu dan lima tahun juga hidupnya hanya menantikan kepulangan lelaki itu ke sisinya semula. Sehingga kini tiada sebarang berita daripada lelaki itu. Setiap hari dia panjatkan doa agar dia dan lelaki itu dipertemukan semula sehinggakan dia merasa sangat lelah menanti dan mahu berhenti.

Kepergian Baekhyun sangat memberi impak yang besar dalam hidup Heera. Baekhyun baginya adalah seorang malaikat. Baekhyun insan pertama yang sudi menghulurkan tangan ketika tiada seorang ingin berteman dengannya. Baekhyun yang sentiasa percaya dengan kemampuannya melebihi dia mempercayai dirinya sendiri. Baekhyun yang selalu meyakinkan dia bahawa setiap yang terjadi, pasti ada sebabnya.

Baekhyun yang sentiasa ada di mana-mana, melindunginya setiap masa. Baekhyun yang akan selama-lamanya miliki ruang paling dalam dihatinya. Ruang yang paling sukar untuk sesiapa capai dan tembusi. Ruang yang hanya dikhaskan buat Baekhyun seorang. Kerana itu dia meletakkan Baekhyun antara yang terpenting dan kerana itu juga Baekhyun adalah segala-galanya bagi dia. Saya dah boleh melihat semula macam yang awak inginkan. Di mana awak, Baekhyun? Bisiknya perlahan.

 

Cawan kertas yang berisi kopi kesukaannya itu diletakkan kembali ke atas meja. Dia menopang dagu dengan tangannya, memandang ke arah dinding kaca yang menghubungkan susur jalan. Matanya asyik memerhatikan manusia lalu-lalang untuk ke tempat tertentu. Untuk kesekian kalinya jam tangan yang dipakainya dikerling. Sejurus, keluhan panjang dilepaskan.

"Maaf, saya ada kerja sikit tadi."

Segera dia berpaling ke arah suara itu. Seorang lelaki berkemeja putih sudah pun mengambil tempat berhadapan dengannya. Dengan wajah yang tak beriak dia memandang lelaki itu yang kelihatan selamba. Kemudian, dia mengangguk kecil, memahami kerja lelaki itu. Wajah itu memang tak pernah pudar dengan senyuman. 

Berbeza dengannya yang jarang-jarang mengulit senyuman. Lelaki itu memang bijak mengawal ekspresi wajahnya. Kadang dia jadi cemburu dengan kekuatan yang lelaki itu miliki. Apa memang semua lelaki yang ada di dunia ini diciptakan kuat dan memiliki hati yang kalis kekecewaan? Dia tertanya sendirian.

"Wonwoo.. awak tahu, senyuman awak kadangkala menyakitkan. Saya teringin nak tahu senyuman awak sejujurnya ikhlas atau sekadar nak tutup rasa sedih yang sedang menyelubungi jiwa awak. Saya teringin nak tahu apa yang sebenar-benarnya ada di sebalik senyuman awak."

Heera mengenali Wonwoo tiga tahun lalu. Takdir mempertemukan mereka ketika dia hampir di langgar kereta. Wonwoo yang menjadi penyelamat dirinya. Ketika itu baru beberapa hari selepas dia berpindah ke bandar metropolitan itu. Langsung dia tak tahu tentang selok belok tempat itu kerana dirinya yang belum terbiasa dengan tempat baru itu. Tambahan lagi dengan keadaannya yang buta. Tetapi lelaki itu hadir tepat pada masanya, menjadi penyelamat dan sehingga kini mereka berteman, bertukar cerita dan berkongsi pendapat. 

Selama mengenali Wonwoo, lelaki itu jarang-jarang menceritakan hal peribadinya. Lelaki itu memang perahsia dan susah untuk diteka. Separuh hatinya menjerit ingin tahu apa yang ada di sebalik senyuman yang tak pernah lokek daripada bibir itu namun separuh lagi tak membenarkannya berbuat begitu. Biarlah nanti lelaki itu sendiri menceritakan segala-galanya dengan senang hati. Dia tak mahu memaksa lelaki itu.

"Jangan tahu! Lebih baik awak tak tahu daripada awak tahu betapa dalamnya rasa kecewa yang saya tanggung." Tegas Wonwoo keras.

Senyuman yang terpalit di bibir Wonwoo semakin mengendur. Mata itu seolah-olah sarat dengan luka yang sengaja dipendam tanpa ingin diluahkan. Apa yang sejujurnya ada dihati lelaki itu, Heera benar-benar ingin tahu. Gadis itu mengeluh kasar.

"Kita sama-sama punya cerita dan rahsia sendiri. Setiap daripada kita mesti pernah rasa kecewa kerana tak ada manusia yang jalani hidup dengan sempurna dan sentiasa bahagia tanpa di berikan cabaran. Tapi satu prinsip yang saya berpegang teguh sehingga ke harini. Tetaplah tersenyum selagi bibir mampu ukir senyuman meskipun dalam kesakitan atau kekecewaan kerana di pengakhiran cerita akan ada bahagia yang menanti kita. Dengan hanya satu senyuman boleh buat kita rasa lebih baik. Percaya saya," sambung Wonwoo tenang membuatkan Heera terpegun seketika.

Wonwoo mengangkat tangan kanannya ke udara lalu menarik satu senyuman menggunakan tangannya. Heera secara tak langsung ikut tersenyum. Dengan hanya satu senyuman hatinya sedikit terawat walaupun bukan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya dia berasa lebih baik daripada semalam.

"Wonwoo, terima kasih kerana ajar saya untuk kuat meskipun dengan hanya satu senyuman. Setiap kata yang terlahir daripada bibir awak adalah ubat untuk saya terus bangkit setiap kali saya ingin rebah kerana kalah dengan perasaan sendiri," ucap Heera ikhlas, bersyukur mengenal lelaki sebaik Wonwoo.

 

“Terkadang Tuhan sekadar mempertemukan,
 Bukan tujuan untuk menyatukan.
Hadirnya seorang insan memberi sebuah luka,
Melengkapi kisah cerita.
Cumanya kau perlu percaya;
Ada bahagia sedang menanti pengakhiran cerita.” — r.v

 

Bibirnya bergerak-gerak membaca karya ditangannya. Sejenak, bibirnya membentuk senyuman hambar. Buku yang mencetakkan pelbagai puisi itu saban waktu menemaninya ke mana-mana. Dia dan Wonwoo berkongsi minat yang sama; suka membaca. Mungkin manusia yang tak benar-benar mengenali mereka akan mengatakan mereka berdua sangat kolot dan membosankan. Namun mereka tak pernah ambil pusing tentang pendapat orang lain terhadap mereka.

Sejurus, dia menutup buku setebal seratus lima puluh muka surat itu. Teringat akan temu janji bersama makciknya di restoran Chinese Food's yang terletak betul-betul di tengah bandar. Kata wanita itu hendak makan tengah hari bersama-samanya kerana mereka sejak akhir-akhir ini jarang makan bersama-sama. Sempat cawan kertas berisi kopi kesukaannya di atas meja bulat itu dihirup sekali sebelum memasukkan buku di pegangannya ke dalam tas tangan. 

Dia melangkah keluar dari cafe yang sering dikunjunginya saban tahun itu. Kadangkala jika ada masa terluang dia lebih gemar ke cafe itu dan seperti biasa dia akan memesan caramel latte kesukaannya. Kemudiannya dia akan menghabiskan hari-harinya dengan membaca. Jika Wonwoo tidak sibuk dengan urusan kerja, lelaki itu akan menemaninya. Mereka bercerita tentang buku yang di baca dan kadangkala lelaki itu akan memberinya kata-kata yang bisa buatkan dia menjadi kuat dan bersemangat semula. 

Kakinya terhenti melangkah secara automatik. Permukaan dadanya dipegang, merasakan getaran yang maha hebat yang sudah sekian lama dia tidak rasakan. Sekalipun bersama Wonwoo, lelaki tinggi lampai, kacak dan putih bersih itu langsung tak mampu menggetarkan jiwa perempuannya. Getaran yang maha hebat itu hanya dirasakan ketika bersama.. 

Baekhyun!

Segera dia menoleh mencari-cari di tengah keributan manusia. Dia tahu ini bukan sekadar mainan perasaan. Malah dia benar-benar yakin Baekhyun kini berada hampir dengannya cuma dia tidak tahu bagaimana ciri-ciri wajah lelaki itu kerana dia langsung tak pernah melihat wajah lelaki itu. Yang ada hanya berbekalkan getaran yang dirasakan setiap kali bersama lelaki itu.

Heera memejamkan matanya rapat-rapat. Air matanya luruh tanpa henti. Sekali lagi dia merasakan seolah-olah lelaki itu berada dekat dengannya. Cepat-cepat kelopak matanya di buka dan sejurus dia berpaling ke arah seorang lelaki di sebelahnya yang sedang menunggu lampu pejalan kaki berubah ke warna hijau. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan lelaki itu adalah Baekhyun, orang yang ditunggu-tunggunya. Namun memperlihatkan cara lelaki itu yang seperti tak mengenal dirinya membuatkan dia merasa ragu dengan firasatnya sendiri. 

Berasak-asak manusia melintasi laluan zebra setelah lampu bertukar warna. Lelaki itu sudah berjalan jauh ke hadapan sedangkan dia masih di situ berharap agar lelaki itu akan mematah ke belakang semula dan menyeru namanya. Bodohkah jika dia berharap sebegitu? 

"Baek," Heera cuba memanggil namun panggilan itu langsung tak terkesan pada lelaki itu. 

"Byun Baekhyun!" Jerit Heera sekuat tenaga dengan menggenggam kedua tangannya, membuatkan lelaki itu berhenti mendadak namun langsung tak menoleh ke arahnya. Bingung, Heera bingung dengan keadaan ini. 

Sesaat kemudian, lelaki itu meneruskan langkah kaki tanpa menoleh lagi. Melihat lelaki itu sudah jauh ditelan masa, Heera perlahan-lahan jatuh menyembah bumi. Dia bukan Baekhyun Heera, dia bukan lelaki yang kau tunggu-tunggu selama ini. Semakin deras mutiara jernih itu mengalir membasahi pipinya. Mungkin silap dia kerana terlalu mengharapkan lelaki itu adalah Baekhyun.

 

"Kamu lewat lima belas minit, Heera," beritahu wanita lingkungan pertengahan 30-an itu sambil mata melihat jam di pergelangan tangannya.

Heera sudah pun mengambil tempat berhadapan dengan wanita itu. Bibirnya terpalit senyuman kelat. Gara-gara kebodohan sendiri, yang tak mampu mengawal perasaan membuatkan dia mengambil masa yang lama untuk memujuk hati sendiri. 

Wanita itu adalah makcik Jung, orang yang mengambil alih tempat kedua orang tuanya setelah mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dia berusia enam tahun. Hanya dia satu-satu manusia yang terselamat. Namun kerana kejadian itulah menjadi punca bagaimana dia buta dulu. Orang tuanya meninggal di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang begitu parah. 

Semenjak kejadian itu, Heera tinggal bersama makcik Jung dan ketika wanita itu memberitahu mereka terpaksa berpindah ke bandar metropolitan dengan kadar penduduk yang ramai itu kerana mendapat tawaran pekerjaan, Heera terpaksa mengikutinya. Makcik Jung jugalah yang membiayai kos perubatan matanya dua tahun lalu sehingga dia dapat melihat semula. Sungguh dia tidak tahu bagaimana nak ucap terima kasih lagi pada wanita itu. Dia benar-benar terhutang budi.

"Heera gantikan lima belas minit tu dengan masak untuk makan malam nanti, okay?" 

"Dah tak payah! Ada yang terbakar dapur rumah kita nanti. Kamu tu bukannya pandai memasak pun. Sedangkan ramen pun kamu suruh makcik yang buat inikan pula nak memasak untuk makcik. Esok-esok kita berdua masuk hospital keracunan makanan."

Laju saja makcik Jung menentang cadangannya. Heera mencebik bibirnya. Tapi dia akui kebenaran kata-kata wanita itu. Memang dahulu sehingga umurnya menginjak dua puluh tiga tahun ini dia tak tahu memasak. Bukan salah dia, tiada seorang yang ingin mengajarnya. Setiap kali ingin cuba memasak sesuatu pasti akan dileteri oleh makcik Jung kerana terlalu khuatir dapur rumah bakal terbakar. 

"Kecil hati Heera makcik cakap macam tu tahu," ujar Heera seperti berjauh hati. Makanan yang terhidang di atas meja itu di pandang kosong. 

"Kalau makcik ajar Heera memasak, macam mana? Kita ni perempuan kena tahu memasak. Esok-esok kahwin tak tahu memasak lari suami kamu nanti. Heera ni bukan kecil lagi dah meningkat dewasa pun. Umur macam Heera ni dah boleh jadi isteri orang dah." Gurau wanita itu. Heera tersentak. 

Apa makcik Jung sudah letih dengan kerenah dan sikap Heera? Apa wanita itu sudah penat menjaganya selama ini? Kasihan makcik Jung! Kerana aku, dia masih hidup membujang. Kerana sibuk menjaga aku, dia tiada masa untuk hal-hal seperti itu. Makcik Jung juga perlu bahagia. Suara hatinya berbisik. Dia mengeluh berat.

"Maafkan Heera kalau kehadiran Heera hanya membebankan makcik.."

Wanita itu terkedu. Sungguh bukan seperti itu maksud bicaranya. Dia tak pernah menganggap Heera membebankannya malah sudah menganggap Heera seperti anaknya sendiri. Anak itu sudah salah faham dengan gurauannya tadi! Keluh wanita itu separuh kesal. 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
prettynicky #1
Chapter 1: Story ni berjaya buat saya menangis..
Tambah lagi dgn dengar lagu BTS-Butterfly..
Feeling gila baca :'((

HMMMM THIS STORY MADE ME CRY SO BAD!!!!!!
Good job author-nim..

GOOD JOB!!!!!!
aien3XO
#2
Chapter 1: Whoaaa... best... hampir menangis saya...
minggi88 #3
Chapter 1: serious saya nangis baca fanfic ni...
kesian wonwoo dan heera...
btw fanfic ni memang best..
saya start nangis bila wonwoo ceritakan kisah dia kat heera.
keyqa98 #4
Chapter 1: masterpiece!!! This story makes me keraiii. Tahniah author-nim untuk story ni. Awak buat yang terbaik sekali. Saya harap heera dgn woonwoo!
Heykal #5
Chapter 1: sedih gila cerita ni ! kesian Heeri sangat2.... huaaaaaaaaaaaaaa
freakandheart #6
Chapter 1: Kejam gila cerita ni, baru ja ada harapan dimusnahkan begitu saja....lol Good job, i really like your story a lot!!
galaxyjongin #7
Chapter 1: Best. Gempak. Kebaboom! No words needed ;-;
Nursyazwanie #8
Chapter 1: Cerita ini sememangnya sangat best dan menyentuh hati .
Kesian dekat Minwoo :(
Aigoo , kenapa kena sad ending .
Kahkahkah .
Awesome story ♥